أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Hadith ke 36 - Menutup Aib dan Mencari Ilmu
(6) Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah, bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan jahatnya menyusahkannya di akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak mampu sama sekali memberi syafa'at kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat lslam agar berbekal dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti.
8. Keutamaan duduk di rumah Allah untuk mengkaji ilmu.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Hadith ke 36 - Menutup Aib dan Mencari Ilmu
Hadis Ketigapuluh Enam
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang
bersabda : " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan
dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari
suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.
Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang
susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di
akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim, nescaya
Allah akan menutup keaipannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya,
selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya.
Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga.
Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah
dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara
sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman,
diliputi oleh rahmat, di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada
sesiapa yang di sisiNya.
Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan
dipercepatkan oleh keturunannya. "
HADIS 36
عن أبي هریرة t عن النبي e قال: (( من نفس عن مؤمن آربة من آرب الدنيا نفس الله
عنه آربة من آرب یوم القيامة، ومن یسر على معسر یسر الله عليه في الدنيا والآخرة،
ومن ستر مسلما ستره الله في الدنيا والآخرة، والله في عون العبد ما آان العبد في عون
أخيه، ومن سلك طریقا یلتمس فيه علما سهل الله له طریقا إلى الجنة، وما اجتمع قوم في
بيت من بيوت الله یتلون آتاب الله ویتدارسونه بينهم، إلا نزلت عليهم السكينة وغشيتهم
الرحمة، وحفتهم الملائكة، وذآرهم الله فيمن عنده ومن بطأ به عملُه لم یسرع به نسبه ))
رواه مسلم بهذا اللفظ.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda: Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat.
Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.
Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.
Pengajaran hadis:
(1) lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama lain. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam yang silam.
(2) lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara ke'aibannya daripada disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara dan setimpal dengan perbuatannya.
(3) Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama mereka.
(4) llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga.
(5) Berkumpul dan mengkaji al-Qur'an dan ilmu di masjid adalah antara amalan yang amat diberkati Allah. Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para penghuni langit.
(3) Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama mereka.
(4) llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga.
(5) Berkumpul dan mengkaji al-Qur'an dan ilmu di masjid adalah antara amalan yang amat diberkati Allah. Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para penghuni langit.
Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 36 - Menutup Aib dan Mencari Ilmu
Hadis 36
Daripada Abi Hurairah r.a meriwayatkan daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin,
maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat
daripadanya. Sesiapa memudahkan orang yang tengah dilanda kesulitan
maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa menutup
aib seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di
akhirat. Allah menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya.
Sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan
memudahkan baginya jalan enuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di
salah suatu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya
bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka,
malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisi-Nya, dan
sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat
mengangkat darjatnya.”
(Riwayat Muslim no.2699, 2580 dan al-Tirmizi no. 2940)
Hadith
It was related on the authority of Abu Hurairah, radiyallahu 'anhu, that the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, said:
"Whosoever
relieves from a believer some grief pertaining to this world, Allah
will relieve from him some grief pertaining to the Hereafter. Whosoever
alleviates the difficulties of a needy person who cannot pay his debt,
Allah will alleviate his difficulties in both this world and the
Hereafter. Whosoever conceals the faults of a Muslim, Allah will
conceal his faults in this world and the Hereafter. Allah will aid a
servant (of His) so long as the servant aids his brother. Whosoever
follows a path to seek knowledge therein, Allah will make easy for him
a path to Paradise. No people gather together in one of the houses of
Allah, reciting the Book of Allah and studying it among themselves,
except that tranquility descends upon them, mercy covers them, the
angels surround them, and Allah makes mention of them amongst those who
are in His presence. Whosoever is slowed down by his deeds will not be
hastened forward by his lineage."
[Muslim]
Pengajaran hadis:
1.
Siapa yang membantu seorang muslim dalam menyelesaikan kesulitannya,
maka akan dia dapatkan pada hari kiamat sebagai tabungannya yang akan
memudahkan kesulitannya di hari yang sangat sulit tersebut.
2. Kita hendaklah menutup aib dab malu seorang Muslim dan sebagai ganjaran Allah akan menutup aib kita di akhirat.
3. Sesungguhnya pembalasan disisi Allah ta’ala sesuai dengan jenis perbuatannya.
4. Berbuat baik kepada makhluk merupakan cara untuk mendapatkan kecintaan Allah Ta’ala.
5.
Membenarkan niat dalam rangka mencari ilmu dan ikhlas di dalamnya agar
tidak menggugurkan pahala sehingga amalnya dan kesungguhannya sia-sia.
6.
Memohon pertolongan kepada Allah ta’ala dan kemudahan dari-Nya,
kerana ketaatan tidak akan terlaksana kecuali kerana kemudahan dan
kasih sayang-Nya.
7. Selalu membaca Al Quran, memahaminya dan mengamalkannya.
🔻⤵️⏬↪
Hadis Ketigapuluh Tujuh
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
..................................................................
...........................................................................................................
.......................................................................................................................
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
No comments:
Post a Comment