Thursday, February 9, 2012

Payment dari Lemonadehere

Payment dari Lemonadehere

Pagi tadi bukak email, terkejut sebab dapat satu email yang tak disangka-sangka. Mungkin anda pernah terbaca tentang offer Pay-per-lead dari Lemonadehere dimana kita hanya perlu mempromosikan report bertajuk “The Traffic Tips Reports”: 247Ways To Get Traffic To Your Website

Hari ni saya dah dapat payment dari Justin seperti yang dijanjikan. Takdela banyak sangat tapi saya tetap bersyukur dengan duit percuma ni.

Dari masa ke semasa saya akan kongsikan peluang seperti ini, jangan lupa subscribe eNewsletter ni ye.

Diserang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

Dah lama tak update blog ni sejak bercuti sempena hari raya hari tu. Sepanjang bercuti tak dapat nak akses internet sangat. Biasala, kat kampung banyak aktiviti nak dibuat. Tapi income tetap masyuk walaupun bercuti. Itulah kelebihan buat bisnes MLM – walaupun kita bercuti, pendapatan tak pernah putus. Sebenarnya ada banyak yang saya nak ceritakan cuma tak sempat.

Balik dari cuti beraya, Adib – anak saya yang kecik sekali pula diserang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Pada hari kami pulang ke KL dia demam panas. Nasib baik tak meragam sangat masa dalam perjalanan. Esoknya kami bawa dia ke klinik sebab ingatkan dia kena chicken pox, tapi bila bawa ke klinik doktor kata HFMD. Terkejut beruk besar saya. Sebab banyak cerita tentang penyakit ni di suratkhabar. Risau jugak kalau-kalau kena masuk wad.

Penyakit ni mudah berjangkit dan biasanya akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Doktor cuma bagi ubat demam je. Jadi kena kuarantin kat rumah je la. Nanti berjangkit pulak kat anak orang lain. Tapi doktor kata, tak perlu risau sebab ia tak merbahaya sangat, kecuali kalau ada berlaku komplikasi seperti sawan, anak tak mahu makan dan lain-lain yang kita rasa membimbangkan, kena la bawa ke hospital.

Since ia mudah berjangkit pada kanak-kanak bawah 10 tahun, doktor pesan bahawa ia mungkin akan berjangkit pada abang dan kakaknya. Dan memang betul, 3 hari selepas tu, aisyah dan adam pulak demam dan menunjukkan simptom yang sama. Tapi alhamdulillah sebab aisyah tak banyak sangat keluar rashes dan adam pun langsung tak keluar apa-apa ruam. Jadi, aisyah saya bagi dia “cuti sakit” dan tak perlu ke tadika untuk 1 minggu.

Banyak perancangan untuk bisnes terpaksa ditangguhkan dulu sebab bila anak-anak sakit ni, memang banyakkerenahnya. Yela, kalau kerja pejabat pun biasanya saya akan ambik cuti. Inikan pulak bekerja sendiri di rumah. Takde siapa nak larang kan?

Okla, cukup dulu untuk hari ni. Doakan anak-anak saya akan sihat kembali. Dan kalau anda ada anak-anak kecik, berhati-hati la ye. Sebab dari beberapa orang rakan yang saya tanya, anak mereka pun kena serang penyakit tangan, kaki dan mulut. Mungkin sekarang ni musim dia kot.

Kat sini saya nak share beberapa laman web yang ada ceritakan tentang Penyakit Tangan Kaki dan Mulut ni.

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut – Kementerian Kesihatan
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut – HUKM
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut – Dr.Azwan
Hand, Foot and Mouth Disease – Sarawak Health

Tags : ,

Bank Negara Serbu Buluhmas, Jazmeen, Noradz dan Eastana Farm

Balik dari cuti beraya,rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu berita berkaitan perniagaan internet yang tak begitu sedap didengar , apa lagi kalau bukan pasal skim cepat kaya. Sebetulnya, antara keempat-empat syarikat yang diserbu tu, saya cuma pernah dengar nama BuluhMas je. Ada juga buat survey tentang apa yang ditawarkan. Tapi belum terbuka hati nak join sebab masih belum faham betul-betul apa yang ditawarkan.

Saya tak nak komen lebih-lebih pasal ni sebab ia masih didalam siasatan. Kita tunggu je la keputusannya nanti ye. Bagi saya setiap pelaburan ada risiko yang perlu ditanggung. dan labur wang yang “anda sanggup hilang”. Kalau anda ada RM10,000 dalam ASB, janganla dikeluarkan semuanya hanya kerana dijanjikan pulangan berlipat kali ganda dalam masa singkat. Jangan sampai bergolok bergadai untuk melabur tapi kalau “terkena” anda terpaksa menanggung hutang keliling pinggang.

Okla, dah ramai yang ulas pasal benda ni, tiap orang ada pendapat sendiri. Jom baca keratan akhbar ni (in case anda tak baca lagi)

Ni petikan dari Utusan Malaysia 14/10/08.

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.

“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.

Tags : , , , ,

Pantun Lawak Hari Raya

Hari ini saya pasti ramai yang sudah dalam mood nak berhari raya dan dalam persiapan akhir untuk balik kampung. Tahun ni saya akan berhari raya di Pahang. Semoga anda akan selamat sampai ke destinasi. Saya juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Di bawah ni ada satu pantun hari raya lawak lagi lucu yang saya jumpa kat Forum CariGold

Pantun Hari Raya – Loghat Negeri-negeri di Malaysia
Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor
Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor/K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Sorry la Sabah n Sarawak
jauh nak kena naik belon baru boleh buat Pantun…

p/s : Apa kata try idea untuk Buat Duit Raya ni. Kalau tak sempat tahun ni, boleh digunakan untuk raya tahun depan

Tags : , , , , , , ,,

Utamakan Keselamatan Semasa Balik Kampung

Utamakan Keselamatan Semasa Balik Kampung
Oleh Mohamad Bakri Idrus

MELAKA, 23 Sept (Bernama) — Bagi anak perantau, pelajar atau pekerja, lambaian desa kian meruntun perasaan untuk pulang bertemu ayah, ibu dan sanak saudara di penghujung Ramadan ini, menjelang Aidilfitri. Bagi mereka yang mempunyai kenderaan sendiri, minggu ini adalah yang terbaik untuk ke bengkel servis kenderaan, nasihat seorang penyampai radio melalui rancangan paginya, bagi memastikan kenderaan yang akan dipandu nanti dalam keadaan baik dan selesa, selain itu eloklah dirancang perjalanan bagi mengelakkan keadaan tergesa-gesa dan mengelakkan kesesakan di jalan raya.

Kira-kira 1.4 juta kenderaan dijangka berada di atas jalan raya sehari sebelum cuti Raya iaitu peningkatan dua kali ganda berbanding kepadatan trafik 700,000 hingga 800,000 kenderaan sehari pada hari biasa.

Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat dilaporkan berkata peningkatan berganda kenderaan yang menyebabkan jalan padat dan sesak akan mengundang pelbagai kerenah, sikap dan masalah pemandu, yang boleh membawa risiko kemalangan jalan raya.

PENGANGKUTAN AWAM

Mereka yang memilih pengangkutan awam seperti bas dan kereta api, tentunya awal-awal lagi telah membeli tiket. Ramai juga yang suka membeli di saat-saat akhir dan bersesak di kaunter tiket.

Yang masih tidak mahu berputih mata akan termakan umpan “ulat tiket” yang berkeliaran mencari mangsa dengan jualan tiket lebih mahal, dan jika nasib tidak baik wang lesap, bas tidak datang.

Kerajaan telah membenarkan syarikat bas ekspres mengambil bas tambahan bagi mengelakkan orang ramai kempunan untuk balik kampung.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) menyediakan 2,000 permit bas tambahan untuk dipohon syarikat bas di seluruh negara menjelang musim perayaan ini.

Antara syarat kelulusan permit bas tambahan itu ialah usia bas sekolah perlu bawah 12 tahun untuk perjalanan tidak melebihi 300 km sehala. Bas itu juga tidak mempunyai lebih 10 saman trafik atau saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dilaporkan menyediakan sebanyak 50,984 keping tiket untuk pelbagai kelas bagi semua sektor perjalanan merangkumi Utara, Pantai Timur dan Selatan bermula 24 hingga 30 Sept ini.

GHAIRAH UNTUK BALIK KAMPUNG

Dalam keghairahan orang ramai pulang ke kampung, faktor penting yang perlu diambil berat ialah keselamatan di jalan raya supaya perjalanan selamat dan keluarga tersayang di kampung tidak menanti dalam tangisan.

Selain media massa, pelbagai pihak lain tampil dengan bermacam-macam kempen kesedaran mengenai keselamatan jalan raya kepada pengguna.

Semuanya dengan matlamat sama iaitu untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya.

Di sepanjang jalan raya dan lebuh raya, kelihatan pelbagai peringatan dan nasihat diletakkan pada papan tanda untuk pemandu — “Jangan Biarkan Keluarga Anda Menanti Dalam Tangisan” “Pandu Cermat Jiwa Selamat” “Patuhi Had Laju” “Bersopan Di Jalan Raya” “Kawasan Perangkap Had Laju” dan lain-lain.

Realitinya, ramai yang tidak menghiraukan nasihat dan amaran pada papan tanda berkenaan dan ada sesetengah pemandu menjadi samseng jalan raya semata-mata untuk cepat sampai ke kampung.

Daripada gaya samseng mereka hanya akan tiba-tiba bertukar menjadi pemandu berdisiplin dan berhemah apabila melihat anggota polis trafik.

SAMAN MAKSIMUM

Tidak cukup dengan nasihat, amaran saman maksimum RM300 menanti pemandu yang melakukan enam kesalahan trafik serius sepanjang 15 hari Ops Sikap Ke-17 Aidilfitri.

Enam kesalahan yang dikategorikan serius itu ialah memandu melebihi had laju, terbabit dalam kemalangan jalan raya, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan.

Polis berharap Ops Sikap itu, yang menggunakan pendekatan penguatkuasaan kreatif, termasuk menumpukan kepada memberi nasihat, mampu mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya sepanjang cuti Aidilfitri. Hari Raya mengikut perkiraan jatuh pada 1 Okt.

Pendekatan baru Ops Sikap Ke-17 yang bakal bermula esok hingga 8 Okt dan membabitkan 5,000 anggota trafik, diharap mengubah sikap orang ramai mengutamakan keselamatan dan sayangkan nyawa dan keluarga ketika di jalan raya.

Pendekatan itu juga akan mengenal pasti lebih banyak kawasan kemalangan dan memberi tumpuan meningkatkan pengawasan di kawasan terbabit.

Jangan sesekali memandu dalam keadaan mengantuk. Berhenti dan berehatlah di tempat sesuai dan selamat. Bagi pengguna Lebuh raya Utara-Selatan (Plus), mereka disediakan pelbagai kemudahan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) seperti medan selera, surau dan tandas.

Pihak berkuasa juga melarang kenderaan berat berada di jalan raya antara 27 Sept hingga 28 Sept dan antara 4 Okt hingga 5 Okt ini, bagi melancarkan pergerakan lalu lintas dan mengatasi masalah kesesakan jalan raya ,sebelum dan selepas sambutan Aidilfitri.

Kenderaan berat yang dikenakan sekatan termasuk lori balak, lori pengangkut bahan binaan, lori pembancuh simen dan jentera berat seperti kren.

Bagaimanapun larangan itu tidak melibatkan lori yang membawa bahan bakar, bekalan perubatan dan industri serta lori membawa barang keperluan harian.

TIPS UNTUK PENUNGGANG DAN PEMBONCENG MOTOSIKAL

Setiap kali musim perayaan, penunggang dan pembonceng motosikal adalah pengguna jalan raya yang paling berisiko mendapat kemalangan iaitu 30 kali ganda berbanding bas dan 17 kali ganda berbanding kereta.

Oleh itu, seboleh-bolehnya pemilik motosikal dinasihati menaiki kenderaan alternatif semasa balik kampung musim cuti ini.

Jika terpaksa juga menaiki motosikal, berikut beberapa tip yang diberikan seorang pegawai Majlis Keselamatan Jalan Raya, sebagai panduan mengelakkan nahas jalan raya dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal:

* Pastikan motosikal dan individu berada dalam keadaan baik dan segar serta tahap kesihatan yang bagus.

* Pastikan mereka dapat dilihat oleh pemandu lain. Ini boleh dilakukan dengan memakai pakaian cerah, vest pantul cahaya dan lampu depan belakang dipasang pada waktu siang dan malam.

Kaedah ini amat berguna kerana ia boleh meningkatkan kadar kebolehlihatan sehingga mencapai 200 peratus dari segi jarak jauh dan pantulan.

* Pakai topi keledar yang dipasang dengan betul dan disahkan piawaiannya atau memakai topi yang lebih selamat seperti topi keledar bertutup penuh, jaket kulit, kasut dan pakaian kalis cedera.

Pandu Cermat Jiwa Selamat. Anda Mampu Mengubahnya.

SELAMAT HARI RAYA

– BERNAMA

No comments:

YouTube

Loading...