29 January 2020

Rawatan menurut Al-Quran dan As-Sunnah





 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 

Rawatan menurut Al-Quran dan As-Sunnah
Rawatan menurut Al-Quran & As-Sunnah
Berikut ini di jelaskan beberapa perkara mengenai asas perubatan :
  1. Hukum menuntut ilmu perubatan
  2. Hukum mengajar ilmu perubatan
  3. Hukum berubat
  4. Hukum mengubat dan hak pesakit
  5. Hukum menerima ganjaran
1.Hukum menuntut ilmu perubatan
Alim Ulamak sepakat mengatakan bahawa menuntut ilmu perubatan itu hukumnya Fardu Kifayah,atau satu tanggunggjawab yang di kenakan ke atas orang Islam secara umum untuk mempelajarinya.Sekiranya ia di pelajari orang dalam satu kumpulan maka terlepaslah tanggungjawab orang lain.Semakin sedikit orang yang melakukan tanggungjawab fardu Kifayah itu,maka semakin banyaklah pahala yang di perolehi oleh mereka,kerana mereka merupakan kumpulan orang yang melepaskan tanggungjawab yang seharusnya di pikul oleh orang ramai.
2.Hukum mengajar ilmu perubatan
Hukum mengajar ilmu perubatan ini wajib bagi orang yang arif mengenainya apabila tiba masanya dan masyarakat pula memerlukannya.Menyembunyikan ilmu itu adalah berdosa dan termasuk dalam golongan orang yang bakhil serta kufur nikmat Allah.Kewajipan ini bergantung kepada faktor-faktor luar,seperti keadaan tempat,penilaian dari orang yang hendak belajar dan lain-lain lagi.
3.Hukum berubat
Hukum berubat ada dua iaitu harus dan wajib.Pada orang awam hukumnya harus ketika ia masih dapat menanggung kesakitan dan dapat bersabar serta penyakit itu belum teruk.Ia menjadi wajib sekiranya seseorang itu tidak dapat menanggung kesakitan.
Bagi orang khusus ,iaitu seperti Para Wali dan Nabi dimana maqam mereka tinggi dalam menghadapi ujian Allah,hukum berubat adalah haruis.Bagi mereka penyakit itu adalah ujian dari Allah.Kerana itu jika Allah member sakit sebagai ujian maka ia tidak perlu di ubati.Ia perlu diterima dan Allah sahajalah yang menyembuhkannya.Malah kalau penyakit itu di terjadi sebagai ujian,ia tidak akan sembuh biarpun diubati selagi Allah tidak mahu menyembuhkannya.
4.Hukum mengubat dan hak pesakit
Selain dari berziarah,mengubati pesakit juga merupakan satu kewajipan bagi orang yang mengetahuinya.Orang yang berilmu tetapi tidak sudi menyebarkan kepada masyarakat yang memerlukannya,ia di anggap kufur nikmat.Begitu juga dengan memberi rawatan kepada orang yang memerlukannya.
Bagi orang yang arif khidmat rawatan kepada pesakit adalah salah satu ciri-ciri bersyukur kepada anugerah Allah.Allah memberi seseorang itu ilmu,dan orang yang berilmu itu memberi khidmat melaui ilmu yang dimilikinya dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah,Allah berjanji bahawa ia akan menambahkan lagi keberkatan ilmu yang dimiliki oleh orang yang mensyukuri nikmat Allah di samping memberi rezeki hidup di dunia,ketetapan iman dan juga ketenangan kepada mereka.Dalam Surah Ibrahim :7 Allah berfirman:
"SESUNGGUHNYA JIKA KAMU BERSYUKUR PASTI KAMI AKAN TAMBAH (NIKMAT) KEPADA KAMU,DAN JIKA KAMU MENGINKARI (NIKMATKU).SESUNGGUHNYA AZABKU SANGAT PEDIH"
Seperti yang di jelaskan bahawa berubat itu hukumnya wajib,tetapi kewajipan itu bergantung kepada pihak kedua,iaitu orang yang mengubatinya.Ertinya biarpun berubat itu wajib,tetapi orang yang mengubatinya tidak ada,maka kewajipan tersebut tidak akan terlaksana.Oleh itu orang yang mengubatinya itu mesti ada untuk memenuhi keperluan wajib pesakit itu.
5.Hukum menerima ganjaran
Harus mengambil ganjaran dari pesakit atas usaha pengubatan yang mengunakan ayat-ayat al-quran ataupun jampi-jampi yang tidak membawa kepada kufur.Sebuah hadist riwayat dari Abd Saad Al-Khudri menyatakan bahawa ia dan sahabat-sahabatnya telah diutuskan oleh Rasulullah dalam sepasukan tentera yang kecil bilangannya,iaitui lebih kurang 30 orang.Apabila tiba di sebuah kampung,mereka telah meminta izin dari penghulu kampung tersebut untuk menumpang bermalam,makan dan minum tapi tidak diizinkan .Dengan takdir Allah penghulu tadi telah di sengat kala dan tidak sembuh biarpun telah diubati oleh beberapa oleh orang ahli ubat.
Dalam keadaan kesana kemari mencari ubat,ada diantara mereka yang mencadangkan supaya menemui kumpulan tentera islam tadi,kalau-kalau  ada di antara mereka yang boleh mengubatinya.Mendengarkan pertanyaan tersebut Abu Saad sanggup mengubati penghulu kampung tersebut,tetapi ia tidak mahu pergi kecuali sekiranya mereka sanggup berjanji memberi beberapa ekor kibas sebagai upah,kerana sebelum itu ia dan sahabat-sahabatnya telah meminta izin untuk bermalam di kampung tersebut tetapi tidak di dibenarkan,malah mereka tidak sedikit pun di pedulikan atau di hormati sebagai daif.Sekiranya pengulu itu tidak sembuh seperti sedia kala mereka tidak perlu memberi upah.
Setelah berjanji memberi 30 ekor kambing kibas,Abu Saad pun menemui penghulu tersebut dan membaca AL-FATIHAH sebanyak 7 kali dengan 7 kali ludah yang sederhana semburnya.Dengan takdir Allah penghulu itu pun pulih seperti sediakala lalu menunaikan janjinya.
Dalam keadaan demikian terlintas di hati Abu Saad sama ada perbuatannya itu membolehkan kan ia menerima upah.Adakah seseorang itu boleh mengambil upah melalui usaha demikian rupa.Lalu ia pun berunding dengan sahabat-sahabatnya yang lain.Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk bertanya Rasulullah.Mendengarkan pertanyaan Abu Saad itu Baginda tertawa dan bertanya "Dari mana Abu Saad mengetahui bahawa AL-FATIHAH itu adalah ubat.Ia sebenarnya bukan setakat ubat sahaja tetapi IBU dari semua ubat".Rasulullah membenarkan mereka menerima upah tersebut dan meminta supaya satu bahagian daripadanya diberikan kepadanya:
"Terimalah olehmu semua akan kibas dan untukkan bagiku serta kamu satu bahagian"
Dari keterangan hadis itu ternyata bahawa mengambil upah dari pesakit hasil usaha menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk perubatan adalah harus dan tidak makruh sama seperti mengambil upah mengajar Al-Quran sebagaimana menurut pendapat mazhab Shafie,Maliki,Ahmad dan Ishak.Nmun demikian Imam Abu Hanifah menegah seseorang itu mengambil upah mengajar Al-Quran tetapi mengharuskan mengambil upat mengubati pesakit yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran atau zikir.
Rasulullah s.a.w telah meminta Abu Said supaya sebahagian dari upah yang diterima itu diberikan kepadanya dan kepada sahabat supaya hasil tersebut dibahagi-bahagikan kepada orang lain.Abu Said sebenarnya berhak menerima semua kibas tersebut kerana ia yang mengubatinya.Tetapi Abu Said ketika itu berada di kalangan sahabat yang seharusnya di hormati,lebih-lebih lagi ketika meminta izin untuk bermalam di kampung tersebut.Abu Saad adalah disertai oleh para sahabat yang lain.
Walaupun hukuman menerima saguhati dan upah perubatan itu adalah harus akan tetapi jika tidak di ambil adalah lebih baik,kerana perubatan menurut cara ini kemujaraban dan kesembuhannya bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan pengubat.Semakin jujur dan ikhlas seseorang itu makin makbullah doanya.
Anggaplah semua itu pemberian Allah,berusaha kerana Allah,berniat kerana Allah,maka kerana jika sudah bekerja kerana Allah maka ganjaran utama dari Allah,bukan dari manusia.
Pemutus ubat
Pemutus ubat adalah satu pemberian yang terdiri bahan-bahan tertentu dari seorang pesakit kepada orang yang mengubatinya.Ia merupakan satu tanda menyatakan bahawa sakit yang dideritainya telah sembuh di samping untuk menyatakan terima kasih dari seseorang pesakit kepada orang yang menolongnya.
Amalan pemutus ubat di lakukan dengan memberi bahan-bahan di antara terdiri dari pisau,garam,lipau nipis.Garam merupakan bahan yang penting dalam kehidupan manusia di samping sukar untuk mendapatkannya pada zaman dahulu.Garam mempunyai lambang yang tersendiri dan merupakan pagar dari gangguan benda-benda spiritual.Selain dari air Yassin,garam kasar juga digunakan untuk memagar rumah .Bgi tujuan tersebut,garam merupakan lambang bagi memagar semangat atau Roh pesakit yang baru sembuh dari apa jenis gangguan terutamanya dari gangguan makhluk halus.
Bagi orang yang mengubati pesakit,pemutus ubat merupakan satu perakuan dari pesakit,bahawa sakitnya telah sembuh.Kenyataan seumpama ini adalah penting untuk memberitahu keadaan sebenar,hasil dari usaha pertolongan orang yang mengubat.Perakuan ini merupakan satu kejayaan perawat yang secara langsung menambahkan keyakinan pada dirinya terutama dalam usaha membina keyakinan dirinya.
Atas penerangan di atas tadi,pemutus ubat itu penting terutamanya bagi beberapa jenis penyakit tertentu.

Amalan doa,zikir,ilmu dan sebagainya.
Doa,zikir,ilmu dan juga amalan kalimah-kalimah juga ayat-ayat Allah dibaca oleh perawat setiap hari,terutamanya selepas solat merupakan Nur,yang terbina dan terkumpul padat dari masa ke semasa pada diri pengamal.Hasil dari amalan tersebut ialah kekuatan batini yang sukar di perolehi dengan jalan lain.Nur yang terkumpul pada diri tadi dapat di alirkan untuk mengubati pesakit melalui sentuhan,kerana itulah seseorang yang Nurnya kuat,keyakinan terhadap Allah semakin meningkat dan menjadikan dirinya semakin hampir pada Allah .Ini menyebabkan doanya mudah diterima.Lantaran itu terdapat perawat yang dapat menolong menyembuhkan pesakit melalui sentuhan tangannya sahaja.
Nur yang wujud pada diri yang membentuk keutuhan iman tidak akan berkurangan biarpun digunakan untuk menolong ramai pesakit.Nur itu bukan merupakan benda Maddi,ia semakin bertambah melalui amalan ibadah seumpama ini di samping menambahkan keyakinan diri melihatkan natijah baik dari hasil amalannya.Atas penjelasan ini juga kita dapati ramai pesakit yang berpunca dari gangguan-gangguan makhlus halus itu sembuh,atau terlepas dari gangguan makhluk-makhluk halus tadi hanya dengan bertentangan mata dengan perawat tadi.Nur itu bersifat metafizik,dan makhluk halus itu nature hidupnya adalah bersifat metafizik juga.Bila ia mendapati perwat itu mempunyai nur yang kuat,dan dapat mengatasi kekuatannya,maka makhluk-makhluk halus itu pun lari dengan sendirinya dan juga kepanasan.
Nur yang wujud pada perawat melalui amalan yang di jelaskan akan berkurangan atau hilang akibat perbuatan maksiat dan yang di tegah oleh Allah yang di lakukan oleh perawat berkenaan.  



ISTILAH-ISTILAH & DALIL DALAM ILMU HIKMAH
Dalil-dalil berikut ini kami ambil dari beberapa sumber yang kami miliki seperti Al Qur'an, Hadits Shohih Bukhori, Shohih Muslim, Ath Thibbun Nabawi, Mukhtarul Ahadits An Nabawiyyah, Khozinatul Asror dan lain-lain
(1) KHASIAT ZIKIR
 PERTOLONGAN ALLAH BAGI YANG ZIKIR. Sesungguhnya ALLAH berfirman, "Aku bersama hamba-Ku selama dia ingat kepada-Ku atau menyebut nama-Ku dan kedua bibirnya selalu bergerak dengan menyebut-Ku" (HR. Ahmad dari Abu Huroiroh)
TERKABULNYA DOA TERGANTUNG PERSANGKAAN MANUSIA KEPADA ALLAH. ALLAH berfirman, "ANA 'INDA ZHONNI 'ABDII BII WA ANA MA'AHU IDZAA DZAKARONII". Artinya : "Aku tergantung persangkaan hamba-Ku kepada-Ku dan Aku bersamanya jika dia mengingat dan menyebut-Ku"
ZIKIR ATAU WIRID ITU HARUS ISTIQOMAH (TERUS MENERUS). Diriwayatkan dari 'Aisyah ra, bahAwa Nabi bersabda, "AHABBUL A'MAALI ILALLAAHI ADWAAMUHAA WA-IN QOLLA". Ertinya, "Perbuatan yang paling dicintai ALLAH adalah yang terus menerus walaupun hanya sedikit". (HR. Bukhori dan Muslim)

(2) MA'UNAH  
 MA'UNAH BAGI MANUSIA. Sesungguhnya ALLAH akan menurunkan MA'UNAH (Pertolongan) seukuran saat yang ditentukan dan akan menurunkan kesabaran seukuran bala (ujian-Nya) (HR. Ibnu 'Adi dari Abu Hurioiroh)
HAKIKAT MINTA TOLONG. Kepada Engkaulah kami menyembah dan kepada Engkaulah kami meminta pertolongan (Surat Al Fatihah ayat 5)
TAWASSUL (PERANTARAAN) MINTA TOLONG MELALUI MAKHLUK ALLAH. Dan minta pertolonganlah kalian melalui Kesabaran dan Solat (Surat Al Baqoroh ayat 45)
BANTUAN MALAIKAT. Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap siaga dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, pasti ALLAH menolong kamu dengan 5000 malaikat yang memakai tanda (Surat Ali Imron ayat 125)
PERTOLONGAN BAGI YANG SELALU INGAT ALLAH. Nabi SAW bersabda, "TA'ARROF ILALLAAHI FIR RO-KHOO-I YA'RIFKA FISY SYIDDAH". Artinya : "Berkenalanlah (ingatlah) kepada ALLAH dikala senang, maka ALLAH pasti akan mengingatmu dikala susah" (Hadits Muttafaq 'Alayhi)

(3) DOA' 
DOA MENOLAK TAKDIR. Sesungguhnya seseorang akan susah rezekinya kerana dosa yang menimpanya, tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali Do'a dan tidak ada yang dapat menambah umur kecuali berbuat baik (HR. Ibnu Hiban dari Tsauban)
MENOLONG DENGAN DOA. Doanya orang Islam untuk saudaranya (seiman) pada saat temannya tidak mengetahuinya akan ALLAH kabulkan, di kepala orang yang berdoa itu ada malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap dia berdoa untuk saudaranya dengan baik, maka berkatalah malaikat itu : "AAMIIN (kabulkan Ya ALLAH), dan bagi kamu seperti tu" (HR. Ahmad dari Abu Darda')
DOA ORANG YANG DIANIAYA PASTI DIKABULKAN. Takutlah terhadap doanya orang yang teraniaya, maka sesungguhnya tidak ada penghalang antara doanya orang yang teraniaya dengan ALLAH (HR. Turmudzi)

