Pelaburan Emas Lebih Menguntungkan Berbanding Pelaburan ASB?
Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.
Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..
Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?
Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?
Renungan Hari Jumaat – Ucapan & Situasi
Sempena Hari Jumaat yang mulia ni, saya nak kongsikan dengan anda satu email yang saya terima dari seorang rakan. ucapan-ucapan mahmudah yang sepatutnya kita amalkan dalam kehidupan seharian. Malangnya, ada antara ucapan-ucapan ini disalah guna oleh orang ramai lantaran terkeliru. Terima kasih kepada pengirim emel dan terima kasih kepada individu yang mengumpulkan maklumat berharga ini.
=============================
1 – Perkataan SUBHANALLAH
Ertinya ialah : ” MAHA SUCILAH ALLAH “
Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib . Contohnya tatkala kita melihat orang yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan .
Tujuan kita mengucapkan “ SUBHANALLAH “ iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : “ Wah ! hebatnya orang itu , tak cedera langsung . Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta’ala “ .
Read the rest of this entry »
Rahsia Pemasaran Super Affiliate – Pemasaran Email
Apa khabar? Saya harap anda sihat di samping keluarga dan orang tersayang. Minggu ini saya agak sibuk membetulkan web-web saya yang diserang virus. Walaupun belum pulih sepenuhnya, harap ia akan elok dalam minggu depan.
Sebelum saya sentuh berkenaan dengan tajuk yang saya nyatakan di atas,saya ada buah tangan untuk anda, iaitu sebuah laporan percuma berkenaan Kuasa Pemasaran Email.
Hari ini saya ingin mendedahkan satu rahsia yang sebenarnya bukan lagi rahsia di kalangan super affiliate. Rahsia tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah melalui pemasaran email.
Bagaimana Nak Buat Duit Percuma Dengan Program Pay per Lead
Lebih seminggu saya tidak membuat sebarang posting terbaru. Maklumla baru sahaja kembali dari bercuti di kampung halaman. Selain pulang ke Kelantan (rumah husband), cuti kali ni kami sekeluarga turut bercuti di Kodiang, Kedah (kampung mak saya) . Percutian kali ni turut disertai oleh mak, ayah dan adik-beradik yang lain.Sempat jugak shopping sikit-sikit di Padang Besaq.
Okla, berbalik kepada tajuk kali ini iaitu tentang program pay per lead. Semakin ramai yang berjaya buat duit percuma dengan program PPL ini. Ini kerana ia begitu mudah.
Apakah sebenarnya program pay per lead atau ringkasnya PPL?
PPL ialah salah satu bentuk program affiliate dimana peserta PPL biasanya akan menerima bayaran hasil daripada leads yang berjaya mereka hasilkan dari link affiliate mereka.
Satu lead dikira untuk setiap pendaftaran yang biasanya melibatkan maklumat sekurang-kurangnya nama dan alamat email. Dan ada juga yang memerlukan lebih banyak maklumat diisi. Hanya borang yang lengkap diisi sahaja akan dikira layak untuk komisen.
Program PPL lebih mudah dipromosikan kerana biasanya produk yang dipromosikan adalah percuma. Anda hanya promosikan link affiliate anda , prospek akan mendaftarkan maklumat mereka untuk mendapatkan produk percuma tersebut.. dan anda akan dapat komisen! Tiada sebarang bayaran dikenakan!
Kebanyakan penganjur program PPL ini mensasarkan untuk mengumpulkan “mailing list” untuk produk yang akan mereka jual . Senarai email ini adalah sangat penting kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pemasaran internet. Jadi, tidak hairanlah kenapa pihak penganjur sanggup mengeluarkan sedikit wang untuk membayar kepada affiliate yang menyertai program PPL mereka.
Sebelum sertai apa jua PPL, anda juga perlu pastikan apakah syarat-syaratnya. Ada program PPL yang dibuka untuk waktu terhad sahaja. Dan ada juga yang menetapkan bayaran minima untuk melayakkan anda menerima komisen. Jadi, baca dan fahami dulu syarat-syaratnya ye!
Okla, mari kita ikuti langkah-langkah yang biasanya diperlukan untuk membuat duit dengan PPL.Terdapat 2 bahagian dalam proses ini.
Proses 1 : Mendapatkan produk percuma.
Langkah 1 – Pergi ke mana-mana laman web PPL yang dipromosikan
Langkah 2 – daftarkan maklumat anda seperti nama dan alamat email
Langkah 3 – Semak email dari penganjur dan klik link pengesahan yang diberikan
Langkah 4 – Anda akan dibawa ke web untuk download produk percuma tersebut .
Langkah 5 – Anda juga akan dimaklumkan tentang kaedah untuk mendaftar sebagai agen PPL.
Proses 2 : Mendaftar program PPL
Langkah 1 – Lawat link affiliate yang diberikan oleh penganjur
Langkah 2 – Daftarkan diri anda dengan mengisi borang yang disediakan
Langkah 3 – Apabila pendaftaran berjaya, anda akan diberikan link affiliate anda sendiri seperti http://www.janaduitonline.com/panduanppl/index.php?ref=wati77
Langkah 4 – Promosikan laman web anda kepada orang ramai. Biasanya anda akan dibekalkan dengan pelbagai tools untuk promosi seperti banner dan artikel yang boleh anda gunakan.
Terdapat pelbagai cara untuk mempromosikan produk PPL, antaranya ini melalui forum, blog atau apa jua cara pengiklanan yang anda rasakan berbaloi dan berkesan.
Semoga berjaya!
20 Gambar di Pejabat Google
Google adalah satu jenama yang sangat terkenal di dunia internet. Hari ni saya nak kongsikan dengan anda gambar-gambar suasana pejabat Google itu sendiri. Oleh sebab ia syarikat yang menjana pendapatan berbillion dollar setahun, pastinya pejabat dia sangat besar, menarik dan mungkin membuatkan pekerjanya tak nak balik ke rumah!
Kenapa saya cakap macam tu, jom kita layan gambar-gambar kat bawah ni. Adakah ia sebuah pejabat, rumah , clubhouse, foodcourt, gym atau apa ye ?
Ada banyak lagi sebenarnya gambar-gambar pejabat google macam ni. Anda boleh jengukdisini dan disini .
No comments:
Post a Comment