أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Hadith ke 27 - Hadis 27 - Hati Tenang dan Gelisah Hadis Keduapuluh Tujuh
Perasaan hati hanya boleh dipakai apabila selari dengan kaedah hukum syara' dan selagimana tidak bercanggah dengan hukum hakam agama.
Hadis 27
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Hadith ke 27 - Hadis 27 - Hati Tenang dan Gelisah Hadis Keduapuluh Tujuh
Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda :
" Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa
yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui
manusia mengenainya.
~ Riwayat Muslim Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a :
" Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu banginda bertanya : '
Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ' Aku menjawab : ' Ya '.
Sabda Rasulullah SAW lagi : ' Tanyalah hati engkau. '
Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta
mententeramkan hati.
Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan
meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan
terus menfatwakan sesuatu.' "
HADIS 27
عن النواس بن سمعان t عن النبي e قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد t قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda:
Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.
Pengajaran hadis:
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda:
Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.
Pengajaran hadis:
(1) Kebajikan atau kebaikan ialah perkara yang hati seorang mukmin merasa tenang dan baik, sedangkan kejahatan atau dosa pula ialah apa yang hatinya merasa keluh kesah, gementar dan merasa takut kalau-kalau diketahui oleh manusia. Seorang mukmin, dengan firasat hatinya boleh menduga baik buruk sesuatu perkara. Walau apapun pandangan orang lain, dia lebih berhak membuat pendirian berdasarkan iman dan firasatnya. Namun perasaan dan firasatnya itu tidak boleh bertukar menjadi hukum syara' atau fatwa yang memestikan orang lain mengikutinya. la hanya boleh digunakan untuk dirinya sendiri. Kebaikan atau kebajikan yang diberikan kelonggaran untuk kita meminta fatwa hati ialah kebajikan yang masih kesamaran, adapun yang memang sudah ada nas yang jelas, maka ia mesti dianggap kebaikan biarpun hati berat menerimanya. Demikian juga keburukan yang sudah ada nas yang jelas, ia tidak boleh dipertikaikan atau ditakwil lagi berdasarkan perasaan dan firasat hati.
Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 27 - Hati Tenang dan Gelisah
Hadis 27
Daripada
Nawas bin Sim’an radhiallahuanhu, dari Rasulullah shollallohu ‘alaihi
wa sallam beliau bersabda : “Kebaikan adalah akhlak yang baik,
sedangkan dosa adalah segala hal yang megusik jiwamu dan engkau tidak
suka jika orang lain melihatnya “
(Riwayat Ahmad 4/228, al-Bukhari dalam al-Adab no.295 dan Muslim no. 2553)
Dan
daripada Wabishah bin Ma’bad radhiallahuanhu dia berkata : Saya
mendatangi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, lalu baginda
bersabda : Apakah engkau datang untuk bertanyakan tentang kebaikan ?,
Saya menjwab : Benar!. Baginda bersabda : Mintalah fatwa kepada kamu
sendiri. Kebaikan adalah apa-apa yang mententeramkan jiwa dan hati,
sedangkan dosa adalah apa-apa yang mengusik jiwa dan meragukan hati,
meskipun orang-orang memberi fatwa yang membenarkanmu.
(Riwayat Ahmad no. 18006 dan al-Darimi (2/249).
Al-Nawwas bin Sam'an, radiyallahu 'anhu, reported that the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, said:
"Righteousness is good character, and sin is that which wavers in your heart and which you do not want people to know about."
[Muslim]
According to Wabisah bin Ma'bad, radiyallahu 'anhu, who said:
I
came to the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, and he
said: "You have come to ask about righteousness ?" " Yes," I answered.
He said: "Consult your heart. Righteousness is that about which the
soul feels tranquil and the heart feels tranquil, and sin is what
creates restlessness in the soul and moves to and fro in the breast,
even though people give you their opinion (in your favour) and continue
to do so."
[A good hadith transmitted from the Musnads of the two Imams, Ahmad bin Hanbal and Al-Darimi]
(Hadits hasan kami riwayatkan dari dua musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan Ad Darimi dengan sanad yang hasan)
Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :
1. Tanda perbuatan dosa adalah timbulnya keragu-raguan dalam jiwa dan tidak suka kalau hal itu diketahui orang lain.
2. Siapa yang ingin melakukan suatu perbuatan maka hendaklah dia menanyakan hal tersebut pada dirinya .
3. Anjuran untuk berakhlak mulia kerana akhlak yang mulia termasuk unsur kebaikan yang sangat besar.
4. Hati seorang mu’min akan tenang dengan perbuatan yang halal dan gusar dengan perbuatan haram.
5.
Melihat terlebih dahulu ketetapan hukum sebelum mengambil tindakan.
Ambillah yang paling dekat dengan ketakwaan dan kewara’an dalam agama.
6.
Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam ketika menyampaikan sesuatu
kepada para shahabatnya selalu mempertimbangkan situasi dan keadaan
mereka.
7. Antara sfat orang Mukmin yang Allah telah sebutkan dan surah al-Anfal ayat 2-4 ialah:
“Orang
yang ketika nama Allah disebut, hati mereka gementar, dan ketika
ayat-ayat-Nya dibacakan kepada mereka, iman mereka bertambah dan hanya
kepada Tuhanlah mereka bertawakal. (Iaitu) mereka melaksanakan solat
dan mengeluarkan infak dariapada sebahagian harta yang Kami berikan
kepada mereka. Mereka itulah orang yang benar-benar Mukmin.”
8.
Abu Tha’labah al-Khasyani meminta kepada Rasulullah SAW supaya
diterangkan apakah yng halal baginya dan haram atasnya? Rasulullah
menyatakan, “Kebaikan yang halal itu ialah sesuatu yang tetap oleh diri
dan tenang oleh jiwa dalam menghadapainya. Dosa itu ialah sesuatu yang
tidak tetap oleh diri dan tiada tenag oleh hati. (Riwayat Imam Ahmad
daripada Abdullah bin al-Ala bin Zayd)
9.
Wasilah bin al-Asqa meminta kepada Rasulullah SAW: “Berilah kepadaku
satu fatwa tentang sesuatu perkara sehingga aku tiada lagi akan
bertanya kepada seseorang sesudah engkau.”
Maka Rasulullah pun berkata kepadanya: “Mintalah fatwa daripada diri engkau sendiri.”
Kataku: “Bagaimanakah yang demikian?”
Rasulullah
menjawab: “Engkau tinggal apa yang meragukan engkau kepada apa yang
tiada meragukan engkau. Sekalipun telah berfatwa kepada engkau oelh
sekalian orang yang berfatwa.”
Kataku lagi: “Bagaimanakah yang demikian?”
Jawab
Baginda: “Letakkan tangan engkau di atas hati engkau (bagaimana
perasaan engkau?)” Hati akan tenang kepada perkara yang halal dan tiada
resah gelisah kepada perkara yang haram. (Riwayat al-Tabrani)
Wasiat Nabi Adam a.s
Menurut riwayat dalam Syarah al-Arbain al-Nawawiyah, Nabi Adam a.s berwasiat kepada anak-anaknya:
1. Jika
kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka
janganlah kamu teruskan. Sewaktu akan memakan buah khuldi, hatiku telah
bergoncang dan gelisah.
2. Jika
kamu hendak mengerjakan sesuatu perkara, lihatlah kesudahannya. Kalau
aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan akibat memakan buah tersebut,
tentu aku tidak memakannya.
3. Jika
kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang
yang arif. Kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu
diberitahu kepada aku supaya aku tidak memakan buah yang terlarang itu.
⤵️↘️⏬
Hadis Keduapuluh Lapan
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
..................................................................
...........................................................................................................
.......................................................................................................................
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
No comments:
Post a Comment