Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Ilmu Huruf Ilmu Yang Makin Hilang
3Share
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan naam ALLAH pak cik memulakan post. Da lama sebenarnya pak cik nak sentuh pasal ilmu huruf ni. Bukan apa, sebab dia best dan sangat la best. Dari huruf Hijaiyah yang kita kaji, kita akan nampak macam macam kebesaran ALLAH dalam huruf hijaiyah, Hanya dari huruf hijaiyah sahaja.
Sebenarnya banyak pecahan dalam ilmu huruf tu. Pertama sekali mengenali khadam penjaga huruf tu sendiri. Banyak la wei. bila pak cik tahu pasal khadam penjaga huruf ni, baru la pak cik sedar betapa hebatnya sistem keselamatan al Quran tu. Baru pak cik sedar kenapa Al Quran dipelihara sampai kiamat. Sebab setiap apa yang ada dalam Al Quran itu ada penjaganya.
Bermula dari Huruf hijaiyah da ada biasanya 3 penjaga biasa, satu ketua. Kemudian ada pula khadam ayat bagi setiap ayat Al Quran. Kemudian , ada pula khadam Surah untuk setiap surah al Quran. Hebatkan sistem keselamatan al Quran?
Ilmu Huruf Beserta Sifatnya
Ok, sekarang ni kita akan belajar pasal ilmu huruf huruf hijaiyah berkaitan sifat huruf itu sendiri. Ok, kita mula dengan alif ya
• Alif :- Simbol ALLAH yang Esa
• Ba :- Bermakna ciptaan ALLAH. Huruf Ba itu seperti mangkuk, yang mana itulah alam semesta, dan titik ba itu adalah perlambangan analogi kepada ALLAH, yang mana jika dibesarkan atau dikecilkan titik itu, ia tetap titik
• Tsa :- Keberadaaan makhluk. ALLAH memimpin manusia diatas Bismillah
• Jim :- Sunnatullah tercipta
• Ha :- Pelaksanaan sunnatullah yang dicipta
• Kha :- Sunnatullah yang diberikan kuasa kepada manusia
• Dal ;- Kesempurnaan ciptaan alam semesta, yang mana manusia diangkat sebagai amir, makhluk yang memakmurkan bumi dan hukum alam yang tercipta untuk makhluknya
• Dzal :- nisbah dal keatas diri manusia
• Ra :- Sebagai rahmat yang mana sifat2 ALLAH yang menetapkan alam semesta. Ibarat sebuah mangkuk yang tumpah
• Zai :- Fitrah manusia ketika awal penciptaan
• Sin :- Manusia mampu memakmurkan bumi ini, dari sebuah ba, kepada bentuk sin. Ia adalah usaha manusia itu sendiri. Ibarat adalah pembuatan mangkuk yang baru dari asal
• Syin :- Manifestasi huruf Tsa, yang merupakan simbolik amanah ALLAH kepada manusia tercapai
• Shod :- Dunia yang telah diperluaskan manusia, tunduk patuh pada Tuhan. Ibarat mangkuk yang ditelungkupkan
• Dhod :- Amanat manusia sebagai khalifah
• Tho :- ALLAH turun, memimpin manusia supaya bertakwa kepadaNya
• Dzh0 :- Manusia menerima pengajaran dari ALLAH melalui Amir yang adil
• Ain :- Selepas perluasan alam yang horizontal, manusia mula mencari perluasan vertikal yang mencari cahaya budi
• Ghain :- Tingkat manusia mencari ALLAH, makrifatullah
• Fa :- Redho manusia kepada amir manusia
• Qaf :- Sistem kemasyarakatan manusia
• Kaf :- Alam ini berdiri kerana ALLAH, manusia sebagai pentadbir
• Lam :- Alam berdiri atas ketentuan ALLAH
• mim :- Nabi Muhammad wakil ALLAH
• Nun :- Manusia yang berada dalam tingkatan rahmatan lil alamin
• Wau :- Ampunan ALLAH kepada manusia
• Ha :- Kesempurnaan manusia, sebagai sibghah ALLAH
• Lam Alif :- Alam dan ALLAH bersatu
• hamzah :- Manusia yang memegang mahkota khalifah
• Ya :- Sempurna alam dengan adanya hamzah
Oklah, rasanya sampai sini je la pak cik share pasal ilmu huruf ni, nanti tak terbawa lak korang. Pak cik nak update blog len plak. Selamat belajar ilmu huruf.
Ilmu Huruf Hijaiyah
Nama Malaikat Penjaga Huruf
Huruf Ba, Tanda Bermula Segalanya
Hakikat Kejadian Manusia Di Dalam Bismillahirrahmanirrahim
Etika Mempelajari Ilmu G
🕋🇲🇾💜🖤💞💟💟🕌
No comments:
Post a Comment