- 10/20/14--04:15: Tazkirah – Tanda Tanda Orang Munafik -
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Alhamdulillah, dan selamat bekerja di hari isnin pak cik ucapkan kepada korang semua. Hari ini pak cik ingin menyampaikan lagi tazkirah kepada diri pak cik sendiri, dan juga boleh untuk korang kalo korang nak join sekaki. Meh duk sebelah pak cik dengar pak cik bercakap dengan diri sendiri. Hari ini, pak cik terasa pulak nak peringat diri sendiri mengenai tanda-tanda orang munafik. Jadi sebelum kita bermula, marilah kita lihat hadis berkenaan tanda tanda orang munafik.
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tanda-tanda munafik itu ada tiga,
(1) Apabila berbicara, dia dusta
(2) Apabila berjanji dia mungkir
(3) Apabila dipercayai, dia khianat.”
(1) Apabila berbicara, dia dusta
(2) Apabila berjanji dia mungkir
(3) Apabila dipercayai, dia khianat.”
Tanda pertama adalah apabila dia bercakap je, mesti membohong. Pembongak je kojo eh. Takde keja lain da. Menipu tu da macam makanan ruji da. Tipu yang dibuat tu sampai ke satu tahap mendatangkan bahaya. Misal kata dia cakap kalo terjun gaung tak mati, jatuh pun gatal2 tanah je, sekali ada pulak yang lurus bendul cam pembaris besi, betul2 nak test, terus arwah si lurus bendul, bahaya. Orang yang berdusta ni, sekali da menipu, dia akan mula seronok menipu. Sungguh enak menipu begitu sahaja! bak kata roti gardenier yang telah diedit sedikit.
Tanda kedua orang munafik adalah bila janji je, mesti dia tipu. Janji tak pernah ditepati. haaa, da macam orang politik da pak cik ni. Misal kata korang ada member yang janji nak bayar hutang korang RM 50 hari ni. Walhal korang memang memerlukan duit tu untuk makan, kalo tak, korang terpaksa makan angin sehingga kembung perut cam belon panas. Tapi dia tak bayar2, sampai ke senja korang menunggu tak datang2 membayar nye. Padahal nampak je member tadi tengah main games, tengok tv, lalu sebelah siap jeling2 lagi.
Dan yang ketiga adalah bila diberi kepercayaan dia khianat. Jangan la jadi camni kawan2. Hal seperti ini, apabila seseorang yang mendapat amanah seperti menjaga harta orang, ataupun mendapat kuasa atau jawatan. Disalah gunakannya jawatan tu. Ada jawatan digunakan untuk kepentingan diri sendiri. Malah merosakkan kepercayaan orang terhadapnya. Nanti susah orang nak percaya lagi kat orang yang suka mengkhianat. Janji susah sama susah, senang sama senang, tapi bila senang, batang hidung pun tak nampak brader…
Jadi, cukuplah sekadar peringatan kepada kita bahawa tanda orang munafik itu ada tiga iaitu menipu, mungkir janji dan pengkhianat. Kalo jumpa sila tendang berjemaah satu saf ye.
🕋🇲🇾💜💜🖤💝💟🌏🕌
No comments:
Post a Comment