Sunday, February 26, 2012

DOA RAWATAN UNTUK DEMAM PANAS.

DOA RAWATAN UNTUK DEMAM PANAS.



Salam Pembaca Yang Setia,

Atas permintaan seorang pembaca untuk anaknya yang selalu demam panas. Demam panas adalah biasa bagi kanak-kanak tapi luarbiasa bagi yang dewasa pula. Jika tidak dikurangkan panas yang melampau itu. Kesan keatas kanak-kanak sangat serius dimana ia akan menganggu bahagian otak dan boleh mengakibatkan kanak-kanak itu mendapat sawan (Epilepsy), kerosakan otak dan terencat akal. Siapa mahu anak-anak jadi begini. Bila kanak-kanak sudah kena sawan, kadang-kadang ia boleh membahayakan dirinya bila bermain seorang diri. Penyakit sawan jika tidak dirawat semasa kecil, ia akan dihidapi sampai ke dewasa nanti.

Ada satu kisah yang terjadi suatu ketika dahulu 2001 semasa itu captain bersama Tuan Hj Shamsudin, Pengerusi Masjid Taman Kosas sedang memandu kereta di Bangsar. Seorang pemandu yang memandu dihadapan kereta kami, tiba-tiba berhenti dengan mengejutnya. Rupa-rupa pemandu itu diserang penyakit sawan. Beliau mengigil dan mengigit lidahnya sendiri. Captain dan Hj Shamsudin terus turun kereta dan menolongnya dan meletak sebatang pen pada mulutnya supaya dia tidak mengigit lidah yang berdarah itu. Agak lama juga captain bersama Hj Shamsudin menunggu beliau sehingga sedar diri. Barulah kami terus perjalanan selepas itu.
Daripada hadis Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.
Rawatan jika anak demam panas melampau.

Langkah 1. Sebelum itu bawa anak ke klinik yang berdekatan atau tampal dahulu dengan "coolfever". Jika tidak "jelum" kepalanya dengan tuala yang direndam dengan air. Air itu dimasuk sedikit asam jawa. Jelum sampai hilang panas dikepala.

Langkah 2. Bacakan doa-doa berikut:

1. Al-Fatihah (1x).
2. Ayat Kursi (1x).
3. Doa Demam Panas (3x). Dibaca pada air kosong dan diberi minum.


Maksudnya:

"Dengan nama Allah Yang Maha Besar, aku memohon perlindungan dengan Allah Yang Maha Agung daripada kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api"

Wasallam.

No comments:

YouTube

Loading...