أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Hadith ke 28 - Dakwah dan Bidaah
Hadis 28
Hadis Keduapuluh Lapan
HADIS 28
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Hadith ke 28 - Dakwah dan Bidaah
Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 28 - Dakwah dan Bidaah
Hadis 28
Daripada Abu Najih al-Irbad bin Sariah r.a berkata:
Maksudnya:
Rasulullah SAW menasihati kita dengan nasihat perpisahan yang
menggetarkan hati dan membuatkan air mata jatuh bercucuran. Kami
bertanya: “Wahai Rasulullah, nasihat itu seakan-akan nasihat yang
terakhir, oleh itu berilah kami wasiat.” Nabi SAW bersabda: “Saya
memberi wasiat kepadamu agar tetap bertakwa kepada Allah ‘Azza wa
Jalla, mendengar dan taat walaupun yang mempertahankanmu adalah seorang
hamba. Sesungguhnya, sesiapa antara kamu masih hidup nescaya bakal
menyaksikan banyak perselisihan. Kerana itu, berpegang teguhlah kepada
sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rasyidin yang lurus. Dan berpeganglah
kepada sunnah-sunnah itu dengan kuat dan jauhilah olehmu akan hal-hal
abharu yang diada-adakan (bidaah) kerana sesungguhnya semua bidaah itu
sesat.
( Riwayat Abu Daud no. 4607 dan al-Tirmizi no. 2678)
It was narrated on the authority of Abu Najih al-Irbad bin Sariyah, radiyallahu 'anhu, who said:
The
Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, delivered an
admonition that made our hearts fearful and our eyes tearful. We said,
"O Messenger of Allah, it is as if this were a farewell sermon, so
advise us." He said, "I enjoin you to have Taqwa of Allah and that you
listen and obey, even if a slave is made a ruler over you. He among you
who lives long enough will see many differences. So for you is to
observe my Sunnah and the Sunnah of the rightly-principled and
rightly-guided successors, holding on to them with your molar teeth.
Beware of newly-introduced matters, for every innovation (bid'ah) is an
error."
[Abu Dawud & Al-Tirmidhi, who says it is an authentic hadith]
Pelajaran:
1.
Nasihat Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam berbekas dengan dalam
dari dalam jiwa para shahabat. Hal tersebut merupakan tauladan bagi
para da’i di jalan Allah ta’ala dalam menyampaikan dakwah serta nasihat.
2.
Taqwa merupakan yang paling penting untuk disampaikan seorang muslim
kepada muslim lainnya, kemudian mendengar dan ta’at kepada pemerintah
selama tidak terdapat didalamnya maksiat.
3.
Keharusan untuk berpegang teguh terhadap sunnah Nabi dan sunnah
Khulafa al-Rasyidin, kerana didalamnya terdapat kemenangan dan
kejayaan, khususnya tatkala banyak terjadi perbezaan dan perpecahan.
4.
Hadits ini menunjukkan tentang sunnahnya memberikan wasiat saat
berpisah karena di dalamnya terdapat kebaikan dan kebahagiaan dunia dan
akhirat.
5. Larangan untuk melakukan hal yang baru dalam agama (bid’ah) yang tidak memiliki landasan dalam agama.
6.
Bidaah dari segi syarak adalah sesuatu yang diada-adakan dalam perintah
agama yang bersalahan dengan perintah Allah dan dalil syarak sama ada
yang khas atau yang umum. Ia adalah dicela dan inilah dimaksudkan
dengan, “Setiap bidaah itu sesat”
7.
Bidaah dari segi bahasa adalah sesuatu yang dicipta dengan tidak ada
contoh yang terdahulu. Sebahagian sahabat memandang baik beberapa
perkara bidaah contohnya kata-kata Sayidina Umar r.a ketika mengumpul
orang ramai untuk bersolat tarawikh pada bulan Ramadhan mengikut
seorang imam di masjid “Ini adalah sebaik-baik ibadah.”
Diriwayatkan
oleh Ubai bin Kaab beliau telah berkata kepada Sayidina Umar r.a “Ini
tidak perbah berlaku. “Umar r.a menjawab, “Sesungguhnya aku
mengetahuinya tetapi ia adalah sesuatu yang baik.
8.
Imam Syafie mengatakan bahawa bidaah terbahagi kepada 2 iaitu biadah
yang dipuji dan bidaah yang dikeji. Perkara yang baru (al-Muhdasat)
yang menyalahi kitab, sunnah, athar dan ijmak maka ia adalah sesat.
Manakala yang tidak menyalahi kitab, sunnah, athar dan ijmak adalah
yang baik dan tidak dikeji. (Bidaah Hasanah)
Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya : "
Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang mengeletarkan
hati dan menitiskan air mata.
Maka kami berkata kepadanya : ' Wahai Rasulullah,
seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu
pesanan.
' Sabda Rasulullah SAW : ' Saya berpesan kepada kamu supaya
sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza wajalla serta mendengar dan taat sekalipun
kepada seorang hamba yang memerinta kamu.
Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu
akan menyaksikan perselisihan yang banyak.
Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan dan sunnah
Khalifah Ar-Rasyiddin Al-Mahdiyyin yang beroleh petunjuk ( daripada Allah ) dan
gigitlah ia dengan gigi geraham kamu ( berpegang teguh dengannya dan jangan
dilepaskan sunnah-sunnah itu ).
Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan, kerana
sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu menyesatkan. '
عن أب نجيح العرباض بن ساریة t قال: (( وعظنا رسول الله e موعظة وجلت منها
القلوب، وذرفت منها العيون فقلنا: یا رسول الله آأنها موعظة مودع فأوصنا. قال: أوصيكم
بتقوى الله عز وجل، والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد، فإنه من یعش منكم بعدي
فسيرى اختلافا آثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدین المهدیين، عضوا عليه ا
بالنواجذ، وإیاآم ومحدثات الأمور، فإن آل بدعة ضلالة )) رواه أبو داود والترمذي وقال:
حدیث حسن صحيح.
Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi. al-Tirmizi berkata ia hadis sahih. Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami berkata: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, necaya dia akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa' Rasyidin yang mendapat hidayat. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu dalam neraka.
Pengajaran hadis:
Baginda menyeru mereka agar menggigit sunnah-sunnah tersebut. Ungkapan ini memberi erti betapa perlunya berpegang teguh dengan sunnah Nabi dan Khulafa' Rasyidin serta menjauhkan perkara bid'ah yang sesat, perkara yang diada-adakan dalam agama kerana semua bid'ah adalah kesesatan yang akhirnya membawa pengamalnya ke lembah neraka.Rasulullah SAW telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami berkata: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, necaya dia akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa' Rasyidin yang mendapat hidayat. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu dalam neraka.
Pengajaran hadis:
(1) Ucapan nasihat dan peringatan adalah penting dalam kehidupan umat lslam. Pengajaran dan peringatan hendaklah disampaikan secara bersungguh-sungguh dan berkesan agar ia memberikan kesan
positif kepada para pendengar.
(2) Rasulullah SAW berwasiat dalam hadis ini beberapa perkara penting, antaranya; supaya bertaqwa kepada Allah SWT, patuh dan taat kepada pemerintah biarpun dia adalah orang yang berasal dari
keturunan bawahan atau hamba 'abdi, kerana yang penting apa yang diperintahkan, bukan orang yang memerintah.
(3) Masalah melantik hamba abdi menjadi ketua masih diperselisihkan oleh para ulama, namun Rasulullah SAW menyebut hal ini bagi menunjukkan peri pentingnya tuntutan patuh dan taat bagi seorang mukmin terhadap ketuanya selagimana perintahnya tidak bertentangan dengan syara'.
(4) Umat akhir zaman diancam oleh perselisihan dan perpecahan. Justeru itu Nabi SAW berpesan agar umat Baginda berpegang teguh dengan sunnah Baginda SAW dan sunnah para khulafa' Rasyidin.
(2) Rasulullah SAW berwasiat dalam hadis ini beberapa perkara penting, antaranya; supaya bertaqwa kepada Allah SWT, patuh dan taat kepada pemerintah biarpun dia adalah orang yang berasal dari
keturunan bawahan atau hamba 'abdi, kerana yang penting apa yang diperintahkan, bukan orang yang memerintah.
(3) Masalah melantik hamba abdi menjadi ketua masih diperselisihkan oleh para ulama, namun Rasulullah SAW menyebut hal ini bagi menunjukkan peri pentingnya tuntutan patuh dan taat bagi seorang mukmin terhadap ketuanya selagimana perintahnya tidak bertentangan dengan syara'.
(4) Umat akhir zaman diancam oleh perselisihan dan perpecahan. Justeru itu Nabi SAW berpesan agar umat Baginda berpegang teguh dengan sunnah Baginda SAW dan sunnah para khulafa' Rasyidin.
🔻⤵️⏬
Hadis Keduapuluh Sembilan
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
..................................................................
...........................................................................................................
.......................................................................................................................
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
No comments:
Post a Comment