Thursday, February 9, 2012

pembayaran

pembayaran

Cek Clickbank Pertamaku

Alhamdulillah, semalam cek Clickbank pertama yang sangat dinantikan dah tiba. Berapa jumlahnya ? $487.72 . Banyak ke? Bagi saya nilai ni sangat banyak. Maklumla, orang tak pernah dapat income sebanyak ni. Post kali ni sebagai penguat semangat saya untuk terus berusaha dan tidak mudah putus asa. Dulu jealous tengok cek orang dapat beratus-ratus, malah beribu dollar, alhamdulillah kali ni giliran saya pulak.

Terkejut jugak sebab rasa macam cepat je cek ni sampai . Cek tu dihantar pada 24 Disember 2008 dan sampai ke rumah saya pada 5 Januari 2009 . Maknanya Clickbank cuma ambil masa 12 hari je untuk sampai. Saya target cek ni akan sampai dalam 15haribulan.

Cek ni adalah hasil dari projek Youtube yang saya ada saya ceritakan pada posting yang lepas. Cek ini dah pun saya bank in kan ke akaun CIMB saya. Pegawai tu kata, paling lewat ambik masa 45 hari untuk clear. Kita tunggu je lah ye

Tags : ,

Saya antara Top Affiliate untuk PPL Teknik Video Marketing

Alhamdulillah. Tak sangka saya mendapat tempat ke-4 bagi cabaran top affiliate bagi programPay-Per-Lead ” Teknik Video Marketing” yang dijalankan oleh pihak AspirasiCyber. Walaupun tak sebanyak pemenang yang lain, tapi macam biasa, kita perlu bersyukur dengan apa jua rezeki yang dapat kan? Alhamdulillah. Tempat pertama dimenangi oleh Otai IM Malaysia – Zamri Nanyan

Setiap hari dunia perniagaan internet kat Malaysia semakin meriah. Makin ramai yang sanggup mengeluarkan modal untuk membuat program pay-per-lead seperti ini. Dan saya kira ia adalah satu perkembangan yang positif. Selain dapat memberi peluang lebih ramai rakyat Malaysia buat duit percuma, mereka juga dapat ilmu percuma.

Syabas untuk mereka semua!

Tags :

Payment dari Lemonadehere

Pagi tadi bukak email, terkejut sebab dapat satu email yang tak disangka-sangka. Mungkin anda pernah terbaca tentang offer Pay-per-lead dari Lemonadehere dimana kita hanya perlu mempromosikan report bertajuk “The Traffic Tips Reports”: 247Ways To Get Traffic To Your Website

Hari ni saya dah dapat payment dari Justin seperti yang dijanjikan. Takdela banyak sangat tapi saya tetap bersyukur dengan duit percuma ni.

Dari masa ke semasa saya akan kongsikan peluang seperti ini, jangan lupa subscribe eNewsletter ni ye.

Dah Dapat Duit Free dari Im-Myth

Hari ni saya ada satu berita gembira. Akhirnya hari ni clear jugak bayaran untuk Laporan IM Myth yang dijalankan oleh Russel Brunson pada bulan lepas. Takde la sebanyak yang orang lain seperti shuth dapat. Cuma USD25.50 je. Alhamdulillah.

Bolehla jugak untuk bayar renewal fees domain name saya MyPrepaidSMS.com danMyTeam700.c0m yang bakal tamat bulan Disember ni.

im-myth1.JPG<– klik untuk imej besar

Memang banyak sebenarnya peluang macam ni. Sebelum ni saya pernah dapat bayaran untuk edaran report percuma The Science of Getting Rich. Tapi program macam paid email, tu saya tak minat nak join atau promosikan. Buang masa je.

Oh! Sebelum saya terlupa. Masa saya buat promosi hari tu, ada yang berminat tapi tak da akaun paypal. Buat yang masih belum ada paypal, daftarlah segera sebab banyak manfaatnya.Tak tau macam mana nak daftar akaun paypal? Cuba baca dan ikut panduan mendaftar paypal yang saya smartusaha tulis ni.

Dari masa ke semasa akan ada pengumuman untuk program buat duit percuma macam ni. Kalau takde paypal, anda mungkin akan terlepas lagi.

Salam sukses!

No comments:

YouTube

Loading...