اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Assalammualaikum
Credit to KIAS..
Jurnal KIAS JURNAL BILANGAN IX : MUHARRAM
1436H/NOVEMBER 2014M
TAJUK : KONSEP NUR MUHAMMAD: HURAIAN DAN PENJELASAN
Oleh
: Zakaria @ Mahmod bin Daud
ABSTRAK :
Konsep Nur Muhammad telah lama diperkata dan diperbincangkan oleh ulama
Nusantara semenjak dahulu sampai ke hari ini. Ada segolongan umat Islam
menerima konsep tersebut dengan mengemukakan dalil-dalil dan hujah-hujah yang
tersendiri termasuk apa yang dikatakan hadis-hadis Rasulullah SAW. Manakala
segolongan yang lain pula tidak menerimanya, bahkan menolaknya dengan
mengemukakan dalil-dalil yang lain pula. Setiap golongan mendakwa pendapat
mereka lebih betul dan benar, sedangkan pendapat kumpulan yang satu lagi
dianggap salah, tidak betul, bahkan perlu ditolak dan tidak boleh diterima.
Justeru artikel ini akan membuat penjelasan terhadap dalil-dalil daripada
kedua-dua golongan tersebut, kemudian di akhirnya dikemukakan ulasan-ulasan
sebagai perbandingan untuk ditarjih pendapat mana yang lebih kuat dan patut
diterima.
PENDAHULUAN
Bagi mengetahui erti “Nur Muhammad” dari segi istilah, terlebih dahulu
perlu dijelaskan erti perkataan “Nur” dan “Muhammad” dari segi bahasa.
Perkataan “Nur” berasal dari bahasa Arab “al-Nur”; iaitu cahaya atau sinaran,
lawan kepada perkataan “zalam” yang bermaksud gelap. Nur juga merupakan salah
satu daripada sifat Allah SWT, sepertimana disebut di dalam al-Quran:
ª!$# â‘qçR ÅVºuq»yJ¡¡9$# ÇÚö‘F{$#ur 4 ã@sWtB ¾ÍnÍ‘qçR ;o4qs3ô±ÏJx.
$pkŽÏù îy$t6óÁÏB ( ßy$t6óÁÏJø9$# ’Îû >py_%y`ã— ( èpy_%y`–“9$# $pk¨Xr(x.
Ò=x.öqx. A“Íh‘ߊ ߉s%qム`ÏB ;ot�yfx© 7pŸ2t�»t6•B 7ptRqçG÷ƒy— žw
7p§‹Ï%÷ŽŸ° Ÿwur 7p¨ŠÎ/ó�xî ߊ%s3tƒ $pkçJ÷ƒy— âäûÓÅÓムöqs9ur óOs9 çmó¡|¡ôJs? Ö‘$tR 4 î‘qœR
4’n?tã 9‘qçR 3 “ωöku‰ ª!$# ¾ÍnÍ‘qãZÏ9 `tB âä!$t±o„ 4 ÛUÎŽôØo„ur ª!$#
Ÿ@»sWøBF{$# Ĩ$¨Y=Ï9 3 ª!$#ur Èe@ä3Î/ >äóÓx« ÒOŠÎ=tæ ÇÌÎÈ
Maksudnya; “Allah (Pemberi) Nur atau cahaya (kepada) langit dan bumi.
Perumpamaan Nur (cahaya) Allah adalah seperti sebuah lubang yang tidak tembus
yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca, (dan) kaca itu
seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara yang dinyalakan dengan
minyak dari pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak
di sebelah Timur dan tidak di sebelah Baratnya yang minyaknya (sahaja) hampir-hampir
menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis).
Allah membimbing kepada cahayaNya sesiapa yang Dia kehendaki”.
Al-Nur (24): 35
Jadi Nur di dalam ayat di atas bemaksud cahaya. Selain itu perkataan
“al-Nur” banyak disebut di dalam al-Quran dalam banyak ayat dan surah.
Manakala perkataan “Muhammad” yang dimaksudkan di sini ialah Nabi
Muhammad SAW, iaitu nabi akhir zaman yang diutuskan oleh Allah SWT kepada
seluruh umat manusia. Baginda dilahirkan di Makkah al-Mukarramah daripada
bangsa Arab kabilah Quraisy daripada Bani Hashim, ayahandanya bernama Abdullah
dan bondanya bernama Aminah.
Apabila kedua-dua perkataan di atas digabung menjadi satu perkataan
dengan sebutan “Nur Muhammad”, maka ia bermaksud; “roh Nabi Muhammad” atau
“hakikat Muhammad” (Haqiqah Muhammadiah), yang dianggap sebagai makhluk Allah
yang mula-mula dijadikan, dan semua makhluk yang ada di langit dan di bumi
dijadikan dari Nur Muhammad tersebut[1].
Konsep Nur Muhammad ini dikatakan pada mulanya dibawa oleh Ibn Arabi,
kemudian diikuti oleh Abdul Karim al-Jili dan seterusnya oleh tokoh-tokoh sufi
yang lain. Al-Jili menyebut benda-benda yang diciptakan daripada Nur Muhammad
adalah yang diciptakan daripada Nur Allah. Oleh itu pada setiap benda terdapat
Nur Muhammad, dan yang paling sempurna terdapat pada diri nabi-nabi dan yang
paling sumpurna sekali adalah pada diri Nabi Muhammad SAW[2].
Ada banyak buku atau kitab sama ada dalam bahasa Arab dan Melayu (jawi
dan rumi) yang menulis mengenai perkara ini, seperti “Kitab Hikayat Nur
Muhammad”, “Kitab Kasyfu al-Ghaibiyyat”, “Kitab Berzanji” dan lain-lain lagi.
Ramai penulis menyebut bahawa Hikayat Nur Muhammad ini memang masyhur dan
popular diperbincangkan terutama sewaktu keagungan Kerajaan Islam Acheh dan
Melaka lagi[3].
Bagi golongan yang mengatakan konsep Nur Muhammad ini ada, mereka
mengatakan ia ada kaitan dengan apa yang dipanggil “Martabat Tujuh” yang
membicarakan asal kejadian alam ini, dan ada kaitan dengan cara bagi
meningkatkan kefahaman tauhid[4]. “Tujuh Martabat” itu ialah:
Ahadiah; ia diumpamakan sebagai sehelai kertas putih yang lapang dan
kosong. Ia juga dipanggil “La Ta’yyun” (yang tidak nyata), sebab tidak nyata
suatu juapun. Ia juga dipanggil martabat “Ghaib al-Mutlaq”, iaitu ghaib yang
sepenuhnya daripada akal dan pancaindera. Dalam martabat ini, kejadian Nabi
Muhammad adalah tidak nyata meskipun pada perhitungannya ada. Ini kerana
memandangkan hakikat Allah sebagai Maha Pencipta.
Wahdah; atau (dipanggil Hakikat Muhammad). Martabat ini diumpamakan
sebagai “noktah” (titik), dan noktah ini asal bagi segala huruf yakni menerima
dan mengandungi segala huruf yang hendak disuratkan (dituliskan). Martabat ini
dipanggil juga dengan “Ta’yyun Awwal” (iaitu nyata yang pertama), kerana
sebelum daripada ini kejadian Nabi Muhammad SAW dan sarangnya (acuan bentuk
rupanya) masih belum nyata sebagai nyata yang pertama iaitu pada martabat
wahdah. Nyata pada peringkat ini bukanlah dari segi Hakikat Muhammad, cuma
nyata pada sarangnya sahaja.
Wahidiah. Peringkat ini diumpamakan sebagai “alif” yang terhasil
daripada “noktah” yang ada pada martabat Wahdah, kerana itu ia dipanggil
“Ta’yyun Thani”, atau nyata yang kedua daripada Hakikat Muhammad. Juga martabat
ini dipanggil “A’yan Thabitah” (benda-benda yang tetap). Ini bererti kejadian
Nabi Muhammad sebelum ini masih belum wujud. Yang wujud (ada) hanya Wahdah atau
sarangnya sahaja, tetapi dia dikira wujud juga kerana ada sarangnya. Jadi kewujudan
diri Hakikat Muhammad di peringkat Wahidiah ini ialah wujud dan nyata di dalam
sarangnya. Syaikh Daud al-Fatani mengumpamakan martabat ini sebagai huruf alif
yang terhasil daripada noktah yang ada pada martabat Wahdah.
Ramai golongan tasawwuf menganggap martabah Ahadiah, Wahdah dan Wahidiah
ini adalah qadim dan azali kerana ia merupakan martabat yang disandarkan kepada
ketuhanan disebabkan tidak ada kewujudan atau makhluk lagi ketika itu melainkan
hanya Allah dan sifat-sifatNya sahaja. Manakala segolongan lain mengatakan
martabat itu adalah hadith (baharu).
Alam arwah; (Roh Nabi Muhammad atau Nur Muhammad). Martabat ini
bermaksud mengeluar atau menampak kejadian Nabi Muhammad SAW yang sebenar yang
sebelumnya hanya wujud i‘tibari (wujud pada anggapan sahaja). Pada peringkat
ini Nabi Muhammad adalah wujud hakiki. Yakni kejadian dan kewujudan baginda
ketika ini adalah wujud yang hakiki yang dijadikan daripada tiada kepada ada,
sehingga boleh didapat dengan menggunakan pancaindera. Walaupun Hakikat
Muhammad atau kejadian Roh Muhammad ini satu, namun oleh kerana ia mengandungi
beberapa cabang yang sangat banyak maka kejadian roh yang satu itu turut
menjadi banyak dan bercambah dan akan diasing atau dipisahkan di antara satu
sama lain dalam “Alam Mithali” (iaitu martabat kelima). Kerana itu martabat ini
dipanggil “Alam Arwah”.
Fenomena ini dapat diumpamakan seperti satu biji benih pokok yang
mengandungi batang atau pokok. Pokok itu pula akan menerbitkan dahan, ranting,
daun, bunga, buah dan sebagainya. Sebarang hasil yang terbit atau keluar dari
pohon itu akan dapat diasingkan antara satu sama lain. Oleh kerana roh yang
satu tadi mengandungi banyak cawangan dan cabangnya, maka ia dinamakan dengan
“Alam Arwah” yang bererti banyak roh. Sedangkan pada hakikatnya hanya ada satu
roh sahaja iaitu yang dipanggil dengan “Roh Muhammad” atau “Nur Muhammad”.
Kerana itu kejadian Nabi Muhammad pada peringkat ini dinamakan “Nur Muhammad”,
atau “Roh Muhammad”, atau “Haqiqah Muhammadiah” dan “A’yan Kharijiyyah”.
Alam Mithali. Martabat yung ke lima ini, Roh Muhammad atau Nur Muhammad
ada pada martabat yang berkumpul atau yang ada pada “Alam Arwah” itu telah
berpecah dan terpisah secara berasingan dengan bermacam-macam mithal
(bermacam-macam rupa bentuk) yang dikehendaki oleh Allah. Kerana itu roh pada
peringkat ini dinamakan sebagai “Alam Mithali”, atau alam rupa kerana pada
setiap cawangan itu ada mithal atau rupa. Pada peringkat ini adanya makhluk
dengan berbagai-bagai rupa dan ada berbagai-bagai makhluk seperti Arasy, Kursi,
langit, bumi, matahari dan sebagainya. Namun sebenarnya maksud daripada Alam
Mithali ini ialah bentuk roh manusia sahaja.
Alam Ajsam. Ia dinamakan juga Alam Syahadah atau Alam al-Mulk. Ia adalah
alam kasar yang dapat diasingkan, dibahagikan dan disusun daripada beberapa
unsur kejadian, iaitu tanah, air, api dan angin. Alam ini membentuk benda-benda
yang tidak bernyawa (jamadat), tumbuh-tumbuhan (nabatat), haiwan-haiwan
(hayawanat) dan manusia dan jin (insan wa jin). Pada peringkat ini badan-badan
itu dirupakan dalam bentuk malaikat, jin, binatang atau manusia. Tetapi yang
dimaksudkan di sini ialah jenis manusia sahaja kerana perbincangan hanya
mengenai roh-roh manusia.
Alam Insan atau Insan Kamil. Martabat ini ialah martabat alam kejadian
manusia yang sempurna atau Insan Kamil. Kejadian Nabi Muhammad SAW disebut
sebagai Insan Kamil kerana kejadiannya pada martabat ini cukup sempurna, iaitu
roh, badan, sifat-sifat luaran dan dalaman terkumpul pada kejadian ini[5].
KEDUDUKAN DAN KISAH NUR MUHAMMAD
Kalau dilihat kepada bahan penulisan yang membicarakan mengenai Nur
Muhammad, didapati ada hubungan rapat dengan tiga perkara penting, iaitu;
Nur Muhammad adalah makhluk Allah yang mula-mula sekali diciptakan oleh
Allah Taala. Tidak ada makhluk lain yang mendahului kewujudan Nur Muhammad sama
ada langit, bumi, matahari bulan dan lain-lain.
Nur Muhammad adalah asal atau punca segala kejadian makhluk ini. Atau
dengan kata lain makhluk keseluruhannya dijadikan daripada Nur Muhammad sama
ada melalui Nur Muhammad secara langsung atau melalui peluh-peluhnya (akan
dibincangkan selepas ini).
Dikatakan kerana Nabi Muhammad SAW, segala makhluk sama ada bumi, langit
dan makhluk lain yang ada di langit dan di bumi yang dijadikan oleh Allah
adalah kerana Nabi Muhammad SAW. Jika tidak kerana Nabi Muhammad SAW maka semua
makhluk tidak dicipta dan dijadikan oleh Allah SWT.
PENJELASAN PENDAPAT YANG MENERIMA DAN MENOLAK NUR MUHAMMAD
Bagi membicarakan mengenai konsep Nur Muhammad dan ketiga-tiga perkara
di atas secara lebih detail, kita perlu mengetahui pandangan dan pendapat para
ulama dan umat Islam mengenainya. Apabila dikaji mengenai konsep Nur Muhammad
ini, kita dapati umat Islam ada dua pendapat yang berbeza dan bertentengan di
antara satu sama lain, iaitu yang menyokong dan yang menolak. Di bawah ini
dijelaskan kedua-dua pendapat tersebut bersama dalil masing-masing. Lepas itu
dalil kedua-dua golongan itu diulas dan ditarjihkan:
Pendapat Golongan Yang Menyokong
Bagi ahli tasawuf dan tarikat serta mereka yang menyokong pendapat
tersebut, mengatakan konsep Nur Muhammad adalah suatu perkara yang nyata wujud.
Mereka menyakini dan percaya bahawa Nur Muhammad adalah makhluk yang awal
dicipta oleh Allah SWT. Sebelum wujudnya alam ini Nur itu telah ada. Ia dicipta
daripada Nur Ilahi. Kemudian daripada Nur Muhammad inilah diciptanya segala
makhluk yang ada di dunia ini sama ada yang di bumi dan di langit.
Melalui penelitian dan penyelidikan yang dilakukan oleh penulis,
didapati ada dua sumber penting yang dijadikan alasan oleh golongan yang
menyokong adanya konsep Nur Muhammad dan mereka yakin ia adalah satu kejadian
yang memang benar dan betul di sisi Allah SWT, iaitu:
Golongan ini bersandarkan kepada banyak hadis-hadis yang mereka yakini
bahawa ia sahih dan benar.Bersandarkan kepada perasaan halus bahawa kejadian
tersebut adalah suatu perkara yang mungkin berlaku dan ia adalah dalam ilmu dan
kudrat Allah SWT, kerana Nabi Muhammad SAW adalah makhluk Allah yang paling
agung.
Bagi membuktikan pendapat mereka adalah betul dan benar, golongan ini
mengemukakan berbagai-bagai dalil dan cerita, sebagaimana berikut:
Nur Muhammad adalah makhluk mula-mula diciptakan.
Banyak dalil yang dibawa oleh golongan ini untuk menyokong dan
menguatkan pendapat mereka, antaranya ialah;
Dalam kitab “Hikayat Nur Muhammad Dan Nabi Bercukur Dan Nabi Wafat” dan
kitab lain lagi ada menyebutkan bahawa Nur Muhammad adalah makhluk Allah yang
paling awal dicipta/dijadikan. Ia diciptakan sebelum terbentuknya alam dan
makhluk ini. Di antaranya mereka berdalilkan kepada hadis Nabi SAW[6]:
أول ما خلق الله نوري
Maksudnya; Pertama benda yang diciptakan oleh Allah SWT ialah Nurku /
hakikat ku / cahayaku.
Mengikut riwayat ini jelas bahawa Nur Muhammad adalah makhluk Allah yang
pertama diciptakan olehNya.
Al-Fakir Syaikh Yusoff Ismail al-Nabhani dalam kitabnya, “Al-Anwar
al-Muhammadiah”, membawa dalil (yang dikatakan) hadis daripada Rasulullah SAW
yang menjelaskan perkara ini. Disebut satu riwayat ada seorang lelaki bertanya
Rasulullah SAW tentang kewujudan baginda. Rasulullah SAW menjawab[7];
“Iaitu (sewaktu) Adam AS masih lagi di antara roh dan jasad, dan ketika
itu Allah SWT telah mengambil perjanjian (al-mithaq) dariku”. Nabi SAW
menyatakan bahawa baginda adalah makhluk yang paling awal menjadi nabi, tetapi
akhir sekali dibangkitkan.
Golongan pertama ini menguatkan lagi pendapat mereka dengan hadis,
Rasulullah SAW yang bersabda[8];
قالوا: يا رسول الله صلى الله عليه وسلم: متى وجبت لك النبوة ؟قال: وأدم
بين الروح والجسد
Maksudnya; Mereka (Sahabat RA) bertanya Rasulullah SAW: “Wahai
Rasulullah, bilakah diwajibkan ke atas kamu menjadi Rasul?”, Baginda SAW
menjawab: “Iaitu ketika Nabi Adam AS masih lagi di antara roh dan jasad”.
Syaikh Abd. Razak menyebut bahawa Rasulullah SAW memberitahu Jabir RA
sesungguhnya Allah mencipta Nur Nabi Muhammad SAW daripada NurNya sebelum
dijadikan makhluk-makhluk lain; sebelum dijadikan Lauh Mahfuz, Qalam, syurga,
neraka, malaikat, langit, bumi, matahari, bulan, manusia, jin dan sebagainya.
Disebutkan apabila Allah SWT hendak mencipta makhluk, dibahagikan Nur Muhammad
kepada empat bahagian. Daripada bahagian pertama dijadikan Qalam, daripada
bahagian kedua dijadikan Lauh Mahfuz, daripada bahagian ketiga dijadikan Arasy
Kemudian daripada bahagian keempat dibahagi pula kepada empat bahagian lagi;
bahagian pertama dijadikan para malaikat yang memikul Arasy Allah, bahagian
kedua dijadikan Kursi Allah, bahagian ketiga dijadikan para malaikat yang lain.
Kemudian bahagian yang keempat dibahagi lagi kepada empat bahagian lain pula;
daripada bahagian pertama dijadikan tujuh petala langit, bahagian kedua
dijadikan tujuh petala bumi, bahagian ketiga dijadikan syurga dan neraka.
Kemudian bahagian yang keempat dibahagi lagi kepada empat bahagian lain pula.
Bahagian pertama dijadikan cahaya pandangan orang mukmin, daripada bahagian
kedua dijadikan cahaya hati mereka untuk dapat mengenal Allah, daripada
bahagian ketiga dijadikan cahaya manusia (nur insani) iaitu tauhid
Lailahaillah, Muhammad Rasulllah.[9]
Cerita lain ada menyebut bahawa Ali bin Abu Talib RA bertanya Rasulullah
SAW:
“Daripada apakah engkau dijadikan?”, Baginda SAW menjawab: “Apabila
Allah mewahyukan kepadaku apa yang diwahyukan, aku bertanya Allah: “Wahai
Tuhanku daripada apakah Mu jadikan aku?”, Allah menjawab: “Dengan kebesaran dan
keagunganKu, kalau tidak kerana engkau aku tidak jadikan bumi dan langit”. Nabi
bertanya lagi: “Daripada apakah aku dijadikan?”, Allah menjawab: “Wahai
Muhammad, Aku melihat kepada kebersihan putih NurKu yang Ku jadikannya dengan
kudratKu, kemudianKu keluarkan satu bahagian daripadanya, lalu bahagian itu Aku
bahagikan kepada tiga bahagian. Daripada bahagian pertama Aku jadikan engkau
dan kaum keluarga engkau. Daripada bahagian kedua Aku jadikan isteri-isteri dan
sahabat engkau, daripada bahagian ketiga Aku jadikan orang-orang yang sayangkan
kepada engkau. Apabila datang hari kiamat Aku kembalikan Nur itu kepada NurKu
dan Aku masukkan kamu, kaum keluarga kamu, isteri-isteri kamu, sahabat-sahabat
kamu dan orang-orang yang sayangkan kamu ke dalam syurgaKu dengan
rahmatKu”.[10]
Dalam kitab; “Kasyfu al-Ghaibiyyat”, karangan Syaikh Zainal Abidin
al-Fatani menyebut cerita yang berbeza dari cerita di atas, katanya;
“Allah menjadikan sepohon pokok ada empat cabang dinamakan “Pokok
al-Muttakin” atau “al-Yakin”. Kemudian Nur Muhammad itu diletak di dalam hijab
daripada permata putih menyerupai burung merak; burung itu bertasbih di atas
pokok tersebut selama 70 ribu tahun. Apabila ia melihat rupanya di dalam cermin
dan malu kepada Allah lalu berpeluh sebanyak enam titik. Daripada titik peluh
pertama, jadi roh Saidina Abu Bakar, daripada titik peluh kedua jadi roh
Saidina Umar al-Khattab, daripada titik peluh ketiga jadi roh Saidina Uthman
bin Affan, daripada titik peluh keempat jadi roh Saidina Ali bin Abi Talib.
Daripada titik peluh kelima jadi pokok bunga mawar dan daripada titik keenam
jadi padi. Kemudian Nur itu (burong Merak itu) sujud sebanyak lima kali sujud
yang menyebabkan wajib sembahyang lima kali sehari semalam. Kemudian ia menilik
kali kedua dan berpeluh lagi. Daripada peluh hidungnya dijadikan malaikat,
daripada peluh mukanya dijadikan Arasy Allah, Kursi Allah, Lauh Mahfuz, Qalam,
matahari, bulan, bintang-bintang dan benda-benda lain di langit. Daripada peluh
dadanya dijadikan para nabi, ulama-ulama, syuhada dan orang-orang salih.
Daripada peluh belakangnya dijadikan Baitul Makmur, Ka’bah, Baitul Maqdis dan
tapak-tapak masjid di seluroh dunia. Daripada peluh dua keningnya dijadikan
umat Nabi Muhammad yang mukmin lelaki dan perempuan. Daripada peluh dua
telinganya dijadikan roh orang-orang Yahudi, Nasrani, Majusi, Mulhid dan
Munafik. Daripada peluh dua kakinya dijadikan bumi dan isi kandungannya.[11]
Daripada kisah di atas jelas bahawa makhluk semuanya dijadikan daripada
peluh-peluh Nur Muhammad yang digambarkan seperti seekor burung merak.
Cerita lain yang hampir sama maksudnya ada disebut dalam kitab, “Daqaiq
al-Akhbar”, karangan Syaikh Ahmad bin Muhammad Yunus Langka. Dalam kitab ini
ada sedikit perbezaan dengan yang disebut di atas yang mana kitab ini menyebut
daripada peluh Nur Muhammad yang kelima dijadikan air mawar (bukan pokok bunga
mawar). Kedua-dua itu memang berbeza. Dan daripada titik peluh yang keenam
dijadikan beras (bukan padi). Manakala yang lain sama dengan kitab di atas.[12]
Dalil lain menyebut bahawa Nur Muhammad ini telah lama dijadikan Allah
SWT iaitu kira-kira dua ribu tahun sebelum Nabi Adam AS diciptakan. Cerita itu
menyebut bahawa kira-kira dua ribu tahun sebelum Nabi Adam AS dijadi/diciptakan
oleh Allah SWT, Nur Muhammad bertasbih memuji-muji Allah dan para malaikat juga
turut bertasbih bersama. Apabila Adam AS diciptakan oleh Allah SWT, maka Nur Muhammad
tadi disimpan di dalam tanah lembaga Adam. Apabila Adam diturunkan ke bumi, Nur
itu berada di dalam belakang sulbinya. Manakala sewaktu Nabi Nuh berada dalam
bahteranya sewaktu taufan besar, Nur Muhammad itu bepindah ke dalam sulbi Nabi
Nuh. Kemudian berpindah lagi ke sulbi Nabi Ibrahim AS sewaktu baginda dicampak
ke dalam api. Kemudian begitulah seterusnya Nur Muhammad itu berpindah-randah
dari satu sulbi ke satu sulbi yang lain sampai masuk ke sulbi datuk nenek
baginda Nabi Muhammad SAW sehinggalah akhirnya Nur itu berada dalam kandungan
perut bondanya Siti Aminah. Kemudian apabila baginda dilahirkan, maka lahirlah
seorang manusia yang diberi nama Muhammad.[13]
Dari sini jelaslah bahawa golongan pertama ini yakin bahawa Nabi
Muhammad SAW dicipta dan dijadikan daripada Nur tersebut dan Nur itu daripada
Nur Ilahi. Apabila baginda berumur 40 tahun, Allah SWT melantik baginda menjadi
rasul dan nabi akhir zaman. Mengikut pendapat golongan pertama
ini, Nur Muhammad ini adalah qadim kerana ia dari Nur Ilahi, sebab itu dalam
kitab Berzanji pengarangnya ada menyebut;
“Aku (yakni pengarang kitab) berselawat dan memberi salam ke atas Nur
(Muhammad) yang disifatkan qadim dan awal yang berpindah-pindah dari keturunan
yang mulia …”.[14]
Daripada petikan-petikan dan dalil-dalil yang panjang lebar di atas,
jelas bahawa pendapat pertama ini yakin Nur Muhammad adalah makhluk yang
mula-mula dicipta oleh Allah SWT. Kemudian daripadanyalah pula dijadikan
berbagai-bagai jenis makhluk lain yang ada di dunia ini.
Makhluk seluruhnya dijadikan daripada Nur Muhammad
Perkara kedua yang diyakini oleh golongan pertama ini ialah makhluk
keseluruhannya sama ada yang di langit seperti matahari, bulan, bintang, awan
dan lain-lain lagi juga yang ada di bumi seperti bukit-bukau, gunung-ganang,
bahan-bahan logam, galian yang berada di dalam bumi, pokok-pokok, sungai dan
lain-lain semuanya dicipta atau dijadikan daripada Nur Muhammad. Bagi
membuktikan pendapat mereka dengan dalil-dalil berikut;
Ada sumber yang dikatakan hadis diriwayatkan oleh Jabir RA bahawa baginda
SAW bersabda;[15]
أن الله خلق روح النبي صلى الله عليه وسلم من ذاته وخلق العالم بأسره من
نور محمد صلى الله عليه وسلم.
Maksudnya; Sesungguhnya Allah mencipta roh Nabi Muhammad SAW dari zatNya
dan dicipta alam selurohnya dari Nur Muhammad SAW.
Hadis lain ada menyebut;[16]
أنا من الله والمؤمن مني
Maksudnya; Aku dijadikan daripada Allah (daripada Nur Ilahi) dan orang
mukmin dijadikan daripada aku.
Daripada kedua-dua dalil yang disebutkan di atas jelaslah bahawa makhluk
keseluruhannya dijadikan daripada Nur Muhammad dan Nur tersebut adalah daripada
Nur Ilahi. Nur Muhammad itu merupakan makhluk pertama dijadikan oleh Allah SWT.
Oleh itu Nur itu dianggap qadim.
Al-Marhum Ustaz Abdullah Muhammad (Naqula) dari Kelantan apabila ditanya
pandangannya, beliau menjawab bahawa Roh atau Nur Muhammad adalah segala umbi
(asal) segala isi alam ini.[17]
Daripada alasan-alasan dan dalil-dalil yang dikemukakan di atas -
mengikut golongan pertama ini - jelas mereka tetap menerima kebenaran adanya
Nur Muhammad, dan ia adalah asal bagi kejadian semua makhluk yang ada. Kerana
itu golongan ini tidak mudah untuk menerima pendapat lain yang berlawanan
dengan pandangan mereka.
Kerana Muhammad SAW, makhluk lain dicipta/dijadikan.
Ekoran dari kepercayaan kepada Nur Muhammad seperti yang diterangkan di
atas, lahir pula satu anggapan yang ketiga iaitu makhluk keseluruhannya
dijadikan kerana Nabi Muhammad SAW. Kalau tidak kerana Nabi Muhammad SAW,
makhluk tidak akan dijadikan oleh Allah. Bagi menjelaskan pendapat mereka,
golongan ini membawa beberapa dalil, antaranya;
Mereka berkata ada hadis Qudsi menyebut;
لولا ك لما خلقت الأفلاك
Maksudnya; Kalau tidak kerana engkau (wahai Muhammad) tentu Aku (Allah)
tidak mencipta cakerawala (alam ini).[18]
Hadis lain lagi menyebut;[19]
خلقت الأشياء لأجلك وخلقتك لأجلي
Maksudnya; Aku (Allah) menciptakan segala benda kerana kamu (Muhammad)
dan Aku jadikan kamu kerana Aku (Allah).
Dari kedua-dua dalil di atas jelas sekali bahawa semua makhluk sama ada
yang di langit dan di bumi diciptakan semata-mata kerana Nabi Muhammad SAW.
Kalau tidak kerana baginda, Allah tidak akan menciptakannya.
Demikianlah sebahagian daripada dalil-dalil dan hujah-hujah yang
dikemukakan oleh golongan yang menyokong konsep Nur Muhammad dan
perkara-perkara yang berhubung dengannya. Kerana itu mereka tetap menerima dan
berpegang dengannya. Mereka tetap menganggap hujah yang dibawa adalah kuat dan
boleh diterima, walaupun dalil-dalil dan hujah yang mereka bawa itu ditolak
oleh golongan kedua yang tidak menerimanya.
Pendapat Golongan Yang Menolak
Selain daripada golongan pertama, ada segolongan ramai umat Islam
menolak dan tidak menerima konsep Nur Muhammad. Mereka tidak dapat menerima
pendapat pertama di atas dan dikatakan dalil-dalil dan hujah yang dibawa oleh
golongan itu dianggap lemah dan perlu ditolak serta perlu diberi penjelasan.
Golongan kedua ini mengemukakan beberapa dalil dan hujah, selain menolak
hujah-hujah yang dipegang oleh golongan pertama di atas. Hujah-hujah dan
dalil-dalil mereka disebutkan dalam banyak artikel, buku, fatwa dan sebagainya.
Di antara hujah-hujah dan dalil-dalil mereka ialah;
Mereka berkata, Ibn Kathir - seorang ulama tafsir terkenal - semasa
menjelaskan mengenai makhluk pertama dicipta oleh Allah, beliau hanya menyebut
perselisihan pendapat di antara ulama hanya dalam menentukan adakah arasy Allah
makhluk yang mula-mula diciptakan atau qalam atau air atau sebagainya. Beliau
tidak menyebut ada pendapat yang mengatakan Nur Muhammad adalah makhluk pertama
dijadikan. Kalau Nur Muhammad adalah makhluk pertama dijadikan oleh Allah,
tentulah ada ulama mengemukakan pendapat mereka mengenainya[20].
Mereka juga berkata, Ibn Hajar al-Asqalani seorang ulama hadis sewaktu
mengulas hadis-hadis mengenai makhluk Allah yang mula-mula dicipta, didapati
tidak ada menyebut satu hadis pun yang dibawa ada hubungan dengan Nur Muhammad
atau yang mengatakan Nur Muhammad makhluk pertama diciptakan. Apa yang disebut
ialah perselisihan pendapat ulama sesama mereka mengenai arasy Allah, qalam dan
air. Apa yang dibawa oleh beliau sama seperti yang dibawa oleh Ibn Kathir
sebelum ini. Ketiga-tiga makhluk itu yang mana lebih awal atau lebih dahulu
dicipta oleh Allah SWT. Di dalam kitab tersebut Ibn Hajar tidak menyebut
pendapat ulama mengenai Nur Muhammad sebagai makhluk Allah yang mula-mula (yang
terawal) diciptakan. Beliau tidak menyebut makhluk kesemuanya dijadikan
daripada Nur Muhammad. Juga beliau tidak mengatakan bahawa arasy, qalam dan air
dan lain-lain terjadi daripada Nur Muhammad[21].
Yusuf al-Qaradhawi seorang ulama besar masa kini apabila ditanya orang;
“Benarkah Nabi Muhammad makhluk yang mula-mula dijadikan oleh Allah, dan adakah
baginda dijadikan daripada Nur?”. Beliau menjawab dengan panjang lebar
menafikan perkara itu. Antara lain beliau menyebut bahawa hadis-hadis yang
dipegang oleh golongan yang mengatakan Nur Muhammad adalah makhluk yang awal
dicipta dan Nabi Muhammad dijadikan daripada Nur, adalah hadis-hadis yang tidak
sahih. Manakala hadis-hadis yang menjelaskan mengenai makhluk yang terawal
dijadikan bertentangan antara satu sama lain. Juga tidak sabit satu dalil pun
yang mengatakan Rasulullah SAW sebagai makhluk Allah yang pertama (terawal)
sekali dijadikan. Sebaliknya apa yang sabit secara mutawatir ialah Nabi
Muhammad SAW adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib dari keturunan
Bani Hasyim dari kaum Quraisy. Baginda dilahirkan di Mekah pada tahun gajah,
daripada bapanya bernama Abdullah bin Abdul Muttalib dan bondanya Aminah binti
Wahhab. Baginda dilahir dan dibesarkan sama seperti kanak-kanak lain, diutus
menjadi nabi sama seperti nabi-nabi lain. Baginda hidup sama seperti orang lain
hidup dan baginda adalah pilihan Allah yang paling mulia.[22]
Said Sadiq Muhammad ada menyebut bahawa orang yang percaya kepada konsep
Nur Muhammad adalah salah dan dianggap berpegang dengan bid‘ah. Hadis yang
menjelaskan kewujudan Nur Muhammad adalah hadis-hadis maudu‘ (palsu) dan
dusta.[23] Umpamanya hadis;
كنت نبيا والأدم بين الماء و الطين
Maksudnya: Aku (Nabi Muhammad) telah menjadi nabi sedangkan masa itu
belum ada bumi dan tanah.
Beliau berkata bahawa hadis ini tidak diketahui sumber pengambilannya.
Kalau mengikut Ibn Taimiyyah, hadis ini tidak diketahui asalnya dan dari mana
ia diambil. Tambahan pula tidak ada ulama hadis yang menyebutnya di dalam kitab
hadis mereka[24].
Syaikh Abd al-Aziz bin Baz salah seorang ulama Saudi Arabia dan pernah
menjadi Naib Canselor Universiti Islam Madinah al-Munawwarah, menyebut bahawa
hadis-hadis mengenai Nur Muhammad adalah tergolong daripada hadis maudu‘
(palsu). Sesiapa yang mengkaji al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW yang sahih,
akan yakin bahawa berita mengenainya tergolong daripada perkara-perkara batil
yang tidak ada asas.[25]
Bagi golongan kedua ini, selain daripada mengemukakan dalil-dalil mereka
yang tersendiri seperti yang disebutkan, mereka turut menolak dalil-dalil yang
dikemukakan oleh golongan pertama di atas dengan berbagai-bagai jawapan.
Antaranya seperti berikut;
Dakwaan pertama;
كنت أول الناس فى الخلق وأخرهم فى البعث
Maksudnya; Aku (Muhammad) adalah manusia pertama dari segi kejadian dan
yang akhir dari segi kebangkitan.
Ramai para ulama menegaskan bahawa hadis ini adalah da‘if (lemah) kerana
terdapat seorang perawinya bernama Sa‘ad bin Basyir yang dianggap seorang
perawi yang da‘if oleh Ibn Ma‘in dan lain-lain ulama Ahl al-Sunnah. Hadis da‘if
dalam perkara akidah tidak boleh dipegang apatah lagi apabila ia berlawanan
dengan ayat al-Quran dan dengan hadis-hadis lain yang sahih.
Dakwaan kedua;
كنت نبيا والآدم بين الماء والطين
Maksudnya; Aku telah menjadi Nabi sedangkan (Nabi) Adam a.s. di antara
air dan tanah (Adam masih belum ditiup rohnya).
