Thursday, February 9, 2012

Senarai Program pay per lead di Malaysia

Senarai Program pay per lead di Malaysia

Fuh!! pejam celik dah lebih 1 bulan saya tak update blog ni. Sebenarnya ada banyak idea nak di postkan, tetapi masa sangat cemburu pada saya. Baru je syok nak start menaip, ada pulak gangguan lain.

Makin hari saya tengok semakin banyak ebook bahasa Melayu yang dilancarkan oleh IM Malaysia. Tahniah sebab ini menunjukkan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia yang menceburi bidang perniagaan internet ni. Ada yang berikan ebook secara percuma, dan ada juga ebook berbayar. Tak kisahla apa pun, asalkan ia bermanfaat kepada kita, tak salah untuk download.

Dan sekarang ni, trend program pay per lead (PPL) semakin menjadi-jadi. Saya pernah tulisartikel tentang PPL disini. Bulan ramadhan ni rasanya ada 3 ebook yang diedarkan secara percuma dan turut memberikan peluang buat duit kepada subscriber mereka. Kali ni saya akan berikan senarai program pay per lead yang boleh anda sertai buat masa sekarang. Saya akan cuba update post ini dari masa ke semasa.

Nama ebookInfo produk
cover_panduanpplNama Produk : Panduan Percuma Buat Duit Dengan Program Pay Per Lead
Ringkasan : Ebook ini memberikan maklumat tentang bagaimana anda boleh buat duit dengan program pay per lead iaitu anda akan dapat buat duit percuma dengan hanya mengedarkan produk percuma.
Komisen : 0.30/lead
Syarat bayaran : Minima RM15 = 50 lead
Tempoh penyertaan : terbuka hingga diberitahu kelak
Penyertaan : Terbuka pada semua
KLIK DISINI untuk maklumat lanjut
cover-h1n1Nama Produk : Informasi Padat H1N1
Ringkasan : Ebook ini memberikan pelbagai maklumat tentang penyakit H1N1 atau selsema babi. Turut disediakan beberapa kisah tentang konspirasi dan petua menhindarkan penyakit berjangkit yang bahaya ini.
Komisen : 0.20/lead
Syarat bayaran : Minima RM10 = 50 lead
Tempoh penyertaan : 25 Ogos 2009 – 27 September 2009
Penyertaan : Terbuka pada semua
KLIK DISINI untuk maklumat lanjut
cover_pelanbisnesNama Produk : Contoh Rancangan Perniagaan Malaysia – Membongkar Rahsia Mencipta Pelan Bisnes
Ringkasan : Ebook ini memberikan maklumat tentang cara menyediakan pelan perniagaan . Terdapat 20 pelan bisnesyang disediakan , antaranya ialah bisnes cendawan, bisnes puyuh, bisnes salon, bisnes percetakan, bisnes penternakan kambing, bisnes kedai dobi, bisnes makanan ringan, bisnes penternakan keli, bisnes restoren, dan lain-lain.
Komisen : 0.25/lead
Syarat bayaran : Minima RM10 = 40 lead
Tempoh penyertaan : terbuka hingga diberitahu kelak
Penyertaan : Terbuka pada semua
KLIK DISINI untuk maklumat lanjut
cover-ceritaimNama Produk : Cerita IM
Ringkasan : Ebook ini memberikan pelbagai kisah suka duka mereka yang terlibat didalam perniagaan internet di Malaysia.
Komisen : 0.25/lead
Syarat bayaran : Minima RM15 = 60 lead
Tempoh penyertaan : 4 September 2009 sehingga 04 Oktober 2009!
Penyertaan : Terbuka pada semua
KLIK DISINI untuk maklumat lanjut








Tags :

Komputer Rosak ? Berhati-hati bila menghantar komputer untuk dibaiki

komputer rosak

Komputer anda rosak? Saya harap anda dapat baca artikel dibawah ini sebelum menghantar komputer anda yang rosak tu ke mana-mana kedai untuk dibaiki. Ia mungkin akan menjadi satu mimpi ngeri selepas ini. Dibawah ialah petikan dari artikel tersebut. Kalau ada sebarang pendapat, jangan lupa tinggalkan komen ye. Semoga artikel ni bermanfaat untuk anda .

Penipuan Jurutera Komputer

Dunia memang penipuan, ada penipuan yang dapat kita jangkakan, ada pula penipuan yang tidak dijangkakan. Berita yang disiarkan oleh five tv UK semalam, menarik saya untuk mencoretkan sedikit nasihat kepada pembaca berkenaan penipuan serius yang dilakukan oleh kedai-kedai baiki komputer. Laporan dan kajian yang dilakukan adalah di beberapa buah kedai di London, tetapi saya yakin ia mungkin sahaja berlaku di tempat lain khususnya Malaysia.

Menurut laporan itu, pihak penyiasatan sengaja merosakkan sedikit komputer mereka dengan melonggarkan internal cip memori (amat muda untuk dibaiki). Kemudian, menyerahkannya ke beberapa buah kedai komputer untuk proses baikpulih.


Read the rest of this entry »

Tags : , , , ,

Bank Negara Malaysia siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd pulak?

asiaceramicdiserbubnm

Ramai yang terkejut apabila mendengar berita bahawa BNM telah menyiasat syarikat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd yang lebih dikenali dengan program Ceramic Club.

Jika sebelum ni, pihak BNM telah menyiasat beberapa syarikat seperti Eastana Farm, Noradz, Jazmeen dan BuluhMas. Dengar cerita kes tersebut masih belum lagi selesai. Tak dapat nak dipastikan pula apa akan terjadi kepada Ceramic Club selepas ini. Jika anda ada sebarang pendapat, sila nyatakan di ruangan komen ye.

Berikut saya ambil petikan akhbar dari harian Metro


Read the rest of this entry »

Tags : , , , , , , , , ,

Video Cara Buat Blog di Blogspot – langkah demi langkah

cara buat blog di blogspot

Sekarang ni semua orang pasti mempunyai blog. Hatta budak sekolah sekarang ni pun dah ada blog. Sebenarnya sangat mudah cara nak buat blog di blogspot ni. Anda cuma perlukan akaun gmail. Semasa meronda-ronda di youtube, saya terjumpa satu video yang berkualiti untuk dijadikan panduan dalam usaha anda untuk membuat blog di blogspot.

Dengan menonton video ni, memang mudah untuk anda belajar cara membuat blog di blogspot ni. Tak kisah la blog anda itu nak digunakan untuk buat duit di internet ataupun sekadar blog peribadi untuk kegembiraan diri sendiri. Apa yang penting, anda kena tahu dulu cara nak buat blog. Tak sampai 5 minit pun, anda akan ada blog anda sendiri di blogspot.


Read the rest of this entry »

Tags : , , , , , ,, , , , ,, ,

No comments:

YouTube

Loading...