11 March 2019

Hati-Hati Di PASAR MALAM GOLDEN HILLS - Cameron Highlands

Hati-Hati Di PASAR MALAM GOLDEN HILLS 
.
Untuk pengetahuan semua, pasar malam di Brinchang dah ditukarkan ke kawasan Golden Hills. Pasar malam ni bermula pukul 4.00 ptg sehingga pukul 11.00 mlm..

Di sini adalah destinasi yang wajib korang pergi kalau datang ke Cameron Highlands. Tapi, ianya hanya dibuka pada hujung minggu (Jumaat dan Sabtu) dan cuti sekolah sahaja.

Macam-macam dijual di sana. Dari sayur-sayuran, buah strawberry, pelbagai buah, bunga, baju, pokok, hingga makanan dan minuman yang pelbagai.

Dan kat sini kami juga nak bagitau antara yang best di Pasar Malam ni adalah:

1. Burger Bakar
2. Kambing dan Ayam Grill
3. Air Jagung Mutiara
4. Cendawan Celup Tepung
3. Seafood Celup Tepung.
4. Air kelapa laut
5. Strawberry Celup
6. Aiskrim strawberry 
7. Dan banyaaaaak lagi.

Boleh jadi rambang mata beli kat sini tau. Haha

Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (4.00pm – 11.00pm)
Cuti sekolah – Setiap hari
Lokasi: Jalan Sungai Ruil, Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland

Ok nak cerita sikit pasal makanan boleh?

1. Nampak menarik kan bebola ubi manis? Nak beli boleh tapi saya sarankan perhati dulu, fikir baru beli. Kenapa? Sebab ada sebilangan kedai TOKEYNYA BUKAN ORANG ISLAM ya. Yang gaul, yang bancuh tepung tu tokeynya. Yang goreng baru orang bertudung sama ada orang asli Islam takpun orang Indonesia. Ada sedikit keraguan mengenai halal di sini.

2. Ada seorang penjual ni bukan Islam jual Kuew Teow Goreng. No pork katanya! Are you sure semua bahan lain digunakan tu halal? Rasa macam sedih plus kesian pada pembeli yang beratur beli. Nak tegur macam tak sesuai, sebab dah menunggu order dah. Sigh!

3. Satu lagi, kalau korang tengok kedai ni seriyes macam ok je. Mesti korang tak sangka. Pekerjanya bertudung Orang Asli, tapi ownernya Bukan Islam ya. Korang takkan perasan sebab owner tak ada kat situ. Kedai tu jual meatball, ayam grill dan kambing grill.

Jadi korang memang kena betul-betul perhatikan dengan siapa yang korang beli. Kami kesian kepada semua pengunjung yang tertipu. Tak daya kami nak bagitahu semua. Harapnya dengan post ini dapat membantu.

Fikir-fikirkanlah.
Dan selamat bercuti.

Cameron Highlands
Sumber: Gobok Homestay

No comments: