أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Hadis 40
Hadis 40
Hadis Pertama
Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.
Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Hadis 40
Hadis 40
Hadis Pertama
” Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ”
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Hanyasanya amalan-amalan itu adalah
( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (
balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan
RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa
yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang
perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia
berhijrah kerananya.’
Hadis Kedua
Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk
di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di
dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut
terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami
yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua
lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak
tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat – bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta’ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

Hadis Ketiga
” Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata :
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Islam itu didirikan atas lima (
pekara ) – Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya
Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji
ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. ”
Hadis Keempat
” Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya
Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang
benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ‘ Sesungguhnya sesaorang kamu
dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air
mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging
seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya
malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara :
rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang
tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan
beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu
jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya (
suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah
ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan
amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta
saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan
amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. ”
Hadis Kelima
” Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a.
katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘ Barangsiapa yang mengada-adakan
sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak ‘, ~ diriwayatkan dari
Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim : ”
Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka
ia adalah tertolak. ”
Hadis Keenam
“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya :
saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu
terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula
terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang
tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari
pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan
kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan
tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir
sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat
larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat
larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada
setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan
sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ‘
Hadis Ketujuh
Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya
Nabi SAW bersabda : ‘ Agama itu adalah nasihat. ‘ Kami sekelian bertanya : ‘
Untuk siapa ? ‘ Maka jawab Rasulullah SAW : ‘ Bagi Allah, kitabNya, RasulNya
dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya. ‘
Hadis Kelapan
Dari Ibn Umar r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah
bersabda : ‘ Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka
mengaku tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan
mendirikan sembahyang, memberi zakat, maka jika mereka melakukan semua itu akan
terselamatlah darah dan harata benda mereka dariku, kecuali yang mana ada hak
Islam padanya dan perkiraan mereka terserahlah kepada Allah Ta’ala. ‘
Hadis Kesembilan
Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : ” Bahawa
saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Apa yang aku larang kamu lakukan
maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan
hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa
umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta
pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka.
Hadis Kesepuluh
Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : ”
Sesungguhnya Allah Ta’ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik
sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama
sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ‘
Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang
saleh. ‘ Dan Allah berfirman lagi : ‘ Wahai orang-orang yang beriman, makanlah
dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ‘ Kemudian Rasulullah SAW
mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut,
berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya
Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari
yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari
sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan. ‘
Hadis Kesebelas
Dari Abu Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, cucu
Rasulullah SAW dan kesayangannya r.a yang berkata : ” Aku menghafal dari
Rasulullah SAW : ‘ Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada
meragukanmu. ”
Hadis Keduabelas
Dari Abu Hurairah r.a katanya: ” Telah bersabda
Rasulullah SAW : ” Sebaik-baik Islam sesaorang itu adalah peninggalannya
tentang apa yang tiada kena mengena dengannya. ”
Hadis Ketigabelas
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada
Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah
ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.
Hadis Keempatbelas
Dari Ibnu Mas’ud r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah
SAW : ‘ Tiada dihalalkan darah seorang Muslim, kecuali atas satu dari tiga
sebab ; janda yang berzina, jiwa dengan jiwa ( membunuh tanpa hak ) dan orang
yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri dari jemaah.’
Hadis Kelimabelas
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW
bersabda : ” Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah
berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah
dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan
barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati
tetamunya. ”
Hadis Keenambelas
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah
berkata kepada Nabi SAW : ” Nasihatilah kepadaku ! ” Dijawab oleh Nabi SAW : ”
Jangan marah! ” Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka
tetap Rasulullah SAW mengatakan : ” Jangan marah ! ”
Hadis Ketujuhbelas
Dari Abi Ya’la Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah SAW
bersabda : ” Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berihsan ( menyempurnakan
sesuatu dengan baik ) terhadap semua pekara. Seandainya kamu membunuh, maka
bunuhlah secara sempurna, dan apabila menyembelih maka elukkanlah
penyembelihan. Hendaklah sesaorang kamu menajamkan mata pisaunya dan merehatkan
penyembelihannya. ”
Hadis Kelapanbelas
Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman,
Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya : ” Bertaqwalah kepada Allah
di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan
baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai
kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus. ”
Hadis Kesembilanbelas
Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : ” Bahawa pada
suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang
tunggangannya ), lalu sabda baginda : ‘ Wahai anak kecil, sesungguhnya aku
telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya
Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan
merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah
semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata.
Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu
sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu,
melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga
sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya
mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah
ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah
kering ( tinta ) buku catitan. ‘
Hadis Keduapuluh
Dari Abu Mas’ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a,
katanya : ” Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘ Di antara sabda para Nabi yang
terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika
engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. ‘
Hadis Keduapuluh Satu
Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan
bin Abdullah r.a, katanya : ” Saya pernah bertanya Rasulullah SAW : Ajarkanlah
kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi
daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW : ‘
Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.’
”
Hadis Keduapuluh Dua
Dari Abu Abdullah, Jabir bin Abdullah Al-Anshari r.a,
bahawasanya telah bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah SAW : ” Apa
pendapatmu jika saya menunaikan semua sembahyang fardhu, dan aku berpuasa
sebulan Ramadhan, dan aku halalkan yang halal dan aku haramkan yang haram, dan
aku tidak menambahkan suatu atas demikian itu, adakah aku masuk syurga? Jawab
Rasulullah SAW : Ya. ”
Hadis Keduapuluh Tiga
Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya’ri r.a,
katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘ Suci itu sebahagian daripada iman,
dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan
memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah
itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu.
Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan
ada yang membinasakannya. ‘
Hadis Keduapuluh Empat
Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang
meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah
berkata : ” Wahai hamba-hambaKu ! Sesungguhnya aku telah mengharamkan
penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka
janganlah kamu aniaya-menganiayai.
Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaku ! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut.
Wahai hamba-hambaku ! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri. ”

