29 January 2020

Adab Berjiran

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


  • 10/18/14--21:53: Tazkirah Adab Berjiran
  • Bismillahirrahmanirrahim
    Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Alhamdulillah, hari ni hari Ahad, makanya pak cik ucapkan selamat beristirahat kepada rata2 yang bercuti pada hari ni. Kali ini, marilah beringat sedikit demi sedikit dan tazkirah kita pada hari ni adalah adab2 kita berjiran. Mari kita rujuk hadis dibawah :-
    01. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasa aman dari kejahatannya.” [Bukhari dan Muslim dan lain-lain]
    Hadis di atas menerangkan bahawa seseorang tu tak masuk syurga selagi jiran tak merasa senang ngan kita. Tidak merasa senang yang bermaksud adalah korang membuat onar kepada jiran sehingga beliau tidak merasa selesa. Macam pagi2 korang letak paku tekan dalam kasut diorang, ataupun, balik2 je jiran korang ada bau taik depan rumah. Rupanya punya korang dengki dengan diorang, sanggup korang tahan berak semata2 nak berak depan laman rumah diorang. Kalo jiran tak senang dengan korang sebab korang baru beli cadar baru, kusyen court mammoth, tu tak dikira la. Kalo depa dengki korang kokak je leher diorang.
    02. Dari ‘Aisyah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Jibril terus menerus berwasiat kepada ku untuk berbuat baik terhadap jiran, sampai-sampai (sehingga) aku mengira dia akan menjadikannya sebagai ahli waris.” [Bukhari dan Muslim]
    Hadis seterusnya pula menerangkan agar kita sentiasa buat baik dengan jiran kita. Punyalah baik nak wat kat jiran sampai korang sanggup jadikannya waris2 harta korang. Dewasa ni, kita tengok jiran sebelah menyebelah pun tak bertegur sapa. Tak kenal pun ada. Apa kata korang start dahulu, dengan bermula memberi salam kepada muslim dan selamat pagi petang sore pada non muslim. Pastu dari situ kalo korang pergi pasar beli cendol gula melaka, beli la sebungkus bagi kat jiran. Sudah cukup dengan sedikit kebaikan yang korang berikan akan memberi kesan yang mendalam kepada jiran tersebut. Sedalam rasa cendol gula melaka extra woooo… Itu sahaja untuk hari ini. Moga ilmu yang sedikit ini mampu memberi pengajaran dan nasihat kepada kita semua.
    Amiin ya ALLAH, selamatkanlah pembaca2 blog aku ini dari malapetaka dan berikan mereka nikmat dan kasih sayang Mu ya Rahman Ya Rahiim.
    🕋🇲🇾🇲🇾💜🖤💝💞💟🕌

No comments: