29 January 2020

Ilmu Hitam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Ilmu Hitam
Share
Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Apa kata kali ni kita berbincang mengenai ilmu hitam. Kalo sekali cakap je, confirm dalam kepala otak korang akan menjawab, ilmu hitam adalah ilmu sesat. Ya, betul la tu apa yang korang fikirkan.
Ilmu hitam adalah ilmu sesat… Sebab dia hitam, orang label dia sesat. Haha, biasanya ilmu hitam ni tak kekal lama. Selalu dia akan ada timing dia sendiri. Sebagai contoh kita tengok sihir santet, ala sihir yang kasi orang perut jadi kembung pastu meletup kuar katak tu, efek sihir dia akan terus menerus selagi setan tu dalam badan mangsa.
Nak lagi contoh, errmm.. macam ajian Sirep, ajian yang digunakan untuk melelapkan orang dalam rumah. Ajian ni selalu pencuri buat sebab nak rembat barang dalam rumah. Tempoh kesan ajian ni cuma berkesan hingga waktu subuh sahaja. Lepas tu, dia akan terbatal secara sendirinya.
Biasanya ilmu hitam akan meminta korban sebagai syarat perjanjian. Sebagai contoh darah ke, darah diri sendiri ke, ataupun janin ke apa ke dan sebagainya. Apa la susah sangat, korang ajak je setan ni gie pusat darah negara, sedut la kat situ sampai kembung kan senang. Selalunya pengamal ilmu hitam ni, semua ritual2 kotor adalah wajib.

Kalo korang tengok ilmu hitam ni, pattern dia mesti lebih kurang je. Mesti kena pilih port kubur dan sebagainya. Sebab ilmu hitam ni selalu terlibat dengan hal hal kematian, ditambah lagi efek efek angker seperti duk bawah lilin la, letak tengkorak pastu ada lilin hepi besday kat atas kepala tengkorak la. Itu semua adalah tuntutan setan yang nak membuatkan kita lebih tersasar dari Tuhan. Tambah2 kalo setan kat tempat gelap ni, dia jadi kuat dari biasa
Ala, cam kita jugak, kalo ada gadis cun depan mata, mesti tiba2 je jadi kuat… \Baiklah, semoga hari ini kita dapat berkongsi la gi keilmuan antara sesama kita   ..
Untuk pengetahuan korang, tak lama lagi pak cik akan membuat satu lagi kajian yang dipanggil stakologi, ataupun kajian mengenai najis. Kajian ni pak cik nak buat untuk lihat sejauh mana keindahan tahi dan menghubungkan ciptaan najis ini dengan kebesaran ALLAH SWT.. moga kita bertambah iman ya   … Nantikan… tapi korang jangan muntah2 lak sebab pasti pak cik akan post lebih banyak gambar tahi untuk tatapan korang 


Reportase Acara KWA

Tunggulah Kedatangan Panji Hitam!

Ilmu Mengunci Ilmu

Etika Mempelajari Ilmu Ghaib

Antara Hajat Dan Akidah

LinkWithin



🕋🇲🇾🇲🇾💜💜💛🖤🖤💝💞💞🕌

No comments: