Thursday, February 9, 2012

Laporan Percuma oleh Lemonadehere

Laporan Percuma oleh Lemonadehere

Hari ni saya nak kongsikan dengan anda satu lagi peluang buat duit percuma berbentuk pay-per-lead.

Tajuk laporan ini adalah “The Traffic Tips Reports”: 247Ways To Get Traffic To Your Website . Laporan ini bertujuan untuk yang membantu anda mengenal apa itu trafik dan mengetahui tip-tip untuk mendapatkan trafik untuk laman web dan blog anda.

Cara hendak buat duit dari program affiliate ini ialah;

1. Daftar program Lemonadehere disini
2. Confirmkan link anda di email dan download report tersebut.
3. Daftar program affiliate lemonadehere ini.
4. Dapatkan code referrals link atau banner.
5. Promosi di blog, forum atau dimana saja yang difikirkan sesuai
6. Bayaran akan dibuat ke akaun Paypal.

Promosi ini bermula pada 16 September dan akan tamat pada hujung bulan ini iaitu 30 September 2008.

Antara kelebihan program ini ialah

1. Untuk setiap referral, anda akan dibayar sebanyak 1 dollar (=RM3.40)
2. Jika ada referrals anda beli product mereka, anda akan
dapat 50% komisen.

Jika anda berminat, bolehla daftar sekarang di http://asmawati.com/syorkan/traficreport/

Free Traffic Tips Report - CLICK HERE!

Tags : ,

Download Majalah IM Edisi ke-7 sekarang

Pertamanya saya ucapkan Tahniah kepada Team Flarebiz diatas kejayaan menerbitkanMajalah IM ke-7 . Walaupun agak terlewat dari biasa, tetapi isi kanduangan yang mantap tetap diutamakan. Majalah kali ini agak tebal iaitu dengan 51 mukasurat berbanding Majalah IM edisi ke-6 yang mempunyai 43 mukasurat.

Tapi bukan itu yang menjadi ukuran. Sebenarnya info yang terdapat didalam Majalah IM semakin mantap bagi setiap keluaran. Kalau bab grafik memang tak dinafikan sangat cantik. Bagi saya mereka yang terlibat memang benar-benar serius untuk memberikan lebih banyak ilmu buat seluruh rakyat Malaysia yang berminat dengan perniagaan internet ini.

Ini adalah isi kanduangan majalah IM kali ini;

Kata Editor
Transkrip Temubual Alang : Nabieel
Kartun : Dell The Im Wannabe – Ubi
Fokus Bulan Ini :
Cabaran Dan Rintangan Perniagaan Produk Fizikal Di Internet
- Adly @ Labanon
- Zamri Nanyan
- Noorizam Shah
Jenis-jenis Direktori – Alang
Mindset Yang Betul Untuk Menarik Kekayaan – Amar Mahmood
Soal Jawab Im – Amirol Zolkifli
Internet Millionaires Bootcamp – Catzer
Yes!, Internet Marketers Can Travel… Kak G
Bagaimana Untuk Mengelakkandari Terpedaya Dengan Perkhidmatan Sms – Irwan Dahnil
Viral List Building Series : Your Viral Offer – Kidino
Hijrah Kejayaan – Smartzul
Membiayai Impian Dengan Duit Gaji – Shamsuddin Kadir
Pengenalan Kepada Google Adsense : Bahagian Ke 2 – Syed Ikhwan
Tutorial Minisite : Bahagian Ke 2 – Mdpai
Bisnes Mail Order Menggunakan Internet – Zamri nanyan

Yang paling saya suka ialah sesi soaljawab IM kelolaan Amirol Zulkifli. Soalan kali ini adalah;

Saya berminat untuk menjana wang di Internet. Jadi, bolehkah saya tahu apakah cara terpantas untuk saya mula menjana pendapatan di Internet?
Saya tak ada kemahiran membina laman web dan juga tak tau nak jual apa… Apakah keperluan dan konsep yang perlu saya ada?

Nak tahu apa jawapannya? Download Majalah IM edisi ke-7 sekarang juga. Kalau anda terlepas edisi-edisi sebelum ini, boleh dapatkannya disini.

Tags :

Keperluan Membina Laman Web Mini (minisite) untuk perniagaan internet

Apa itu laman web mini (minisite) ?

Laman web mini atau minisite merupakan sebuah laman web yang mempunyai 1 atau 2 mukasurat sahaja yang menumpukan kepada SATU tujuan sahaja seperti

1. Untuk mendapat jualan , ATAU
2. Untuk mendapatkan sign-up bagi newsletter anda, ATAU
3. Untuk mendapatkan kepada sesebuah program affiliate, ATAU
4. Untuk mendapatkan klik kepada iklan Google Adsense, ATAU
5. Apa jua yang sesuai.

Apakah kepentingan membina sebuah laman web mini untuk perniagaan internet anda?

Apa yang paling penting didalam sesebuah minisite adalah untuk mendapat tindakbalas/respon yang paling anda ingini. Secara ringkas ia bermakna,

1. Anda tidak boleh membuat rekabentuk laman web yang rumit
2. Elakkan terlalu banyak grafik , kerana ia akan melambatkan proses paparan seluruh laman web
3. Elakkan animasi atau lain-lain plug-in kerana ia akan mengelirukan pelawat
4. Elakkan gangguan yang tidak penting
5. Elakkan isi kandungan yang tidak penting
6. Elakkan hype atau sebarang bentuk seumpamanya.

Anda hanya perlu pastikan bahawa pelawat memberikan respon seperti yang anda kehendaki. Ia boleh jadi satu klik kepada borang tempahan dimana maklumat kaedah pembayaran disediakan. Ataupun pelawat mengisi borang opt-in untuk melanggan newsletter dan seterusnya membolehkan anda membuat follow-up dimasa depan.

Pastikan laman web tersebut membuat satu perkara pada satu masa. Jika terlalu banyak perkara yang perlu dibuat dalam satu-satu masa, ia mungkin mengelirukan pelawat dan mungkin mereka akan tutup sahaja laman web. Secara tak langsung ia mengurangkan keuntungan perniagaan internet anda.

Susah ke nak bina minisite ini? Sebenarnya takde la susah sangat hendak membina laman web minisite ni walaupun anda tak mempunyai latarbelakang IT atau kemahiran rekabentuk grafik. Tambahan pula sekarang ni Catzer dah keluarkan “Pakej Eksklusif Tutorial Bervideo Panduan Minisite”. Ini adalah panduan eksklusif yang merangkumi video tutorial lengkap berkaitan pembinaan laman web minisite untuk tujuan pemasaran anda!

Dalam video tutorial ini, anda akan diajar langkah demi langkah bagaimana untuk membina laman web minisite anda menggunakan perisian HTML Editor Popular dan Percuma dan menjadikan laman web anda umpama sebuah laman web yang professional!

Kini tiada lagi alasan yang dapat anda berikan untuk tidak mampu membina laman web pemasaran menggunakan tangan anda sendiri. Dapatkan segera panduan minisite ini pada hari ini juga dan pelajari segera pembinaan laman web pemasaran yang diperlukan.

Tags : ,

Akhirnya saya dah buat keputusan

Memang susah betul memikirkan tentang tema blog ini. Sejak ia dilancarkan, dah beberapa kali saya asyik bertukar-tukar tagline dan objektif. Akhirnya kali ni saya rasa keputusan saya adalah yang terbaik.

Blog ini akan saya tulis dalam dwi-bahasa – Bahasa Melayu dan English. Ia bukan sahaja akan memberikan saya lebih banyak idea, juga lebih banyak kebebasan dan penulisan. Saya juga takkan terikat dengan topik “buat duit”. Tapi ia akan menjadi salah satu topik yang akan selalu saya tuliskan.

Rasanya proses berubah-ubah tema blog bukanlah sesuatu yang menjadi kesalahan. Saya ada terbaca kisah Carlo Cab – seorang remaja Filipina yang mula membuat duit di internet sejak berusia 13 tahun bagaimana dia asyik bertukar tema untuk blog beliau sebelum berjumpa topikapa yang sesuai dengan jiwanya.

Jadi, saya kira keputusan ini adalah yang terbaik. Doakan saya berjaya ye!

No comments:

YouTube

Loading...