Sunday, February 26, 2012

DOA-DOA KESELAMATAN UNTUK DIBACA OLEH SEORANG PERANTAU.

DOA-DOA KESELAMATAN UNTUK DIBACA OLEH SEORANG PERANTAU.


Kiriman Email Dari seorang Pembaca,

"salam kapten. saya seorang perantau dan saya selalu makan di kedai, jadi saya nak minta kapten ajarkan doa untuk hindari dari sihir yang di buat dalam makanan atau minuman. sekadar untuk berjaga2.

kalau boleh, sertakan sekali bacaan dalam rumi atau mp3 kerana saya tidak tahu membaca jawi. terima kasih". (Tuesday, 3 January 2012 3:07 AM)

Panduan Dan Nasihat Dari Captain Untuk Perantau.

Bila hendak memulakan sesuatu perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya yang mungkin biasa atau berisiko. Mulakan dengan bacaan ini.

1. Sebelum memulakan perjalanan.

Sebelum keluar dari rumah, baca "Bismillahirohmanirohim" di ikuti dengan"Al-Fatihah" (1x) dan melangkah kaki kanan dahulu dan baca doa ini:


"Bismillahi tawakkal'allahi lakhaulawala khuwattailla billahi"

Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku menyerahkan diri ku kepada Allah, tiada ada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah."

2. Apabila Menaiki Kenderaan Darat.

Baca doa naik kenderaan supaya selamat sampai ke destinasi. Baca 1x.


"Subhanallazi shahorolana hazaa wamakunna lahu muqrininna wainnaila robbanaa lamunkholibun"

Maksudnya:

"Maha Suci Allah yang memudahkan ini bagi kami dan tiadalah kami berkuasa mempergunakannya tidak kerana kurnia-Mu. Sesungguhnya kami akan kembali kepada kepada Tuhan kami."

3. Semasa Dalam Perjalanan Di dalam Kenderaan.

Baca Ayatul Kursi sebanyak 1/3/7. Allah SWT akan melindungi hambaNya dari segala sesuatu dari perkara-perkara yang tidak diingini.


Maksudnya:

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia , Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa'at (pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah menghendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)."

4. Apabila Singgah Untuk Makan Diwarung atau Gerai Tepi Jalan.

Untuk elak santau, makanan beracun "food poisoning". Bacalah doa ini sebanyak (7) tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.


"Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".

Maksudnya:

"Dengan nama Allah, yang tidak memberi mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

5. Untuk Elak Disihir (Doa Benteng Sihir).

Semasa berada jauh ditempat orang, selalu kena beringat. Ada yang baik kepada kita, tetapi ada yang mengambil kesempatan keatas kita dengan sihir. Jika mengembara dan merantau di luar negara terutama di negara diseberang. Memang cukup banyak sihir. Berbagai jenis sihir yang tak pernah kita bayangkan sebelum ini. Elok baca doa ini dan dijadikan zikir:


"Innarobbi a'lakulli shaiin hafid"
Maksudnya:

"Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu." (Dari sebahagian ayat dibaris hujung Dari Surah Hud, Ayat 57).

Dan doa ini juga baik dibaca selalu:


"Wa hifthom min kulli shaitho nimmarid"
Maksudnya:

"Dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka."

InsyaAllah, amalkan doa-doa yang mudah ini semuga perjalanan jauh bagi orang-orang yang suka pergi merantau dan mengembara ke luar atau dalam negeri sentiasa selamat dan dipelihara Allah SWT.

Wasallam.

No comments:

YouTube

Loading...