Thursday, February 9, 2012

Review Majalah IM ke-13 – Buat Duit Dengan Blog

Review Majalah IM ke-13 – Buat Duit Dengan Blog

Kali ni saya agak terlewat untuk buat review untuk Majalah IM. Rasa macam tak lengkap aje kewujudan blog ni kalau saya tak review majalah ini. Walaupun percuma, isi kandungannya semakin mantap. Topik kali ini ialah “Pro Blogger – Buat Duit Dengan Blog” . Sememang satu topik yang dinantikan ramai. Maklumla kat Malaysia ni semakin ramai yang berminat nak menjadi blogger.

Sebelum tu, saya nak ucapkan terima kasih kepada Team Majalah IM sebab pilih saya sebagai pemenang tempat pertama untuk pertandingan review Majalah IM ke-12 hari tu. Buku“Jutawan Ekstrem” oleh Azizi Ali dah pun saya terima. Banyak ilmu dalam buku tu.

Untuk pertandingan review kali ni, hadiahnya pun best jugak. Kalau anda nak join, boleh usha kat sini untuk detailnya. Tiap review yang anda buat akan terus dapat bayaran RM5.


Okla, berbalik pada review kita tadi. Cover Majalah IM ke-13 ni adalah salah seorang blogger yang agak aktif iaitu saudara Rohaizad. Saya selalu jugak melawat blog beliau iaiturohaizad.com. Banyak posting menarik disitu. Majalah kali ni ada 38 mukasurat. Nipis sikit berbanding majalah sebelum ni. Topik

Untuk artikel pertama bertajuk “blog” . Ia merupakan artikel yang menceritakan agak detail perkara penting berkaitan blog. Kandungannya berkisar tentang definisi blog, apakah topik yang akan ditulis didalam blog tersebut, platform yang digunakan oleh sesebuah blog dan kepentingan pemilihan nama domain untuk
blog yang dibangunkan .Kalau nak tahu detail, kenala download disini.

Untuk artikel kedua bertajuk “10 Tips Blog Untuk Anda”. Jadi, ada 10 tips yang boleh anda gunakan dalam menulis artikel yang mantap di blog anda. Antara tips yang menarik pada saya ialah keperluan meletakkan gambar dalam artikel serta penguasaan asas tag HTML.

Artikel ketiga pula menceritakan tentang jenis-jenis blog. Terdapat 5 jenis blog yang dihuraikan dalam artikel ini iaitu blog peribadi, blog, blog berita, niche blog, blog video dan blog auto. Macam biasa,
maklumat lanjut anda boleh ketahui dengan download Majalah IM disini.

Artikel keempat pastinya menjadi kesukaan ramai kerana ia bertajuk “Menjana Wang Dari Blog” atau erti kata lain “buat duit dengan blog”. Terdapat 2 kaedah utama iaitu secara langsung dan tidak langsung. Antara kaedah langsung yang diceritakan ialah pengiklanan, program affiliate dan menjual blog. Manakala kaedah tak langsung pula seperti menyediakan khidmat rundingan, peluang pekerjaan dan juga peluang menjadi speaker.

Salah satu masalah besar dalam dunia blogging ialah untuk mendapatkan idea untuk dituliskan didalam blog tersebut. Artikel kelima bertajuk “5 Sumber Idea Untuk Kemaskini Blog Anda!”memberikan beberapa sumber yang agak unik dan menarik untuk digunakan. Antara sumber yang boleh anda gunakan ialah Google Alert , Flickr, web Download.com, web orang lain dan juga forum.

Artikel keenam pula rasanya agak “lari” dari topik pro blogger. Artikel ini bertajuk “Polisi Pengambilan Semula Wang Pelanggan di Clickbank Merugikan Penjual?” Walaupun begitu, ia tetap sebuah artikel yang bagus terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam penjualan produk di Clickbank.

Artikel ketujuh pula tentang pro – blogging (profesional blogging). Ada 2 perkara penting untuk menjadi pro blogger iaitu konsistensi di segi masa dan konsistensi di segi topik. Artikel ini juga ada menyentuh tentang blogger dalam niche pemasaran internet ataupun bukan pemasaran internet. Dan niche mana satu yang lebih menguntungkan. Pastinya ia satu lagi artikel menarik yang menarik untuk dibaca dalam Majalah IM kali ini.

Artikel kelapan ialah “Transkrip Interview bersama saudara Rohaizad” . Seronok juga membaca sambil mendengar perbualan antara Adly dan Rohaizad ni. Rupa-rupanya beliau bermula dalam blogging ni sejak tahun 2005. Dalam temubual ni , banyak jugak ilmu yang dapat dikutip seperti macammana beliau membuat duit dengan blog serta tips bagaimana beliau membuat jadual untuk meng”update” blog-blog beliau yang banyak tu. Lagi satu, Rohaizad juga ada kongsikan teknik efektif untuk mendapatkan lebih ramai pelawat ke blog kita. Jangan lupa download untuk mengetahui detail interview ini.

Bab paling best ialah artikel tentang Soal Jawab IM. Soalan kali ini ialah…

Saya sudah siapkan laman/blog saya, kemudian sudah saya upload ke hosting. Tetapi, kenapa laman web saya tidak kelihatan apabila saya menaip alamat laman web saya di Google ataupun Yahoo? Jadi, boleh bantu saya macammana nak paparkan web saya pada Google dan Yahoo?

Nak tahu jawapannya? Macam biasa, downloadla Majalah IM ni ye.

Okla. Dah panjang lebar review saya ni. Ha.. sebelum terlupa, nak bagitau juga yang Majalah IM sekarang dah ada forum. Anda boleh layari http://forum.majalahim.com .

Semoga team Majalah IM akan terus bersemangat untuk meneruskan edisi yang akan datang.

Tags : , , , , , , , , , , , , , ,

Review : Panduan Asas Blogger

Sekarang ni memiliki sebuah blog dah menjadi seperti satu kemestian kepada sesiapa sahaja yang ingin memiliki laman web sendiri di internet. Tak kira la samaada blog anda ber”niche” kan tentang buat duit ataupun sekadar blog peribadi. Jika blog anda memberikan isi kandungan yang baik dan menarik, pastinya ramai yang sudi menjadi pembaca setia.

Membuat blog sendiri tidaklah susah sangat. Hanya dengan beberapa klik sahaja, anda dah boleh miliki blog anda sendiri.

Hari ini saya nak review sebuah ebook yang masih baru dilancarkan iaitu “Panduan Asas Blogger: Panduan Asas Lengkap Untuk Blogger” yang ditulis oleh Yazid Yahya dan diterbitkan oleh Jamaludin Bahari.

Jelas dari tajuknya , ebook ini memang memberikan panduan asas sahaja tentang bagaimana anda boleh memiliki blog anda sendiri. Jika anda sudahpun berjaya membuat blog sendiri (di blogspot atau wordpress), ebook ini memang tak sesuai untuk anda.Ia khas untuk mereka yang memang langsung tak tahu macam mana nak membuat blog.

Ebook ni ada 234 mukasurat tau! Untuk 100 mukasurat pertama, anda akan didedahkan dengan langkah demi langkah cara membuat blog percuma ( di subdomain blogspot.com atau wordpress.com) . Ada juga ditunjukkan cara nak setup blog wordpress untuk blog .com anda sendiri.Memang mudah untuk memahami dan mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan didalam ebook ini.

Bahagian kedua ebook ini menceritakan tentang teknik mendapatkan trafik ke blog yang telah disiapkan. Agak banyak teknik yang ditunjukkan. Terpulang kepada anda hendak memilih untuk mendalami dan mengaplikasikan teknik yang mana satu. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat serba sikit idea bagaimana nak mempromosikan blog anda nanti.

Bahagian ketiga pula menceritakan tentang nama domain, cpanel dan webhosting. Agak detail penerangannya dan mudah difahami sebab disertakan dengan banyak gambar. Banyak benda yang boleh anda pelajari terutamanya bagi mereka yang ingin membeli atau baru sahaja membeli nama domain .com sendiri.

Bahagian keempat pula menceritakan tentang bagaimana anda boleh buat duit dengan blog. Agak ringkas isi kandungan didalam bahagian ini. Hanya 2 mukasurat sahaja. Ia sekadar memberikan anda beberapa idea buat duit melalui blog sahaja.

Lagi satu, anda juga turut diberikan 3 buah video tentang Cpanel dan Wordpress untuk domain berbayar. Tapi video ni takde suara, ia lebih berbentuk slideshow dimana anda perlu membaca sendiri apa yang ingin disampaikan. Tak susah nak faham, insyaallah anda boleh ikuti langkah-langkahnya.

Dengan setiap pembelian, anda juga akan dapat diskaun untuk beberapa produk lain. Nak tahu apa produknya? Kenalah klik kat sini.

Okla, dah agak panjang review yang saya tuliskan. Bagi saya, isi kandungan ebook ini agak bagus terutamanya untuk mereka yang memang zero dalam teknik membuat blog. Jadi, selepas ini, kalau ada yang bertanya tentang cara nak buat blog, saya memang syorkan ebook ini kepada anda. Banyak ilmu yang bakal anda perolehi.

Daptkannya sekarang! Anda juga bloleh download ebook preview percuma disini.

Tags : , , , , , , , ,, , , , ,

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Beli Segera Ebook Yang Baru Dilancarkan

Hari ini dunia perniagaan internet di Malaysia semakin meriah. Setiap hari ada sahaja ebook yang dilancarkan. Tak kira la ebook percuma mahupun berbayar. Ebook terbaru yang sedang hangat dipromosikan ialah DuitMania, Kuasa Forum, dan Ebook Janawang Adsense juga baru dibuka semula (untuk tempoh terhad) selepas ditutup penjualannya satu ketika dahulu.

Tetapi, adakah anda perlu beli produk-produk ini dengan kadar segera?

Ada orang yang menangguhkan dahulu pembelian akibat kekurangan modal ataupun masih tak yakin bahawa produk tersebut benar-benar berbaloi untuk dimiliki. Hari ini saya nak kongsikan kenapa anda perlu mendapat sesuatu ebook atau produk yang baru sahaja dilancarkan dengan kadar segera.

1. Harga yang ditawarkan biasanya adalah harga terendah. Ebook kuasa forum misalnya, dibuka untuk jualan pada harga RM37 bagi 2 hari pertama dan kini telah dinaikkan kepada RM47. Kalaulah anda beli masa ia dilancarkan dulu, anda pasti dapat jimatkan RM10.

2. Mendapat bonus tambahan ekslusif . Kebiasaannya di dalam fasa pelancaran, pemilik produk akan memberikan tawaran ekslusif untuk mereka yang terawal mendapatkannya. Bonus ini adalah tambahan dari bonus-bonus yang sedia ada. DuitMania misalnya menawarkan keahlian forum VIP terhad kepada 500 pembeli pertama sahaja. Semasa artikel ini ditulis, hanya tinggal kurang daripada 200 tempat sahaja lagi.

3. Jualan bakal dihentikan bila cukup kuota . Ya! Memang ada pemilik produk yang akan menghentikan penjualan produk apabila mereka mencapai sasaran tertentu. ProdukJanaWangAdsense misalnya, pernah beberapa kali menutup tempahan. Jadi, jika anda ingin memiliki produk yang memberikan amaran seperti ini, jangan berlengah untuk mendapatkannya. Saya sendiri membeli ebook ini pada tawaran kali kedua. Tawaran pertama saya tak sempat nak beli.

4. Bonus tambahan dari affiliate atau rakan JV yang mempromosikan. Selain dari pelbagai sebab diatas, kebiasaannya pemilik produk akan membuat pertandingan dikalangan affiliate semasa pelancarana. Jadi inilah masa yang sesuai untuk anda mencari siapa yang memberikan tawaran terbaik. Tapi, jangan terlalu lama membuat pilihan sebab anda mungkin akan terlepas kelebihan yang saya sebutkan diatas.

5. Lebih cepat dapat diaplikasikan . Tetapi apa yang lebih penting apabila anda mengetahui tentang sesuatu produk terbaru ialah pengaplikasiannya. Lebih cepat anda milikinya, lebih cepat anda dapat menggunakan teknik yang diajarkan. Dan lebih cepatlah anda memperolehi hasilnya.

TAPI….

Dalam keghairahan anda nak beli produk pilihan anda, jangan sampai anda rasa menyesal pula selepas membelinya. Jangan membeli semua ebook yang keluar di pasaran hanya kerana ia baru dilancarkan. Kaji dulu adakah anda benar-benar perlukan produk tersebut.

Jika katakan, anda masih baru (newbie) dan tercari-cari bagaimana nak mula perniagaan internet, bolehla beli produk DuitMania. Tapi awas! Jika anda sudah tahu serba sikit tentang bisnes internet dan perkara teknikal, seperti SEO, web minisite, landing page, webhosting dll , ebook DuitMania ni mungkin tak sesuai untuk anda. Nanti anda mungkin akan kecewa sebab apa yang diajarkan didalam tu sudah anda ketahui.

Lagi satu, kalau anda tercari-cari teknik mempromosi laman web yang percuma, forum merupakan salah satu tempat terbaik. Tapi ramai yang telah menyalahgunakan forum sebagai tempat untuk mengiklan secara membuta-tuli. Anda perlu tahu rahsia untuk menjadi forumer yang berjaya. Boleh belajar rahsianya melalui ebook Kuasa Forum. Tapi, kalau anda jenis yang tak mempunyai masa untuk berforum, mungkin ia tak begitu sesuai untuk anda.

Okla, rasanya anda dah dapat serba sikit tips nak beli atau tidak produk yang baru dilancarkan. Bagi saya, jika ebook tersebut mempunyai ilmu yang bagus untuk diaplikasikan , tidak salah untuk memilikinya. Melabur untuk ilmu adalah lebih baik dari melabur dalam skim cepat kaya. Sebab dengan ilmu yang dipraktikkan, kita boleh mencapai apa jua yang kita ingini.

Dan satu lagi… saya juga nak cadangkan sebuah ebook yang wajar anda baca jika anda masih ragu-ragu nak beli atau tidak ebook yang dipromosikan. Ebook tersebut bertajuk“Panduan Beli Ebook” . Anda boleh dapatkan preview ebook ini dengan klik banner dibawah ni.


Semoga semua ebook yang anda beli akan memberi manfaat pada anda!

Tags : , , , , , ,

Video “Surat Dari Ibu” sempena Hari Ibu

Sesungguhnya Hari Ibu perlu kita sambut, bila-bila masa sahaja. Tetapi tak salah rasanya kalau kita tetap mengingatinya. Sebenarnya takde idea nak tulis apa, tapi saya terjumpa satu video yang youtube yang didedikasikan oleh Rumah Pengasih Warga Prihatin.

Mari kita hayati sama-sama. Ia benar-benar menginsafkan.

Tags :

Kod Diskaun Untuk Belian Nama Domain dari Godaddy

Godaddy merupakan salah satu pembekal nama domain yang utama didunia. Jadi, dari masa ke semasa mereka ada membuat tawaran kepada para pelanggan mereka. Biasanya dalam bentuk kupon diskaun.

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda beberapa kupon yang boleh anda gunakan untuk mendapat penjimatan. Kod kupon ini sah untuk sepanjang masa. Tapi kalau anda tak dapat gunakannya, maklumkan pada saya di ruangan komen ye.

OYH1 : Dapatkan diskaun 10% dari sebarang pesanan menggunakan kupon ini. Tiada nilai maksimum

OYH2 : Mendapat diskaun $5 untuk sebarang pembelian produk Godaddy sebanyak $30 keatas.

OYH3 : Dapatkan domain .COM pada harga $7.45 (diskaun $2.50 )

Saya biasanya gunakan kod kupon OYH3 ni. Memang berbaloi. Dan ini pula adalah kupon yang hanya sah untuk bulan May 2009 sahaja

1. WEASEL1 : 10% off your GoDaddy purchase
2. WEASEL2 : if you buy more than $50 / £25, a full 20% off
3. WEASEL25 : if you buy more than $103.64 / £68, a full 25% off
4. WEASEL30 : get 30% off .COM domains.
5. MTECH1 : Ten percent (10%) discount from almost any order
6. MTECH2: twenty percent (20%) discount when you spend more than $50
7. MTECH330: thirty percent (30%) off a .com domain name. This also works when you need to renew your .com domains, and can be used on as many domains as you want.
8. cjcdeal749 : $7.49 .NET, .ORG, .BIZ domains, new registrations only
9. goaorg01a : $7.69 .org registrations or renewals

Kalau anda inginkan lebih banyak penjimatan untuk setiap pembelian online, boleh cuba lawat web RetailMeNot.com . Ada banyak kupon yang boleh anda gunakan disana.

Jika anda ada kod kupon godaddy selain dari yang diatas, boleh juga kongsikan diruang komen.

Tags : , , ,

No comments:

YouTube

Loading...