29 January 2020

*Sebuah Amalan Rahsia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Sebuah Amalan Rahsia
Share
Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH, pak cik mulakan post. Harap post kali ni buatkan para pembaca blog pak cik ni akan terus setia untuk membaca. Bila sampai hari cuti, cam sabtu ahad memang pak cik liat sikit nak bangun disebabkan kemalasan tahap optima ketika di pagi cuti yang sejuk sejuk menggigit tubuh badan ni.
Ok, hari ni pak cik nak berkongsi dengan korang satu amalan yang rahsia. Member pak cik yang bagitau. Dia kata, untuk mengetahui apakah kesan pengamalan dia, rasakan lah sendiri. amalkan lah sendiri, hanya pengamal sahaja yang mengetahui apakah yang berada disebalik amalan tersebut.

Sebenarnya amalan ni takde tatacara, cuma pak cik saja je nak mereka satu tatacara sebab nak cari kekhusyukan didalam pengamalan ni. So, kalo korang nak ikut style pak cik boleh je, tapi kalo tak mau, atau nak ikut bilangan korang sendiri, itupun tak kesah.. Janji sama sama amal ya
QuL Lan Yusi Bana Ila Ma Kataba Allahu Lana
Baca ayat kat atas ni dalam keadaan berwuduk, area pukul 1 hingga 2 pagi, dan bacakan sebanyak 1000 kali selama 7 hari..
Err.. tatacara pengamalan tu pak cik tambah sendiri ikut sedap pak cik je.. Heheh. tapi pak cik lagi suka korang sendiri yang mereka nya. Disebabkan tatacara dia terlalu umum, tu pasal pak cik reka satu.. huhuh.. Ok, adios..


Amalan Mengenali Diri Sendiri

Jom Kongsi Pengalaman Ilmu Ghaib Korang :D

Amalan Ilmu Laduni

Amalan Yang Boleh Diamalkan oleh Orang Bukan Islam

Etika Mempelajari Ilmu Ghaib

LinkWithin


🕋🇲🇾🇲🇾💜💜🖤💞💟🕌

No comments: