Thursday, February 9, 2012

Kerja Dari Rumah. Satu ‘Terapi’ Bagi Stres Di Tempat Kerja?

Kerja Dari Rumah. Satu ‘Terapi’ Bagi Stres Di Tempat Kerja?

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Adakah bekerja dari rumah mendatangkan kebaikan atau keburukan terutama bagi pekerja sektor awam?

Ini antara soalan yang muncul berikutan laporan berita baru-baru ini mengenai inisiatif Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mewujudkan Program Bekerja Dari Rumah bagi pelukis pelan yang terpilih bermula 1 Jan tahun depan.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor dilaporkan berkata 35 pelukis pelan akan dipilih sebagai perintis bagi program percubaan tiga bulan dan keputusan sama ada kerajaan meneruskan atau tidak program itu bergantung pada tahap produktiviti yang dicapai semasa program itu dijalankan.

Menurut Shaziman, program berkenaan akan ditamatkan jika didapati gagal meningkatkan produktiviti pelukis pelan yang terlibat.

Reaksi positif menyusul di mana Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik langkah itu.

Bagi Cuepacs, langkah kerajaan mewujudkan program perintis itu boleh mengurangkan kesesakan di tempat kerja selain meringankan beban penjawat awam dari segi kos petrol serta masa yang diambil untuk pergi dan pulang dari tempat kerja.

Ia juga memberi peluang kepada penjawat awam mempunyai masa yang lebih dengan keluarga mereka.

Presiden Cuepacs Omar Osman dilaporkan berkata program itu merupakan langkah yang bijak dan menyeru agar ia dipanjangkan meliputi kementerian dan agensi kerajaan yang lain.

SATU JENIS TERAPI

Sebenarnya konsep bekerja dari rumah sudah lama wujud dalam perkidmatan awam di negara ini, tetapi tanpa publisiti yang meluas, dan ia juga memberi kesan produktiviti yang amat positif.

Ini satu situasi yang dialami sendiri penulis yang bertugas di sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Penulis yang juga merupakan seorang OKU (Orang Kurang Upaya) telah menikmati kemudahan itu sejak tahun 2007.

Penulis diserang diabetis dan mengalami masalah vaskular (peredaran darah) kaki kanan kerana komplikasi penyakit itu. Beliau juga terpaksa menjalani rawatan hemodialisis tiga kali seminggu kerana kegagalan buah pinggang dan menjadi amat keletihan setelah menjalani setiap sesi rawatan itu.

Pada tahun 2007, kaki kanan penulis dipotong di bawah paras lutut kerana ulser yang kronik dan ini memberi kesukaran bagi beliau untuk berjalan.

Tetapi beliau tetap juga ke pejabat walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda.

Ini telah menarik perhatian pihak pengurusan yang memahami keadaan penulis. Pihak pengurusan menggunakan budi bicara mereka dan membenarkan beliau bekerja dari rumah dengan menggunakan Internet kerana semua kerja beliau boleh disalurkan melalui komputer dan Internet.

Mereka (majikan) juga meminjamkan sebuah komputer riba yang disambungkan terus kepada sistem komputer di pejabat.

Langkah itu sebenarnya telah meningkatkan produktiviti kerja penulis, walaupun banyak masa yang beliau perlukan untuk rawatan dialisis, beliau sebenarnya mempunyai ruang dari segi masa yang lebih lama bila bekerja dari rumah jika dibandingkan dengan waktu bertugas di pejabat dengan hanya lapan jam.

Ia juga lebih menjimatkan masa jika diambil kira perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja.

BAIK UNTUK PETUGAS OKU

“Bekerja dari rumah amat bermakna bagi penjawat awam yang kurang upaya. jika penat, mereka boleh rehat. Mereka boleh menyelesaikan kerja walaupun pada waktu malam atau pagi,” itulah pendapat aktivis sosial Fatimah Mansur.

Kata beliau, bekerja dari rumah juga merupakan sebahagian daripada terapi bagi mengurangkan stres di tempat kerja untuk penjawat awam.

Ia juga baik bagi penjawat awam yang kurang upaya disebabkan kemalangan atau berpenyakit kronik.

“Dengan ini kerajaan tetap mempunyai kepakaran atau kebolehan profesional dalam bidang-bidang tertentu. Tetapi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), adalah penting bagi kejayaan program sebegini,” tambah beliau.

BERTUGAS SECARA ‘TERASING’ ADALAH BAIK

Bagi Fatimah, bekerja dari rumah mungkin agak ‘terasing’ tetapi bekerja begini lebih baik.

“Bekerja berseorangan adalah baik kerana tiada gangguan apatah lagi jika anda mempunyai waktu yang suntuk (hada tempoh) dan memerlukan konsentrasi tinggi. Dengan bekerja di rumah anda boleh mempunyai situasi yang baik untuk mencapai objektif kerja anda”.

Kata beliau, penjawat awam yang terpaksa menjaga anak kecil atau anak yang sakit boleh cuba memohon dari pihak majikan agar dibenarkan bekerja dari rumah.

“Bagaimanapun bukan semua penjawat awam boleh bekerja dari rumah. Hanya mereka yang mempunyai tugas bersangkutan dengan kerja komputer yang disambungkan kepada Internet dan seterusnya kepada rangkaian sistem komputer di pejabat sesuai untuk program sebegini”, tambah beliau.

Dengan membenarkan penjawat awam bekerja dari rumah, kerajaan tidak akan kehilangan mereka yang mempunyai kepakaran atau dari kumpulan profesional yang terpaksa bersara awal kerana menjadi kurang upaya atau mengalami sakit kronik yang teruk.

“Kalau mereka yang pakar dalam bidang tertentu dikekalkan, sudah tentu ini akan mengekalkan kecekapan dalam perkhidmatan awam,” tambah Fatimah.

Menurut laporan akhbar ‘The Nation’ pada tahun lepas, kerajaan Thailand juga berura-ura mengadakan program yang serupa di bawah konsep ‘e-ofis’.

SEKTOR SWASTA

Bagi pembekal barang perubatan Robert Lee, bekerja dari rumah memang satu perkara yang ‘ideal’ bagi beliau.

“Saya bekerja dari rumah dan tidak perlu bayar sewa yang tinggi untuk ruang pejabat serta tambahan kepada bayaran elektrik dan air. Dengan bekerja dari rumah, saya hanya perlu satu talian untuk faks dan juga satu talian tetap telefon selain daripada satu atau dua buah komputer yang ada sambungan Internet,” kata Lee dari Bukit Rahman Putra dekat sini.

Bagi penulis ini, bekerja dari rumah memang meningkatkan produktiviti beliau dan ini dibantu oleh kemudahan ICT yang wujud di negara ini.

“Kelebihan bekerja di rumah ialah anda mempunyai masa 24 jam untuk menyelesaikan tugas dan bebas untuk memilih masa bekerja. Wal hal bekerja di pejabat masanya agak ketat di mana seseorang hanya mempunyai lapan jam bagi menyelesaikan tugas beliau dan ini tidak cukup bagi menjadikan penjawat awam lebih produktif”.

Oleh Zulkiple Ibrahim
– BERNAMA

Tags : , , , , , , ,

Cara Keluarkan Duit Dari Paypal ke akaun bank Malaysia

Saya pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana caranya nak keluarkan duit paypal . Jika tidak, masakan ebook Chapter M yang dikeluarkan oleh Gobala Krishnan sekitar tahun 2006 mendapat sambutan hangat.

logo-paypal2

Ada banyak cara sebenarnya. Aantara cara yang biasa digunakan untuk keluarkan duit paypal ialah

1. Jual duit paypal kepada orang lain, pembeli akan buat bayaran ke akaun bank pilihan. Kita pula pindahkan duit paypal kita kepada pembeli. Nilai tukaran wang asing bergantung kepada perbincangan antara penjual pembeli. Tapi, ramai juga yang tertipu dengan cara ni, antaranya duit dah bayar ke akaun bank, tapi duit paypal tak diterima.

2. Keluarkan duit dari paypal melalui kad debit. Ada banyak kad debit yang membolehkan pemiliknya mengeluarkan duit dari paypal. Disini saya kongsikan blog post oleh AzmanZainaldan KhairulAzmi yang berkaitan dan boleh dijadikan rujukan anda

3. Gunakan duit paypal untuk membeli produk yang terima paypal sebagai kaedah bayaran – ini adalah yang saya gunakan sejak dahulu. Biasanya saya gunakan untuk beli nama domain, autoresponder, iklan dan ebook. Maklumla, duit paypal pun takde la banyak sangat. Jadi, kaedah ni memang sesuai di apply terutamanya produk luar negara. Jimat disegi nilai tukaran wang asing.

Dan yang terkini, rakyat Malaysia dah boleh keluarkan duit dari Paypal terus ke akaun Bank di Malaysia. Caranya;

1. Login ke akaun Paypal anda di paypal.com

2. Klik pada menu Profile (di sebelah atas, kanan) > Add/Edit Bank Account

3. Masukkan maklumat akaun bank anda. Jika tak pasti tentang , sila klik Details atau rujuk senarai dibawah.

Bank NameMEPS Bank Routing Code
AFFIN BANK BERHADPHBMMYKL
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHADMFBBMYKL
AMBANK BERHADARBKMYKL
BANK ISLAM MALAYSIA BERHADBIMBMYKL
BANK KERJASAMA RAKYAT BERHADBKRMMYK1
BANK MUAMALAT BERHADBMMBMYKL
BANK OF AMERICABOFAMY2X
BANK SIMPANAN NASIONALBSNAMYK1
CIMB BANK BERHADCIBBMYKL
CITIBANK BERHADCITIMYKL
DEUSTCHE BANKDEUTMYKL
EON BANK BERHADEOBBMYKL
HONG LEONG BANK BERHADHLBBMYKL
HSBC BANK MALAYSIA BERHADHBMBMYKL
MALAYAN BANKING BERHADMBBEMYKL
OCBC BANK (M) BERHADOCBCMYKL
PUBLIC BANK BERHADPBBEMYKL
RHB BANK BERHADRHBBMYKL
STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHDSCBLMYKX
THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (RBS)ABNAMYKL
UNITED OVERSEAS BANKUOVBMYKL

4. Semak semula maklumat akaun bank anda . kemudian klik Add Bank Account
5. Tahniah! Anda dah berjaya bila nampak mesej ini

You’ve added a bank account in Malaysia

Now you can transfer funds from your PayPal account to your bank account.
What do you want to do next?

6. Sebelum terlupa, dibawah ni bebrapa info tambahan untuk servis ni

Withdrawal Fee - Jika lebih RM400 – RM0 (PERCUMA)
Withdrawal Fee – Jika kurang RM400 – RM3
Return Fee – RM15

Urusniaga ini akan diproses dalam 2-3 hari bekerja. Nilai minima pengeluaran ialah RM40.

Untuk tutorial bergambar, boleh rujuk pada blog Sukeri

Atau anda boleh tonton video dibawah – ia telah disediakan oleh Sifu Lan

Dan sekarang, rakyat Malaysia makin mudah nak buat duit di internet. Tak perlu memikirkan cara paling selamat nak tukarkan dari USD yang ada dalam paypal ke RM. Lagi mudahla nak keluarkan duit komisen untuk bisnes GDI.

Tags : , , ,

Cara membatalkan akaun GDI

Aik! baru join dah nak batalkan akaun ke? Saya pasti, ada juga yang mencari-cari bagaimanakah caranya untuk membatalkan akaun GDI mereka. Ada yang nak menbatalkannya kerana dah tak berminat, atau merasakan ia GDI tak sesuai untuk mereka dan ada juga nak membatalkan akaun GDI sebab nak bertukar upline.

Artikel ni bukan tujuan nak menutup periuk nasi sesiapa atau nak menggalakkan ahli GDI membatalkan akaun GDI mereka. Tetapi, saya rasa setiap orang mempunyai hak untuk tahubagaimana cara nak sertai GDI dan bagaimana caranya nak berhenti menyertai GDI.

Bagi saya, GDI adalah antara bisnes MLM yang paling mudah sebab produknya berbentuk digital (nama domain, hosting & email) GDI juga boleh disertai oleh sesiapa sahaja diseluruh dunia dan bukan rakyat Malaysia sahaja. Hanya promosikan melalui internet, dengan usaha berterusan, insyaallah akan ada hasilnya.

button-cancelTak kisahla apa jua sebabnya, apa yang penting – anda nak batalkan akaun GDI anda! Artikel ni sekadar perkongsian agar tiada yang rasa tertipu dengan GDI.

Nak join senang je, tapi kalau nak batalkan , siap nak kena telefon pulak.

Kalau di laman web GDI, anda perlu menghubungi / telefon pigak GDI sendiri untuk membatalkan akaun. Dan saya pasti ramai yang keberatan nak telefon sebab ia melibatkan kos yang tinggi.Tapi ada rasionalnya semua tu. Disini saya kongsikan sebabnya yang saya perolehi dari forum Sifu Mazelan Abas.

Kepada semua yang membaca forum ini,

Ada sebahagian daripada kita yang menghadapi masalah technical untuk membatalkan sewaan domain dan webhosting serta tidak mahu lagi menyertai GDI affiliate program, kerana salah satu perkara yang mesti dilakukan adalah menalipon gdi untuk membuat full cancelation. Mereka teragak-agak untuk menalipon disebabkan kos yang agak mahal bila talipon ke US. Salah satu cara adalah kita talipon menggunakan Skype sebab ia sangat murah.

Sebenarnya alasan GDI menyuruh kita menalipon mereka adalah kerana sebelum ini terdapat beberapa kes dimana orang lain mensabotaj akaun orang lain, disebabkan seseorang itu mendapat habuan yang tinggi seperti puluhan ribu setiap bulan hanya dengan modal $10 sahaja, mereka menyamar dengan menghartar email (asalkan tahu password mereka) untuk membatalkan akaun kawan tersebut. Ini menyebabkan kawan yang lagi satu hilang pendapatan bulanan, dan kes-kes seperti ini sampai ke mahkamah diantara affilaiter dan affiliater. Untuk itu GDI mengelakkan perkara sebegini terjadi mereka menyuruh kita menalipon sendiri untuk membatalkan akaun tersebut.

Jadi disebabkan isu keselamatan tersebut untuk membatalkan akaun tiada cara lain, hanya dengan talipon mereka, tiada pengecualian. Hubungi GDI di Skype: +17606023000 Sambungan 5804 , Isnin-Jumaat 8-5 petang waktu mereka dan mereka akan gembira untuk membantu kita. Cara lain untuk pembatalan tidak diterima. Jika kita ada masalah untuk menghubungi mereka, sila hantarkan email kepada ws_support@wsdomains.ws dan berikan no talipon kita serta masa yang sesuai untuk mereka menghubungi kita, (begitu lah cara GDI yang amat baik – frendly user – untuk memastikan yang komisyen kita tidak disabotaj oleh sesiapa, walau pun orang terdekat yang mengetahui password kita) – jadi tidak ada isu yang talipon bil kita menjadi mahal. Mereka akan talipon kita utk menguruskan pembatalan.

Sekiranya kita tidak boleh bercakap, bisu (jika GDI menalipon kita) atau tidak faham bahasa Inggeris, kita boleh menghantar email kepada ws_support@wsdomains.ws untuk memohon pembatalan tersebut, tetapi didalam email tersebut MESTILAH menulis perkataan “I don not speak English” dan GDI akan menghantar beberapa maklumat kedalam email kita. Kita akan ditanya beberapa soalan termasuk “Security Question” semasa mula-mula mendaftar dahulu untuk memastikan yang kita adalah pemilik sebenar akaun tersebut.

Terima Kasih
Mazelan

Okla, saya nak kongsikan cara yang anda boleh gunakan untuk membatalkan akaun GDI anda.

1. Hantar email kepada ws_support@wsdomains.com . Anda boleh gunakan contoh seperti ini

Tajuk : Cancelling GDI account

I wish to cancell my GDI account. But i dont speak english very good. This is my detail

Full Name :

Username:

Can you do it?

Tq in advance

-Nama Anda-

3. Pihak support GDI akan membalas email anda dan meminta anda menjawab beberapa Security Questions

4. Balas email tersebut dengan menjawab soalan mereka.

5. Pihak GDI akan membatalkan akaun anda dengan kadar segera jika maklumat yang diberikan betul dan tepat.

Harap ia dapat membantu. Kalau anda berminat nak sertai GDI dibawah kumpulan saya, hanya klik banner dibawah untuk maklumat lanjut.

<

Tags : , , , , , , , , ,

Penerangan Tentang Sistem Pemasaran Autoviral Zamri Nanyan

Hari ini saya nak kongsikan penerangan ringkas tentang Sistem Pemasaran Autoviral PerniagaanInternet.ws yang disediakan oleh sifu Zamri Nanyan yang boleh membantu kita mengembangkan kumpulan kita dan seterusnya membuat duit dengan GDI .

Artikel ini disediakan oleh Zamri Nanyan untuk menerangkan tentang Sistem Pemasaran Autoviral yang beliau lancarkan. Anda boleh klik gambar dibawah untuk pandu uji sistem ini

===================================================

PerniagaanInternet.ws adalah laman web yang mempunyai sistem yang saya namakan “Sistem Pemasaran AutoViral“. Tujuannya ialah untuk membantu orang ramai (termasuk anda) mempromosikan produk affiliate yang dapat membina pendapatan internet yang stabil dan berkembang.

Sistem ini memberikan penekanan khusus kepada program GDI tetapi secara senyap-senyap ianya juga akan mempromosikan program lain (saya akan terangkan kepada anda sekejap lagi).

Biar saya terangkan serba sedikit dengan seringkas yang mungkin.

1. Jika anda signup sebagai ahli PerniagaanInternet.ws (percuma), anda dapat customize laman web dan juga autoresponder dengan username affiliate GDI, Aweber dan beberapa program affiliate lain. Laman web tersebut adalah sepertihttp://www.perniagaaninternet.ws/r/asmawati/home.html .

Saya telah ringkaskan menjadi http://duitbijak.com/autoviral agar lebih mudah diingati.

2. Apabila anda promosikan laman web ahli PerniagaanInternet.ws dan orang ramai akan isi nama dan email mereka ke dalam borang tersebut, autoresponder akan mula menghantar email (dengan affiliate link GDI anda dan affiliate link anda yang lain). Seperti yang kita semua tahu, inilah cara terbaik untuk menghasilkan jualan – email marketing.

3. Selepas mereka mengisi borang, mereka juga akan dibawa ke laman webhttp://www.perniagaaninternet.ws/r/asmawati/perniagaan.html yang juga mempunyai link affiliate GDI anda di mana mereka akan diterangkan mengenai sistem dan peluang bisnes di internet.

4. Dan jika mereka berminat untuk menjadi ahli PerniagaanInternet.ws, mereka akan menyertai GDI melalui link anda dan terus ke laman web seterusnya untuk mengisi borang di http://www.perniagaaninternet.ws/r/asmawati/sistem.html

5. Mereka seterusnya akan mulakan proses yang anda lalui bermula #1 di atas dan di sinilah pendapatan GDI anda akan mula berkembang.

Rujuk disini kalau anda masih kurang faham tentang bisnes GDI inihttp://www.perniagaaninternet.ws/r/asmawati/bisnes-gdi.html

OK, ini adalah sesuatu yang berlaku di belakang tabir.

Email autoresponder akan terus dihantar kepada ahli yang daftar melalui link affiliate PerniagaanInternet.ws anda dan saya akan merekomendasikan program affiliate (daripada AutomationCart.com) yang lain di mana jika mereka beli melalui link tersebut, anda akan mendapat komisyen. Jika mereka langgan Aweber daripada link affiliate anda, anda juga akan dapat komisyen dan seterusnya bagi produk lain di dalam sistem ini. Jadi, bukan sekadar GDI sahaja akan dipromosikan, program/produk affiliate lain juga dipromosikan.

Bukan setakat itu sahaja, sistem ini mempunyai pelbagai kaedah pemasaran dan feature yang tak ramai perasan (kerana untuk tidak menjadikannya nampak complicated). Sebagai contoh, saya masukkan email marketing, video marketing, article marketing, viral marketing, website customization dan sebagainya.

Berikut adalah 2 laman web di mana saya ilustrasikan kaedah marketing yang saya nyatakan:

http://www.perniagaaninternet.ws/r/asmawati/kerja.html (article marketing)

http://www.perniagaaninternet.ws/r/asmawati/m2u-bak.html (viral marketing – tell friends)

dan anda sudah lihat video marketing, article marketing, email marketing dan website customization di link yang saya berikan di atas.

Jadi, inilah satu-satunya sistem yang saya rasa dapat diautomasikan dan dijadikan viral dengan baik sekali untuk membantu rakan-rakan kita di luar sana yang masih lagi belajar untuk melakukan affiliate marketing.

Bukan setakat itu sahaja, saya juga ada perancangan lain (seperti co-op advertising) untuk terus membantu semua yang menggunakan sistem ini untuk membina bisnes affiliate dan GDI mereka (dan juga anda).

Co-op advertising telahpun bermula. Dan dana terkumpul untuk pusingan pertama sudah melebihi RM3000! Dana ini akan digunakan untuk mengiklankan laman web peserta yang menyertai di pelbagai laman web bertrafik tinggi seperti lelong , bharian, harakahdaily dll. Penyertaan akan dibuka setiap bulan. Jika anda berminat dengan co-op ini, bolehla sertai team kami sekarang juga.

Tags : , , , , , , , ,, , ,

Cara aktifkan kad debit Maybank Visa untuk bisnes GDI

Sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai GDI dan buat duit dengan program GDI ini, anda perlu tahu bahawa GDI bukanlah satu program buat duit percuma seperti adsense. Ada kos yang perlu dibayar setiap bulan.

Anda perlu membayar sebanyak $10USD (kira-kira RM35) pada setiap bulan untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan nama domain dan hosting yang disediakan GDI serta membuat duit dengan GDI.

Oleh sebab ini merupakan perniagaan global, tiada transaksi wang tunai diperlukan. Semuan pembayaran menggunakan duit plastik seperti Kad debit , Kad kredit atau Paypal. Saya buat bayaran melalui paypal.

Tapi, tak semua orang ada kad kredit atau paypal. Jadi, satu lagi alternatitif untuk membuat pembayaran yang makin popular ialah kad debit. Selain daripada mudah nak dipohon, ia juga takkan menyebabkan anda berhutang sebab kalau takde duit dalam kad debit, memang anda tak boleh buat apa-apa belian.

Terdapat banyak jenis kad debit yang boleh anda gunakan untuk bayaran seperti kad debit EON Bank, kad debit Public Bank , kad debit Tune Money , kad debit CIMB dan sebagainya.

Hari ini saya akan ceritakan, tentang bagaimana anda boleh mendaftar dan menggunakan kad debit Maybank Visa sebagai kaedah pembayaran. Tiada sebarang caj dikenakan untuk kad debit maybank ini. Anda boleh dapatkan maklumat yang lebih terpeinci dilaman web rasmi kad debit maybank ini.

Inilah rupa bentuk kad debit Maybank itu.

kaddebitmaybank_visa Kalau kad ATM Maybank yang anda ada tu bentuknya macam ini bukan_kaddebitmaybank

anda kena pergi ke mana-mana cawangan Maybank dan mendapatkan kad bentuk buah ceri tu, hanya bayar RM12 je , terus dapat kad debit maybank ni serta-merta.

Untuk mengaktifkan kad debit Maybank ni, nak kena buat sedikit setting melalui akaun Maybank2u. , hanya ikuti langkah – langkah ini untuk pengakifan,

Langkah 1 – Login ke laman web Maybank2u.com anda.

gdi-kaddebitmaybankvisa1

Langkah 2 – Klik pada bahagian “Maybankard Secure Online Shopping Registration”.

gdi-kaddebitmaybankvisa2

Langlah 3 -Isikan segala maklumat yang diperlukan

gdi-kaddebitmaybankvisa3

Jika ada sebarang pertanyaan tentang kad debit Maybank VISA ni, bolehla hubungi pusat perhubungan pelanggan Maybank di 1-300-88-6688

Bila kad debit Maybank anda dah diaktifkan, bolehla anda membuat urusniaga di internet seperti mendaftar akaun GDI . Untuk menyertai kumpulan saya, bolehla daftar melalui linkhttp://freedom.ws/wzone . Anda juga akan menerima laman web autoviral seperti inihttp://duitbijak.com untuk memudahkan anda membuat promosi.

Tags : , , , , , , , , , , , , , ,

No comments:

YouTube

Loading...