أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Hadith ke 31 - Zuhud
(4) Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman ibn 'Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda selainNya.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Hadith ke 31 - Zuhud
Hadis Ketigapuluh Satu
Dari Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata :
" Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ' Ya
Rasulullah, tunjukkan aku suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku
dicintai oleh Allah dan orang ramai. '
Maka dijawab Nabi : ' Hendaklah zahid di dunia, nescaya
engkau dicintai oleh Allah dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia,
maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai. '
Hadis 40 - Imam An-Nawawi -
HADIS 31
عن أبي العباس سهل بن سعد الساعدي t قال: (( جاء رجل إلى النبي e فقال: یا رسول
الله! دلني على عمل إذا عملتع أحبني الله وأحبني الناس. فقال: ازهد في الدنيا یحبك الله،
وازهد فيما عند الناس یحبك الناس )) حدیث حسن رواه ابن ماجه وغيره بأسانيد حسنة.
Hadis riwayat lbnu Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad yang baik ( Hadis ini adalah daripada riwayat Khalid ibn ‘Umar dan al-Qurasyie daripada Sufian daripada al-Thauri Abu Hazim daripada Sahl. Al-Imam Ahmad berkata berkenaan dengan Khalid : Dia adakah orang yang mungkar dalam riwayatnya, dia meriwayatkan cerita-cerita batil. Ibnu Ma‘in pula berkata dia adalah pendusta. Saleh ibn Muhammad dan Ibnu ‘Adie menghubungkannya (Khalid) sebagai orang yang mereka-reka hadis palsu. Lihat notakaki buku (Syarah Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al-Turath al-Islamie, Kaherah,1987 pada takhrij hadis ini).
Daripada Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata: Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Baginda bersabda: Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menerangkan suatu sifat penting yang harus ada pada diri setiap mukmin iaitu sifat zuhud.
(2) Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama tasauf antaranya ialah membenci, berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan hati dari mengingati perkara dunia.
(3) Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. lni bukan bererti membenci sehingga suka agar kesenangan orang lain hilang kerana itu hasad dengki yang amat dilarang.
Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 31 - Zuhud
Hadis 31
Daripada Abi al-Abbas Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi r.a berkata, bahawa seseorang datang kepada Nabi SAW seraya berkata:
Maksudnya:
“Wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya suatu pekerjaan yang jika
dikerjakan nescaya saya dicintai Allah dan dicintai umat manusia.’
Rasulullah SAW bersabda: ‘Zuhudlah engkau akan dunia, nescaya Allah
akan menyintaimu, dan zuhudlah engkau akan apa yang ada pada manusia,
nescaya mereka mencintaimu.”
(Riwayat Ibn Majah no. 4102 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)
Hadith 31
On the authority of Abu al-'Abbas Sahl bin Sa'd al-Sa'idi, radiyallahu 'anhu, who said:
A
man came to the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, and said: "O
Messenger of Allah, direct me to an act which if I do it, [will cause]
Allah to love me and people to love me." He, sallallahu 'alayhi
wasallam, answered: "Be indifferent to the world and Allah will love
you; be indifferent to what people possess and they will love you."
[A fine hadith related by Ibn Majah and others with good chains of authorities]
Pengajaran Hadis:
Pengajaran Hadis:
(1) Hadis ini menerangkan suatu sifat penting yang harus ada pada diri setiap mukmin iaitu sifat zuhud.
(2)
Dari segi bahasa zuhud/zahid ialah berpaling daripada sesuatu atau
tidak mengkehendaki kepada sesuatu kerana tiada mutu atau nilainya.
(3) Dari segi syarak zuhud/zahid ialah mengambil sekadar yang perlu daripada sesuatu yang diyakini halalnya.
(4)
Warak pula bererti tidak mahu mengambil atau menggunakan sesuatu yang
syubhah (yang kesamaran hukumnya) kerana ditakuti jatuh kepada yang
haram.
(5)
Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama
tasauf antaranya ialah membenci, berpaling, meninggalkan dan menjauhkan
diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan hati dari mengingati
perkara dunia.
(6)
Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari
merasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh manusia serta
mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. lni bukan bererti
membenci sehingga suka agar kesenangan orang lain hilang kerana itu
hasad dengki yang amat dilarang.
(7)
Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak
berharta. Zuhud sejati ialah tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup
sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya memenuhi dunia seumpama
yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman ibn
'Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan
keredhaanNya, bukan benda-benda selainNya.
(8)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang zuhud dariapda
segala kesenangan dunia menjadikan hatinya lapang di dunia dan di
akhirat. Sedangkan orang yang mencintai dunia hatinya menjadi resah di
dunia dan di akhirat.”
(9)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik negeri adalah
dunia bagi mereka yang berbekal daripadanya untuk akhiratnya hingga
reda Tuhannya, dan sejahat-jahat negeri bagi mereka yang menghalangi
daripada akhiratnya dan memundurkan dia daripada keredhaan Tuhannya.
Dan apabila seorang hamba berkata: ‘Semoga Allah burukkan dunia’, maka
berkatalah dunia kepadanya: ‘Allah burukkan dia kerana dialah yang
derhakakan kami kepada Tuhannya.”
(10)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kemuliaan seseorang ialah
berdiri pada waktu malam (untuk solat) dan kehormatanya ialah terkaya
(tidak bergantung) daripada manusia.”
(11)
Saidina Ali k.w.h berkata: “Dunia ini adalah negeri benar bagi orang
yang benar padanya, negeri balasan bagi orang yang memahaminya dan
negeri kekayaan bagi orang yang menyediakan bekalan-bekalan
dariapadanya.”
(Riwayat Abdul Jabar bin Wahab)
⏬↪⤵️🔻
Hadis Ketigapuluh Dua
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
..................................................................
...........................................................................................................
.......................................................................................................................
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
No comments:
Post a Comment