29 January 2020

Senjata Tidak Berkesan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


  • 10/16/14--05:37: Senjata Tidak Berkesan
  • Bismillahirrahmanirrahim
    Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Hari ini pak cik nak berkongsi dengan korang sebuah amalan supaya senjata musuh yang dipegang tak berkesan. Amalan ini bagus untuk diamalkan supaya musuh yang berlagak dengan senjatanya tidak akan berani untuk menyerang dan tetiba kecut telur nya. Jadi, macam biasalah, korang terpaksa melayan cerita mengarut pak cik lagi sekali. Ni lah kerja pak cik skang ni. Asyik nak mengarut je.  Heheheheh.
    Abu adalah seorang pekerja biasa2 di KL. Saban hari, dia harus keluar seawal subuh untuk sampai ke tempat kerja nya. Maklumlah KL, penuh dengan jammed, kalo da tersangkut dalam jammed, ibarat boleh amik cuti sehari terus. Jadi, selepas solat subuh Abu akan memacu Myvi High Beam Beam secepat mungkin ke tempat kerja.
    Dijadikan cerita, Abu terlelap dan terbangun lambat untuk keesokan harinya. Ini semua angkara cerita hantu yang dia tengok secara agresif sewaktu malam semalam, biasanya ABu akan bangun pukul 6.00 namun dia terbangun pukul 6.10 minit, Jammed di KL tak boleh nak jangka, pukul 7 lengang, tapi masuk pukul 7.10 minit tiba2 penuh dengan sesak sesesaknya entah datang dari mana semua kereta dan lori. Ibarat seperti empangan yang menahan air bah.
    Dalam kesesakan lalu lintas, abu melihat berbagai perangai manusia, yang kurang sabar, akan cuba menyelit dan menghimpit, yang hilang sabar, terus bertukar wajah serigala dan mengamuk2, dan ada yang gila pun ada, menyanyi kuat2 sendirian di dalam kereta sambil menjerit aok aok. Abu merasa agak takut dengan keadaan tersebut, Leka melihat perilaku manusia, tiba2 dia telah menyodok sebuah kereta Saga BLM yang dimodified seperti kereta Rally. Kemek kereta brader tu siap jatuh2 aksesori bumper nya seperti lampu lip lap ketika brek.
    Maka, keluarlah owner kereta tersebut dengan wajah serigala bertukar harimau dan bertukar serigala semula. Abu tahu, dia pasti akan dimarahi sehingga dia menangis. Namun, ianya lebih teruk, owner kereta tersebut keluar dengan spanar boleh laras yang paling besar. Dia berlari kearah Abu untuk menghentak spanar boleh laras ke tenggoroknya yang bakal menyebabkan dia hampir arwah. Lalu, Abu membaca ayat dibawah agar senjatanya bermasalah. Dengan tak semenan-menanya spanar boleh laras nye terbarai, besi yang boleh laras tercabut dari badan spanar tersebut. Terkial2 brader tu mencari besi tersebut di jalanan. Akibat terlalu lama, abu mengambil keputusan meninggalkan no tepon dan diletakkan di wiper kereta lalu berangkat ke tempat kerja. Ketika pulang dari tempat kerja, Abu masih melihat brader tersebut masih terkial2 mencari besi spanar nya.
    Dibawah ini adalah ayatnya :
    senjata tak terkesan
    Bacalah ayat di atas dan hembuskan kepada musuh, insya ALLAH, senjata api tak meletup, jika tajam akan tumpul dan jatuh ke tanah jua senjata tersebut.
     🕋🇲🇾🇲🇾💜🖤💝💞🕌

No comments: