03 January 2020

Bekam

≡ MENU

Rawatan Bekam

bekam, info bekam,  keburukan bekam,  pening selepas bekam,  bekam darah berbuih,  bekam maksud,  bekam angin,  jenis darah hasil bekam,  point bekam,
Bercerita tentang rawatan bekam, ramai yang tidak menyukainya walaupun sedar ianya baik untuk kesihatan. Ramai yang beranggapan ianya rawatan yang menyakitkan & memberi kesan buruk kepada tubuh badan kerana luka disebabkan oleh rawatan bekam. Sebenarnya, bekam tidak lah terlalu menyakitkan kerana hanya sesetengah perawatan yang menggunakan pisau, manakala perawat moden kini menggunakan jarum untuk mencucuk bahagian kulit untuk membuatkan darah keluar dari tubuh.
Rawatan bekam merupakan perawatan amalan sunnah yang dilakukan sejak dari zaman Rasulullah S.A.W lagi. Berbekam merupakan kaedah membuang darah kotor melalui sedutan menggunakan cawan yang dibuat khas untuk berbekam. Baik kaedah bekam kering, basah mahupun api, ianya sama sahaja memberi khasiat yang sama iaitu membuang darah kotor di dalam badan & melancarkan peredaran darah di dalam badan.
Pesakit yang sudah mengamalkan rawatan bekam, hanya akan berasa sakit seperti digigit semut apabila dicucuk atau kulit dihiris dengan pisau. Ini kerana berbekam tidak menggunakan ubat anesthetis atau bius untuk mengurangkan rasa sakit. Namun begitu, proses menyedut permukaan kulit sebelum kulit dihiris akan membuatkan kulit berasa kebas & akan mengurangkan rasa sakit tersebut. Proses ini juga turut dikenalpasti sebagai kaedah bius semulajadi.
Bekam adalah rawatan yang sangat digalakkan untuk pelbagai peringkat umur bagi individu yang sihat. Ini kerana fungsi bekam adalah untuk mencegah & bukan hanya untuk merawat. Proses membuang darah bertoksin & membuang angin di dalam badan mempunyai banyak faedah lain seperti meringankan otot yanf kejang, mengurangkan sakit migrain, mengatasi masalah lenguh badan & membebaskan tubuh daripada angin kotor di dalam salur darah. Rawatan bekam terbukti mampu menyelesaikan masalah penyakit yang tidak boleh diselesaikam dengan rawatan moden. Pakar juga menasihatkan agar melakukan bekam sekiranya masalah pesakit tidak mampu dirawat dengan rawatan moden.
Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...
kebaikan bekam untuk wanita, kebaikan bekam pada tubuh,  kebaikan bekam kepala,  bekam darah berbuih,  kebaikan bekam muka,  info bekam,  jenis darah hasil bekam,  kekerapan berbekam,  pantang larang selepas bekam darah,
Bekam bukanlah rawatan jalanan, ianya teknik rawatan yang dijalankan oleh perawat yang terlatih. Hampir kesemua perawat moden yang mengamalkan bekam akan memastikan tekanan darah pesakit diambil terlebih dahulu sebelim bekam dilakukan. Sebelum kulit pesakit dihiris atau dicucuk dengan jarum yang steril, bekam angin akan dilakukan terlebih untuk memberi ketegangan kepada kulit. Ubat antiseptik disapu di kulit pesakit sebelum ditekap dengan cawan untuk membuang darah kotor. Kebiasaannya prosedur berbekam akan berlangsung selama 3 hingga 5 minit untuk membuqng sepenuhnya darah kotor di dalam kulit. Kemudian, sapuan ubat antiseptik dibuat sekali lagi untuk mencegah kulit daripada terkena jangkitan kuman.
Untuk mengelakkan daripada sebarang komplikasi yang kronik, beberapa petua & pantang larang perlu diamalkan. Yang pertama, untuk 3 jam terawal jangan mandi selepas berbekam agar ruangan kulit yang terbuka tertutup dahulu. Kemudian, kesan lebam selepas berbekam perlu dijaga dwngan rapi & elakkan daripada melakukan aktiviti lasak sekurang-kurangnya seminggu agar luka tidak menjadi parut di kemudian hari. Yang terakhir, sangat digalakkan untuk makan madu selepas berbekam. Ini kerana ianya boleh membantu mengembalikan tenaga & mengandungi banyak khasiat.
Akhir kata, berbekam merupakan perawatan yang sangat digalakkan. Sekiranya anda individu yang sihat & khuatir sekiranya berisiko mendapat penyakit kronik, berbekam merupakan satu amalan yang baik untuk kesihatan anda. Semoga dengan ikhtiar ini, kehidupan seharian anda akan lebih sejahtera & ingatlah sesungguhnya mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat.

Comments

 comments
{ 0 comments… add one }
Leave a Comment
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

No comments: