27 January 2020

Hadith ke 32 - Larangan Membuat Keburukan Kepada Diri dan Orang Lain

أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
      اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantungku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU  YA اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...     اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ                  ALLAH اللهَ 
                                                                       ALLAH اللهَ  
                                      Hadith  ke 32 - Larangan Membuat Keburukan Kepada Diri dan Orang Lain                                                                                                 


Hadis Ketigapuluh Dua
Dari Abi Said Sa'd bin Malik bin Sinan Al-Khudri r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : " Tiada mudharat dan tiada memudharatkan. "

HADIS 32
عن أبي سعيد سعد بن سنان الخدري t أن رسول الله :e (( قال: (( لا ضرر ولا ضرار
حدیث حسن رواه ابن ماجه والدارقطني وغيرهما مسندا ورواه مالك في الموطأ مرسلا
عن عمرو بن یحيى عن أبيه عن النبي e . فأسقط أبا سعيد وله طرق یقوي بعضها بعضا
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam lbnu Majah dan al-Daraqutnie dan lain-lain. la juga diriwayatkan oleh al-lmam Malik dalam kitab Muwattha'nya.
Daripada Abu Sa'id ibn Malik ibn Sinan al-Khudrie r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak ada mudharat dan tidak boleh melakukan kemudharatan.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menjelaskan suatu prinsip utama dalam kehidupan lslam, iaitu jangan mencari mudharat dan menyebabkan kemudharatan terhadap orang lain. la adalah suatu prinsip yang agung demi kesejahteraan umat manusia semuanya sama ada muslim atau bukan muslim.
(2) Seseorang mukmin dilarang mencari susah atau mudharat yang boleh menimpa dirinya sendiri atau menimpa orang lain. Agama lslam menggalakkan umatnya mencari keharmonian hidup. Sebarang angkara yang membawa mudharat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung, segera atau lambat, sedikit atau banyak semuanya dilarang.
HADIS 33
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله e قال: (( لو یعطى الناس بدعواهم لادعى
رجال أموال قوم ودماءهم، لكن البينة على المدعي، واليمين على من أنكر )) حدیث حسن
رواه البيهقي وغيره هكذا وبعضه في الصحيحين.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam al-Baihaqie dan lain-lain sedemikian dan sebahagiannya terdapat dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim.
Daripada lbnu 'Abbas r.a.( رضي الله عنهما ) bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sekiranya manusia diberikan setiap tuntutan dan dakwaan mereka, nescaya ramai orang akan menuntut harta dan darah kaum lain (iaitu menuntut bunuh balas), akan tetapi mestilah tuntutan itu berbukti keterangan bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang tidak mengaku.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menerangkan sikap dan tabiat buruk kebanyakan manusia di mana mereka gemar mendakwa sesuatu yang bukan milik mereka. Sekiranya semua dakwaan mereka dituruti, nescaya akan kecohlah sistem kehidupan manusia. Secara tidak langsung ia membayangkan bahawa banyak persengketaan, pergaduhan malah pembunuhan dan peperangan yang berlaku di kalangan manusia membabitkan soal harta benda dan kekayaan.
(2) Untuk menghadapi kes tuntutan dan dakwaan seumpama ini, lslam membawa suatu kaedah kehakiman yang bijaksana iaitu setiap orang yang mendakwa sebarang tuntutan mestilah mengemukakan bukti keterangan menyokong dakwaannya sementara orang yang didakwa pula mestilah bersumpah menafikan tuduhan tersebut.
(3) Agama lslam adalah agama yang adil dan menyelesaikan masalah umatnya secara adil dan saksama.


Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 32 - Larangan Membuat Keburukan Kepada Diri dan Orang Lain





Hadis 32

Daripada Abi Sa’id bin Malik bin Sinan al-Khudri r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Tidak boleh menimpakan bahaya (kepada orang yang tidak bersalah) dan menimpakan balasan yang membahayakan (melanggar syariat).”

Ada pula yang menggunakan:

Maksudnya: “Tidak boleh menimpakan bahaya pada diri sendiri dan kepada orang lain.”

(Riwayat Ahmad no.2867, Malik no.31, Ibn Majah no.2340,2341 dan al-Daruqutni no.(3/77))

Hadith 32

It was related on the authority of Abu Sa'id Sa'd bin Malik bin Sinan al-Khudri, radiyallahu 'anhu, that the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, said:

"There should be neither harming nor reciprocating harm."

[A excellent hadith which Ibn Majah, Al-Daraqutni and others related as of sound isnad, but which Malik related in his Muwatta' as of broken isnad, from 'Amr bin Yahya, from his father, from the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, but dropping (the name of) Abu Sa'id. This hadith has lines of transmission which strengthen one another (so that it may be regarded as of sound isnad).]

Pengajaran hadis.

(1) Janganlah menzalimi diri sendiri dan orang lain sebagaimana hadis riwayat Abu Dzar: “Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan diriku berbuat zalim dan menjadikan haram juga antara kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi.”

(2) Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Tunaikanlah amanat kepada orang yang memberikan amanat kepadamu, dan janganlah kamu berkhianat kepada orang yang berkhianat.

(3) Janganlah menzalimi diri sendiri sebagamana hadis riwayat Anas: “Pada suatu hari Rasulullah SAW melihat seorang lelaki sedang berjalan kaki. Ada orang memberitahu bahawa lelaki itu bernazar untuk berjalan kaki pergi menunaikan ibadah haji dan sekarang dia hendak melaksanakannya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda menerangkan, ‘Allah tidak menghendaki perjalanannya. Sebab itu hendaklah dia berkenderaan.”

(4) Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Agama itu mudah.”

(5) Janganlah berbuat keburukan kepada orang lain ataupun berbuat sesuatu kebaikan untuk diri sendiri tetapi memudaratkan orang lain seperti membakar sampah di laman sendiri tetapi asapnya mengganggu jiran yang lain.






🔻⏬
Hadis Ketigapuluh Tiga


ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ    
       

 








Hadith  ke 32 - Larangan Membuat Keburukan Kepada Diri dan Orang Lain                                             
                                                                                         
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
                   والله أعلم بالـصـواب  
                        Moga Bermanfaat
                           
                ..................................................................       
...........................................................................................................
        .......................................................................................................................    

 اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ     

Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.

      100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ 
               100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
                    100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
             100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
                 100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
                    100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)  
                   100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
  اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ   
       لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ       
                    لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
                 اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU  YA اللهَ   
                                         آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................






No comments: