29 January 2020

Amalan Mengenali Diri Sendiri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Amalan Mengenali Diri Sendiri
Share

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH, pak cik mulakan post. Hari isnin hari bekerja.. EMm.. harap harap semua sekali dah keluar dari rumah, pergi kerja demi mencari sesuap nasik yang halal.
Citer pasal halal ni, pak cik agak tensen gak dengan member serumah pak cik ni. Dia suka benar amik makanan tak bayar, tapi tak la sekerap selalu. Istilah curi amat dilarang digunakan, takut nanti member tu di belasah kaw kaw lioau, nanti susah menjawab, So, istilah baru adalah amik tak bayar. Yang pak cik tensen, semalam ada air COke atas meja, alang2 letih ni nak sebat je la member nye air, tanya2 balik, ko bayar ke tak, jawapan dia sengih2… Ceit… tak bayar….Takpelah, biar la pak cik bayarkan…(RM3.80 woo sekarang)
Orait, sikit pasal rutin harian pak cik. hari ni kita akan mengetahui mengenai amalan mengenali diri sendiri. Nak kenal diri ni senang je, tau nama, tau rupa, da setel da prinsip hukum kenal ni. Tapi amalan ni adalah untuk melihat kelebihan diri sendiri.
Korang kena tau, bahawa ALLAH tu adil.. Seyes…Sumpah pak cik cakap ALLAH tu adil. Pak cik pernah jumpa sorang ni, dia bukan sesapa pun, cuma orang lalu lalang je kat bus stand ni, abis je pak cik jalan2 tengok KL kol 10 malam, pak cik cucuk air kotak sedut sroot sroot hilang lelah. Ada sorang yang gila la, tapi pak cik tak rasa dia gila, cuma tak terurus je. Saja sembang, dia punya cerita memang sedey la, buat tu tak jadi, buat ni tak jadi, asyik kena tuduh lembab, keja tak pandai, kemahiran asas tak de.

Walhal dia rajin, dia cakap dia memang rajin buat kerja, tapi lembab, tak reti nak putuskan apa yang perlu dibuat kalo tiba2 je benda jadi lain, sebab tu dia asyik kena marah, kawan2 yang suka ngular lak yang senang naik pangkat.. Dia sedih sangat bila dia kena sabotaj ngan member bila dia ada peluang naik pangkat, tapi pasal sabotaj tu, dia tak dapat naik pangkat.
Sedih dia sampai menyalahkan Tuhan,. cakap Tuhan ni tak adil, orang lain ada macam2 kelebihan, dia takde pape, da la lembab, bodoh lak tu. Camtu la dia cakap. Emm.. orang tak terurus tu untuk makluman orang India ye…Pak cik pun slow talk ngan dia, cakap Tuhan adil, dia bagi manusia sama rata je.. Cuma kita tak tau apa kelebihan diri kita sendiri. Pastu dia dok ketawa, gelak nangis jerit2.. Da sampai camtu, pak cik pun mengangkat bontot berlalu pergi.
Orait, korang jangan jadi cam orang tak terurus tu ok. Setiap orang ada kelebihan, cuma tak tau apa kelebihan dia. Inilah satu amalan yang dipanggil Cermin mimpi yang mana korang boleh nampak apa sebenarnya kelebihan korang. Bila korang da tau apa kelebihan korang, asahlah kelebihan tu sampai menjadi senjata hidup korang ok.
1. Berwuduk
2. Tidur mengiring ke kanan
3. Baca ayat Kursi
4. Niat :- Ya ALLAH, nampakkan aku kebolehan ku, kelebihan ku, agar aku dapat menggunakan kesemua yang Kau berikan padaku ke jalan yang Engkau redhoi
5. Baca ayat ni  (Surah Al Mulk ni) alaya’lamuman kholaqo wahuwal latiiful khobiir (9 kali) , lagi bagus sampai tertidur..
Antara orang yang mengamalkan nya, dia bermimpi nampak komputer dan seseorang sedang menggodam komputer.. Itu petanda bahawa dia tu memang pakar atau kecenderungan pada IT dan sebagainya..
JANGAN BERSEDIH KALO TAK KENAL LAGI SAPA DIRI TU…
LA TAHZAN INNALLAHA MA’ANA


Sebuah Amalan Rahsia

Pagar Diri Dari Ancaman

Makrifatullah, Satu Penjelasan

Amalan Membina Keberanian Diri

Jom Kongsi Pengalaman Ilmu Ghaib Korang :D

LinkWithin




🕋🇲🇾💜🖤💝💝💞💟🕌💚💛

No comments: