Dalam Diri Ada Tuhan
Share
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, syukur pada ALLAH kerana diberikan izin untuk terus pak cik menulis. Hari ni adalah hari yang tenang bagi pak cik
Tadi kat library, pak cik tengah dok khusyuk baca buku pasal 99 Asma Husna, ada satu part yang pak cik paling suka, iaitu penzahiran syahadah. Penzahiran syahadah ni ada di dalam gerak liuk lentuk kita dalam solat rupanya.. oh… camtu.. Patutla solat ni sangat sangat ALLAH tekankan lepas syahadah.. Rupanya ada makna disebalik tu suma. Masya ALLAH, begitu indah dan cantiknya susunan DIA
Ahli-ahli isyarah ( iaitu satu kumpulan yang mengkaji mengenai keberadaan ALLAH di dalam makhluk) telah menemukan satu benda yang sangat best untuk dinilai dari kaca mata Islam. Mereka telah menemukan penzahiran syahadah pada tubuh badan manusia itu sendiri. Dengan mengetahui penzahiran syahadah tersebut, maka haruslah mereka tu bertambah iman.
Adui, lepas tahu pasal penzahiran syahadah, rasa malu lak kat diri ni. Sebab da la buat dosa dengan anggota anggota yang menjadi saksi syahadah. Berikut adalah kupasan ahli isyarah pasal penzahiran syahadah.
• Apabila berdiri, badan membentuk huruf Alif, iaitu perlambangan kepada ALLAH
• Bentuk kepala yang membentuk seakan huruf mim menyaksikan hadirnya Muhammad SAW sebagai pesuruhnya
• Tapak tangan yang menunjukkan hadirnya 99 nama ALLAH
• Belakang tapak tangan yang menunjukkan kalimah ALLAH
• Paru-paru yang membentuk Lailaha Illa ALLAH, Muhammadan Rasulullah.
• Bentuk sujud yang membentuk Ha
Yang ni adalah sebahagian je daripada apa yang disyarahkan oleh ahli Isyarah tu. Banyak sangat, cramp pak cik nak taip semua
- Bahu sakit pasal angkat balak naik bukit -
Bagaimana Subjek PMR Bertemu Tuhan
Memahami Agama Lain 1
Ilmu Huruf Ilmu Yang Makin Hilang
Kenal ALLAH Sebagai Tuhan, Bukan Hamba
No comments:
Post a Comment