11 March 2019

Pemakanan Pengidap Kanser

Lebih 2 tahun hidap kanser, Ustaz Hanafi kongsi tips pemakanan buat beliau semakin sihat


Penyakit kanser adalah penyakit yang kronik dan boleh membawa kepada maut. Ramai yang menghidap penyakit ini mula berputus asa. Terlalu sedih dengan penyakit yang dihidapi. Tetapi berbeza dengan pendakwah terkenal, iaitu Ustaz Hanafi. Apabila mendapat berita yang beliau sebenarnya menghidap kanser lifoma, tak sangka, ini yang beliau lakukan. 

Berikut perkongsian kisah beliau...


Dua tahun lalu pendakwah bebas ini disahkan menghidap kanser limfoma. Kanser Ustaz Hanafi atau Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 44, sudah di tahap empat ketika itu.

Tapi siapa sangka hari ini dia makin sihat dan terus kuat melakukan aktiviti dakwahnya malah lebih giat daripada dulu.

Bercerita berdasarkan pengalamannya berdepan penyakit kanser, meski pun dugaan penyakit itu cukup besar namun ujar Ustaz Hanafi dia menerimanya dengan perasaan syukur.

“Bila saya disahkan mengidap kanser saya ucap syukur kepada Allah, saya sebut alhamdulillah. Kenapa? Kerana ia akan buat jiwa kita jadi lapang, hati akan jadi tenang.
“Kenapa tak sebut innalillah. Kalau sebut begitu ia baik, bagus. Tapi bagi orang-orang mukmin jiwa mereka redha. Orang ini bila diberi ujian mereka akan bersyukur.

“Syukurlah walaupun diberi sakit kanser, sebab ia mungkin jadi tiket kita ke syurga. Syukurlah walau tangan dipotong, lidah dipotong, pembedahan, radioterapi atau kemoterapi jangan lupa untuk bersyukur.
“Lagi sakit lagi sebut alhamdulillah. Insya-Allah sakit akan disembuhkan.


“Selain syukur, kita kena bersangka baik kepada Allah. Walau Allah beri penyakit kanser, jangan tinggal solat. Walau duduk terbaring di katil, solatlah, tak kisah di mana anda berada. Solat guna isyarat mata pun boleh, baca sekadar yang mampu.

“Ini kerana perkara pertama yang dihisab adalah solat. Oleh itu jangan tinggal solat walau sakit dan lemah macam mana pun,”ujarnya dalam satu perkongsian video dalam Facebook miliknya.

Tips pemakanan untuk pesakit kanser

Dalam pada itu Ustaz Hanafi melalui satu sesi ceramah yang dihadiri dengan Dr Yasmeen Farouk Mohamed beliau berkongsi tips pemakanan untuk pesakit kanser. 


Antaranya seperti berikut:

✅Pagi kena sarapan, jika tidak asid akan naik dalam perut dan ia akan menyebabkan toksik.

✅Minum kopi sebelum makan sebab ia bantu mengenyangkan. Sekiranya diambil lepas makan, semua khasiat sudah tidak ada lagi. 
Minum kopi awal pagi, jangan minum waktu malam.

✅Makan buah sebelum makan. Jika makan buah selepas makan, ia akan menutup salur darah dan boleh menyebabkan tersumbat.

✅Bagi mengelak risiko kanser disarankan pada waktu pagi amalkan minum air seperti lemon atau epal yang masam supaya dapat menukar asid menjadi alkali.

✅Amalkan juga selepas makan minum satu gelas air lemon.

✅Ketika memasak bawang putih jangan dimasukkan dalam pengisar atau blender kerana khasiatnya akan hilang, hanya perlu ketuk untuk pecahkannya.

✅Nasi lemak bagus tapi pastikan ambil yang asas saja, tak digalakkan ditambah dengan lauk sotong atau kerang.

✅Jangan beri anak makan mi atau makanan segera ia antara penyebab kanser.


Ini pula tip tambahan daripada VK selepas mendengar perkongsian Dr Yasmeen dalam satu temuramah di TV IKIM

✅Cara masakan kena mudah, ikan misalnya jangan goreng sehingga garing kerana khasiatnya akan hilang,  elok distim atau gril saja.

✅Sayur lebih elok direbus tapi jangan sampai lembik untuk kekalkan kandungan zatnya.

✅Kunyit muda boleh diratah,  kerana ia mengandungi bahan anti keradangan dan mematikan ketumbuhan.

✅Ikan pilih yang kecil seperti ikan sardin, tamban, kembung. Ikan kecil tidak menarik merkuri sebagaimana ikan bersaiz besar.

Semoga perkongsian Ustaz Hanafi ini memberi manfaat buat pesakit kanser.

Sebelum Keluar Duit Dari ATM

Mesej Yang Sangat Berguna Dari Seorang Pegawai Bank.

Tip yg sangat berguna semasa mengeluarkan simpanan melalui mesin ATM

Tekan butang " Cancel" dua kali sebelum memasukkan Kad ATM anda.

Ini kerana jika seseorang yg mahir tentang papan kekunci, dia boleh memasang "pad kekunci" yg boleh mencuri No. Kod PIN anda. Dengan menekan butang "Cancel" 2 kali itu, ia akan memadam "setup" pencuri no. PIN itu.

Sila biasakan diri kita tekan butang "Cancel" 2x sebelum memasukkan Kad ATM kita...

Sila kongsi info ini dgn rakan-rakan anda...!

KELEBIHAN HALBA

Jom  Baca, Nur Share sikit tentang Halba..

Sebelum tidur jom minum air halba
Walaupun halba ni murah
Tapi kelebihannya mengalahkan EMAS....

KELEBIHAN HALBA

Rasulullah saw bersabda:

Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas.

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad Bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad Bin ABu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda:

'Gunakanlah Halba sebagai ubat' (Qamus Al-Tibb)

Kegunaan Halba:

1. Diminum sebagai teh untuk:
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung, sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lendir tekak
- Melegakan sakit kepala/migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Sengugut
- Meransang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan merokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yg baliqh
- Kecergasan
- Kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu🍼🍼🍼
- Banyakkan air 🥛🥛🥛

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambah nafsu 👨🏻dan 👩🏻

6. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan.

7. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.

Halba merupakan antara ubatan yg tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad iaitu bapa perubatan Yunani.

#istiqamah
#didapurkitaadapenawardanadaracun
#jomsihatsecaranatural

Bahan : 

1: 1sudu teh halba
2 : Semug / Secawan air panas

Cara : 
1. Rendam kan halba ke dalam air panas..

2. Tunggu suam baru minum... 

* Amalkan tiap tiap mlm sblum tidur☺

Hati-Hati Di PASAR MALAM GOLDEN HILLS - Cameron Highlands

Hati-Hati Di PASAR MALAM GOLDEN HILLS 
.
Untuk pengetahuan semua, pasar malam di Brinchang dah ditukarkan ke kawasan Golden Hills. Pasar malam ni bermula pukul 4.00 ptg sehingga pukul 11.00 mlm..

Di sini adalah destinasi yang wajib korang pergi kalau datang ke Cameron Highlands. Tapi, ianya hanya dibuka pada hujung minggu (Jumaat dan Sabtu) dan cuti sekolah sahaja.

Macam-macam dijual di sana. Dari sayur-sayuran, buah strawberry, pelbagai buah, bunga, baju, pokok, hingga makanan dan minuman yang pelbagai.

Dan kat sini kami juga nak bagitau antara yang best di Pasar Malam ni adalah:

1. Burger Bakar
2. Kambing dan Ayam Grill
3. Air Jagung Mutiara
4. Cendawan Celup Tepung
3. Seafood Celup Tepung.
4. Air kelapa laut
5. Strawberry Celup
6. Aiskrim strawberry 
7. Dan banyaaaaak lagi.

Boleh jadi rambang mata beli kat sini tau. Haha

Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (4.00pm – 11.00pm)
Cuti sekolah – Setiap hari
Lokasi: Jalan Sungai Ruil, Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland

Ok nak cerita sikit pasal makanan boleh?

1. Nampak menarik kan bebola ubi manis? Nak beli boleh tapi saya sarankan perhati dulu, fikir baru beli. Kenapa? Sebab ada sebilangan kedai TOKEYNYA BUKAN ORANG ISLAM ya. Yang gaul, yang bancuh tepung tu tokeynya. Yang goreng baru orang bertudung sama ada orang asli Islam takpun orang Indonesia. Ada sedikit keraguan mengenai halal di sini.

2. Ada seorang penjual ni bukan Islam jual Kuew Teow Goreng. No pork katanya! Are you sure semua bahan lain digunakan tu halal? Rasa macam sedih plus kesian pada pembeli yang beratur beli. Nak tegur macam tak sesuai, sebab dah menunggu order dah. Sigh!

3. Satu lagi, kalau korang tengok kedai ni seriyes macam ok je. Mesti korang tak sangka. Pekerjanya bertudung Orang Asli, tapi ownernya Bukan Islam ya. Korang takkan perasan sebab owner tak ada kat situ. Kedai tu jual meatball, ayam grill dan kambing grill.

Jadi korang memang kena betul-betul perhatikan dengan siapa yang korang beli. Kami kesian kepada semua pengunjung yang tertipu. Tak daya kami nak bagitahu semua. Harapnya dengan post ini dapat membantu.

Fikir-fikirkanlah.
Dan selamat bercuti.

Cameron Highlands
Sumber: Gobok Homestay

09 March 2019

30 KEAJAIBAN SELAWAT

My Redz, [25.07.18 15:47]
[ 30 KEAJAIBAN SELAWAT ]

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

My Redz, [25.07.18 15:47]
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

Sumber: Kisah Zakat Malaysia

Elakkan Jemur Baju Di Malam Hari

Mengapa Perlu Elakkan Jemur Baju Di Malam Hari ?! Patutlah Mak Selalu Basuh Balik Baju Yang Lupa Angkat Waktu Malam. Rupa-Rupanya Ini Sebabnya !!
Mengapa Perlu Elakkan Jemur Baju Di Malam Hari? - Assalamualaikum, rupanya sidai baju di ampaian pada waktu malam tidak elok sebab jin akan buat macam-macam kat baju kita tu. Patutlah mak selalu basuh balik baju yang kalau lupa angkat waktu malam. Jadi, sama-sama kita elakkan memakai baju yang tersidai lebih pada waktu Maghrib.

Mengapa Perlu Elakkan Jemur Baju Di Malam Hari?
SIAPA YANG SUKA SIDAI BAJU MALAM2 MEH BACA NI
(Drp Ustaz Syahidan KUIS)


👀Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.
🌱 Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana² pintu (kecuali bilik air) sebab port² syaitan kbiasaannya di pintu².
🌱Lazimi membaca & memasang ayat suci al-quran di rumah.
🌱Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.
🌱Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan spt tulang dll sbb tu semua makanan jin.
🌱Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam² elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.
🌱Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas.
🌱Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia.
🌱Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats bdn. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal).
🌱Bagi rumah yg pintu²nya berhadapan dgn pintu² lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sbb pintu² yg saling berhadapan boleh jd laluan makhluk halus
🌱Kalau terlupa bagi slm masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.
🌱 Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.
🌱 Elakkan duduk di pintu.
🌱 Selalu² baca surah Al~Baqarah
.
🌱Selalu alih²kan barang dlm rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda² mcm ni yg tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dgn manusia yg kelalaian.
...😊share dgn rkn2 anda

Kene simpan ilmu ni baik2

Kene simpan ilmu ni baik2...
 Orangnya pun dah takda lagi...
 (AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)

1) - Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
 -Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
 -Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
 - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
 - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
 - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
 - Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
 - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
 Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
 - Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
 - Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
 - Setiap kolah masjid, 1 botol.
 - Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
 - Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
 - Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
 - Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
 - Ulang sebanyak 7 kali
 Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
 - Gunakan minyak zaitun
 - Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
 - Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
 Surah At- Taubah ayat 14
 &
 surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
 - Menggunakan madu asli
 - Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
 - Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
 - Makan 1 sudu sehari
 Surah An -Nahl, ayat 69

8) Angin pasang
 - Menggunakan madu
 - Amalkan ayat- ayat di bawah ini
 -Surah Al - Isra', ayat 82
 Surah Al - Hashr, ayat 21
 Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
 Bahan - bahan :
 - Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
 - Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
 - Buah kelapa (yang berhingus)
 Cara - cara :
 - Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
 - Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
 - Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
 - Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
 - Minum air kelapa yang telah suam.
 *Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
 Surah Al - kahf, ayat 11

11) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
 Surah - fussilat, ayat 44

12) Merawat histeria
 - Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
 - Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
 *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
 - As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]
Viralkan

Hutang

Terbeban dengan hutang? Nah, Nabi ajarkan cara untuk menghilangkan keresahan melalui Hadis Riwayat Abu Daud 4/353:

Abu Said Al-Khudhri RA berkata: “Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: ”Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?” Beliau menjawab: ”Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.” Beliau bertanya: ”Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunasi hutangmu?” Dia menjawab: ”Sudah tentu ya Rasulullah.”

Beliau bersabda,”Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.”

Tak boleh membaca dengan lafaz Arab? Bahasa Melayu pun boleh.. Sungguh Allah itu Maha Mengerti..

Mudahnya Bersedekah!

Mudahnya Bersedekah!

Tahukah anda, sedekah bukan hanya dalam bentuk wang? Malah, apa-apa sahaja pemberian kita kepada orang lain yang memerlukannya dikira sebagai sedekah. Kali ini kita akan berkongsi beberapa tip mudah bagi bersedekah.

1. Niat bersedekah kerana Allah

Apabila kita mahu bersedekah, terlebih dahulu niatkan sedekah itu kerana Allah. Mudah sahaja! Katakan kepada diri kita "Saya bersedekah kerana-Mu, ya Allah. Bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Jika kita berniat sedemikian, dengan izin Allah, Allah akan hadiahkan pahala dan rezeki kepada kita.

2. Sedekah dalam bentuk wang

Ada antara rakan-rakan kita yang berkata, "Saya mahu bersedekah, tetapi saya tidak ada banyak wang. Jangan bimbang, kita masih boleh bersedekah walaupun dengan hanya 10 sen. Mudah, bukan? Hal ini kerana Allah menilai keikhlasan kita bersedekah.

3. Sedekah dalam bentuk pertolongan

Kita juga boleh memberi sedekah tanpa wang. Bagaimanakah caranya? Hulurkan pertolongan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Sebagai contoh, kita menolong ibu dan ayah di rumah ataupun membantu orang lain, rakan-rakan di pejabat dan sebagainya.

4. Bersedekah dengan berkongsi ilmu

Sekiranya kita mengetahui sesuatu perkara yang bermanfaat, berkongsilah dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini kerana berkongsi ilmu juga dikira sebagai sedekah. Dengan izin Allah, ilmu kita semakin bertambah dan Allah akan mempermudahkan urusan kita.

5. Menziarahi orang sakit dikira bersedekah

Apabila kita mendengar ada orang sakit, jika kita mampu ziarahilah mereka dan mendoakan supaya Allah menyembuhkan sakit mereka itu juga dikira sebagai sedekah.

6. Bersedekah kepada haiwan

Kita digalakkan berbuat baik dengan semua makhluk Allah, termasuk haiwan. Sedekah yang mudah boleh kita lakukan kepada haiwan adalah dengan memberi makan kepadanya. Niatkan kerana Allah, Allah akan memurahkan rezeki kita.

7. Bersedekah dengan senyuman

Barangkali ada yang bertanya, "Apakah sedekah yang paling mudah?" Jawapannya adalah memberi senyuman. Latih diri bermanis muka dengan memberi senyuman apabila bertemu sesiapa sahaja.

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini dapat membuka minda kita bahawa mudahnya bersedekah. Lantaran, sedekah bukan hanya dalam bentuk wang. Jom kita bersedekah! 😍

Terbangun sewaktu tidur di waktu malam hari

Ramai orang terbangun di waktu yang sama waktu malam hari. Sayangnya, fenomena ini sering kali diabaikan. Namun, tahukah kamu bahawa ini adalah cara tubuh dan Allah berkomunikasi denganmu.

Pengubatan tradisional Cina menggunakan titik energi untuk teknik akupunktur. Titik-titik tenaga ini terhubung dengan sistem jam yang dipercayai memberi energi untuk bahagian tubuh tertentu.

Jadi, dilihat dari waktu kamu bangun di malam hari, tubuhmu sedang mengalami ransangan tertentu. Ini juga sebuah cara fizikal dan emosi menyampaikan masalah padamu.


Terbangun di tengah malam sebaiknya jangan diabaikan. Dalam pengubatan Cina, fasa tidur menjadi waktu kita menerima pesanan dari Allah.

Pesanan-pesanan ini yang dapat mengungkapkan perjalanan spritual kita. Jika kamu kesukaran tidur di antara pukul 9 sampai 11 malam, itu adalah tanda stress.

Ini adalah jam tidur bagi kebanyakan orang. Jika kamu malah merasa sukar tidur, tandanya kamu sedang stress dan khuatir. Solat hajat boleh jadi solusi untuk masalah ini.



Terbangun pada pukul 11 malam hingga 1 pagi petanda kamu mengalami kekecewaan emosi. Pengubatan Cina kuno mengatakan bahawa ini adalah waktu dimana pundi hempedu aktif.

Bangun pada jam ini menunjukkan kekecewaan. Cubalah untuk tenang dan memaafkan dirimu sendiri, maka akan membantu. Bangun antara pukul 1 hingga 3 pagi menunjukkan kemarahan.

Titik energi terhubung dengan hati. Bangun pada jam ini memnunjukkan bahawa kamu sedang marah dan memiliki energi “Yang” berlebihan.

Cuba minum air dingin dan meditasi agar boleh tidur kembali.

Jika kamu bangun pukul 3 hinggal 5 pagi, tandanya Allah sedang berusaha berbicara padamu.

Jam ini menunjukkan bahagian paru-paru dan kesedihan. Jika kamu bangun di jam ini, maka dipercayai Allah sedang membimbingmu untuk jadi lebih baik.

Cuba bernafas perlahan dan berdoa agar boleh kembali tidur. Fasa bangun tidur terakhir adalah pukul 5 hingga 7 pagi. Jika kamu bangun di jam ini, dipercayai kamu sedang memiliki emosi yang tertahan.

Begini cara Allah menyampaikan taufik dan hidayah kepada hambanya

Kamu tak perlu langsung duduk, pergi ke kamar mandi, mengambil minum, atau malah tidur lagi. Tetaplah dalam kedudukan baring sambil membaca zikir yang diamalkan oleh Rasulullah ﷺ. Zikir apakah itu?

Dari Ubadah bin Shamit, dari Nabi ﷺ bersabda, “Siapa terbangun di waktu malam lalu membaca: 

‘Laa Ilaaha Illallaahu Wahdahu Laa Syariikalahu, Lahul Mulku, Walahul Hamdu, Wahuwa ‘Alaa Kulli Syai-in Qadiir. Alhamdulillaah Wasubhanallaahu Walaa Ilaaha Illallaahu Wallahu Akbar, Walaa Haula Walaa Quwwata Illaa Billaahi,’ kemudian ia berdoa ‘Ya Allah, ampuni Aku’ atau berdoa pasti dikabulkan doanya. Jika ia berwudhu dan shalat, pasti diterima shalatnya,” (HR. Al-Bukhari).

Dari segi ilmiah, ini petanda kamu mengalami masalah di usus besar namun boleh diatasi dengan renggangkan otot atau pergi ke toilet agar boleh kembali tidur.

Tubuh menyimpan begitu banyak rahsia. Jika kita belajar mengambil tahu dan mendengar, maka tubuh sebenarnya sedang memberi tahu kita informasi. Kita juga boleh meningkatkan kesihatan fizikal dan spiritual dalam kehidupan kita.

Diabetes Akhirnya berakhir

Berita Baik Untuk akhirnya Diabetes.

Harap anda boleh menghantar mesej di bawah untuk membantu seseorang yang memerlukan maklumat ini ...!

Seorang wanita (65) menghidap diabetis untuk 20 + tahun yang lalu
dan
telah mengambil insulin
dua kali sehari.
Dia menggunakan ubat buatan sendiri yang disertakan untuk dua minggu dan
kini dia adalah benar-benar bebas daripada penyakit kencing manis dan mengambil semua makanan dia seperti biasa
termasuk gula-gula.

Para doktor telah menasihatkan beliau untuk menghentikan insulin dan mana-mana gula darah yang lain mengawal dadah.
Saya meminta anda semua sila mengedarkan e-mel di bawah untuk seberapa ramai orang yang anda
boleh dan hendaklah mereka mengambil manfaat maksimum daripadanya.

AS DITERIMA:
DR. TONY Almeida
(Bombay Buah Pinggang Speciality pakar)
membuat eksperimen yang meluas dengan ketabahan dan kesabaran dan menemui
kejayaan rawatan untuk kencing manis.
Kini sebagai hari banyak orang, orang tua &
wanita khususnya mengalami banyak kerana Diabetes.

bahan-bahan:
1 - Gandum 100 gm
2 - Barley 100 gm
3 - jintan hitam atau habatussaudah atau black seed (kalunji) 100 gm

Kaedah Penyediaan:
Masukkan semua bahan di atas dalam 5 cawan air.
Rebus selama 10 minit dan tutup api.
Biarkan ia sejuk dengan sendirinya.
Apabila ia telah menjadi sejuk, tapis
biji  dan tuangkan air dalam jag kaca atau botol.

Bagaimana untuk menggunakannya?
Ambil satu cawan kecil air ini setiap hari awal pagi ketika perut kosong.
Teruskan ini selama 7 hari.
Minggu depan ulang yang sama tetapi pada hari-hari ganti. Dengan 2 minggu
rawatan yang anda akan tertanya-tanya untuk melihat bahawa anda telah menjadi normal dan boleh makan
makanan normal tanpa sebarang masalah.

Catatan:
Permintaan adalah untuk menyebarkan ini kepada sebanyak mungkin supaya orang lain boleh
juga mengambil manfaat daripada itu.

SEJAK INI ADALAH SEMUA BAHAN ASLI,
MENGAMBIL MEREKA TIDAK MERBAHAYA.
SO MEREKA YANG Sceptical MENGENAI RAWATAN INI
MASIH BOLEH CUBA TANPA SEBARANG BAHAYA.

Sekali lagi Terima kasih kerana menghantar mesej ini untuk mereka yang menderita diabetes THS maut ..!
C&p: Redz Wang
24Sept2017