Wednesday, February 29, 2012

berpoligami

Wahai suami, sanggupkah anda berpoligami


Berkahwin lebih dari satu adalah setiap impian dan angan-angan bagi semua lelaki. Kemampuan kewangan bukanlah satu daripada sebab-sebab untuk membolehkan seseorang lelaki itu berpoligami. Banyak lelaki yang berkemampuan tetapi setia pada satu isteri sahaja. Kadang-kadang ada yang memberi pelbagai alasan disebabkan kesihatan isteri, kurang layanan, tiada zuriat dan ada juga memberi alasan kononnya nak ikut sunnah Nabi SAW. Nabi SAW berkahwin lebih dari satu selepas wafatnya Siti Khatijah ra. Perkahwinan yang selepas itu adalah disebabkan oleh perkara-perkara yang tertentu untuk kebaikan bagi megembangkan syiar Islam.


Jika nak ikut sunnah Nabi, banyak lagi sunnah Nabi SAW. Tetapi tidak diikut pun oleh mereka. Dalam soal ibadat juga tidak diikut. Cuma bab kahwin sahaja yang diikut. Memang begitulah sifat-sifat orang yang nak kahwin lebih dari satu. Perkara yang paling penting adakah mereka ini sanggup berlaku adil diantara isteri pertama dan isteri kedua.

Firman Allah SWT:-
Berpoligami itu hukumnya sunnah bagi yang mampu, kerana firmanNya “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilama kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” [An-Nisa : 3]
Memanglah jodoh, ajal, pertemuan dan rezeki adalah ketentuan dari Allah SWT. Jika ditakdirkan juga, itu semua kehendakNya. Tetapi Allah swt menyuruh hambaNya berusaha dahulu dan kemudian tawakal kepadaNya. Tetapi jika bukan jodoh seseorang itu, perkahwinan tidak akan bertahan lama. Akhirnya kembali juga ke pangkuan isteri pertama. Banyak kes bila suami ditimpa musibah atau sakit, isteri pertamalah tempat mengadu. Jarang ada isteri kedua atau ketiga yang ingin menjaga dan menguruskan berak dan kencing suaminya yang sakit. Jika ada boleh dikira dengan jari. Jika dari segi kemampuan kewangan, banyak kawan-kawan penulis yang telah berkahwin lebih dari satu dan ada yang sampai tiga isteri. Mereka ini terdiri dari yang bekerja kampong, buruh kasar, kerani dan bisnes kecil sahaja. Apabila ditanya pendapat, mereka, kebanyakan menasihat pada penulis “Jangan cari pasal!”.seperti kata-kata yang selalu disebut oleh kumpulan Sepah dalam rancangan Rajalawak. Bila dah kahwin dapat anak, barulah tahu masalah beristeri dua.

Bukan semua lelaki hendak berkahwin lebih dari satu. Ada dua orang kawan penulis yang terpaksa menguruskan rumahtangga kerana isterinya sakit lumpuh. Seorang lagi isterinya kena “stroke”. Banyak kawan-kawan menasihatkan mereka supaya berkahwin lain. Tetapi itulah lelaki yang setia. Kesetiaannya kepada isteri mereka susah digugat. Ini suami yang soleh.

Begitu juga penulis semasa di KL dahulu. Si suami yang sakit terlantar di hospital. Sungguh setia isterinya menjaga keperluan suaminya yang lumpuh dan tidak terdaya memberi nafkah zahir dan batin. Kepada isteri-isteri yang solehah ini, syurga tempat anda nanti. Semuga Allah SWT memberi kebahagian dan merahmati kamu. Jika lain-lain isteri yang kurang imannya pasti mencari penganti atau berlaku curang.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kesanggupan, maka menikahlah, karena menikah itu lebih menundukkan pandangan mata dan lebih memelihara kesucian farji ; dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa, karena puasa dapat menjadi benteng baginya” [Muttafaq ‘Alaih]
Perkara-perkara yang tak sanggup dihadapi lagi untuk berkahwin lebih dari satu.

1. 1.Hilang kasih sayang anak-anak.
Kasih sayang anak-anak adalah yang paling utama dalam hidup. Hilang kasih sayang mereka, hidup pasti sunyi dan kosong. Sepatutnya bila dah anak-anak berkahwin, layan cucu-cucu yang ada, bukan anak kecil yang kadang-kadang orang ingat cucu kita.

2. 2.Pengorbanan Isteri.
Yang sanggup bersama di waktu susah dan waktu senang. Banyak pengorbanan yang belum tentu lagi sanggup dihadapi oleh isteri kedua seperti yang dibuat oleh isteri pertama. .

3. 3. Bangun Malam.
Tidak sanggup lagi bangun waktu malam untuk membuat susu dan menukar pampers seperti yang dibuat seperti dahulu. Biarlah bangun malam untuk melakukan solat kepada Allah SWT sahaja.

4. 4. Membahagi masa dan hari.
Bila beristeri dua atau tiga, kena adil dan bergilir-gilir tidur dirumah isteri pertama kedua dan ketiga. Tak sanggup berulang alik . Sepatutnya berulang alik ke Masjid untuk solat berjemaah dan mendengar ceramah ustaz..

5. 5. Ibadat dan amal Jariah.
Sepatutnya apabila anak-anak sudah membesar. Banyaklah membuat ibadat, menqada’ solat dan puasa ramadhan yang tertinggal dahulu. Masa yang ada sepatut berguru dengan ustaz bukan bergurau senda lagi.

6. 6.Bersanding atas pelamin.
Bila dah kahwin dengan anak dara, pasti tidak dapat dielakkan kerana adik beradik sebelahnya akan minta suaminya bersanding atas pelamin sebagai kenangan. Itu pasal kena pakai cermin mata hitam. Kadang-kadang kesian pada anak-anak isteri pertama yang tengok.”Bapaku kahwin lagi”.

7. 7.Isteri muda selalu menjadi perhatian orang.
A Apabila berjalan berdua-duaan dengan isteri muda, selalu orang akan memerhati isteri muda kerana suaminya tua, Macam bapa dengan anak. Mulalah suami cemburu tak tentu pasal.

8. 8. Melayan karenah adik beradik, mertua yang baru.
Kena jaga hati mereka kerana suami jadi perhatian dan orang baru bagi mereka. Kena berkunjung sampai habis semua kerabatnya yang ada jauh dan dekat.

9. 9. Menjaga kesihatan luar dan dalam.
Bila berkahwin dua, kena makan makanan yang berkhasiat, jamu dan segala makjun dan vitamin. Kena cari tukang urut batin bila isteri muda asyik nak yang itu sahaja. Badan yang kuat menjadi lemah. Mata asyik mengantuk sampai ceramah ustaz pun terlelap. Nak solat tasbih yang panjang pun tak termampu disebabkan terkandas diranjang bersama isteri muda. Sampai tak kering bulu , kata Kumpulan Sepah “ Sahaja aku mandi…”.

1 10.Mengawal kemarahan.
Semasa isteri pertama dahulu mungkin beliau tidak pernah kena jentik, kerana kita dapat mengawal kemarahan dan tahu sifat-sifatnya baiknya. Bila isteri muda mula buat perangai dan mengada-gada. Mula makan penampar sulong suami. Asyik meminta itu dan ini dan kuat memerap suami seperti budak kecil. Keluar bersembang lama sikit dengan kawan dipanggil balik kerana tidak boleh berenggang sikit macam belangkas. Suami naik rimas kena kontrol.

Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang penulis nak senaraikan disini. Jika pembaca ada pendapat atau nak ditambah lagi. Sila komen nanti.

Suami yang berkahwin lain mungkin disebabkan perkara-perkara seperti berikut:-

1. 1. Isteri mementing diri sendiri dan adik beradiknya sahaja.
Jika adik beradik suaminya datang berkunjung. Buat perangai marah anak-anak bila buat kesilapan kecil. Yang paling ketara semasa menyediakan makanan yang ala kadar saja untuk adik beradik suaminya. Untuk adik beradik sebelahnya dihidang makanan mengalahkan Restoran Insaf.

2. 2. Isteri selalu mengungkit perkara-perkara yang lepas.
Perkara yang lepas dimaafkan tetapi apabila berlaku sikit salah faham. Diungkit sehingga suami sakit hati. Dalam bisikan hati suami ”Aku kahwin lain baru padan muka engkau”.

3. 3. Mengikis harta suami dan buat perangai bila suami jatuh susah.
Bila adik beradik mengadu sikit, habis semua harta nak dijualkan untuk membantu mereka. Sekadar membantu yang terdaya sahaja. Tengok beberapa selebriti dan pengacara TV yang tinggalkan suami mereka bila jatuh bangkrap. Sanggup berkahwin dengan orang tua yang seangkatan dengan datuknya bukan dengan bapaknya. Nak disebut nama...nanti penulis naik mahkamah pula.!

4. 4. Isteri suka memperleceh dan membebel suami dihadapan orang atau adik beradiknya.
Banyak berlaku sampai suami sakit hati. Ayatnya lebih kurang begini ''Suami aku bukan pangkat besar Limah, kuli cabuk je, bawa lori JKR, makan pun tak cukup!”. Ada suami menceraikan isteri yang begini. Bila berkahwin kali kedua. Bisnes naik tangan dan maju hingga kaya raya. Melopong isteri pertama yang kahwin dengan orang lain tetapi masih susah. Pernah tengok berlaku di depan mata.

5. 5. Isteri sakit tidak dapat memenuh keperluan seks suami.
Ada yang berkahwin lain kerana keperluan seks yang amat sangat bagi mereka mengelak dosa zina. Isteri menyuruh suaminya berkahwin lain. Isteri begini yang bertimbang rasa dan tidak mahu suaminya masuk neraka. Susah mendapat suami yang setia. Hanya setakat ini dua orang sahabat penulis yang berkorban segala-segalanya untuk isteri kesayangan mereka.


Banyak sebab-sebab lain suami kahwin lain. Hanya ANDA sahaja yang perlu ''cerminkan diri'' anda dan perbaiki kelemahan yang ada dengan bertanya kepada suami apakah yang kurang dan apa yang baik untuk suami anda supaya kekal bersama anda hingga akhir hayat.

Setakat ini sahaja semuga kita sama-sama sabar menghadapi ujianNya dalam hidup ini. Ingat matlamat dan tujuan hidup yang singkat ini. Bukan mencari bala. Perbanyakkan amal ibadat. Untuk mencari keredhaanNya dan rahmatNya supaya hidup kita tidak sia-sia.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cendurung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antaramu kasih dan sayang". Ar-Rum: 21
Jazakallah Khairan.

No comments:

YouTube

Loading...