Hadis Keduapuluh Lima
Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya segolongan
manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW : ” Wahai
Rasulullah ! Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka
sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan
mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu.”
Bersabda Nabi SAW : ” Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah ? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan sesaorang dengan isteri juga sedekah. ”
Bertanya para sahabat : ” Ya Rasulullah ! Adakah sesaorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga ? ”
Bersabda Rasulullah SAW : ” Apakah pendapat kamu sekiranya sesaorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala. ”

Hadis Keduapuluh Enam
Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah
bersabda : ” Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila
matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau
menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat
baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang
baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah
sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. ”
Hadis Keduapuluh Tujuh
Dari An-Nawwas bin Sim’an r.a, dari Nabi SAW yang
bersabda : ” Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah
apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui
manusia mengenainya.
~ Riwayat Muslim
Dari Abi Wabishah bin Ma’bad r.a : ” Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu banginda bertanya : ‘ Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ‘ Aku menjawab : ‘ Ya ‘. Sabda Rasulullah SAW lagi : ‘ Tanyalah hati engkau. ‘ Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu.’ ”

Hadis Keduapuluh Lapan
Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya : ”
Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang mengeletarkan
hati dan menitiskan air mata. Maka kami berkata kepadanya : ‘ Wahai Rasulullah,
seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu
pesanan. ‘ Sabda Rasulullah SAW : ‘ Saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa
bertaqwa kepada Allah Azza wajalla serta mendengar dan taat sekalipun kepada
seorang hamba yang memerinta kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di
antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu
berpegang kepada sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin Al-Mahdiyyin
yang beroleh petunjuk ( daripada Allah ) dan gigitlah ia dengan gigi geraham
kamu ( berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu ).
Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida’ah itu menyesatkan. ‘
Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida’ah itu menyesatkan. ‘
Hadis Keduapuluh Sembilan
Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata : ” Khabarkan kepadaku
suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari
neraka. ”
Jawab Nabi SAW : ” Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta’ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. ”
Kemudian Nabi bersabda lagi : ” Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? ” Aku menjawab : ” Mahu, ya Rasulullah . ” Sabda baginda : ” Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. ”
Kemudian Nabi bersabda lagi : ” Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? ” Aku menjawab : ” Mahu, ya Rasulullah. ” Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : ” Awas, jaga ini baik-baik. ”
Aku bertanya : ” Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? ” Baginda lalu menjawab : ” Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. ”

Hadis Ketigapuluh
Dari Abi Tsa’labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a,
daripada Rasulullah SAW, yang bersabda : ” Sesungguhnya Allah Ta’ala telah
memfardhukan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia
telah menetapkan beberapa hudud ( batasan ), maka janganlah kamu melampauinya.
Dia telah mengharamkan beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia
telah mendiamkan beberapa pekara sebagai suatu rahmat terhadap kamu, bukan
kerana lupa maka janganlah kamu membahas mengenainya. ”
Hadis Ketigapuluh Satu
Dari Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa’idd r.a, berkata : ”
Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ‘ Ya
Rasulullah, tunjukkan aku suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku
dicintai oleh Allah dan orang ramai. ‘
Maka dijawab Nabi : ‘ Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai. ‘
Maka dijawab Nabi : ‘ Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai. ‘
Hadis Ketigapuluh Dua
Dari Abi Said Sa’d bin Malik bin Sinan Al-Khudri r.a,
bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : ” Tiada mudharat dan tiada
memudharatkan. ”
Hadis Ketigapuluh Tiga
Dari Ibn Abbas r.a bahawa Nabi SAW pernah bersabda : ”
Jika dilayankan setiap orang dengan tuntutannya, nescaya ada orang yang
menuntut harta benda orang lain dan ada pula yang menuntut darahnya. Akan
tetapi yang menuntut itu harus menbawa saksi, manakala yang memungkiri harus
bersumpah. ”
Hadis Ketigapuluh Empat
Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : ” Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda : ” Barangsiapa di antara kamu yang melihat
kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ).
Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (
nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya
dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah
selemah-lemah iman.
Hadis Ketigapuluh Lima
Dari Abu Hurairah r.a, katanya : ” Telah bersabda
Rasulullah SAW : ‘ Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu
tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan
kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian
sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.
Taqwa itu berpunca dari sini – sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ‘ ”

Hadis Ketigapuluh Enam
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW,
yang bersabda : ” Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan
dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari
suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.
Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaipannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya.
Barangsiapa yangmenuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya. ”

Hadis Ketigapuluh Tujuh
Dari Ibn Abbas r.a dari Rasulullah SAW yang meriwayatkan
hadis ini daripada Tuhannya Tabaraka Wa Ta’ala, katanya : ” Sesungguhnya Allah
telah menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu.
Maka barangsiapa yang bercita kepada kebaikan, kemudian ia tidak mengerjakannya
– Allah akan mencatit disisinya satu hasanah yang sempurna. Dan jika ia
melaksanakan, nescaya Allah akan mencatitkan di sisiNya sepuluh hasanah hingga
tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya.
Dan jika ia bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak
dilakukannya, Allah akan mencatitkan di sisiNya satu hasanah yang sempurna.
Jika ia meneruskan cita-citanya yang jahat itu dan melakukannya, Allah akan
mencatitkan baginya satu kejahatan sahaja.
~ Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih keduanya.
~ Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih keduanya.
Hadis Ketigapuluh Lapan
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda : ” Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi
waliKu ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan
perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub ( beramal )
kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua
yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub
dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya.
Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya
yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penghilantannya yang ia melihat
dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai
kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya
Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya
Aku lindungi ia
Hadis Ketigapuluh Sembilan
Dari Ibn Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda
: ” Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku daripada umatku segala perbuatan dari
kesilapan dan kelupaan dan segala yang dipaksa ke atas diri mereka
Hadis Keempatpuluh
Dari Ibn Umar r.a., katanya : ” Rasulullah SAW telah
memegang bahuku dan bersabda : ‘ Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang
perantau, atau pengembara. ‘ Maka Ibn Umar berkata : “Jika engkau berada di
waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di
waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu
sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu
mati. ”
Hadis Keempatpuluh Satu
Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a
katanya : ” Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘ Tiada beriman sesaorang dari kamu
sehingga hawa nafsunya patuh kepada apa yang aku sampaikan. ‘ ”
Hadis Keempatpuluh Dua
Dari Anas r.a, katanya :
” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Telah
berfirman Allah Ta’ala :
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.
Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.
Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................................................
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
No comments:
Post a Comment