Golongan kedua ini berkata hadis ini dianggap hadis maudu‘ (palsu) oleh
Imam al-San‘ani dan Ibn Taimiah. Manakala Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan
hadis ini tidak diketahui dari mana ia diambil[26]. Selain itu Muhammad Ahmad
Abd. Kadir al-Shanqiti seorang ulama yang mengarang kitab tafsir al-Quran
menolak pendapat yang menyokong adanya Nur Muhammad secara panjang lebar. Antara
lain dijelaskan bahawa apa yang dikatakan oleh ramai orang bahawa hadis Nur
Muhammad ada disebut dalam kitab “Musnad Abd al-Razak” itu adalah karut. Beliau
telah perolehi kitab tersebut yang dicetak di India dan dibaca serta dikajinya
dan didapati tidak ada hadis-hadis tersebut di dalamnya[27].
Tambahan pula gaya bahasa hadis mengenai Nur Muhammad adalah tidak
seperti gaya bahasa hadis Nabi yang sebenar. Yang lebih berat lagi ia
bercanggah dan berlawanan dengan ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih yang
menjelaskan asal kejadian makhluk termasuk malaikat, jin, manusia dan
sebagainya[28].
Golongan kedua ini berkata banyak ayat al-Quran menjelaskan bahawa
manusia dijadikan daripada tanah, bukan daripada Nur Muhammad. Umpamanya firman
Allah;
ô‰s)s9ur $oYø)n=yz z`»|¡SM}$# `ÏB 9@»|Áù=|¹ ô`ÏiB :*uHxq 5bqãZó¡¨B ÇËÏÈ
¨b!$pgø:$#ur çm»uZø)n=yz `ÏB ã@ö6s% `ÏB Í‘$¯R ÏQqßJ¡¡9$# ÇËÐÈ
Maksudnya: Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia (Adam) daripada
tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan
Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) daripada api yang sangat panas.
Al-Hijr (15): 26-27
Ayat di atas menjelaskan bahawa Nabi Adam AS dijadikan daripada tanah.
Manakala Nabi Muhammad SAW adalah daripada keturunan Adam AS, maka tentulah
baginda daripada tanah bukan daripada Nur Ilahi.
Disamping itu al-Shanqiti menguatkan pendapatnya dengan memetik
pandangan Ibn Qayyim al-Jauziah yang menyebut bahawa di antara tanda-tanda bagi
mengetahui sesuatu hadis itu palsu didapati ada berlawanan atau ada perbezaan
dengan al-Quran[29]..Hadis mengenai Nur Muhammad memang berlawanan dan bercanggah
dengan ayat-ayat al-Quran seperti mana disebutkan di atas.
Dakwaan ketiga;
لولا ك لما خلقت الأفلاك
Maksudnya; Jika tidak kerana engkau (wahai Muhammad) tentu aku tidak
menciptakan cakerawala-cakerawala.
Hadis ini mengikut ramai ulama seperti Ibn Hajar al-Asqalani dan
lain-lain mereka mengatakan ia adalah hadis maudu’ (palsu). Begitu juga hadis
lain sebagaimana disebutkan di bawah ini yang maknanya hampir sama dengan hadis
di atas yang dihukumkan maudu‘ (palsu) oleh Imam al-Zahabi[30], iaitu
maksudnya;
Jika tidak kerana Muhammad, Aku tidak ciptakan Adam, dan jika tidak
kerana Muhammad Aku tidak ciptakan syurga dan neraka.
Dakwaan keempat; iaitu hadis Saidina Jabir RA yang disebut sebelum ini
yang bermaksud;
“Wahai Jabir, sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan Nur Nabi Ku
daripada NurNya sebelum diciptakan makhluk”.
Muhammad Nasiruddin al-Albani menyatakan hadis itu adalah hadis maudu’.
Ia berlawanan dengan hadis sahih yang menerangkan asal kejadian malaikat, jin
dan manusia, iaitu hadis riwayat Imam Muslim yang berbunyi;
خلقت الملائكة من نور وخلق الجان من مارج من نار وخلق أدم مما وصف لكم
Maksudnya; Diciptakan malaikat daripada Nur (cahaya) dan diciptakan jin
daripada api, dan diciptakan manusia (Adam) daripada (tanah) seperti yang
disifatkan (dijelaskan) kepada kamu.
Kemudian al-Albani menambah lagi dengan berkata bahawa hadis sahih ini
membatalkan hadis Jabir RA di atas dan hadis-hadis lain lagi (mengenai Nur
Muhammad) yang memang tersebar di kalangan orang ramai yang menyokong konsep
Nur Muhammad. Dari hadis sahih ini juga jelas bahawa malaikat sahaja makhluk
Allah yang diciptakan daripada Nur (cahaya)[31]. Sedangkan Nabi Muhammad SAW
daripada keturunan Nabi Adam AS yang diciptakan daripada tanah.
Tambahan lagi hadis-hadis mengenai konsep Nur Muhammad ini bertentangan
dengan ayat-ayat al-Quran termasuk ayat; 38 (Surah al-Kahfi, ayat; 110).
ö@è% !$yJ¯RÎ) O$tRr& ׎|³o0 ö/ä3è=÷WÏiB #Óyrqム¥’n<Î)
!$yJ¯Rr& öNä3ßg»s9Î) ×m»s9Î) Ó‰Ïnºur ( `yJsù tb%x. (#qã_ö�tƒ uä!$s)Ï9 ¾ÏmÎn/u‘
ö@yJ÷èu‹ù=sù WxuKtã $[sÎ=»|¹ Ÿwur õ8ÎŽô³ç„ ÍoyŠ$t7ÏèÎ/ ÿ¾ÏmÎn/u‘
#J‰tnr& ÇÊÊÉÈ
Maksudnya: Katakan olehmu (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku adalah
manusia sama seperti kamu, (hanya perbezaan aku dengan kamu) ialah diwahyukan
oleh Allah kepadaku”. Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu yang disembah adalah Tuhan
Yang Esa”.
Al-Kahf (18): 110
Hadis-hadis mengenai Nur Muhammad yang disebut di atas, bukan sahaja
berlawanan dengan ayat yang dibawa, tetapi juga berlawanan dengan hadis-hadis
sahih yang lain termasuk dengan hadis di bawah ini;
كلكم من آدم وآدم من تراب لا فضل لعربي على عجمي الا بالتقوى
Maksudnya; Semua kamu (manusia termasuk Nabi Muhammad SAW) adalah
daripada Adam, dan Adam daripada tanah, tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab di
atas bangsa ‘ajam kecuali dengan takwa (kepada Allah)”.
Dari ulasan yang disebutkan, jelaslah bahawa Nabi Muhammad SAW adalah
daripada keturunan Nabi Adam AS dan Nabi Adam AS pula berasal daripada tanah.
Oleh itu Nabi Muhammad SAW bukan daripada Nur Ilahi seperti yang didakwa oleh
segolongan orang Islam, bahkan memang daripada keturunan Nabi Adam AS, dan Nabi
Adam AS berasal daripada tanah.
Jika dikaji dalam kitab-kitab sirah dan sejarah Rasulullah SAW yang
muktabar seperti kitab Sirah Ibn Hisyam, kitab-kitab hadis dan kitab-kitab
Syama’il al-Rasul tidak ada menyebut dan yang menjelaskan bahawa Rasulullah SAW
dijadikan daripada Nur Ilahi. Cerita-cerita Nur Muhammad hanya ada dalam
kitab-kitab karangan ulama terkemudian seperti dalam kitab-kitab yang disebut
sebelum ini, termasuk dalam kitab al-Barzanji karangan Syaikh Jaafar
al-Barzanji. Apakah tokoh-tokoh sirah Rasulullah SAW yang masyhur seperti Ibn
Hisyam, al-Tabari, Ibn Kathir dan lain-lain lagi tidak cukup ilmu sehingga
tidak berjumpa fakta yang begitu penting? Sehingga mereka tidak memasukkannya
di dalam kitab-kitab mereka. Ini tidak mungkin kerana fakta-fakta penting yang
lain yang begitu banyak mereka jumpai dan dimasukkan di dalam penulisan mereka,
sedangkan fakta mengenai Nur Muhammad tidak dijumpai, ini tidak mungkin
sedangkan perkara ini adalah perkara akidah yang ada hubungan dengan
kepercayaan kepada Nabi Muhammad SAW yang setiap orang Islam wajid mengetahui
dan beriman dengannya.
Dengan hujah-hujah dan dalil-dalil yang dikemukakan di atas, golongan
kedua ini yakin dan pecaya bahawa konsep Nur Muhammad adalah suatu perkara yang
tidak sabit dengan dalil yang sahih dan tidak perlu dipercayai, bahkan perlu
ditolak.
PERBANDINGAN DALIL DAN HUJAH KEDUA GOLONGAN
Setelah diteliti dalil-dalil dan hujah-hujah yang dikemukakan oleh
kedua-kedua golongan di atas, didapati dalil dan hujah pendapat golongan
pertama tidak kuat sebab hadis-hadis yang dikemukakan adalah hadis-hadis
maudu’(palsu) dan ada yang tidak dapat dikesan dari mana sumbernya, bahkan ada
yang bukan hadis dikatakan hadis dan sebagainya.
Di samping itu ada satu dua hadis yang berstatus da’if, maka para ulama
Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah menyebut bahawa hadis da‘if tidak boleh dijadikan
hujah atau dalil dalam perkara akidah, apatah lagi apabila didapati hadis-hadis
itu berlawanan dan bercanggah pula dengan ayat al-Quran dan hadis sahih. Hadis
da‘if boleh diterima mengenai perkara fada’il al-a‘mal. Hadis-hadis yang
dikemukakan oleh golongan yang menyokong konsep Nur Muhammad - sebagaimana yang
telah disebut di atas - pada umumnya berlawanan dengan ayat-ayat al-Quran dan
hadis-hadis sahih serta telah dijawab oleh ulama golongan yang kedua. Dengan
itu, dalil-dalil yang dipegang oleh golongan pertama mengenai konsep Nur
Muhammad adalah tidak kuat dan tidak boleh diterima. Yang sebenarnya Nabi
Muhammad SAW berasal daripada keturunan manusia iaitu Nabi Adam AS bukan
daripada Nur Ilahi. Ini dijelaskan sendiri oleh Allah SWT melalui firmanNya
dalam surah al-Kahf ayat 110 yang lepas.
Hadis sahih yang disebut sebelum ini menjelaskan bahawa Nabi Muhammad
SAW adalah daripada keturunan Nabi Adam AS, dan Nabi Adam daripada tanah. Oleh
itu Nabi Muhammad SAW bukan daripada Nur Ilahi sepertimana yang dipercayai oleh
golongan pertama, bahkan baginda daripada keturunan Nabi Adam AS.
Selain itu hadis-hadis mengenainya tidak disebut dalam kitab-kitab hadis
yang muktabar seperti kitab Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan
Ibn Majah dan Sunan al-Nasa’i, juga tidak disebut dalam kitab-kitab syarah
kepada semua kitab Sunan tersebut. Jikalau perkara itu betul dan benar,
tentunya ada disebut dalam kitab-kitab tersebut. Apatah lagi perkara itu ada
hubungan dengan Nabi Muhammad SAW yang merupakan tajuk penting dalam ilmu
akidah, sedangkan perkara itu tidak disebutnya. Ini bererti perkara itu tidak
sahih.
Tambahan lagi, jika dilihat kepada cerita-cerita yang disebut sebelum
ini yang dijadikan dalil oleh golongan pertama yang menyokong konsep Nur
Muhammad, didapati ada perbezaan dan percanggahan antara satu sama lain.
Sebagai contoh, ada cerita menyatakan Nur itu pada awalnya dibahagi kepada tiga
bahagian; daripada bahagian pertama dijadikan Qalam, daripada bahagian kedua
dijadikan Lauh Mahfuz, bahagian ketiga djadikan Arasy Allah dan begitulah
seterusnya. Manakala cerita lain pula menyebut daripada bahagian pertama
dijadikan keluarga baginda, daripada bahagian kedua dijadikan isteri-isteri
baginda, bahagian ketiga dijadikan orang-orang yang sayangkan kepada baginda.
Manakala cerita-cerita lain pula menyebut bahawa Nur Muhammad tersebut
dijadikan seperti burung merak. Apabila burung merak itu melihat rupanya di
dalam cermin, ia berpeluh sebanyak enam titik. Dari titik peluh pertama
dijadikan roh Saidina Abu Bakar, titik peluh kedua dijadikan roh Saidina Umar,
titik peluh ketiga dijadikan roh Saidina Othman, titik peluh keempat dijadikan
roh Saidina Ali, titik peluh kelima dijadikan pokok bunga mawar dan titik peluh
keenam dijadikan padi. Lepas itu ia berpeluh lagi kali kedua, dan daripada
peluh-peluh itu pula dijadikan malaikat-malaikat dan makhluk-makhluk lain seluruhnya.
Cerita-cerita tersebut jelas bercanggah dan berlawanan antara satu sama
lain. Ini dapat dibuktikan dan difahamkan bahawa cerita-cerita tersebut adalah
tidak benar dan tidak diterima, tambahan pula jika dilihat pada cerita yang menyatakan
dari peluh dua kening burung merak dijadikan umat nabi Muhammad (orang-orang
Islam), manakala orang Yahudi, Kristian, Majusi, munafik dan lain-lain
dijadikan dari peluh dua telinganya. Yakni orang Islam dan orang Yahudi,
Kristian dan munafik dijadikan daripada peluh dua anggota burung tersebut yang
berlainan dan berbeza. Adakah orang-orang Yahudi, Kristian, Majusi, munafik dan
lain-lain yang kafir itu mereka tidak boleh memeluk Islam kerana mereka
dijadikan daripada peluh dua telinga burung merak yang memang dijadikan sebagai
orang kafir, bukan daripada peluh dua keningnya?. Ini tidak mungkin kerana apa
yang berlaku ramai daripada mereka itu telah memeluk Islam, sedangkan mereka
tidak dijadikan daripada peluh dua kening burung merak tersebut. Manakala orang
Islam pula yang dikatakan dijadikan daripada peluh dua kening burung merak itu
ada yang menjadi kafir kerana memeluk Kristian dan sebagainya. Dengan itu jelas
bahawa cerita-cerita seperti ini memang bercanggah dengan realiti yang sebenar,
juga ia tidak boleh diterima oleh akal yang waras dan ia berlawanan dengan
ajaran Islam yang sebenarnya.
Jika dilihat kepada apa yang dikatakan hadis oleh golongan pertama;
iaitu Nabi Muhammad telah menjadi nabi sebelum ada air dan tanah (sebelum dijadikan
dunia). Juga yang disebut Nabi Muhammad adalah makhluk paling awal menjadi nabi
dan paling akhir sekali dibangkit atau diutus menjadi nabi, ini jelas
bercanggah dengan jawatan dan tugas Nabi Muhammad. Tidakkah kita diajar dalam
ilmu tauhid bahawa para nabi dan rasul diutus termasuk Nabi Muhammad SAW adalah
untuk berdakwah dan mengajak umat masing-masing supaya beriman kepada mereka
sebaik sahaja mereka dilantik dan dipilih menjadi nabi dan rasul. Sedangkan
dalam cerita tadi Nabi Muhammad telah dilantik menjadi nabi semenjak alam belum
dijadikan lagi dan belum ada umat, kemudian baru menjalankan tugasnya di akhir
zaman selepas pengutusan nabi Isa AS. Mengapa Allah melantik baginda sebegitu
awal? Apa tujuannya? Mengapa selepas berakhirnya tugas nabi Isa AS baru baginda
SAW menjalankan tugas dakwahnya? Ini semua nampak berlawanan dengan akidah yang
kita pelajari semenjak kecil, terutama semasa belajar tentang tugas-tugas Nabi
Muhammad SAW. Sebab itu pendapat golongan pertama boleh dipertikaikan.
Berdasarkan cerita-cerita di atas, susah bagi kita menerimanya, kerana
ia bukan sahaja berlawanan dengan akal bahkan bertentangan, juga berlawanan
dengan nas al-Quran dan hadis-hadis sahih seperti yang disebut sebelum ini.
Sebab itu penulis berpendapat bahawa dalil dan hujah pendapat golongan kedua
lebih kuat sedangkan dalil dan hujah golongan pertama adalah lemah dan tidak
kuat. Jadi pendapat yang mengatakan Nur Muhammad tidak ada lebih baik diterima
pakai.
PENUTUP
Daripada penjelasan di atas, dan dengan melihat kepada dalil-dalil
daripada kedua-dua golongan yang menyokong dan menolak konsep Nur Muhammad,
dapatlah difahami bahawa ada satu perkara khilafiah (perselisihan pendapat)
yang berlaku sejak dahulu sehingga sekarang dan mungkin ke akhir zaman.
Kedua-dua pendapat dengan dalil-dalil dan hujah-hujah tersendiri menganggap
pendapat mereka adalah pendapat yang benar dan betul. Tetapi bagi kita orang
yang berlapang dada dan yang ingin mencari kebenaran berasaskan dalil-dalil dan
hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua golongan juga dengan melihat pada
perbandingan dalil dan hujah kedua-dua golongan di atas, didapati dalil dan
hujah golongan kedua adalah lebih kuat, tidak bercanggah dengan hadis-hadis
sahih dan dengan ayat al-Quran. Oleh itu penulis menyokong pendapat golongan
yang kedua dan sekaligus menolak pendapat golongan pertama.
[1] Ismail Muhammad (2002), Isu Akidah dan Pemikiran Islam, Open
University Malaysia, h. 121-122.
[2] Ibid., h. 121.
[3] Jamaluddin Husin (1978), Nur Muhammad; Bagaimana Hikayatnya, dalam:
Majalah al-Islam, bil; 6, th5, Julai, hal: 48.
[4] Syaikh Abd al-Samad al-Palembani (t.t), Kitab Siyar al-Salikin, juz.
4, hal: 102-106.
[5] Syaikh Abd al-Samad al-Palembani, op. cit., hal: 103-104, Ahmad
Khatib bin Abd al-Latif al-Mankabawi (1357H), Al-Syumus al-Lamiah fi al-Rad
Bida‘ Ahl al-Sab‘ah, hal. 5.
[6] Lihat: Inilah Hikayat Nur Muhammad Dan Nabi Bercukur Dan Nabi Wafat
(t.t), Pulau Pinang: Dar al-Maarif.
[7] Al-Fakir Syaikh Yusuf bin Ismail al-Nabhani (t.t.), Al-Anwar
al-Muhammadiah Min al-Mawahib al-Ladunniyyah, Bayrut: T.P, hal. 10.
[8] Al-Tarmidhi (t.t.), Al-Jami‘ al-Sahih, Bab Fadl Rasulullah SAW, juz.
5, al-Madinah al-Munawwarah: Maktabah al-‘Itimad, hal. 245.
[9] Ibn Hajar al-Haytami, Al-Fatawa al-Hadithah, T.T.P: Syarikat Mustafa
al-Babi al-Halabi, juz. 2, hal. 59-60.
[10] Syaikh Abd al-Rahman al-Safuri (t.t), Kitab Nuzhah al-Majalis wa
Muntakhab al-Nafa’is, Misr: Maktabah al-Qahirah, juz. 1, hal. 418-419.
[11] Syaikh Zainal Abidin al-Fatani (1951), Kasyfu al-Ghaybiyyat, Pulau
Pinang: Persama Press, hal. 3-4. H. Aboebakar Acheh (t.t.), Pengantar Sejarah
Sufi dan Tasawwuf, Semarang: Ramadhani, hal. 179-181.
[12] Syaikh Ahmad bin Muhammad Yunus Langka (t.t.), Daqa’iq al-Akhbar,
Pulau Pinang: Dar al-Ma‘arif, hal. 1-2.
[13] Hj. Othman bin Abdullah (1982), Panduan Ratib al-Attas, t.per, hal.
52.
[14] Jaafar al-Barzanji, Hazihi Majmu’ Syaraf al-Anam, Pulau Pinang:
Matba‘ah Dar al-Ma‘arif, hal. 74-75.
[15] Salim Usman (1980), Nur Muhammad SAW, M.A, Jaya,Jakarta, hal. 7.
[16] Ibid, hal; 7.
[17] Wan Mariam Wan Harun (1991), Konsep Nur Muhammad Mengikut Pandangan
Islam; Satu Kajian Khusus Terhadap Kitab Nur Muhammad, Kertas Projek Fakulti
Usuluddin, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hal. 96.
[18] Ibid, hal. 107.
[19] Ibid.
[20] Abu al-Fidaa Ismail Ibn Kathir (1985), Bidayah al-Khalq, Dar
al-Kitab al-‘Arabi, hal: 45-46.
[21] Ibn Hajar al-Asqalani (1988), Fath al-Bari bi Syarh al-Bukhari, Dar
al-Diyan, juz. 6, hal: 331-334.
[22] Yusuf al-Qaradawi (1978), Al-Fatawa al-Muasirah, Dar al-Ataq, h.
178.
[23] Said Sadiq Muhammad (1978), Sira’ Bayna al-Haq wa al-Batil, Dar
al-Liwa’, h. 23
[24] Ibid.
[25] Muhammad bin Ahmad bin Abd. Kadir al-Syanqiti (t.t.), Tanbih
al-Huzzaq ‘Ala Butlan ma Sya’ Bayna al-Anam min Hadith al-Nur al-Mansub li
Masnad Abd.Razzak, h. 5-6.
[26] Abd. Fatah bin Ibrahim, Sunnah Dan Kedudukanya Dalam Pandangan
Islam, Jawatan kuasa Pengelola (NADI), Negeri Terengganu, kertas kerja, h. 11.
[27] Muhammad Ahmad Abd. Kadir, op,cit, hal; 10
[28] Ibid,hal; 11-14
[29] Muhammad Ahmad Abd. Kadir al-Syanqiti, op, cit, hal; 14
[30] Udah bin Muhsin, Nur Muhammad,(Kertas kerja),1997, h. 3.
[31] Muhammad Nasiruddin al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah,
Bayrut: al-Maktabah al-Islamiyyah, hadith no; 459.
-- TAMAT --
PENAFIAN
KIAS adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau
kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada
kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox atau Google Chrome
yang terkini dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel.
Tarikh Kemaskini : Isnin 25 Jun 2018.
HUBUNGI
NO. TEL
609-7129386 / 609-7129387
FAKS
609-7129444 / 7126100
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................
No comments:
Post a Comment