Thursday, February 9, 2012

65

65+ Web Iklan Percuma untuk Promosi Produk Anda

Adakah anda tercari-cari laman web untuk membuat iklan percuma yang membolehkan anda membuat promosi secara percuma. Sebetulnya ada banyak laman web yang menawarkan perkhidmatan iklan free ini. Saya telah membuat sedikit kajian dan carian dan telah menjumpai lebih 30 laman web iklan percuma yang boleh anda gunakan sebagai medan promosi laman web/blog anda.

iklan-percumaDengan kerajinan dan fokus yang tinggi, tak mustahil anda akan berjaya mendapatkan ramai pelawat ke laman web anda. Anda boleh buat jadual – promosikan url ke 10 web iklan setiap hari.

Setiap laman web biasanya memerlukan anda mendaftar terlebih dahulu. Saya galakkan anda cipta satu email yang dikhaskan untuk mendaftar di laman web promosi percuma ini. Ini juga boleh mengelakkan daripada email peribadi anda menjadi mangsa spam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Okla, tanpa membuang masa, jom kita lihat senarai laman web iklan percuma berikut .


Read the rest of this entry »

Tags : , , , , , , , , ,

Gaji wajib dizakat sebagai zakat pendapatan

Beberapa tahun dahulu saya ada bertanya seorang rakan. Sebab saya nak tahu macam mana dia kira zakat pendapatan yang diperolehi dan bagaimana pembayaran dibuat. Ini kerana saya baru sahaja mula bekerja. Perbualan ni terjadi dalam bulan Ramadhan dan dialongnya ringkas je.

zakat-pendapatanSaya : Engkau dah bayar zakat ?

Rakan : Dah, suami aku dah bayar dah.

Saya : Bukan zakat tu, yang tu zakat fitrah. Ni zakat pendapatan. Dah bayar ke?

Rakan : Eh! kena bayar ke?

Saya: Memang la kena bayar. Engkau tak tahu ke?

Rupa-rupanya rakan saya tak tahu yang dia perlu bayar zakat pendapatan. Sedangkan saya kira dia layak untuk membayar atas gajinya yang agak tinggi dan masih tiada anak. Dan baru-baru ni terjumpa satu artikel yang menyentuh tentang situasi ini. Diharap ia akan dapat memberikan manfaat kepada kita semua.


Read the rest of this entry »

Tags : , , , , ,,

5 Rahsia Untuk Buat Duit Yang Banyak dengan Affiliate

Berita baik untuk anda sebagai affiliate adalah, seorang affiliate pasti boleh buat duit dengan affiliate. Berita buruk untuk anda sebagai affiliate pula adalah, seorang affiliate sangat sukar untuk menjana ribuan ringgit menerusi program affiliate. Semua orang tahu bagaimana hendak jadi jutawan, tetapi tidak semua orang berani menjadi jutawan.

Pening ke tengok ayat diatas? Maksudnya mudah je, kita memang boleh buat duit dengan affiliate ni, tapi agak sukar kalau nak jadi super affiliate yang pendapatanya ribuat ringgit secara konsisten.

button-buatduitdenganaffiliate

Sebagai seorang affiliate, anda tidak boleh berputus asa kerana untuk menjadi seorang super affiliate anda perlu bekerja keras dan tiada jalan singkat untuk memperolehnya. Untuk membantu anda merancang strategi menjadi seorang super affiliate, disini saya nak kongsikan lima rahsia untuk meningkatkan pendapatan affiliate dalam masa yang singkat.


Read the rest of this entry »

Tags : , , ,

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

Bersempena dengan hari jumaat yang mulia ini, saya nak kongsikan dengan anda fadhilat atau kelebihan Surah Al-Ikhlas. Oleh sebab surah ini sangat pendek, jadi tak susah kalau nak mintak kanak-kanak untuk menghafalnya. Saya ada buat sedikit carian di google tentang kelebihan surah al-Ikhlas ni. Saya kongsikan dibawah ni ye. Harap ia akan memberikan manfaat kepada kita semua.

surah alikhlas

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.


Read the rest of this entry »

Tags : , , , , ,

Senarai Program Affiliate Malaysia 2011

affiliate malaysia

affiliate malaysia

Hari ini semakin banyak program affiliate yang boleh disertai oleh rakyat Malaysia. Ini kerana, ia merupakan salah satu kaedah pemasaran yang berkesan untuk mempromosikan sesuatu produk.

Peserta affiliate akan menerima komisen berdasarkan jualan/klik atau lead yang mereka hasilkan. Jadi, penganjur affiliate hanya perlu tumpukan kepada produk dan servis kepada pelanggan. Dengan kaedah ini, semua pihak akan berada dalam situasi menang-menang. Peserta dapat untung berbentuk komisen dari setiap jualan yang dibuat manakala pengajur dapat untung dari jualan.

Tak mustahil affiliate boleh dapat income 4-5 angka setiap bulan dengan mudah sekali. Kenapa saya katakan begitu? Sebabnya ialah, dengan menyertai program affiliate;

No comments:

YouTube

Loading...