29 January 2020

Bagaimana Subjek PMR Bertemu Tuhan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Bagaimana Subjek PMR Bertemu Tuhan
Share
Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH, pak cik mulakan post. Untuk pengetahuan korang, pak cik da tak boleh da untuk ;post secara agresif lantaran kekangan masa, namun kalo nak post sekali dalam 2 hari tu, boleh lagi kot. Insya ALLAH, pak cik akan gagahkan jugak untuk menulis dan berblogging ni
Ok, hari ni pak cik tak nak sembang dengan ilmu ghaib. Tapi, pak cik nak korang bukak mata besar besar, sebab post pak cik kali ini amat sinis. Pak cik rasa da bape post da pak cik wat berkisar pasal benda ni, tapi masih ada yang tak sedar. Jadi, tanggungjawab pakcik nak sedarkan mereka mereka ni.
Tengok tajuk nya, sekarang pak cik akan terangkan kat korang bagaimana subjek PMR mampu sampai pada Tuhan. Korang baca je sampai habis, baru korang paham .
Kemahiran Hidup Elektif, KMT, ERT
Ok, hari ni Abu belajar cara camne nak gergaji dengan kayu. Dan pada hari tu, cikgu zairul bagitau bahawa setiap murid mestilah menyiapkan sebuah rumah burung merpati dan hantar pada minggu depan. Abu apa lagi, dengan segala skill kemahiran hidup dalam buku teks tu semua abu implement. Akhirnya susah payah abu menghasilkan sebuah rumah burung merpati. Abu cat, aku licinkan pakai kertas pasir dan sebagainya.

Dan abupun hantar pada cikgu, cikgu zairul puas hati dan bagi A. Abu puas hati. Best giler. Dari situ abu mula terfikir, sapa la yang mencipta ilmu kemahiran hidup ni ek. Abu cari cari dan cari siapa orang yang cipta ilmu KHB ni. Akhirnya abu sampai kepada jawapan bahawa, ALLAHlah pemilik ilmu KHB ni. Abu bersyukur dan tunduk kepada ALLAH, setelah melihat betapa cantiknya ilmu KHB yang ALLAH susun ni.
Geografi.
Mat memang suka geografi. Cakap je bentuk muka bumi, kontur, teluk kat laut, semua dia cakap selamba dan kacang. Masa musim cuti sekolah, cikgu diorang bagi projek lapangan. Cikgu Faridah cakap, semua orang kena hantar Folio berkenaan bentuk muka bumi kat kawasan rumah diorang.
Mat meloncat loncat suka. Sanggup mat panjat bukit belakang rumah semata mata nak feel buat projek lapangan. Dia membuat pasal kontur bumi gunung. Mat huraikan bentuk fizikal, kepentingan tanah tinggi, camne bukit boleh terbentuk
Tetiba masa buat folio, mat terasa sayu… Mat terasa satu benda yang meresap dalam jiwa. Mat cam nak menangis, tapi tak tahu pasal apa. Mat rasa tenang je… Mat mula terpikir, Ya ALLAH, betapa besarnya nikmat dan kuasa Nya….
Selama ni tengok bukit takde pape pun, tapi, bila dikaji… Masya ALLAH…..
PS :- Jangan ingat hanya ilmu mengenal Tuhan sahaja mampu bertemu ALLAH, … Ingat tu wahai Tabligh Sekular


Dalam Diri Ada Tuhan

Kenal ALLAH Sebagai Tuhan, Bukan Hamba

Memahami Agama Lain 1

Ilmu Hakikat Insan Mengundang Padah Bagi Bukan Ahli

Ubat Untuk Mengubati Luka Yang Terbakar
🕋🇲🇾💜🖤💝💞💞🕌

No comments: