Gantung tak bertali.
Begitulah seksanya dan derita seorang isteri yang ditinggal suami tanpa khabar berita. Pada zahirnya, wanita itu masih bergelar isteri, tetapi secara batinnya dia digantung umpama layang-layang di langit. Jika ada tali yang mengikat layang-layang itu, maka mudahlah ikatan itu diputuskan.
Suami tidak mahu melafaskan cerai, alasannya masih sayang. Tetapi tak balik rumah,tak bagi nafkah zahir bathin, asyik dating dengan girl friend..Bila isteri minta pisah dengan mudah dikatanya isteri DERHAKA. Jenis apa suami ini?
Isteri juga ada nafsu. Bukan barang plastik. Perlu belaian dan kasih sayang seorang suami. Tapi entah kemana suami menghilangkan diri bersama wanita lain. Nak mengadu tak bertempat. Yang kurang iman terjerumus perbuatan zina akibat nafsu yang tak terkawal.. Ada yang murtad kerana berkahwin dengan lelaki bukan Islam. Maka dosa ditanggung oleh suaminya yang durjana yang tak berhati perut. Nauzubillah!
Mereka sesungguhnya lupa dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud:
“Dan peliharalah isteri kamu dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan cara yang baik juga.”
Begitu juga dengan status wanita malang itu, oleh kerana tidak ada ‘tali’ ikatan perkahwinan yang jelas, maka tidak dapat berbuat apa-apalah dia selain merujuk kepada mahkamah.
Alhamdulillah, hukum syarak dan peruntukan undang-undang membolehkan pihak mahkamah mampu ‘melihat’ tali yang tergantung itu. Lalu, para hakim akan menilai fakta kes, syarat kesaksian dan aspek-aspek perundangan yang lain seterusnya ‘memotong’ tali yang mengikat wanita itu.
Dengan kata lain, mahkamah selepas mendengar segala keterangan dan berpuashati dengannya, mempunyai kuasa untuk membubarkan sesebuah perkahwinan yang digantung tak bertali.
Begitulah secebis kisah penderitaan dan penyiksaan yang berlaku dalam masyarakat kita.
Pelbagai punca dikenalpasti menjadi sebab musabab mengapa seseorang isteri diperlukan sedemikian rupa.
Ada lelaki yang sengaja berbuat demikian kerana membalas dendam. Ia mungkin disebabkan oleh kerana isterinya itu sering meminta cerai dan perkahwinan mereka sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Dendam kesumat yang bersarang di dalam hati itulah yang menyebabkan ada sesetengah lelaki enggan melepaskan isteri dengan cara yang baik.
Lelaki berkenaan menggantung status perkahwinannya kerana sengaja tidak mahu isterinya itu dipinang dan berkahwin dengan lelaki lain.
Ada juga lelaki yang kurang ilmu tetapi ingin berpoligami, lalu dibiarkan isteri pertamanya itu terkontang-kanting. Maka, terseksalah isteri pertama dek kerana perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu. Bagi wanita yang dalam dilema seperti ini, adalah menjadi keharusan untuk memohon perceraian dari mahkamah secara taklik atau fasakh.
Anda boleh merujuk kepada sijil perkahwinan yang jelas tertera lafaz taklik itu. Dalam lafaz taklik berkenaan, mana-mana suami yang tidak menjalankan tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin melebihi empat bulan boleh dirujuk kepada mahkamah seterusnya boleh dijadikan asas perceraian taklik. Syaratnya, anda perlu membawa saksi yang dapat mengesahkan perkara tersebut kepada mahkamah Syariah.
Perceraian secara taklik hendaklah mengikut prosedur yang ditetapkan iaitu Seksyen 50 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, yang memperuntukan bagaimana perceraian taklik boleh disahkan oleh Mahkamah Syariah.
Wasallam.
No comments:
Post a Comment