29 January 2020

Asma Perisai

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



  • 10/05/14--18:49: Asma Perisai
  • Bismillahirrahmanirrahim
    Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Alhamdulillah, selesai sudah kita menyempurnakan ibadah korban pada waktu semalam. Insya ALLAH jika ada antara korang yang mempunyai rezeki lebih, nanti boleh la wat korban untuk diri sendiri. Jadi, hari ini pak cik ingin mengarut dengan sebuah cerita dongeng yang ingin pak cik kaitkan dengan keilmuan hari ini iaitu asma perisai.
    Zakariya adalah seorang muda yang hampir mencecah umur tua. Akibat kekesalan yang dihadapi kerana dituduh meniru di dalam SPM walhal niatnya adalah ingin membandingkan jawapannya dengan kawan diakhiri dengan dirinya dibuang daripada peperiksaan SPM. Oleh itu, zakariya atau orang panggil nya che ya sudah berasa berputus asa dengan sistem peperiksaan negara. Dia menerangkan bahawa masa UPSR dan PMR boleh dia lakukan demikian, masakan SPM tidak ? Namun jawapan tersebut ditolak dan dimuntahkan secara mentah2 oleh pegawai2 peperiksaan.
    Oleh kerana pekerjaan dewasa ini menuntut kepada sijil2 peperiksaan, che ya tiada semua itu melainkan UPSR dan PMR sahaja menjadi lapisan nadi maruah kepandaian beliau. Itulah modalnya untuk menunjukkan betapa berjayanya dia dalam arena peperiksaan pada cucu-cucunya kelak. Kini che ya adalah seorang pengawal keselamatan di Kompleks membeli belah di bandar Kuala Lumpur. Itulah kerjaya paling cocok baginya. Profesion keselamatan ini tidak boleh dipandang ringan, keselamatan dan keselesaan pengunjung dibawah tanggungjawabnya. Dialah superman di Kompleks membeli belah.
    Sepanjang pengalaman nya sebagai pengawal, sudah berpuluh kali menangkap budak2 yang mencuri gula2 mahal, orang makan kfc tapi rembat botol sos 3 botol dalam beg, menjatuhkan seorang dewasa yang ditangkap kerana mencuri coklat mahal cadbury yang diselit di celah punggung. Dengan reputasi yang sangat baik, che ya telah diangkat menjadi mandur pengawal. Dia diberi sebatang cota dan walkie talkie yang tersemat didada.
    Dibawah che ya terdapat 10 orang pengawal muda yang perlu diselia. Dialah yang menentukan bagaimana konsep kawalan yang akan dilakukan di Kompleks tersebut, sama ada pemeriksaan berkala, pemeriksaan biasa, luar biasa, pemeriksaan mengejut, itulah tanggungjawab beliau. Di dalam 10 orang tersebut, ada seorang pengawal yang menarik perhatian che ya, senyap je orangnya. Selalu isap rokok gulung dengan sebungkus milo ais ikat tepi cukup untuk waktu rehat nya. Makan2, mak nya da masak untuknya, balik baru makan.
    Dijadikan cerita suatu malam yang sunyi, Kompleks tersebut telah dipecah masuk oleh budak2 nakal, memakai pakaian ala-ala hip hop, seluar londeh hingga ke lutut menampakkan spenda yang menayang lurah punggung bermain skateboard di sepanjang 3rd floor. Che ya cuba memanggil pengawal lain untuk turut membantu namun radio telekomunikasi tidak dijawab, Che ya baru terfikir hanya dia seorang sahaja dibekalkan walkie talkie, dan che ya bertambah pelik dengan siapa dia perlu hubungi dengan radio sekiranya hanya dia sorang sahaja yang ada walkie talkie.
    Malas untuk bermain fikiran, che ya menghembus wisel ibarat pengadil bola sepak supaya anak-anak nakal ini segera beredar, sambil mengacah2 dengan cotanya dengan harapan timbul perasaan gerun bagi budak2 nakal tu. Namun gak berhasil, che ya memukul salah seorang budak yang paling lemah dengan cotanya namun cotanya patah dua. Bukanlah kerana budak itu mempunyai kekuatan yang luar biasa, namun cotanya sudah usang, telah dimakan anai-anai, malah cota made in china ini tidak boleh dipercayai sangat kualiti nya.
    Tindakan beliau telah membuatkan anak-anak muda ini menjadi berang. Che ya telah diserang dari berbagai sudut, bermula dengan lempangan menggunakan skateboard ke mukanya, gigi nya telah tercabut disusuli dengan roda skate board yang turut tertanggal. Tidak sempat untuk che ya menyembam ke tanah rusuknya dilanggar oleh roller blade salah seorang anak muda tersebut membuatkan beberapa rusuknya retak, che ya cuba bangun melarikan diri namun terdapat kelibat  manusia yang berlari pantas sambil melompat tinggi disusuli dengan tandukan anak muda yang memakai helmet keselamatan singgah tepat ke mukanya membuatkan keadaan geo mukanya menjadi rata. Darah yang mengalir pekat boleh lah diandaikan sebagai sungai yang mengairi.
    Che ya rasa itulah penamatnya mata2 da mula kabur namun, si pengawal yang isap rokok gulung sambil minum milo ais muncul ditengah2 perlawanan tersebut. Geng2 anak muda cuba melakukan kombo yang sama, bermula dengan lempangan skateboard. Tersenyum apabila melihatkan skateboard tersebut patah dua selepas di hentak namun si pengawal tetap steady, kemudian disusuli dengan tendangan rusuk roller blade ke rusuk namun tiada kesan. Malah si penendang terpaksa menanggung azab apabila besi kasut tersebut menikam kukunya.
    Dan kombo terakhir seorang yang berlari laju cuba menanduk dengan helmet keselamatan telah berjaya menanduk muka pengawal tersebut namun usahanya tetap sia2 apabila helmet nya retak, diikuti dengan sedikit retakan pada tengkoraknya membuatkan si penanduk langsung tak sedarkan diri. Keesokan harinya apabila Kompleks tersebut dibuka untuk beroperasi, kelihatan anak2 muda tersebut terbaring di tengah tengah kompleks tersebut sambil mulut penuh dengan roda2 roller blade dan skateboard.
    Dibawah ini adalah amalan yang diamalkan oleh pengawal tersebut :-
    Bismillahirrahmanirrahim.
    Ya Raafi’ (70 kali)
    Cara mengamalkannya:
    Amalkan mengucapkan asma di atas sebanyak 70 kali siang dan 70 kali malam. Insya-Allah, ia akan menjadi pelindung dan perisai yang kukuh dari sebarang bencana atau serangan haiwan merbahaya dengan izin Allah.
    🕋🇲🇾💜🖤💞💞💟🕌

No comments: