29 January 2020

Hajat Mudah Makbul





  • 09/23/14--01:55: Amalan Semoga Hajat Mudah Makbul
  • Bismillahirrahmanirrahim
    Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH yang menciptakan kita semua dan memberi nikmat untuk terus menikmati hidup di muka bumiNya. Insya ALLAH, pada hari ini, pak cik akan berkongsi dengan kalian semua sebuah amalan untuk hajat mudah makbul.
    Sayugianya, kita sebagai manusia sentiasa penuh dengan hajat dan keinginan. Itu sudah menjadi sebuah lumrah bagi manusia seperti kita. Kerana, manusia ini pelupa dan lemah, tiada daya melainkan hanya ALLAH yang maha berkuasa. Jadi, dek kerana ianya memang fitrah bahawa manusia ni sentiasa mempunyai hajat, maka berdoalah pada ALLAH kerana dialah sebaik baik tempat untuk meminta.
    Jadi, pada hari ini, pak cik akan berikan sebuah amalan agar hajat mudah makbul. Amalan ini boleh digunakan untuk apa2 hajat yang baik-baik dan tak bercanggah dengan agama Islam. Diharap takde lah yang minta benda pelik2 seperti inign menjadi naga dan sebagainya. Sesungguhnya, untuk ALLAH mengubah korang menjadi naga tiadalah masalah bagiNya yang Maha berkuasa, namun buang karen korang je la bila da jadi naga, asyik nak membakar je. Lagi satu kat pasaraya takde jual tshirt saiz naga. mahukah kalian hidup dalam keadaan bogel dan sejuk embun ? Demam nanti susah, kena cucuk air pulak, walaupun korang naga dan penuh dengan semburan api.
    Dibawah ini adalah amalan agar mudah hajat dimakbulkan ALLAH SWT :-
    Siapa-siapa banyak membaca : Bismillahirrahmanirrahim‘ 113–‘  Seratus tiga Belas) – kali pada Jumaat
    ketika khatib di atas mimbar, kemudian berdoa’ bersama khatib, dan memohon daripada Allah
    Taala akan apa-apa hajat nescaya mengurniai Allah Taala apa-apa yang dipohonkan itu.
    Insya ALLAH, semoga ia memberi manfaat.

No comments: