28 January 2020

Ayat Untuk Teknik Memancing

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakaatuh

Ayat Untuk Teknik Memancing
13Share
Bismillahirrahmanirrahim
Sedeynya ini hari, pak cik kena showparade. Aduh… apa la nasib., Nasib baik sehari je. Pak cik ditangkap bersalah kerana mempunyai rambut yang panjang. Tak la panjang, cuma tebal je ok….
Disebabkan permintaaan seorang komenter, jadi pak cik pun akan menerangkan mengenai apakah amalan untuk teknik memancing korang. Hari hari korang dok gilap rapala, batang kail la, mata kail korang asah kasi tajam cam pisau la, tapi tak dapat ikan gak…
Bukan rezeki korang la tu.. tak pun korang pancing masa bukan masa ikan dok bersuka ria kot… Ok, kalo ikut teknik memancing edisi pak cik ni, senang je, korang tangkap je ikan dimalam hari. Teknik memancing pak cik ni agak advance tau. Pak cik akan cari kat mana air yang ada bulan terang. confirm banyak giler ikan akan berkumpul. Nak tangkap tu siap cedok pakai gayung je… Hahha… sori sori, saja je nak kongsi dengan korang teknik memancing pak cik.

Teknik memancing dan ayat yang pak cik nak share ngan korang ni memang best. macam magnet wooo… Ikan dari sungai Rajang pun sanggup berenang sampai tempat korang sebab nak makan umpan korang. Ok, over je tu.. hehhe..Tapi gunanya memang untuk tarik ikan la. Jadi, apa tatacara dia tu?
Orait.. ayat untuk teknik memancing adalah :-
Tuliskan surah an Nasr pada sebuah kepingan timah, then korang gantung sama dengan mata kail korang, nanti ikan akan datang macam lalat hurung…
Ni semua adalah keyakinan korang sendiril. Kalo korang pun tak yakin, tak jadilah kan. Jadi, teknik memancing ni simple, korang just kena tuliskan surah an Nasr pada kepingan timah. So, da tau kan teknik memancing yang best?


Ayat Memancing Ikan

Teknik Menghancurkan Musuh

Teknik Menjadi Raksasa

Teknik Memasuki Syurga (Confirm Masuk)

Teknik Membunuh Bomoh Sihir


Ayat Memancing Ikan
Share
Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Badan pak cik masih cramp2 disebabkan aktiviti yang berterusan selama seminggu. Alhamdulillah lah, sebab semua pegawai dah pewai ataupun penat lepas operasi, walaupun takde cuti, semua sekali secure ataupun mengular… Heheheh…
Pelik jugak pak cik sebab biasanya lepas operasi, memang ada satu hari untuk berehat, jadi, disebabkan tak de, so, kami semua pakat2 buat masa rehat sendiri.
Oklah, hari ni badan pun da lega sikit, so semangat sikit la pak cik nak meneruskan penulisan blog ni. Kali ni pak cik nak berkongsi dengan korang semua mengenai ayat untuk memancing ikan. Ramai rasanya yang nak tau apakah amalan ataupun cara untuk menarik ikan bukan?. Harap yang email pak cik tu jangan merajuk ye sebab pak cik lambat buat posting, sebab kemungkinan pak cik masa tu tak tau atapun terlepas pandang.

Tatacara ini amat sesuai untuk korang memancing apa jua jenis ikan yang korang suka. Kalo buaya ke, ular air ke, penyu ke, labi2 ke, tak tau lak pak cik ek. So, teknik ni agak seswai untuk korang memukat ke, tangkap ikan jos ke, pirana ke, ikut korang la ye…
Ni lah amalannya :-
Tuliskan surah An Nashr di atas kepingan timah dan letakkan dia kat bahagian umpan, nescaya berduyun2 ikan akan kerumun umpan korang. Lagi bagus kalo korang pasang 4 penjuru kat jala korang. Sangat best. Nanti da dapat ikan karang , bagi la pak cik sekor dua ok ?


Ayat Untuk Teknik Memancing

Amalan Lengkap Asma Sungai Raja

Asma Kurung

Ayat Kaf 40, Hikmah Di Sebaliknya

Ilmu Huruf Hijaiyah

🕋💎🖤💞💟🕌

No comments: