28 January 2020

Kaedah Membakar Bata

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakaatuh


Kaedah Membakar Bata
Share
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik memulakan post. Hari ni pak cik nak berkongsi dengan korang mengenai kaedah membakar bata. Terima kasih kepada tok Said atas ilmu ni. Harap mintak izin ya diamalkan. Teknik membakar bata ni adalah digunakan untuk memindahkan semula perbuatan perbuatan zalim seseorang kepada diri dia semula. Biasanya kaedah membakar bata ni digunakan untuk dapatkan balik barang kita yang hilang.
Ok, inilah tatacara untuk membakar bata
Sediakan sebuah bata tanah liat
Sediakan sebuah paku
Sedekah fatihah kepada Nabi SAW dan Keluarga
Fatihah kepada Wali Wali ALLAH
Fatihah kepada Guru2 yang mengijazahkan amalan ni
Kemudian, baca niat ni
“Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Karim, Ya Hayyu, Ya Qayyum”
Aku bermohon, orang ini telah menzalimi aku, dengan berkat Yassin ini aku bermohon dipindahkan semangat, jasad, ruh, jantung orang yang menzalimi aku (Nama orang tu) (kalo tak ingat atau tak tau, niatkan penzalim sahaja) ke dalam Bata ini dan apa yang terjadi pada bata ini, terjadilah pada orang itu
 
Kemudian, selawat 11 kali dan baca Qursi Sekali, dan mula membaca Yassin. Setiap kali satu ayat surah Yassin tu, korang gariskan bata tu dengan paku. Kiranya akan ada 83 garisan atas bata tu ikut jumlah ayat surah yassin
Bagi orang baru, korang kena buat tatacara ni sebanyak dua kali, kiranya korang akan garis bata tu depan dan belakang. Makrifatkan je bata ni tubuh penzalim tu.
Kemudian, korang salai bata ni atas api dan letak paku tu atas bata yang dibakar. Kemudian korang baca ni :-
“Ya ALLAH, ini bukan bata yang aku bakar, ini jasad si ( nama orang tu) bagaimana panasnya Bata ini, begitulah panasnya jasadnya, dengan berkat kalimah La Ila Ha Illa ALLAH
Syarat keilmuan adalah jangan tinggal solat dan selalu solat sunah ya, Peace Yo
 
kaedah bakar 



🕋🇲🇾🇲🇾🖤💝💞💞🕌

1 comment:

Anonymous said...

Salam tuan. Mohon ijazahkan ilmu ini utk saya gunakan ya.

Soalan saya:
1) Utk yg kali pertama nk buat, kena baca Yaasin 2 kali ulang berturut2, atau baca sekali kemudian terus bakar bata dan esoknya baca lagi sekali dan bakar lg 1 round?

2) Kalau dah selesai round 1, nak sambung esoknya, adakah kena baca Yaasin lg sekali atau tak perlu, dan terus sahaja bakar tanpa perlu baca Yaasin dulu?

Mohon penjelasan.. terima kasih.