Friday, February 24, 2012

MURTAD DAN JADI KAFIR KERANA KEJAHILAN UMAT ISLAM DALAM FACEBOOK.

MURTAD DAN JADI KAFIR KERANA KEJAHILAN UMAT ISLAM DALAM FACEBOOK.


Murtad bukan sekadar menukar agama Islam ke agama lain, tapi dari ucapan dan penulisan seperti yang berlaku dimasa kini oleh remaja-remaja Islam dalam "facebook" mereka sangat membimbangkan. Adakah mereka ini kurang pendidikan agama atau bagi mereka hanya gurauan semata-mata?

Perlu ingat murtad dan jadi kafir terbahagi dalam empat keadaan iaitu:
  • Melakukan perbuatan kekafiran secara serius.
  • Melakukan perbuatan kekafiran secara main-main.
  • Melakukan perbuatan kekafiran dalam keadaan ketakutan.
  • Melakukan perbuatan kekafiran dalam keadaan dipaksa, namun hatinya berasa mantap dengan kekafiran.
Lihat satu cntoh dari facebook remaja ini, walaupun remaja ini menganggapnya sebagai gurauan tetapi apabila kata-kata seperti itu merendahkan Allah SWT ia sudah kafir secara tidak sengaja. Jadi beringat-ingat sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan secara main-main.


Murtad atau juga disebut sebagai kekafiran kerana beberapa sebab. Boleh jadi kerana mengingkari sesuatu yang sudah diketahui secara pasti sebagai bahagian daripada hukum agama atau dengan melakukan perbuatan kekafiran, ucapan kekafiran atau kerana tidak peduli dan ingkar dengan agama Allah.

Ada orang menjadi batal imannya kerana keyakinan bahawa Allah SWT mempunyai anak, isteri atau meyakini bahawa Allah memiliki sekutu dalam mentadbir dan mengurus alam semesta ini, meyakini ada makhluk yang memiliki nama, sifat atau perbuatan seperti Allah. Ini juga termasuk meyakini ada sesuatu makhluk yang berhak disembah atau meyakini bahawa Allah memiliki sekutu dalam rububiyyah. Dengan keyakinan begini, seseorang itu terjerumus dalam kancah kekafiran besar yang mengeluarkan dirinya dari Islam atau juga disebut murtad.

Seseorang itu juga boleh jadi murtad kerana perbuatan bersujud kepada berhala, mengamalkan ilmu sihir atau melakukan berbagai bentuk kesyirikan seperti berdoa kepada selain Allah, menyembelih haiwan untuk selain Allah, bernazar untuk selain Allah, atau bertawaf di selain Kaabah dalam mendekatkan diri kepada Allah. Jadi orang boleh menjadi murtad kerana perbuatan atau menerusi ucapan.

Seseorang juga boleh jadi murtad gara-gara ucapan mencaci Allah, mencaci Rasul-Nya, mencaci Islam, atau mengolok-olokkan Allah, kitab-Nya atau agama-Nya.

Allah SWT berfirman mengenai kelompok orang dalam perang Tabuk yang mengejek Nabi dan sahabat yang bermaksud:
"Katakanlah: Apakah dengan Allah, ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu meminta maaf kerana kamu kafir sesudah beriman, jika Kami memaafkan segolongan kamu (kerana mereka bertaubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang yang selalu berbuat dosa." (Surah at-Taubah, ayat 65-66).
Dalam ayat di atas Allah SWT menetapkan bahawa mereka kafir setelah dulunya beriman. Ini menunjukkan bahawa kekafiran itu kerana perbuatan dan keyakinan seperti dalam ayat di atas. Orang berkenaan kafir gara-gara ucapan mereka.

Manusia juga boleh murtad kerana berpaling terhadap agama Allah dan meninggalkan atau menolak agama Allah, seperti tidak mahu mempelajari agama dan tidak mahu menyembah Allah. Orang ini murtad disebabkan sikap berpaling tadahnya.

Walhasil murtad itu boleh jadi kerana gara-gara pengingkaran, perbuatan, ucapan atau berpaling dan tidak peduli.

Orang yang dipaksakan untuk mengucapkan ucapan kekafiran atau perbuatan kekafiran itu dimaafkan jika paksaannya yang menyebabkan tidak ada pilihan lain.

Wassalam

No comments:

YouTube

Loading...