27 January 2020

Hadith ke 35 - Dengki Memakan Kebaikan

أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
      اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantungku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU  YA اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...     اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ                  ALLAH اللهَ 
                                                                       ALLAH اللهَ  
                                      Hadith  ke 35 - Dengki Memakan Kebaikan                                                                                                 


Hadis Ketigapuluh Lima
Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinanya.
Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' "



HADIS 35

عن أبي هریرة t قال: قال رسول الله e (( لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا یبع
بعضكم على بيع بعض، وآونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا یظلمه ولا یخذله،
ولا یكذبه، ولا یحقره، التقوى ههنا، ویشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر
أن یحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه )) رواه مسلم.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -
Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.
(2) lslam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru hara dan perpecahan dalam masyarakat. Masyarakat akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai sifat-sifat buruk seumpama ini.
(3) lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga.
Etika ini diajar oleh lslam demi memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan memotong urusniaga orang lain.
(4) Umat lslam digesa hidup sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan hak saudaranya dengan sempurna. Antara hak saudara seagamanya ialah bahawa dia tidak menzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau menghinanya. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.
(5) Taqwa adalah perkara tersembunyi yang ada di dada seseorang, ia bukannya suatu perkara yang boleh didakwa. Taqwa tidak seharusnya didakwa-dakwa bahkan ia adalah perkara tersembunyi di dada, namun ia dapat dikesan berdasarkan amalan seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan melakukan amalan soleh dan berakhlak mulia.

Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 35 - Dengki Memakan Kebaikan








Hadis 35

Daripada Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Janganlah saling mendenki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi muslim yang lain. Dia tidak patut menzalimi, membohongi, dan merendahkannya. Takwa itu di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang  dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama setiap Muslim adalah haram bagi Muslim yang lain.”

(Riwayat Ahmad no. 7713 dan Muslim no. 2563)

Hadisth 35

Abu Hurairah, radiyallahu 'anhu, reported that the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, said:

"Do not be envious of one another; do not artificially inflate prices against one another; do not hate one another; do not shun one another; and do not undercut one another in business transactions; and be as fellow-brothers and servants of Allah.

A Muslim is the brother of a Muslim. He neither oppresses him nor humiliates him nor looks down upon him. Piety is here - and he pointed to his chest three times. It is evil enough for a Muslim to hold his brother Muslim in contempt. All things of a Muslim are inviolable for another Muslim: his blood, his property and his honour." [Muslim]

Pengajaran hadis:

1.     Larangan untuk saling dengki. Terdapat sebuah hadis lain menyebut: “Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki, kerana dengki itu memakan segala kebaikan seperti api memakan kayu.”

2.     Larangan untuk berbuat keji dan menipu dalam urusan jual beli.

3.     Larangan membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak menjual seorang lelaki atas penjualan saudaranya dan tidak meminang atas peminangan saudaranya kecuali jika ia izin kepadanya.” (Riwayat Ibn Umar)

4.     Larangan menghina sesama Muslim kerana sifat angkuh dan sombong. Sifat ini akan melenyapkan perasaan kasih sayang sesama Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak dikatakan kamu beriman sehingga kamu berkasih-kasihan. Mahukan aku tunjukkan kepada kamu satu perkara yang apabila kamu perbuat akan dia nescaya kamu berkasih-kasih? Iaitulah sebarkan salam di antara kamu.” (Riwayat Muslim no. 54)

5.     Diharamkan untuk memutuskan hubungan terhadap muslim. Sebaliknya harus dijaga persaudaraan dan hak-haknya karena Allah Ta’ala.

6.     Seorang ulama tasawuf, al-Razi (Yahya bin Mu’ adh) berkata: “Hendaklah engkau pelihara tiga perkara yang menjadi habuan orang Mukmin, iaitu:
Pertama : Jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya, maka janganlah engkau menyusahkan dia.
Kedua: Jika engkau tidak mahu menyukakan dia, maka janganlah engkau mendukakan dia.
Ketiga: Jika engkau tidak mahu memuji dia maka janganlah engkau mencela dia.”

7.     Islam bukan hanya aqidah dan ibadah saja, tetapi juga didalamnya terdapat urusan akhlak dan muamalah.

8.     Hati merupakan sumber rasa takut kepada Allah Ta’ala.

9.     Taqwa merupakan barometer keutamaan dan timbangan seseorang.

10.     Islam memerangi semua akhlak tercela karena hal tersebut berpengaruh negatif dalam masyarakat Islam.





↪⤵️🔽
Hadis Ketigapuluh Enam


ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ    
       

 








Hadith  ke 35 - Dengki Memakan Kebaikan                                             
                                                                                         
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
                   والله أعلم بالـصـواب  
                        Moga Bermanfaat
                           
                ..................................................................       
...........................................................................................................
        .......................................................................................................................    

 اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ     

Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.

      100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ 
               100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
                    100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
             100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
                 100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
                    100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)  
                   100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
  اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ   
       لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ       
                    لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
                 اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU  YA اللهَ   
                                         آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................









No comments: