Wednesday, February 29, 2012

DOA-DOA

DOA-DOA UNTUK MELINDUNGI DARI SIHIR-SIHIR TAFRIQ (PEMISAH IKATAN SUAMI ISTERI/IKATAN PERSAHABATAN/IKATAN ADIKBERADIK)


Salam pembaca,

Dalam rancangan "Semanis Kurma" yang dihostkan oleh Ustaz Akashah dan isteri beliau. Host jemputan mereka, Ustaz Sharhan Shafie yang merupakan pakar perubatan Islam yang banyak pengalaman dalam mengubat orang-orang yang terkena berbagai sihir, ada memberi beberapa doa-doa yang khususnya untuk mengelakkan Sihir Tafriq.

Sebelum ini penulis ada membuat posting untuk Doa Untuk Mengelak Sihir Tafriq (Pemisah Suami Isteri). Rupanya Sihir Tafriq ada banyak cabang selain memisah ikatan suami isteri. Sihir Tafriq juga digunakan ountuk memisahkan ikatan persahabatan kawan karib dan lain-lain ikatan mungkin termasuk memecahbelah ikatan di antara adik beradik, ikatan saudara mara dan yang terdekat termasuk anak beranak. Mungkin anak dan ibunya atau ayahnya.

Sihir Tafriq digunakan terhadap seseorang itu supaya membenci, bermusuhan dan berkelahi walaupun perkara yang remeh. Tanda awal suami isteri yang terkena sihir tafriq yang diberitahu oleh Ustaz Sharhan iaitu bila masing-masing berada jauh akan terasa rindu sangat. Tetapi bila berada bersama, selalu bergaduh atas perkara yang remeh, cepat panas baran dan tak boleh tengok muka si suami atau si isteri.

UNTUK DETEKSI GANGGUAN JIN SAMA ADA ANDA TERKENA SIHIR ATAU TIDAK

Kepada yang mungkin tidak selesa dan ada sesuatu menganggu dalam ikatan seperti disebut diatas. Mungkin anda telah di sihirkan sebelum ini. Baca doa ini selepas solat tersebut. Jika anda di sihir kemungkinan ada pertunjuk dari Allah SWT dalam erti kata yang lain. Anda akan terasa sesuatu keadaan yang berlainan seperti hendak pitam, sakit atau letih mungkin tindak balas dari bacaan tersebut terhadap sihir yang dikenakan pada anda. Jika tiada apa-apa tanda berlaku pada anda selepas membacanya. InsyaAllah anda tidak disihir.

Baca surah ini:-

1. Surah Al-Baqarah: ayat 102


Maksudnya:

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

PERUBATAN JARAK JAUH (PJJ)

Kaedah ini dilakukan untuk mengubat isteri, suami, anak atau saudara mara yang disihirkan berada jauh di dalam atau luar negeri. Lakukan solat sunat berikut pada 2/3 malam:

1. Solat Hajat

2. Solat Tahajjud.

Selepas solat tersebut, baca doa-doa ini.

1. Doa Untuk Kebahagian Rumahtangga Dan Keturunan.


Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

2. SURAH AZ ZUKRUF: AYAT 21



Maksudnya:

Pernahkah Kami memberikan mereka sebelum Al-Quran ini sebuah Kitab (yang membenarkan dakwaan mereka), lalu mereka berpegang teguh kepada kitab itu?

3. SURAH AL-ARAF: Ayat 21


Maksudnya:

Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".

UNTUK PELINDUNGAN DIRI DARI TERKENA SEBARANG SIHIR TERMASUK SIHIR TAHRIQ

Baca selalu doa-doa ini setiap kali solat wajib

1. Surah Al Anam: Ayat 61


Maksudnya:

Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).

2. Surah Hud: Ayat 57


Maksudnya:

Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu.

3.Surah Al Araf: Ayat 118


Maksudnya:

Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka lakukan.

Semuga mengamalkan doa-doa yang diatas untuk menjaga diri dan memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah SWT dari gangguan iblis dan jin yang dilaknat.

Lakukan yang terdaya tetapi berterusan kepada yang terkena sihir ini sehingga sembuh. Bacaan doa 1x/3x/7x mengikut kemampuan anda.

Wasallam.

No comments:

YouTube

Loading...