أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Hadith ke 40 - Ambil Dunia Sekadar Perlu
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Hadith ke 40 - Ambil Dunia Sekadar Perlu
Hadis Keempatpuluh
Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah
memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang
perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada
di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di
waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu
sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu
mati. "
HADIS 40
عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: (( أخذ رسول الله e بمنكبي، فقال آن في الدنيا آأنك
غریب أو عابر سبيل)) وآان ابن عمر رضي الله عنهما یقول: (( إذا أمسيت فلا تنتظر
الصباح، وإذا أصبحت فلا تنتظر المساء، وخذ من صحتك لمرضك، ومن حياتك لموتك ))
رواه البخاري.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.
Pengajaran hadis:
(1) Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia diminta agar mengambil berat soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau seorang dagang, yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua barang-barang.
(2) Seorang mukmin tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semesti sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi
tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa seola-olah dia tidak sempat menghirup udara pagi esoknya.
(3) Larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan
negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara lslam yang bertaqwa. Kemajuan dan kekayaan adalah untuk Allah.
Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 40 -Ambil Dunia Sekadar Perlu
Hadis 40
Daripada Ibn Umar r.a beliau berkata, bahawa Rasulullah memegang belakang beliau lalu bersabda:
Maksudnya:
“’Janganlah engkau di dunia ini seakan-akan orang asing atau
pengembara.’Lalu Ibn Umar r.a berkata: ‘Jika engkau telah berada di
waktu petang, maka janganlah dinantikan waktu pagi. Jika engkau berada
di waktu pagi, maka janganlah dinantikan waktu petang. Pergunakanlah
waktu sihatmu sebelum waktu sakit dan waktu hidup sebelum mati.’”
(Riwayat al-Bukhari no. 6416 dan al-Tirmizi no. 2333)
Hadith 40
On
the authority of Ibn 'Umar, radiyallahu 'anhuma, who said: The
Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, took me by the
shoulder and said:
"Be
in this world as though you were a stranger or a traveler/wayfarer."
Ibn 'Umar used to say: "When evening comes, do not expect (to live
till) morning, and when morning comes, do not expect (to live till)
evening. Take from your health (a preparation) for your illness, and
from your life for your death."
[Al-Bukhari]
Pengajaran hadis:
Pengajaran hadis:
1. Imam Abul Hasan ‘Ali bin Khalaf dalam syarah Bukhari berkata bahawa Abu Zinad berkata:
“Hadis
ini bermakna menganjurkan agar sedikit bergaul dan sedikit berkumpul
dengan orang-orang awam serta bersikap zuhud kepada dunia.”
Abu Hasan berkata:
“Maksudnya
dari hadis ini ialah orang asing biasanya sedikit berkumpul dengan
orang lain sehingga dia terasing daripada mereka, kerana hampir-hampir
dia hanya berkumpul dan bergaul dengan orang-orang ini sahaja. Dia
menjadi orang yang berasa lemah dan takut..”
“Begitu
pula seorang pengembara, dia hanya mahu melakukan perjalanan mengikut
kekuatannya. Dia hanya membawa beban yang ringan agar dia tidak
dibebani untuk menempuh perjalanannya. Dia hanya membawa bekal dan
kenderaan yang diperlukan untuk mencapai tujuannya.
Hal
ini menunjukkan bahawa sikap zuhud terhadap dunia dimaksudkan untuk
dapat sampai kepada tujuan dan mencegah kegagalan, seperti halnya
seorang pengembara yang hanya membawa bekal sekadarnya agar sampai ke
tempat yang dituju.
Begitu
pula halnya dengan seorang Mukmin dalam kehidupan di dunia ini hanyalah
memerlukan sekadar bekal untuk mencapai tujuan hidupnya.
2.
Ada ketikanya Rasulullah SAW menyentuh anggota badan orang yang
dinasihat ketika menyampaikan amanat dan ilmu. Kaedah ini harus
digunakan oleh para pendidik.
Ibn Mas’ud berkata, “Rasulullah SAW telah mengajarkan kepadaku cara bertasyahud, sambil memegang tapak tanganku.”
3. Dunia ini sementara da akhirat itu kekal abadi. Firman Allah:
Maksudnya: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati.
(Surah Ali ‘Imran 3: 185)
4. Dunia hanyalah jambatan yang akan menghubungkan kita ke akhirat. Allah berfirman:
Maksudnya: Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu daya.
(Surah Ali ‘Imran 3: 185)
5. Gunakan kesempatan hidup untuk berbakti kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:
“Manfaatkan
lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain: Masa muda sebelum
masa tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum
sibuk dan masa hidup sebelum mati.”
(Riwayat al-Hakim daripada Ibn Umar r.a)
6. Hendaklah segera melakukan kebaikan, banyak melakukan ketaatan dan jangan menunda pekerjaan.
7. Bezuhudlah terhadap dunia, bukan meninggalkan usaha tetapi berwaspada terhadap dunia agar tidak melupakan akhirat.
8. Bersungguh-sungguh melakukan amal soleh dan sentiasa takut dengan azab daripada Allah SWT.
9. Berwaspada terhadap orang yang berperilaku buruk.
🔽🔻⏬↘️↪
Hadis Keempatpuluh Satu
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
..................................................................
...........................................................................................................
.......................................................................................................................
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
No comments:
Post a Comment