(4) RUQYAH (JAMPI-JAMPI, MANTRA) 
 BOLEH  MENJADIKAN SYIRIK PEMAKAINYA. Diterima dari Abdullah, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan pelet menjadikan musyrik." (Ibnu HIbban)
JAMPI YANG BERMANFAAT. Tidak ada jampi-jampi (yang lebih utama dan lebih bermanfaat) kecuali untuk penyakit 'Ain (mata jahat) dan keracunan (HR. Abu Daud)
BOLEHNYA JAMPI UNTUK PENYAKIT. Rasulullah SAW memberi keringanan dengan jampi-jampi untuk penyakit 'Ain, keracunan dan kesemutan" (HR. Imam Muslim dari Anas)
MANTRA SUCI. Dari Abu Sa'id Al Khudry, sesungguhnya Jibril as pernah mendatangi Nabi SAW lalu berkata, "Hai Muhammad, apakah kau telah mengadu". Nabi menjawab, "Ya". Lalu Jibril as berkata, "Dengan nama ALLAH aku menjampi-jampi kamu, dari segala penyakit yang menyakitimu, dan dari segala jiwa atau mata orang yang dengki, ALLAH akan menyembuhkanmu, dengan nama ALLAH aku menjampi kamu (HR. Imam Muslim, Turmudzi dan Nasai)
JAMPI YANG BERMANFAAT. Sahl bin Hunaif bertanya kepada Nabi SAW, "Apakah jampi-jampi itu baik?" Nabi menjawab, "Tidak ada jampi-jampi yang lebih bermanfaat kecuali untuk peyakit mata jahat, keracunan dan sengatan binatang berboleh" (HR. Abu Daud)
BOLEHNYA JAMPI UNTUK PENYAKIT. 'Aisyah berkata, "Rasulullah SAW memberi keringanan dalam masalah jampi-jampi untuk penyakit sengatan/patukan ular dan kalajengking" (HR. Ibnu Majah)
JAMPI ATAU MANTRA BOLEH ASAL TIDAK BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH DAN SYARI'AT. Diriwayatkan dari Ibnu Syihab Az Zuhri dia berkata, "Sebahagian sahabat Rasullullah SAW pernah disengat / patuk ular maka Nabi SAW berkata, "Apakah ada orang yang menjampinya?. Maka sahabat menjawab, "Sesungguhnya keluarga Hazm mereka membaca jampi-jampi untuk sengatan / patukan ular, maka ketika Engkau melarang jampi-jampi, mereka meninggalkan jampi-jampi tersebut." Nabi bersabda, "Panggillah 'Umaroh bin Hazm !" Lalu mereka memanggilnya lalu Umaroh menyodorkan jampi-jampinya, lalu Nabi bersabda, "Tidak apa-apa jampi-jampinya". Maka Nabi mengizinkannya kemudian ia membaca jampi-jampinya. (HR. Ibnu Majah, Bukhori, Muslim, Nasai dan Ahmad)

(5)  RAJAH, WIFIQ
  BERUPA TULISAN AL QUR'AN. Sekumpulan ulama Salaf berpendapat boleh menulis beberapa ayat Al Qur'an untuk penyakit 'Ain (mata jahat) kemudian meminum air basuhan tulisan tersebut. Berkata Imam Mujahid, "Tidak apa-apa menulis Al Qur'an dan membasuhnya dan meminumkannya kepada orang sakit". Dan seperti itu juga diriwayatkan dari Abi Qilabah. Dan disebutkan riwayat dari Ibnu Abbas bahawa beliau menyuruh menulis 2 ayat Al Qur'an untuk wanita yang sulit melahirkan, lalu membasuhnya dan meminumnya. Dan berkata Ayub, "Aku pernah melihat Abu Qilabah menulis tulisan sebahagian dari Al Qur'an lalu membasuhnya dengan air dan meminumkannya kepada seseorang laki-laki yang punya penyakit" (Kitab AT Thibbun Nabawi halaman 133)
KHASIAT DAN KEKUATAN YANG TIDAK TERLIHAT YANG DITITIPKAN ALLAH KE SUATU BENDA MATI ITU MEMANG BOLEH ADA. Benda bertuah berupa baju gamis milik Nabi Yusuf. ALLAH berfirman, "Pergilah kamu dengan membawa baju gamisku ini lalu letakkanlah baju gamisku ke wajah ayahku (Yakub as) nanti ia akan melihat kembali dan bawalah keluargamu semuanya kepadaku" (Surat Yusuf ayat 93)
ULAMA MEMBOLEHKAN. Telah berkata Imam Nawawi dalam kitabnya Syarhul Muhadzdzab, "Jikalau Al Qur'an ditulis di sebuah lauh (papan/batu tulis) atau pada bejana kemudian membasuhnya (tulisan tersebut) kemudian meminum air basuhan tersebut oleh orang sakit, maka berkatalah Hasan Bashri, Mujahid, Abu Qilabah dan Auza'i : ' Tidak apa-apa dengannya' . Tapi An Naha'i memakruhkannya". Telah berkata Qodi Husen dan Baghowi dan selain keduanya,"Jika menulis Al Qur'an di makanan yang manis atau makanan (lainnya) maka tidak apa-apa memakannya". Zarkasyi berpendapat tidak boleh memakan kertas yang bertuliskan ayat Al Qur'an. Ibnu Abdus Salam berfatwa makan dan minum dari kertas itu juga dilarang kerana menjadikan kertas tersebut bertemu dengan najis bathin. (Kitab Khozinatul Asror halaman 67)
MEDIANYA HARUS HALAL. Imam Ahmad dan lainnya menyatakan tidak mengapa menulis Al Qur'an untuk orang yang kena musibah atau lainnya termasuk sakit dengan materi (media / bahan) yang dibolehkan lalu membasuh dan meminumnya. Tidak boleh menulisnya dengan selain Al Qur'an seperti tulisan-tulisan yang tidak dimengerti ertinya dari bahasa-bahasa berbagai ajaran yang berbeza-beza, kerana mengandung di dalamnya kekafiran. Materi (media)nya tidak boleh berupa darah dan semacamnya yang termasuk najis kerana haram bahkan kafir. Tidak boleh juga semisal membolak-balikkan huruf Al Qur'an. (Kitab Khozinatul Asror halaman 67 dan Tafsir Ruuhul Bayan pada akhir Surat Al Ahqof)

(6)  SIHIR
PENGERTIAN SIHIR. Sihir adalah kekuatan gaib yang diciptakan ALLAH untuk makhluk-Nya, dimana kekuatan gaibnya berupa kekuatan pengaruh ruh-ruh jahat (jin atau setan), dan dapat berpengaruh pada unsur alam. Seperti diceritakan dalam Asbabun Nuzul surat Al Falaq dan An Nas iaitu ketika Nabi SAW sakit seolah mendatangi isteri-isterinya ternyata tidak, dan ternyata setelah diberitahu oleh Malaikat, sihirnya ada pada sebuah sumur dan berupa tali yang disimpul-simpulkan. 'Aisyah ra. berkata, "Rasulullah SAW pernah disihir sehingga beliau sungguh berkhayal bahawa dirinya mendatangi isteri-isterinya padahal beliau tidak mendatangi isteri-isteri beliau." (HR. Bukhori dan Muslim, Abu Daud dan Ahmad). Lihat kitab Ath Thibbun Nabawi Halaman 100)

(7)  TRANSFER ILMU GAIB MELALUI MEDIA BENDA MATI

SARANA AIR DAN GARAM YANG DIYAKINI DAPAT MENGUBATI PENYAKIT SEBELUM ADA PENELITIAN ILMIAH OLEH PARA PAKAR ILMU PENGETAHUAN MODEN. Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud dia berkata, "Ketika Rasulullah SAW solat, ketika sujud beliau disengat oleh kalajengking pada jari-jarinya. Maka berpalinglah Rasulullah SAW dan beliau berkata, "Semoga ALLAH melaknati kalajengking itu, selama kau tinggalkan Nabi dan selainnya". Abdullah bin Mas'ud berkata, "Kemudian Nabi meminta bejana yang isinya air dan garam. Lalu beliau memulai meletakkan air dan garamnya tersebut ke tempat luka sengatan tadi dan beliau membaca Qul Huwallaahu Ahad dan Al Mu'awwi-dzatain (Al Falaq dan An Nas) sehingga luka sengatan tadi menjadi tenang" (Kitab Ath Thibbun Nabawi halaman 141)
SARANA TANAH. Dari 'Aisyah ra dia berkata, "Adalah Rasulullah SAW apabila seseorang mengadu sakit atau ada yang punya bisul/kudis atau luka, maka beliau berkata dengan jari-jarinya seperti ini (Dan Sufyan meletakkan jari telunjuknya ke tanah kemudian mengangkatnya) dan beliau berkata, "Dengan Nama ALLAH, inilah debu tanah kami, dengan ludah sebahagian kami, agar orang sakit kami disembuhkan, dengan izin Tuhan kami." (HR. Bukhori, Muslim, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ahmad)

(8) TIUPAN KE BENDA MATI
 TIUPAN KE TUBUH. Dari 'Aisyah dia berkata, "Adalah Rasulullah SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, beliau meniup kedua tapak tangannya dengan (sebelumnya membaca) Qul Huwallaahu Ahad dan Al Mu'awwi-dzatain (Al Falaq dan An Nas) kemudian beliau mengusap wajahnya dengan kedua tapak tangannya tersebut dan mengusap bahagian tubuh mana saja yang tangannya sampai." (HR. Imam Bukhori dan Muslim)

(9)  ISTIKHDAM (BANTUAN MAKHLUK)

 KHODDAM MALAIKAT. Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap siaga dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, pasti ALLAH menolong kamu dengan 5000 malaikat yang memakai tanda (Surat Ali Imron ayat 125)
KHODDAM JIN. ALLAH berfirman, "Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari Jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). (Al Qur'an surat An Naml ayat 17)
HARAM BERLINDUNG KEPADA JIN. Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. (Surat Al Jin ayat 6)

(10) JUMLAH WIRID / ZIKIR
SEDIKIT TAPI TERUS MENERUS. Diriwayatkan dari 'Aisyah ra, bahawa Nabi bersabda, "AHABBUL A'MAALI ILALLAAHI ADWAAMUHAA WA-IN QOLLA". Artinya, "Perbuatan yang paling dicintai ALLAH adalah yang terus menerus walaupun hanya sedikit". (HR. Bukhori dan Muslim)
DISUNNAHKAN JUMLAHNYA GANJIL. Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya ALLAH itu berjumlah ganjil, Dia juga mencintai yang berjumlah ganjil."
DIULANGI TERUS AGAR TAMBAH YAKIN. Diriwayatkan dari Anas ra, bahwa Nabi SAW bersabda, "Apabila kamu mengadu sakit, maka letakkanlah tangan kamu ditempat yang sakit, kemudian katakanlah, "Dengan Nama ALLAH, aku berlindung dengan kemuliaan-Nya dan kuasa-Nya dari kejahatan apa yang aku dapatkan dari sakitku ini", kemudian angkatlah tanganmu kemudian ulangi demikian dengan jumlah ganjil" (HR. Imam Turmudzi)

(11)  IKHLAS
 IKHLAS ADALAH KERANA ALLAH. Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku untuk Robb semsta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya". (Surat Al An'am ayat 162-163)
AMAL DITERIMA JIKA IKHLAS. Diriwayatkan dari Abu Umamah, Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya ALLAH Ta'ala tidaklah menerima suatu amal kecuali jika dilakukan secara ikhlas dan yang dicari adalah wajah ALLAH." (HR.An Nasa-i)
IKHLAS MENJAUHKAN DARI NERAKA. Sesungguhnya ALLAH Ta'ala sungguh mengharamkan api neraka bagi orang yang mengucapkan LAA-ILAAHA ILLALLAAH, dengan demikian itu ia mencari wajah ALLAH. (HR. Bukhori dan Muslim)

(12) KEPEKAAN BATHIN, FIRASAT, ILMU SABDA (sekali ucap langsung nyata) 
FIRASAT YANG BENAR ADALAH DENGAN CAHAYA ALLAH.Nabi SAW bersabda, "ITTAQUU FIROOSATAL MU'MIN FA-INNAHUU YANZHURU BINUURILLAHI". Artinya : "Takutlah kamu terhadap firasatnya orang beriman (mu'min) kerana ia melihat dengan cahaya ALLAH" (HR. Turmudzi)
PERKATAAN YANG BENAR KERANA BANTUAN MALAIKAT. Diriwayatkan dari Anas ra, bahwa Nabi SAW bersabda : "Sesungguhnya ALLAH memiliki malaikat di bumi yang berbicara di atas lisan anak cucu Adam dengan sesuatu yang ada pada seseorang dari perbuatan baik dan buruk". (HR. Bayhaqy)

(13)  UPAH JASA HIKMAH 

 BOLEH MINTA UPAH. Abu 'Ubed, Ahmad, Bukhori, Muslim, Abu Daud, Turmudzi, Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Jarir, Al Hakim, dan Bayhaqi, dari Abu Sa'id Al Khudri ra. dia berkata: "Rasulullah SAW telah mengutus kami pada suatu peperangan 30 pengendara. Maka turunlah kami di suatu kaum orang Arab lalu kami minta mereka untuk menjadikan kami tamu mereka. Maka mereka menolak. Kemudian disengatlah ketua suku mereka oleh kalajengking lalu mereka berkata, Apakah pada kamu ada seseorang yang boleh menjampi dari sengatan kala jengking? Maka aku katakan : Ya, aku. Akan tetapi aku tidak akan melakukannya sehingga kalian memberikan kami sesuatu. Mereka menjawab, Kami akan berikan kalian 30 kambing. Abu Sa'id berkata maka aku baca ALHAMDULILAHI ROBBIL 'AALAMIIN (Surat Al Fatihah) 7x atas sengatan tersebut. Maka ketika kami menggenggam seekor kambing, disodorkanlah kepada kami. darinya. Lalu kami menahan diri sehingga mendatangi Nabi SAW. Maka kami sebutkan demikian itu kepada beliau. Lalu Nabi menjawab, Dari mana kamu mengetahui bahawa Al Fatihah itu adalah jampi. Bagi-bagilah kambing itu dan buatlah untukku bersamamu."
BOLEH AMBIL UPAH DARI PENGUBATAN DENGAN AL QUR'AN. Seorang sahabat Nabi SAW berkata : Aku telah mengambil upah atas kitab ALLAH (setelah mengubati orang dengan Kitab ALLAH)) sehingga kami tiba di Madinah. Lalu sahabat yang lain berkata (kepada Rasulullah SAW), Dia telah mengambil upah atas kitab ALLAH. Maka berkatalah Nabi 'Alaihis Sholaatu was Salaam, Sesungguhnya yang paling berhak kalian ambil upah adalah Kitab ALLAH. (HR. Imam Ahmad, Bukhori dan Bayhaqy dari Ibnu 'Abbas ra)
UPAH ITU BAGIAN DARI AL QUR'AN. Abu Nu'aim meriwayatkan, dari Abu Huroiroh ra, "Telah bersabda Nabi 'Alaihis Sholatu was Salam, 'Barangsiapa mengambil upah atas Al Qur'an, maka demikian itu bahagiannya dari Al Qur'an.'"
IMAM MADZHAB SEPAKAT BOLEHNYA AMBIL UPAH. Para Imam Madzhab yang 3 dan sebahagian Ulama' Madzhab Hanafi dari golongan Ulama Mutaakhkhirin, mereka mengambil dalil dengan hadits-hadits ini (di atas) tentang mengambil upah.
TIDAK WAJIB MEMBERI / MENGAMBIL UPAH, BUKAN TIDAK BOLEH. Dalam Risalah Bulughul Arob Li-dzawil Qurbi oleh Asy Syaronbilaly : Tidak boleh mengambil / meminta upah atas perbuatan taat seperti mengajari Al Qur'an, Fiqih, jadi Imam Solat, Adzan, memberi peringatan / zikir, hajji dan perang, maksudnya TIDAK WAJIB UPAH Dan menurut Ulama Madinah, BOLEH. Seperti itu juga (membolehkan upah) pendapat Imam Syafi'i, Nashir, 'Ishom, Abu Nashr, dan Abul Layts (semoga ALLAH TA'ALA merahmati mereka)
(Ketiga hadits dan pendapat ulama tersebut dapat dilihat di kitab Khozinatul Asror halaman 64)


Rawatan menurut Al-Quran dan As-Sunnah
Wallahu Alam Bishshawab.


Moga Bermanfaat.


Insya ALLAH 

.........................................................



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

BismillahHirahmanirRahim


Rawatan menurut Al-Quran & As-Sunnah


Berikut ini di jelaskan beberapa perkara mengenai asasperubatan :
Hukum menuntut ilmu perubatan
Hukum mengajar ilmu perubatan
Hukum berubat
Hukum mengubat dan hak pesakit
Hukum menerima ganjaran

Hukum menuntut ilmu perubatan
Alim Ulamak sepakat mengatakan bahawa menuntut ilmu perubatan itu hukumnya Fardu Kifayah,atau satu tanggunggjawab yang di kenakan ke atas orang Islam secara umum untuk mempelajarinya.Sekiranya ia di pelajari orang dalam satu kumpulan maka terlepaslah tanggungjawab orang lain.Semakin sedikit orang yang melakukan tanggungjawab fardu Kifayah itu,maka semakin banyaklah pahala yang di perolehi oleh mereka,kerana mereka merupakan kumpulan orang yang melepaskan tanggungjawab yang seharusnya di pikul oleh orang ramai.

Hukum mengajar ilmu perubatan
Hukum mengajar ilmu perubatan ini wajib bagi orang yang arif mengenainya apabila tiba masanya dan masyarakat pula memerlukannya.Menyembunyikan ilmu itu adalah berdosa dan termasuk dalam golongan orang yang bakhil serta kufur nikmat Allah.Kewajipan ini bergantung kepada faktor-faktor luar,seperti keadaan tempat,penilaian dari orang yang hendak belajar dan lain-lain lagi.

Hukum berubat
Hukum berubat ada dua iaitu harus dan wajib.Pada orang awam hukumnya harus ketika ia masih dapat menanggung kesakitan dan dapat bersabar serta penyakit itu belum teruk.Ia menjadi wajib sekiranya seseorang itu tidak dapat menanggung kesakitan.
Bagi orang khusus ,iaitu seperti Para Wali dan Nabi dimana maqam mereka tinggi dalam menghadapi ujian Allah,hukum berubat adalah haruis.Bagi mereka penyakit itu adalah ujian dari Allah.Kerana itu jika Allah member sakit sebagai ujian maka ia tidak perlu di ubati.Ia perlu diterima dan Allah sahajalah yang menyembuhkannya.Malah kalau penyakit itu di terjadi sebagai ujian,ia tidak akan sembuh biarpun diubati selagi Allah tidak mahu menyembuhkannya.

Hukum mengubat dan hak pesakit
Selain dari berziarah,mengubati pesakit juga merupakan satu kewajipan bagi orang yang mengetahuinya.Orang yang berilmu tetapi tidak sudi menyebarkan kepada masyarakat yang memerlukannya,ia di anggap kufur nikmat.Begitu juga dengan memberi rawatan kepada orang yang memerlukannya.
Bagi orang yang arif khidmat rawatan kepada pesakit adalah salah satu ciri-ciri bersyukur kepada anugerah Allah.Allah memberi seseorang itu ilmu,dan orang yang berilmu itu memberi khidmat melaui ilmu yang dimilikinya dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah,Allah berjanji bahawa ia akan menambahkan lagi keberkatan ilmu yang dimiliki oleh orang yang mensyukuri nikmat Allah di samping memberi rezeki hidup di dunia,ketetapan iman dan juga ketenangan kepada mereka.Dalam Surah Ibrahim :7 Allah berfirman:
"SESUNGGUHNYA JIKA KAMU BERSYUKUR PASTI KAMI AKAN TAMBAH (NIKMAT) KEPADA KAMU,DAN JIKA KAMU MENGINKARI (NIKMATKU).SESUNGGUHNYA AZABKU SANGAT PEDIH"
Seperti yang di jelaskan bahawa berubat itu hukumnya wajib,tetapi kewajipan itu bergantung kepada pihak kedua,iaitu orang yang mengubatinya.Ertinya biarpun berubat itu wajib,tetapi orang yang mengubatinya tidak ada,maka kewajipan tersebut tidak akan terlaksana.Oleh itu orang yang mengubatinya itu mesti ada untuk memenuhi keperluan wajib pesakit itu.

Hukum menerima ganjaran
Harus mengambil ganjaran dari pesakit atas usaha pengubatan yang mengunakan ayat-ayat al-quran ataupun jampi-jampi yang tidak membawa kepada kufur.Sebuah hadist riwayat dari Abd Saad Al-Khudri menyatakan bahawa ia dan sahabat-sahabatnya telah diutuskan oleh Rasulullah dalam sepasukan tentera yang kecil bilangannya,iaitui lebih kurang 30 orang.Apabila tiba di sebuah kampung,mereka telah meminta izin dari penghulu kampung tersebut untuk menumpang bermalam,makan dan minum tapi tidak diizinkan .Dengan takdir Allah penghulu tadi telah di sengat kala dan tidak sembuh biarpun telah diubati oleh beberapa oleh orang ahli ubat.
Dalam keadaan kesana kemari mencari ubat,ada diantara mereka yang mencadangkan supaya menemui kumpulan tentera islam tadi,kalau-kalau  ada di antara mereka yang boleh mengubatinya.Mendengarkan pertanyaan tersebut Abu Saad sanggup mengubati penghulu kampung tersebut,tetapi ia tidak mahu pergi kecuali sekiranya mereka sanggup berjanji memberi beberapa ekor kibas sebagai upah,kerana sebelum itu ia dan sahabat-sahabatnya telah meminta izin untuk bermalam di kampung tersebut tetapi tidak di dibenarkan,malah mereka tidak sedikit pun di pedulikan atau di hormati sebagai daif.Sekiranya pengulu itu tidak sembuh seperti sedia kala mereka tidak perlu memberi upah.
Setelah berjanji memberi 30 ekor kambing kibas,Abu Saad pun menemui penghulu tersebut dan membaca AL-FATIHAH sebanyak 7 kali dengan 7 kali ludah yang sederhana semburnya.Dengan takdir Allah penghulu itu pun pulih seperti sediakala lalu menunaikan janjinya.

Dalam keadaan demikian terlintas di hati Abu Saad sama ada perbuatannya itu membolehkan kan ia menerima upah.Adakah seseorang itu boleh mengambil upah melalui usaha demikian rupa.Lalu ia pun berunding dengan sahabat-sahabatnya yang lain.Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk bertanya Rasulullah.Mendengarkan pertanyaan Abu Saad itu Baginda tertawa dan bertanya "Dari mana Abu Saad mengetahui bahawa AL-FATIHAH itu adalah ubat.Ia sebenarnya bukan setakat ubat sahaja tetapi IBU dari semua ubat".Rasulullah membenarkan mereka menerima upah tersebut dan meminta supaya satu bahagian daripadanya diberikan kepadanya:
"Terimalah olehmu semua akan kibas dan untukkan bagiku serta kamu satu bahagian"
Dari keterangan hadis itu ternyata bahawa mengambil upah dari pesakit hasil usaha menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk perubatan adalah harus dan tidak makruh sama seperti mengambil upah mengajar Al-Quran sebagaimana menurut pendapat mazhab Shafie,Maliki,Ahmad dan Ishak.Nmun demikian Imam Abu Hanifah menegah seseorang itu mengambil upah mengajar Al-Quran tetapi mengharuskan mengambil upat mengubati pesakit yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran atau zikir.

Rasulullah s.a.w telah meminta Abu Said supaya sebahagian dari upah yang diterima itu diberikan kepadanya dan kepada sahabat supaya hasil tersebut dibahagi-bahagikan kepada orang lain.Abu Said sebenarnya berhak menerima semua kibas tersebut kerana ia yang mengubatinya.Tetapi Abu Said ketika itu berada di kalangan sahabat yang seharusnya di hormati,lebih-lebih lagi ketika meminta izin untuk bermalam di kampung tersebut.Abu Saad adalah disertai oleh para sahabat yang lain.

Walaupun hukuman menerima saguhati dan upah perubatan itu adalah harus akan tetapi jika tidak di ambil adalah lebih baik,kerana perubatan menurut cara ini kemujaraban dan kesembuhannya bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan pengubat.Semakin jujur dan ikhlas seseorang itu makin makbullah doanya.
Anggaplah semua itu pemberian Allah,berusaha kerana Allah,berniat kerana Allah,maka kerana jika sudah bekerja kerana Allah maka ganjaran utama dari Allah,bukan dari manusia.

Pemutus ubat
Pemutus ubat adalah satu pemberian yang terdiri bahan-bahan tertentu dari seorang pesakit kepada orang yang mengubatinya.Ia merupakan satu tanda menyatakan bahawa sakit yang dideritainya telah sembuh di samping untuk menyatakan terima kasih dari seseorang pesakit kepada orang yang menolongnya.

Amalan pemutus ubat di lakukan dengan memberi bahan-bahan di antara terdiri dari pisau,garam,lipau nipis.Garam merupakan bahan yang penting dalam kehidupan manusia di samping sukar untuk mendapatkannya pada zaman dahulu.Garam mempunyai lambang yang tersendiri dan merupakan pagar dari gangguan benda-benda spiritual.Selain dari air Yassin,garam kasar juga digunakan untuk memagar rumah .Bgi tujuan tersebut,garam merupakan lambang bagi memagar semangat atau Roh pesakit yang baru sembuh dari apa jenis gangguan terutamanya dari gangguan makhluk halus.

Bagi orang yang mengubati pesakit,pemutus ubat merupakan satu perakuan dari pesakit,bahawa sakitnya telah sembuh.Kenyataan seumpama ini adalah penting untuk memberitahu keadaan sebenar, hasil dari usaha pertolongan orang yang mengubat.Perakuan ini merupakan satu kejayaan perawat yang secara langsung menambahkan keyakinan pada dirinya terutama dalam usaha membina keyakinan dirinya.
Atas penerangan di atas tadi,pemutus ubat itu penting terutamanya bagi beberapa jenis penyakit tertentu.

Amalan doa, zikir, ilmu dan sebagainya.
Doa,zikir,ilmu dan juga amalan kalimah-kalimah juga ayat-ayat Allah dibaca oleh perawat setiap hari,terutamanya selepas solat merupakan Nur, yang terbina dan terkumpul padat dari masa ke semasa pada diri pengamal.Hasil dari amalan tersebut ialah kekuatan batini yang sukar di perolehi dengan jalan lain.Nur yang terkumpul pada diri tadi dapat di alirkan untuk mengubati pesakit melalui sentuhan,kerana itulah seseorang yang Nurnya kuat,keyakinan terhadap Allah semakin meningkat dan menjadikan dirinya semakin hampir pada Allah .Ini menyebabkan doanya mudah diterima.Lantaran itu terdapat perawat yang dapat menolong menyembuhkan pesakit melalui sentuhan tangannya sahaja.
Nur yang wujud pada diri yang membentuk keutuhan iman tidak akan berkurangan biarpun digunakan untuk menolong ramai pesakit.Nur itu bukan merupakan benda Maddi,ia semakin bertambah melalui amalan ibadah seumpama ini di samping menambahkan keyakinan diri melihatkan natijah baik dari hasil amalannya.Atas penjelasan ini juga kita dapati ramai pesakit yang berpunca dari gangguan-gangguan makhlus halus itu sembuh,atau terlepas dari gangguan makhluk-makhluk halus tadi hanya dengan bertentangan mata dengan perawat tadi.Nur itu bersifat metafizik, dan makhluk halus itu nature hidupnya adalah bersifat metafizik juga. Bila ia mendapati perawat itu mempunyai nur yang kuat,dan dapat mengatasi kekuatannya,maka makhluk-makhluk halus itu pun lari dengan sendirinya dan juga kepanasan.

Nur yang wujud pada perawat melalui amalan yang di jelaskan akan berkurangan atau hilang akibat perbuatan maksiat dan yang di tegah oleh Allah yang di lakukan oleh perawat berkenaan.



ISTILAH-ISTILAH dan DALIL DALAM ILMU HIKMAH
Dalil-dalil berikut ini kami ambil dari beberapa sumber yang kami miliki seperti Al Qur'an, Hadits Shohih Bukhori, Shohih Muslim, Ath Thibbun Nabawi, Mukhtarul Ahadits An Nabawiyyah, Khozinatul Asror dan lain-lain

(1) KHASIAT ZIKIR
 PERTOLONGAN ALLAH BAGI YANG ZIKIR. Sesungguhnya ALLAH berfirman, "Aku bersama hamba-Ku selama dia ingat kepada-Ku atau menyebut nama-Ku dan kedua bibirnya selalu bergerak dengan menyebut-Ku" (HR. Ahmad dari Abu Huroiroh)
TERKABULNYA DOA TERGANTUNG PERSANGKAAN MANUSIA KEPADA ALLAH. ALLAH berfirman, "ANA 'INDA ZHONNI 'ABDII BII WA ANA MA'AHU IDZAA DZAKARONII". Artinya : "Aku tergantung persangkaan hamba-Ku kepada-Ku dan Aku bersamanya jika dia mengingat dan menyebut-Ku"

ZIKIR ATAU WIRID ITU HARUS ISTIQOMAH (TERUS MENERUS). Diriwayatkan dari 'Aisyah ra, bahAwa Nabi bersabda, "AHABBUL A'MAALI ILALLAAHI ADWAAMUHAA WA-IN QOLLA". Ertinya, "Perbuatan yang paling dicintai ALLAH adalah yang terus menerus walaupun hanya sedikit". (HR. Bukhori dan Muslim)

(2) MA'UNAH
 MA'UNAH BAGI MANUSIA. Sesungguhnya ALLAH akan menurunkan MA'UNAH (Pertolongan) seukuran saat yang ditentukan dan akan menurunkan kesabaran seukuran bala (ujian-Nya) (HR. Ibnu 'Adi dari Abu Hurioiroh)
HAKIKAT MINTA TOLONG. Kepada Engkaulah kami menyembah dan kepada Engkaulah kami meminta pertolongan (Surat Al Fatihah ayat 5)
TAWASSUL (PERANTARAAN) MINTA TOLONG MELALUI MAKHLUK ALLAH. Dan minta pertolonganlah kalian melalui Kesabaran dan Solat (Surat Al Baqoroh ayat 45)
BANTUAN MALAIKAT. Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap siaga dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, pasti ALLAH menolong kamu dengan 5000 malaikat yang memakai tanda (Surat Ali Imron ayat 125)
PERTOLONGAN BAGI YANG SELALU INGAT ALLAH. Nabi SAW bersabda, "TA'ARROF ILALLAAHI FIR RO-KHOO-I YA'RIFKA FISY SYIDDAH". Artinya : "Berkenalanlah (ingatlah) kepada ALLAH dikala senang, maka ALLAH pasti akan mengingatmu dikala susah" (Hadits Muttafaq 'Alayhi)

(3) DOA'
DOA MENOLAK TAKDIR. Sesungguhnya seseorang akan susah rezekinya kerana dosa yang menimpanya, tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali Do'a dan tidak ada yang dapat menambah umur kecuali berbuat baik (HR. Ibnu Hiban dari Tsauban)
MENOLONG DENGAN DOA. Doanya orang Islam untuk saudaranya (seiman) pada saat temannya tidak mengetahuinya akan ALLAH kabulkan, di kepala orang yang berdoa itu ada malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap dia berdoa untuk saudaranya dengan baik, maka berkatalah malaikat itu : "AAMIIN (kabulkan Ya ALLAH), dan bagi kamu seperti tu" (HR. Ahmad dari Abu Darda')
DOA ORANG YANG DIANIAYA PASTI DIKABULKAN. Takutlah terhadap doanya orang yang teraniaya, maka sesungguhnya tidak ada penghalang antara doanya orang yang teraniaya dengan ALLAH (HR. Turmudzi)

(4) RUQYAH (JAMPI-JAMPI, MANTRA)
 BOLEH  MENJADIKAN SYIRIK PEMAKAINYA. Diterima dari Abdullah, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan pelet menjadikan musyrik." (Ibnu HIbban)
JAMPI YANG BERMANFAAT. Tidak ada jampi-jampi (yang lebih utama dan lebih bermanfaat) kecuali untuk penyakit 'Ain (mata jahat) dan keracunan (HR. Abu Daud)
BOLEHNYA JAMPI UNTUK PENYAKIT. Rasulullah SAW memberi keringanan dengan jampi-jampi untuk penyakit 'Ain, keracunan dan kesemutan" (HR. Imam Muslim dari Anas)
MANTRA SUCI. Dari Abu Sa'id Al Khudry, sesungguhnya Jibril as pernah mendatangi Nabi SAW lalu berkata, "Hai Muhammad, apakah kau telah mengadu". Nabi menjawab, "Ya". Lalu Jibril as berkata, "Dengan nama ALLAH aku menjampi-jampi kamu, dari segala penyakit yang menyakitimu, dan dari segala jiwa atau mata orang yang dengki, ALLAH akan menyembuhkanmu, dengan nama ALLAH aku menjampi kamu (HR. Imam Muslim, Turmudzi dan Nasai)
JAMPI YANG BERMANFAAT. Sahl bin Hunaif bertanya kepada Nabi SAW, "Apakah jampi-jampi itu baik?" Nabi menjawab, "Tidak ada jampi-jampi yang lebih bermanfaat kecuali untuk peyakit mata jahat, keracunan dan sengatan binatang berbisa" (HR. Abu Daud)
BOLEHNYA JAMPI UNTUK PENYAKIT. 'Aisyah berkata, "Rasulullah SAW memberi keringanan dalam masalah jampi-jampi untuk penyakit sengatan/patukan ular dan kalajengking" (HR. Ibnu Majah)

JAMPI ATAU MANTRA BOLEH ASAL TIDAK BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH DAN SYARI'AT. Diriwayatkan dari Ibnu Syihab Az Zuhri dia berkata, "Sebahagian sahabat Rasullullah SAW pernah disengat / patuk ular maka Nabi SAW berkata, "Apakah ada orang yang menjampinya?. Maka sahabat menjawab, "Sesungguhnya keluarga Hazm mereka membaca jampi-jampi untuk sengatan / patukan ular, maka ketika Engkau melarang jampi-jampi, mereka meninggalkan jampi-jampi tersebut." Nabi bersabda, "Panggillah 'Umaroh bin Hazm !" Lalu mereka memanggilnya lalu Umaroh menyodorkan jampi-jampinya, lalu Nabi bersabda, "Tidak apa-apa jampi-jampinya". Maka Nabi mengizinkannya kemudian ia membaca jampi-jampinya. (HR. Ibnu Majah, Bukhori, Muslim, Nasai dan Ahmad)

(5)  RAJAH, WIFIQ
  BERUPA TULISAN AL QUR'AN. Sekumpulan ulama Salaf berpendapat boleh menulis beberapa ayat Al Qur'an untuk penyakit 'Ain (mata jahat) kemudian meminum air basuhan tulisan tersebut. Berkata Imam Mujahid, "Tidak apa-apa menulis Al Qur'an dan membasuhnya dan meminumkannya kepada orang sakit". Dan seperti itu juga diriwayatkan dari Abi Qilabah. Dan disebutkan riwayat dari Ibnu Abbas bahawa beliau menyuruh menulis 2 ayat Al Qur'an untuk wanita yang sulit melahirkan, lalu membasuhnya dan meminumnya. Dan berkata Ayub, "Aku pernah melihat Abu Qilabah menulis tulisan sebahagian dari Al Qur'an lalu membasuhnya dengan air dan meminumkannya kepada seseorang laki-laki yang punya penyakit" (Kitab AT Thibbun Nabawi halaman 133)
KHASIAT DAN KEKUATAN YANG TIDAK TERLIHAT YANG DITITIPKAN ALLAH KE SUATU BENDA MATI ITU MEMANG BOLEH ADA. Benda bertuah berupa baju gamis milik Nabi Yusuf. ALLAH berfirman, "Pergilah kamu dengan membawa baju gamisku ini lalu letakkanlah baju gamisku ke wajah ayahku (Yakub as) nanti ia akan melihat kembali dan bawalah keluargamu semuanya kepadaku" (Surat Yusuf ayat 93)
ULAMA MEMBOLEHKAN. Telah berkata Imam Nawawi dalam kitabnya Syarhul Muhadzdzab, "Jikalau Al Qur'an ditulis di sebuah lauh (papan/batu tulis) atau pada bejana kemudian membasuhnya (tulisan tersebut) kemudian meminum air basuhan tersebut oleh orang sakit, maka berkatalah Hasan Bashri, Mujahid, Abu Qilabah dan Auza'i : ' Tidak apa-apa dengannya' . Tapi An Naha'i memakruhkannya". Telah berkata Qodi Husen dan Baghowi dan selain keduanya,"Jika menulis Al Qur'an di makanan yang manis atau makanan (lainnya) maka tidak apa-apa memakannya". Zarkasyi berpendapat tidak boleh memakan kertas yang bertuliskan ayat Al Qur'an. Ibnu Abdus Salam berfatwa makan dan minum dari kertas itu juga dilarang kerana menjadikan kertas tersebut bertemu dengan najis bathin. (Kitab Khozinatul Asror halaman 67)

MEDIANYA HARUS HALAL. Imam Ahmad dan lainnya menyatakan tidak mengapa menulis Al Qur'an untuk orang yang kena musibah atau lainnya termasuk sakit dengan materi (media / bahan) yang dibolehkan lalu membasuh dan meminumnya. Tidak boleh menulisnya dengan selain Al Qur'an seperti tulisan-tulisan yang tidak dimengerti ertinya dari bahasa-bahasa berbagai ajaran yang berbeza-beza, kerana mengandung di dalamnya kekafiran. Materi (media)nya tidak boleh berupa darah dan semacamnya yang termasuk najis kerana haram bahkan kafir. Tidak boleh juga semisal membolak-balikkan huruf Al Qur'an. (Kitab Khozinatul Asror halaman 67 dan Tafsir Ruuhul Bayan pada akhir Surat Al Ahqof)

(6)  SIHIR
PENGERTIAN SIHIR. Sihir adalah kekuatan gaib yang diciptakan ALLAH untuk makhluk-Nya, dimana kekuatan gaibnya berupa kekuatan pengaruh ruh-ruh jahat (jin atau setan), dan dapat berpengaruh pada unsur alam. Seperti diceritakan dalam Asbabun Nuzul surat Al Falaq dan An Nas iaitu ketika Nabi SAW sakit seolah mendatangi isteri-isterinya ternyata tidak, dan ternyata setelah diberitahu oleh Malaikat, sihirnya ada pada sebuah sumur dan berupa tali yang disimpul-simpulkan. 'Aisyah ra. berkata, "Rasulullah SAW pernah disihir sehingga beliau sungguh berkhayal bahawa dirinya mendatangi isteri-isterinya padahal beliau tidak mendatangi isteri-isteri beliau." (HR. Bukhori dan Muslim, Abu Daud dan Ahmad). Lihat kitab Ath Thibbun Nabawi Halaman 100)

(7)  TRANSFER ILMU GAIB MELALUI MEDIA BENDA MATI
SARANA AIR DAN GARAM YANG DIYAKINI DAPAT MENGUBATI PENYAKIT SEBELUM ADA PENELITIAN ILMIAH OLEH PARA PAKAR ILMU PENGETAHUAN MODEN. Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud dia berkata, "Ketika Rasulullah SAW solat, ketika sujud beliau disengat oleh kalajengking pada jari-jarinya. Maka berpalinglah Rasulullah SAW dan beliau berkata, "Semoga ALLAH melaknati kalajengking itu, selama kau tinggalkan Nabi dan selainnya". Abdullah bin Mas'ud berkata, "Kemudian Nabi meminta bejana yang isinya air dan garam. Lalu beliau memulai meletakkan air dan garamnya tersebut ke tempat luka sengatan tadi dan beliau membaca Qul Huwallaahu Ahad dan Al Mu'awwi-dzatain (Al Falaq dan An Nas) sehingga luka sengatan tadi menjadi tenang" (Kitab Ath Thibbun Nabawi halaman 141)
SARANA TANAH. Dari 'Aisyah ra dia berkata, "Adalah Rasulullah SAW apabila seseorang mengadu sakit atau ada yang punya bisul/kudis atau luka, maka beliau berkata dengan jari-jarinya seperti ini (Dan Sufyan meletakkan jari telunjuknya ke tanah kemudian mengangkatnya) dan beliau berkata, "Dengan Nama ALLAH, inilah debu tanah kami, dengan ludah sebahagian kami, agar orang sakit kami disembuhkan, dengan izin Tuhan kami." (HR. Bukhori, Muslim, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ahmad)

(8) TIUPAN KE BENDA MATI
 TIUPAN KE TUBUH. Dari 'Aisyah dia berkata, "Adalah Rasulullah SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, beliau meniup kedua tapak tangannya dengan (sebelumnya membaca) Qul Huwallaahu Ahad dan Al Mu'awwi-dzatain (Al Falaq dan An Nas) kemudian beliau mengusap wajahnya dengan kedua tapak tangannya tersebut dan mengusap bahagian tubuh mana saja yang tangannya sampai." (HR. Imam Bukhori dan Muslim)

(9)  ISTIKHDAM (BANTUAN MAKHLUK)
KHODDAM MALAIKAT. Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap siaga dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, pasti ALLAH menolong kamu dengan 5000 malaikat yang memakai tanda (Surat Ali Imron ayat 125)
KHODDAM JIN. ALLAH berfirman, "Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari Jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). (Al Qur'an surat An Naml ayat 17)
HARAM BERLINDUNG KEPADA JIN. Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. (Surat Al Jin ayat 6)

(10) JUMLAH WIRID / ZIKIR
SEDIKIT TAPI TERUS MENERUS. Diriwayatkan dari 'Aisyah ra, bahawa Nabi bersabda, "AHABBUL A'MAALI ILALLAAHI ADWAAMUHAA WA-IN QOLLA". Artinya, "Perbuatan yang paling dicintai ALLAH adalah yang terus menerus walaupun hanya sedikit". (HR. Bukhori dan Muslim)
DISUNNAHKAN JUMLAHNYA GANJIL. Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya ALLAH itu berjumlah ganjil, Dia juga mencintai yang berjumlah ganjil."
DIULANGI TERUS AGAR TAMBAH YAKIN. Diriwayatkan dari Anas ra, bahwa Nabi SAW bersabda, "Apabila kamu mengadu sakit, maka letakkanlah tangan kamu ditempat yang sakit, kemudian katakanlah, "Dengan Nama ALLAH, aku berlindung dengan kemuliaan-Nya dan kuasa-Nya dari kejahatan apa yang aku dapatkan dari sakitku ini", kemudian angkatlah tanganmu kemudian ulangi demikian dengan jumlah ganjil" (HR. Imam Turmudzi)

(11)  IKHLAS
 IKHLAS ADALAH KARENA ALLAH. Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku untuk Robb semsta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya". (Surat Al An'am ayat 162-163)
AMAL DITERIMA JIKA IKHLAS. Diriwayatkan dari Abu Umamah, Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya ALLAH Ta'ala tidaklah menerima suatu amal kecuali jika dilakukan secara ikhlas dan yang dicari adalah wajah ALLAH." (HR.An Nasa-i)
IKHLAS MENJAUHKAN DARI NERAKA. Sesungguhnya ALLAH Ta'ala sungguh mengharamkan api neraka bagi orang yang mengucapkan LAA-ILAAHA ILLALLAAH, dengan demikian itu ia mencari wajah ALLAH. (HR. Bukhori dan Muslim)

(12) KEPEKAAN BATHIN, FIRASAT, ILMU SABDA (sekali ucap langsung nyata)
FIRASAT YANG BENAR ADALAH DENGAN CAHAYA ALLAH.Nabi SAW bersabda, "ITTAQUU FIROOSATAL MU'MIN FA-INNAHUU YANZHURU BINUURILLAHI". Artinya : "Takutlah kamu terhadap firasatnya orang beriman (mu'min) kerana ia melihat dengan cahaya ALLAH" (HR. Turmudzi)
PERKATAAN YANG BENAR KERANA BANTUAN MALAIKAT. Diriwayatkan dari Anas ra, bahwa Nabi SAW bersabda : "Sesungguhnya ALLAH memiliki malaikat di bumi yang berbicara di atas lisan anak cucu Adam dengan sesuatu yang ada pada seseorang dari perbuatan baik dan buruk". (HR. Bayhaqy)

(13)  UPAH JASA HIKMAH
 BOLEH MINTA UPAH. Abu 'Ubed, Ahmad, Bukhori, Muslim, Abu Daud, Turmudzi, Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Jarir, Al Hakim, dan Bayhaqi, dari Abu Sa'id Al Khudri ra. dia berkata: "Rasulullah SAW telah mengutus kami pada suatu peperangan 30 pengendara. Maka turunlah kami di suatu kaum orang Arab lalu kami minta mereka untuk menjadikan kami tamu mereka. Maka mereka menolak. Kemudian disengatlah ketua suku mereka oleh kalajengking lalu mereka berkata, Apakah pada kamu ada seseorang yang bisa menjampi dari sengatan kala jengking? Maka aku katakan : Ya, aku. Akan tetapi aku tidak akan melakukannya sehingga kalian memberikan kami sesuatu. Mereka menjawab, Kami akan berikan kalian 30 kambing. Abu Sa'id berkata maka aku baca ALHAMDULILAHI ROBBIL 'AALAMIIN (Surat Al Fatihah) 7x atas sengatan tersebut. Maka ketika kami menggenggam seekor kambing, disodorkanlah kepada kami. darinya. Lalu kami menahan diri sehingga mendatangi Nabi SAW. Maka kami sebutkan demikian itu kepada beliau. Lalu Nabi menjawab, Dari mana kamu mengetahui bahawa Al Fatihah itu adalah jampi. Bagi-bagilah kambing itu dan buatlah untukku bersamamu."
BOLEH AMBIL UPAH DARI PENGUBATAN DENGAN AL QUR'AN. Seorang sahabat Nabi SAW berkata : Aku telah mengambil upah atas kitab ALLAH (setelah mengubati orang dengan Kitab ALLAH)) sehingga kami tiba di Madinah. Lalu sahabat yang lain berkata (kepada Rasulullah SAW), Dia telah mengambil upah atas kitab ALLAH. Maka berkatalah Nabi 'Alaihis Sholaatu was Salaam, Sesungguhnya yang paling berhak kalian ambil upah adalah Kitab ALLAH. (HR. Imam Ahmad, Bukhori dan Bayhaqy dari Ibnu 'Abbas ra)
UPAH ITU BAGIAN DARI AL QUR'AN. Abu Nu'aim meriwayatkan, dari Abu Huroiroh ra, "Telah bersabda Nabi 'Alaihis Sholatu was Salam, 'Barangsiapa mengambil upah atas Al Qur'an, maka demikian itu bahagiannya dari Al Qur'an.'"
IMAM MADZHAB SEPAKAT BOLEHNYA AMBIL UPAH. Para Imam Madzhab yang 3 dan sebahagian Ulama' Madzhab Hanafi dari golongan Ulama Mutaakhkhirin, mereka mengambil dalil dengan hadits-hadits ini (di atas) tentang mengambil upah.
TIDAK WAJIB MEMBERI / MENGAMBIL UPAH, BUKAN TIDAK BOLEH. Dalam Risalah Bulughul Arob Li-dzawil Qurbi oleh Asy Syaronbilaly : Tidak boleh mengambil / meminta upah atas perbuatan taat seperti mengajari Al Qur'an, Fiqih, jadi Imam Solat, Adzan, memberi peringatan / zikir, hajji dan perang, maksudnya TIDAK WAJIB UPAH Dan menurut Ulama Madinah, BOLEH. Seperti itu juga (membolehkan upah) pendapat Imam Syafi'i, Nashir, 'Ishom, Abu Nashr, dan Abul Layts (semoga ALLAH TA'ALA merahmati mereka)
(Ketiga hadits dan pendapat ulama tersebut dapat dilihat di kitab Khozinatul Asror halaman 64)

🕋🇲🇾💜💜💝💞💟🌏🕌




No comments: