Friday, February 24, 2012

DOA SEBELUM BERSETUBUH DAN ADAB-ADAB SEBELUM BERSETUBUH PADA MALAM PERTAMA

DOA SEBELUM BERSETUBUH DAN ADAB-ADAB SEBELUM BERSETUBUH PADA MALAM PERTAMA




Pada pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin. Malam pertama menjadi kenangan yang sangat indah dan manis untuk dikenang. Jika mahu kebahagiaan berumahtangga itu kekal ke anak cucu. Jadikan malam yang seterusnya seperti malam pertama yang dahulu. Mungkin tidak akan sama kerana keghairahan itu semakin malap kerana ditelan usia seperti penulis yang sudah 25 tahun berkahwin. Tapi kenangan itu tetap kekal dalam ingatan.

Mungkin banyak pasangan yang sudah lama berkahwin apabila nak bersama sudah tidak lagi membaca doa sebelum bersetubuh kerana mungkin sudah terlupa doa tersebut. Sekurang-kurangnya bacalah Bismillah sebelum bersetubuh.

Malam pertama adalah untuk suami pecah dara isteri sememanglah waktu yang mendebarkan buat suami dan isteri. Pecah dara isteri adalah pengalaman seks yang akan dikenang sepanjang hayat maka lakukannya dengan penuh kasih sayang. Pada pasangan yang baru berkahwin diingatkan selalu membaca doa sebelum berjimak untuk mendapat zuriat yang baik. Jangan main hentam semacam bila naik "syeikh".

Malam pertama adalah malam belaian. Malam dimana suami isteri mengenali tubuh badan masing-masing. Malam untuk membuang rasa malu isteri terutamanya. Membuang rasa malu dalam hubungan seks adalah dengan menimbulkan rasa berahi kepada isteri. Biarlah malam yang penuh berahi itu tidak disertai dengan syaitan yang dilaknat.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Sekiranya seseorang itu ingin bersetubuh dengan isterinya hendaklah dia membaca doa Yang bermaksud:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku! Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami. Sekiranya perhubungan kelamin itu ditakdirkan mendapat seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk selamanya.

Doa Sebelum Berjimak




Ertinya:

Dengan nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau karuniakan kepada Kami.

Adab-Adab Bersetubuh Pada Malam Pertama.

Islam mempunyai adab yang terkandung di dalamnya nilai-nilai akhlak yang luhur bahkan mengandungi kebaikan dari segi kesihatan. Terdapat banyak petunjuk dalam al-Quran dan hadis yang membicarakan adab setubuh malam pertama dan jimak suami isteri.

Berikut adalah adab-adab setubuh malam pertama dan jimak yang dianjurkan oleh Islam:-
  • Sembahyang sunat dan berdoa malam pertama.
  • Berwuduk selepas melakukan persetubuhan.
  • Untuk memenuhi kewajipan terhadap Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah saw.
  • Bergaul dengan isteri cara yang sopan.
  • Bercumbu-cumbuan terlebih dahulu.
  • Tidak mementingkan kepuasan diri sendiri.
  • Mengambil kira hak suami dan isteri berhubung dengan soal hubungan kelamin.
  • Keselesaan dalam hubungan kelamin.
  • Kesederhanaan.
  • Mensyukuri nikmat.
  • Tidak menyebarkan soal persetubuhan kepada pihak lain.

MALAM PERTAMA PENGANTIN BARU



Sepatutnya artikel ini disiarkan pada awal bulan Disember kerana banyak pasangan yang berkahwin. Walaubagaimana pun berguna sebagai panduan kepada bakal pengantin yang akan berkahwin cuti sekolah. Semuga dengan membaca artikel ini bakal-bakal pengantin dapat manfaatkan serta mendalami supaya dapat membentuk sebuah keluarga yang bahagia hendaknya.

Semoga Allah swt kelak menjadikan keluarga yang akan anda bina dengan pasangan anda keluarga yang penuh dengan cinta, kasih sayang dan kedamaian sehingga mendorong anda dan orang-orang yang ada didalamnya semakin dekat dengan Allah swt.

Malam pertama bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta dan dapat menghilangkan kecemasan dan ketakutan serta menjadikan isterinya merasa tenang dengannya.

Berikut beberapa adab yang disebutkan didalam warisan kita untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :

1.Kebenaran niat

Hendaklah niat suami isteri untuk menikah adalah untuk menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw,”Tiga orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad di jalan Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga kehormatannya.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu Hurairoh)

2. Berhias dan mempercantik diri.

Hendaknya seorang isteri mempercantik dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut dengan rambut lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya juga mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.

Begitu juga dengan si suami hendaknya memperhias dirinya untuk isterinya kerana hal ini merupakan bahagian dari menggaulinya dengan cara yang baik. Firman Allah swt :

Artinya : “Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya.” (QS. Al Baqoroh : 228)

Namun demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap didalam batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur janggut, memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali terhadap apa-apa yang dikecualikan syariat.

3. Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya.

Diriwayatkan oleh Ahmad didalam al Musnad dari Asma binti Yazid bin as Sakan berkata,”Aku pernah merias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku mendatangi beliau saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah. Beliau saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan kepalanya kerana malu. Asma berkata,”Maka aku menegurnya.” Dan aku katakan kepadanya,”Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi saw.” Asma berkata,”Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit.”

4. Mendoakan isterinya.

Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw,”Apabila seorang dari kalian menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang pembantu maka hendaklah memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza wa jalla dan berdoa memohon keberkatan dengan mengatakan : Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih—Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya..”

5. Melaksanakan solat dua rakaat.

Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,”Perintahkan dia untuk solat dua rakaat dibelakang (suaminya) dan berdoa,”Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi Khoirin—Wahai Allah berkatilah aku didalam keluargaku dan berkatilah mereka didalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan pula.”

6. Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat menggauli isterinya.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Nabi saw bersabda,”Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka hendaklah dia berdoa,”Allahumma Jannibna asy Syaithon wa Jannib asy Syaithon Ma Rozaqtana—Wahai Allah jauhilah kami dari setan dan jauhilah setan dari apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami—sesungguhnya Allah Maha Mampu memberikan buat mereka berdua seorang anak yang tidak boleh dicelakai setan selamanya.”

7. Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia diantara suami isteri.

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu beliau saw bersabda,”Boleh jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang dilakukannya dengan isetrinya dan boleh jadi seorang isteri menceritakan apa yang dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam. Lalu aku bertanya,”Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya.” Beliau saw bersabda,”Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu bagaikan setan laki-laki berhubungan dengan setan perempuan di jalan lalu (setan laki-laki) menutupi (setan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya.”

8. Berwuduk diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih utama.

Apabila seorang laki-laki menggauli isterinya lalu dia ingin kembali mengulanginya maka yang paling utama baginya adalah berwuduk sehingga dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Said al Khudriy berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Apabila seorang dari kalian menggauli isterinya kemudia dia ingin mengulanginya lagi maka berwuduklah diantara kedua (jima) itu.”

Didalam sebuah riwayat, ”Seperti wuduk hendak solat.” (HR. Muslim) Abu Naim menambahkan, ”Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan tenagannya.”

Mandi lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi’ bahawa Nabi saw mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak menggauli) isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. dia berkata,”Aku bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan sekali mandi?’ beliau saw menjawab,”Ini lebih suci. Lebih wangi dan lebih bersih.”

Sayugia bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya berwuduk dengan wuduk seperti untuk solat terlebih dahulu, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar berkata,”Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam keadaan junub?’ beliau saw menjawab, ”Ya, hendaklah dia berwuduk.” Didalam sebuah riwayat,”Berwuduk dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah.”

Wuduk ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul saw,”Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya junub?” beliau saw menjawab,”Ya dan hendaklah dirinya berwuduk jika mau.”. Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata,”Rasulullah saw pernah tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu dan mandi.”

Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi dari Aisyah berkata, ”Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak tidur maka dia berwuduk atau bertayammum.”

9. Mandi berduaan.

Dibolehkan bagi suami isteri untuk mandi secara bersama-sama dalam satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah berkata,”Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara diriku dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku mengatakan,”tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia berkata,”Mereka berdua dalam keadaan junub.”

Dari hadith diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya.

Didalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah berkata,”Aku berkata,’Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?’ beliau menjawab,”Jagalah auratmu kecuali terhadap isteri atau budakmu.” Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami isteri untuk melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya berdasarkan hadith ini, kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan melihat dan menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.

10. Bersenda gurau dengan isteri.

Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan isterinya di tempat tidur, sebagaimana sabdanya saw,”… Mengapa bukan dengan gadis maka engkau boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu.” (HR. Bukhari dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim,”Engkau boleh bahagia dengannya dan dia boleh bahagia denganmu.”

Diantara senda gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun bukan untuk jima’. Rasulullah saw mencium dan menyentuh isteri-isterinya meskipun mereka dalam keadaan haid atau beliau mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.

Sebagaimana terdapat didalam ash Shahihain dan lainnya dari Aisyah dan Maimunah bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Aisyah berkata,”Nabi saw mencium sebagian isteri-isterinya kemudian beliau keluar menuju solat dan tidak berwuduk lagi.” Ini sebagai dalil bahawa mencium isteri tidaklah membatalkan wuduk.

11. Dibolehkan ‘Azl.

Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan ‘azl yaitu mengeluarkan air maninya di luar kemaluan isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata,”Kami melakukan ‘azl sementara al Qur’an masih turun.” Didalam sebuah riwayat,”Kami melakukan ‘azl pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan beliau saw tidaklah melarangnya.”

Meskipun demikian yang paling utama adalah meninggalkan ‘azl kerana hal itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi isterinya dan kerana hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan yaitu memperbanyak keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw,”Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya (jumlah) kalian dihadapan semua umat pada hari kiamat.”

Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azl selamanya kerana dapat membatasi dan mencegah keturunan.

12. Mengunjungi kerabat pada pagi harinya.

Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya.. berdasarkan hadith Anas berkata,”Rasulullah saw mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging. Kemudian beliau saw keluar menemui ibu-ibu kaum mukminin (isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, beliau lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya.

Wallahu A’lam


1 comment:

admin said...

perkongsian yang sangat berguna dan menarik..

YouTube

Loading...