29 January 2020

Memahami Agama Lain 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Memahami Agama Lain 1
Share
Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Sem akhir ni betul2 menduga pak cik, banyak betul nak wat kerja sekarang ni. Kerja banyak sangat, letih la, sapa leh tolong pak cik? Nanti pak cik belanja cornetto…
Ok, hari ni, kita akan belajar serba sedikit pasal agama orang lain. Eh? kena belajar ke agama orang lain? Jawapannya.. “Ya” kalo boleh bagi hukum wajib, da lama da pak cik bagi wajib
Sesat ni, belajar agama Islam ni…. ramai gak yang cakap camtu bila pak cik pegang bible.. Aparaa… pak cik baca bible pun diorang marah. Untuk berdakwah, cara yang paling halus Rasulullah SAW ajar adalah dengan mencari persamaan antara Islam dan agama lain, dan dari situ la kita cuba terbitkan rasa minat mereka terhadap Islam.
Tapi ramai yang tak memperhalusi sistem dakwah ni. Ok, kita akan cuba memahami agama Hindu pada post kali ni. Biar lepas ni, korang lagi expert pasal agama hindu , berbanding korangnya kawan kawan hindu korang. Kalo korang masuk kelas pendidikan moral, cikgu tanya je, korang terus angkat tangan jawabkan untuk kawan kawan hindu korang. Baru dia tercabar, rasa dimalukan dan ingin membelasah korang.

Pertama sekali, korang kena tau yang agama Hindu ni mengamalkan pemujaan kepada Dewa Dewi yang sangat banyak. Pasai tu pie dia punya kuil tu punya banyak patung berhala. Yang buncit, yang banyak tangan, yang muka ganas dsb. Tapi, yang pasti, taiko besar dalam kumpulan tuhan tuhan kepercayaan diorang adalah Krisna yang diwujudkan lagi berkali kali.
Korang nampak apa persamaan dalam Islam? Mereka percaya bahawa ada yang lebih berkuasa dari segalanya, iaitu Krisna, dan mereka percaya dewa dewa lain yang membantu Krisna. Jika lihat pada Islam, Muslim mempercayai ALLAH segala galanya, dan dengan Qudrat Nya, ALLAH memerintah malaikat melakukan pekerjaan2 sebagai tanda ketinggianNya.
Lihat pula apakah kitab agama Hindu. Mereka membaca satu karya agung mereka yang dikenali sebagai Veda. Dibawah veda juga dipecahkan kepada beberapa jenis kitab veda  iaitu :-
1. Resi Gritsamada
2. Resi Wasista
3. Resi atri
4. Resi Wiswamitra
5. Resi Wamadewa
6. Resi Bharadwaja
7. Resi Kanwa
8.
Dari sini, kita lihat apa persamaan dengan Islam. Ya, Hindu membaca kitab suci, dan islam juga membaca kitab suci iaitu Al Quran. dan Hindu juga mempunyai ajaran yang kitab mereka diturunkan secara berperingkat, dan kitab dalam Islam juga diturunkan secara berperingkat. Suhuf, Zabur, Taurat, Injil, Al Quran.
Semakin banyak kita dapat mencari persamaan, semakin senang sebenarnya kita dapat mengajak orang kafir memeluk islam..
PS = Kepada yang sms pak cik tu, pak cik minta maaf, bukan pak cik tak nak balas, pak cik ada kerja, banyak giler, korang komen je, atau email, nanti pak cik jawabkan


🕋🇲🇾🇲🇾🖤💞💟🕌

No comments: