29 January 2020

Amalan Murah Rezeki Family

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


  • 10/14/14--07:07: Amalan Murah Rezeki Untuk Seisi Ahli Rumah
  • Bismillahirrahmanirrahim
    Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Hari ini pak cik akan berkongsi dengan korang sebuah keilmuan rezeki yang boleh korang amalkan di dalam setiap kehidupan harian. Insya ALLAH, dengan iringan usaha keringat peluh kita dan usaha ghaib ini, maka ALLAH redha untuk menurunkan rezeki yang tidak terhingga kepada kita. Amiin.  Sebelum tu marilah dengar cerita mengarut pak cik supaya senang menyerap dalam kepala korang amalan ini.
    Hai, nama saya Azri, seorang despatch di sebuah syarikat gergasi. Walaupun syarikat itu gergasi, namun, gaji saya tidaklah segergasi syarikat tersebut. Ya lah, kerja hantar surat bukanlah kerja yang femes. Namun yang membanggakan menjadi despatch ini adalah seni mencilok menggunakan honda cup di celah2 himpitan kereta ketika trafik jammed amat membanggakan. Jika habis kontrak despatch ini, saya berazam untuk menjadi pelumba motor gp professional.
    Kalo nak cerita susah hidup ni,sampai bila2 tak habis ye tak ? Sapa la tak nak hidup senang… saya pagi2 teguk air kosong ngan roti kosong, tengahari roti ada krim dengan air kosong dan malam pula saya bermewah sedikit dengan air kosong dan roti ada krim tapi dabel. Kadang2 teringin jugak nak makan kepsi, mekdonel, dan piza, namun jarang dalam dompet saya untuk melihat not2 50, yang selalu nampak warna hijau dan biru, merah biasanya kadang2. Saya merasa makan2 sedap bila kompeni buat makan2, tu pun amik lebihan2 pizza kat kotak yang terlekat, tapi saya tetap boleh berbangga saya juga pernah merasa makan pizza.
    Saya berjimat lebih2 bukan apa, saya nak kahwin, namun korang pun tau-tau la kawin skang camne, nak ada photoshoot la, nak ada gerbang2 la, nak upah budak2 campak2 bunga, gerbang2 mahligai cinta la dan sebagainya. Namun sebabkan perempuan yang saya sayang, saya sanggup ikat perut saya. Kalo korang bagi saya pakai tali pinggang, pasti saya akan pakai pada lubang yang paling akhir. Dedikasi saya untuk berjimat sangat tinggi, tiap2 hujung minggu saya menjadi rajin untuk mengemas rumah dengan harapan dapatlah berjumpa 10 sen 20 sen yang terjatuh dari poket saya.
    Nak jadikan cerita, motor saya dilanggar dengan sebuah objek bergerak yang saya tak pasti apa. Masa tu saya sedang hantar surat, parking motor seperti biasa. Ketika turun untuk dapatkan motor saya, remuk hati saya melihat motor saya terbaring di bumi ALLAH sambil berbunyi2 tur, tur, tur, tur. Layaknya seperti seekor lembu yang baru disembelih.
    Side mirror pecah, rim udang saya bengkok, tayar keluar angin, kekabu kusyen saya terkeluar dan lampu pula da macam lampu lip lap disko. Terpaksa saya sorong motor saya ke bengkel berdekatan. Setelah ditenung tajam oleh mekanik terhadap motor saya, dia menganggarkan saya harus sediakan RM 500 untuk baiki kerosakan. Saya terus rasa darah tak jalan, lutut lembik. Rm 500 cukup besar bagi despacth macam saya, hampir 60% dari gaji saya. Mahu tak mahu saya mengambil buku simpanan kawin saya, berkira2 dengan mengeluarkan RM 500, saya terpaksa bersusah payah selama tujuh bulan untuk amaun tersebut.
    Setelah kautim seyes dengan mekanik, akhirnya saya dapat semula lebihan RM 30, boleh beli pizza, jentik hati kecil saya. Saya sedih mengenang nasib sendiri. Nak kerja sampingan , saya ni ada penyakit tidur awal, dalam kul 9 malam otomatik mata jadi layu, jadi nak kerja camne. Jadi, saya cuba mengamalkan amalan seperti dibawah. Semoga ia memberi harapan seperti terbitnya mentari yang memberi sinar harapan pada setiap insan di bumi ALLAH ini. (Cerita sekadar rekaan).
    Tulis ayat dibawah (Surah al Hijr ayat 19 dan 20) pada sekeping papan kecil lalu dipakukan di dalam rumah, Insya ALLAH, dimurahkan rezeki kepada seluruh ahli rumah yang ada didalam rumah tersebut.
    surah al hijr ayat 19 dan 20
     🕋🇲🇾💜💜💝💞💙🕌

No comments: