Pagar Diri Dari Ancaman
4Share
Bismillahirrahmanirrahim
Hari ni hari Ahad, hari yang terbaik untuk bapa-bapa, ibu ibu nak bawa family gie jenjalan. Pak cik nasihatkan, pie la jenjalan, sian la anak anak dan bini terperap dalam rumah. Ala, jalan – jalan gie taman pun kira ok, bukan makna jalan jalan ni nak perabis duit. Kalo sampai duit minyak pun kedekut, pak cik tak tau la.
Bila jalan jalan ni, bagus sebab kita akan melihat budaya, masyarakat, kehidupan orang lain. Ini akan buat kita berfikir, sungguh bahawa ALLAH mengaturkan manusia dengan baik sekali. Mereka menguruskan diri mereka, mereka mempunyai kehidupan mereka, emosi mereka sendiri, bayangkan bagaimana ALLAH nak memerhati semua ini. Maha Suci ALLAH yang Maha Melihat.
Pak cik suka keadaan gini. Rasa menyusup je dalam hati. KL banyak rumah flat kan, so pak cik gie bangunan shopping complex yang paling tinggi, pastu lepak atas tu, sambil tengok ragam2 manusia dalam rumah masing-masing kat flat. Ops, bukan benda tu pak cik nak bincang, tapi hari ni pak cik nak terangkan mengenai pagar diri.
Pagar diri? Apa maknanya? Pagar diri ni adalah untuk membuat perlindungan diri dari segala marabahaya. Selalu istilah pagar diri ni sangat biasa dalam ilmu kebatinan, tapi korang silap, pagar diri ni masih luas pengertiannya.
Pagar diri boleh dikategorikan sebagai , memelihara diri dari sifat mazmumah, memelihara diri dari godaan syaitan dan jin < Selalunya dalam kes kes rasukan>, pagar diri dari bahaya kejahatan manusia, kononnya macam ada orang nak tikam korang, pagar diri ni la yang boleh jadi perlindungan akhir korang.
Kenapa pagar diri ya? Sebab ia sangat relevan untuk zaman sekarang. Cuba saudara fikir, dengan pelbagai perkara yang tak elok disekeliling kita, mampukah diri kita bertahan dengan tangan kosong?.. Tak mampu bukan ?.. Sekurang kurangnya, pagar diri ini menjadi salah satu usaha kita untuk memelihara diri dengan izin ALLAH.
Baiklah, dibawah ini pak cik berkongsi dengan korang cara untuk pagar diri. Secara umumnya, pak cik akan mengajar ilmu pagar diri dengan ayat kursi :-
Sebelum tu, korang memang kena niatkan untuk membaca ayat kursi untuk memagar diri keluarga, rumah dan urusan kerana ALLAH
1) Baca ayat kursi sambil baca doa ini :- ”Ya ALLAH, Ya Tuhanku, jadikanlah Di hadapan -diri , keluarga, rumah dan segala urusan, hamba Mu yang banyak dosa dan dhaif ini Kota Besi, Kota Tembaga, yang tidak dapat dikhianati jin, iblis , manusia dan haiwan.
2)Baca ayat kursi sambil berdoa :- “Ya ALLAH, Ya Tuhanku, jadikanlah Di BELAKANG -diri , keluarga, rumah dan segala urusan, hamba Mu yang banyak dosa dan dhaif ini Kota Besi, Kota Tembaga, yang tidak dapat dikhianati jin, iblis , manusia dan haiwan.
3)Baca ayat kursi sambil berdoa :- “Ya ALLAH, Ya Tuhanku, jadikanlah Di KANAN -diri , keluarga, rumah dan segala urusan, hamba Mu yang banyak dosa dan dhaif ini Kota Besi, Kota Tembaga, yang tidak dapat dikhianati jin, iblis , manusia dan haiwan.
4)Baca ayat kursi sambil berdoa :- “Ya ALLAH, Ya Tuhanku, jadikanlah Di KIRI -diri , keluarga, rumah dan segala urusan, hamba Mu yang banyak dosa dan dhaif ini Kota Besi, Kota Tembaga, yang tidak dapat dikhianati jin, iblis , manusia dan haiwan.
5)Baca ayat kursi sambil berdoa :- “Ya ALLAH, Ya Tuhanku, jadikanlah Di ATAS-diri , keluarga, rumah dan segala urusan, hamba Mu yang banyak dosa dan dhaif ini Kota Besi, Kota Tembaga, yang tidak dapat dikhianati jin, iblis , manusia dan haiwan.
6)Baca ayat kursi sambil berdoa :- “Ya ALLAH, Ya Tuhanku, jadikanlah Di BAWAH-diri , keluarga, rumah dan segala urusan, hamba Mu yang banyak dosa dan dhaif ini Kota Besi, Kota Tembaga, yang tidak dapat dikhianati jin, iblis , manusia dan haiwan.
7)Baca ayat kursi sambil berdoa :- “Ya ALLAH, Ya Tuhanku, jadikanlah segenap sendi dan liang bulu roma hambaMu yang banyak dosa ini Kota Besi Kota Tembaga yang tidak dapat ditembusi nafsu, amarah, yang didalangi oleh syaitan dan iblis.
Selawat pada Rasulullah SAW
Semoga ia memberi manfaat kepada saudara semua Terima kasih kerana membaca
• Ilmu Pagar Laut
• PAGAR 4 batu
• Amalan Mengenali Diri Sendiri
• Doa-Doa Pelindung Sihir
• Amalan Membina Keberanian Diri
LinkWithin
🕋🇲🇾💜🖤💝💞💟🕌
No comments:
Post a Comment