06 January 2020

MAYAT JADI KUDA BELANG

Assalamualaikum



MAYAT JADI KUDA BELANG
Seorang lelaki kacak tiba-tiba bertukar wajah menjadi kuda belang (himar) sebaik sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir sehingga menyebabkan anaknya sendiri panik dan malu untuk memberitahu kepada orang ramai tentang kematian ayahnya itu bagi urusan pengebumian mayatnya.
Kejadian tersebut adalah antara balasan Allah SWT di dunia ini ke atas mereka yang makan riba ketika hidupnya di dunia, bagi dijadikan pengajaran bagi setiap umat Islam agar sentiasa berusaha menghindarkan diri dari melakukan dosa besar itu.  Dengan kehendak Allah SWT, lelaki tersebut bagaimanapun telah bertukar wajah kembali kepada seorang lelaki yang lebih kacak dari wajah asalnya tidak lama kemudian apabila beliau diberi peluang oleh Allah SWT untuk mendapatkan syafaat Nabi Muhammad s.a.w.
Syafaat Rasulullah s.a.w yang diperolehi lelaki itu berpunca dari sikapnya sendiri yang sering berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w ketika hidupnya di dunia sehingga dijadikan selawat itu sebagai amalan hidupnya secara berterusan dalam sebarang keadaan.  Kejadian itu juga merupakan sebahagian daripada siri kelebihan atau keutamaan membaca selawat ke atas Rasulullah s.a.w yang termuat dalam kitab Turratun Nasihiin.  Kisah itu juga telah diceritakan sendiri Fudhail bin Iyaadh daripada Sufyan Aththauri dengan berkata :
“Saya telah keluar menunaikan ibadat haji.  Saya lihat seorang lelaki di Masjidilharam sedang membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam keadaan ihram dan di waktu tawaf dan di Arafah juga di Mina”.
Aku bertanya kepadanya :
“Hai lelaki, tiap-tiap tempat ada bacaan tersendiri.  Bagaimana dengan engkau yang tidak memperbanyakkan doa dan tidak memperbanyakkan solat  kecuali hanya membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w sahaja?”
Dia menjawab :
“Sesungguhnya aku mempunyai cerita tersendiri”. “Tolonglah ceritakan kepada saya”, kataku.
Dia pun berkata :
“Saya keluar dari kampung di Khurosan untuk beribadat haji ke Baitullah (Kaabah) bersama dengan ayahku.  Apabila tiba di negeri Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit mendadak sehingga meninggal dunia di negeri itu.  Kemudian saya tutup mukanya dengan kain sarung.  Ketika saya buka wajahnya, saya lihat bentuk wajahnya berubah seperti himar.  Saya menjadi susah hati dan berkata sendiri di dalam hati, bagaimana saya hendak memberitahu hal ini kepada orang ramai sedangkan bentuk wajah ayah saya telah berubah menjadi bentuk seperti himar?  Tidak lama kemudian, saya terasa mengantuk, ketika itu saya seakan-akan bermimpi didatangi seorang lelaki remaja yang cantik (kacak) dengan memakai jubah.  Kemudia dia menghampiri saya lalu berkata, “Mengapa engkau nampak sangat susah hati?”.
Saya berkata :
“Bagaimana saya tidak susah hati menghadapi ujian kejadian seperti ini?  Dia pun menghampiri ayah saya dan mengusap (menyapu) wajahnya sehingga wajah ayah saya pun menjadi terhindar daripada ujiannya.  Lalu saya menghampiri ayah saya dan membuka wajahnya.  Saya lihat wajahnya sudah berubah seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama.
Saya bertanya :
“Siapakah engkau?”
Jawabnya :
“Saya Al-Mustofa (orang yang terpilih).  Maka saya pegang hujung kainnya dan saya berkata, Demi zat Allah, tolong ceritakan pada saya (kejadian ayah saya ini).
Dia pun bercerita :
“Adalah ayahmu pemakan harta riba dan sesungguhnya di antara keputusan Allah SWT bahawa orang-orang yang makan harta riba itu dijadikan bentuk seperti kuda belang baik di dunia mahupun di akhirat kelak dan Allah telah merubahnya ketika di dunia ini.  Dan adalah ayahmu ketika di dunia setiap malam membaca selawat 100 kali sebelum tidur.  Ketika keadaan ini ditunjukkan kepadaku, datanglah seorang Malaikat yang menampakkan semua amal ibadat(perbuatan umatku), Malaikat itu memberitahu keadaan umatku kepadaku.  Kemudiannya, saya memohon kepada Allah SWT, lalu mengizinkan saya untuk memberi syafaat kepadanya”, jelas lelaki berkenaan (Rasulullah s.a.w) kepada lelaki tersebut.
“Disebabkan pengalaman menarik itulah, lelaki itu sering berselawat kepada Rasulullah s.a.w secara berterusan dalam hidupnya”, jelas Fudhail bin Iyaadh seperti yang diceritakan oleh Sufyan Aththauri kepadanya.
 🖤💞🔁💙🆗️💜💛❤💚♥️💙🆗️

No comments: