29 January 2020

Etika Mempelajari Ilmu Ghaib

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Etika Mempelajari Ilmu Ghaib
22Share
Bismillahirrahmanirrahim

Mempelajari ilmu ghaib tidak salah, dan pak cik mohon kepada sesiapa yang masih tidak memahami ilmu ghaib, jangan terus melabel ilmu ini sesat ataupun salah di sisi akidah. Pak cik kat sini nak beri penerangan pada korang ataupun pak cik nak menukar pandangan korang perihal pada ilmu ghaib ni. So, biar korang tau sebab dan asal usul nya ilmu ghaib ni. Kadang-kadang, perasaan kita yang cakap ilmu ni sesat adalah ditimbulkan oleh syaitan sendiri sebab syaitan tahu, ilmu ilmu ghaib ini menuntut kepada keimanan yang tinggi, tu pasal ditimbulkan keraguan pada korang.
Okay, seperti mana yang kita tau, ilmu ghaib yang berada di Nusantara ni kebanyakannya telah diamalkan di Thailand dan Indonesia. Tapi, unik bagi indonesia kerana serapan Islam telah berlaku secara meluas berbanding Thailand. So amalan ilmu ghaib di Indonesia ni boleh lah diyakini berbanding dengan amalan ilmu ghaib di thailand. Terdapat dua jenis amalan ilmu ghaib iaitu Ilmu Kejawen dan Ilmu Hikmah…
Ilmu Hikmah adalah ilmu yang telah bersandarkan terus kepada penggunaan Al Quran dan hizib-hizib. Jadi, doa-doa yang berada di dalam ilmu hikmah semuanya perkataan Arab dan sememangnya Ilmu Hikmah tiada lagi keraguan kerana pengamalannya telah dicedok terus dari Al Quran dan sumber sumber yang boleh dipercayai.
Ilmu Kejawen pula adalah tradisi ilmu kebatinan jawa yang telah bertapak sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Setelah Islam datang, ilmu Kejawen telahpun di sesuaikan dengan akidah Islam. Doa-doa dalam ilmu kejawen biasanya akan dimulai dengan Bismillah dan dicampur bahasa Arab dan Jawa.

Setiap pengamalan ilmu ilmu ghaib, akan mewujudkan ruh ruh Ilmu tersebut. Ini terjadi secara sukarela ataupun automatik. So, jika disebut mengenai khadam ilmu, itu bukanlah bermakna Jin ataupun pendamping, seperti mana yang diberitahu oleh orang yang belajar tak habis ni. So, khadam yang dimaksudkan adalah aura cahaya dari amalan ilmu yang diamalkan sendiri. Ia datang secara rela, kerana perlu kita tahu ilmu juga adalah makhluk, yang asalnya cahaya dan dia boleh memilih pengamal yang mana memanfaatkannya.
Di dalam ilmu ghaib, terdapat beberapa cabang yang perlu kita tahu antaranya adalah , Ilmu Kebal, Ilmu Pengasihan, Meraga Sukma, untuk pertunjukan dan Perubatan. Mengenai Ilmu Kebal, rata rata yang menganggap ianya sesat. Saya membuat andaian bahawa perkataan Kebal lah yang buatkan orang melabel ilmu ini sebagai ilmu sesat. Sebab itu didalam blog saya, saya namakan sebagai Ilmu Perlindungan Ghaib supaya tiada keraguan dan kemusykilan untuk diamalkan.
Terdapat beberapa cara bagaimana ilmu ghaib ini boleh dipraktikkan antaranya warisan. Ini mesti korang faham, takkan atuk korang tak pernah bagi tau apa apa tips masa korang kecik2. Yang kedua adalah melalui jalan tirakat. Dalam blog saya ini, kebanyakan adalah menggunakan jalan tirakat, yang mana pengamal sendiri yang memilih untuk mendapatkan ilmu tu. Dan yang terakhir adalah jalan pengisian. Bagi korang yang dapatkan ilmu tu terus tanpa susah payah, Pengisian adalah jalan yang paling mudah. Ia merupakan suatu proses yang mana guru yang mempunyai ilmu yang tinggi memindahkan tenaga supranaturalnya kepada orang yang berhajatkan ilmu tu. Dalam internet pun banyak, tapi kena ada duit la baru diorang buat… Macam ilmu tingkat malaikat tahap 1 … RM 900… TIngkat 5 sampai RM 5000 kot.
So, pak cik harap, sedikit sebanyak korang paham pasal ilmu ghaib ni, jangan la jadi orang yang tidak tahu kemudian kena tipu pulak dengan orang yang tidak tahu.
< Bila la nak bukak pose ni >


Memahami Tatacara Mempelajari Ilmu Ghaib

Ilmu Batin Islam Energi Ilahi

Ilmu Mengunci Ilmu

Amalan Ilmu Laduni

Tenaga Dalam Asma Husna





🕋🇲🇾💜💜💚💜💝💞💞🕌↪⏬↘️

No comments: