BERDIALOG DENGAN JIN
Sebagai seorang pensyarah pengajian syariah di Institut Agama Islam Negeri, Sumatera Utara, Ustaz Haji Budiman Selian Haji Ghazali, 43, merasakan tidak lengkap pengetahuannya jika dia tidak menyelami serta menyingkap rahsia alam jin. Kerap kali ketika menyampaikan ceramah dan kuliah, orang akan mengajukan pelbagai persoalan mengenai alam jin. Untuk itu, Ustaz Budiman telah mengaturkan satu pertemuan dengan seorang perempuan yang bertindak sebagai penumpang tempat jin tersebut berdialog dengannya.
“Seminggu sebelum majlis dialog diadakan, saya telah pergi ke rumah seorang wanita berusia 45 tahun di Alor Hitam, Pengkalan Berandan, Sumatera kira-kira 90 km dari rumah saya”, terang Ustaz Budiman.
Tambahnya, beliau meminta bantuan wanita itu berhubung dengan jin dan memaklumkan hasratnya untuk berdialog. Wanita itu memberitahu bahawa jin saudaranya bersetuju membawakan yang beragama untuk sesi dialog pada minggu berikutnya di Medan.
Sebagaimana yang dijanjikan, wanita itu telah datang bersama suaminya ke rumah Ustaz Budiman. Kira-kira pukul 12.00 tengah malam, wanita itu memanggil jin tersebut. Tidak lama kemudian datanglah jin yang dijanjikan. Jin itu digelar Ustaz Jin yang kemudiannya memasuki tubuh wanita tersebut, maka bermulalah dialog di antara Ustaz Budiman dengan Ustaz Jin.
BUDIMAN :
Assalamualaikum?
JIN :
Walaikummussalam.
BUDIMAN :
Dari mana asalmu?
JIN :
Kami bukan jin tetapi orang Bunian. Orang bunian asalnya adalah orang yang lari daripada peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w. Kami dikutuk oleh baginda sehingga kami tidak boleh dilihat oleh manusia. Kami mempunyai suku sakat seperti manusia. Ada Jawa,India, Cina dan lain-lain.
BUDIMAN :
Apa bezanya orang Bunian dengan jin?
JIN :
Banyak bezanya, saiz kamilebih kurang seperti manusia cuma lebih elok dan cantik sedikit daripada manusia, sedangkan jin lebih besar daripada kami. Mereka terdiri dari dua kumpulan, ada yang kafir dan ada yang beragama Islam. Jin Islam berpakaian hijau manakala jin kafir berpakaian merah. Perkampungan jin Islam terletak di sebelah matahari terbit (timur) manakala perkampungan jin kafir terletak di sebelah matahari terbenam (barat).
BUDIMAN :
Apakah kamu pernah melihat jin?
JIN :
Pernah, Cuma dia dengan caranya manakala kami berjalan dengan jalan kami.
BUDIMAN :
Manusia percaya ada hantu. Apakah pula hantu?
JIN :
Sebenarnya hantu itu adalah kami. Kamilah yang manusia sering takuti.
BUDIMAN :
Siapa pula pontianak?
JIN :
Itupun kami juga. Anak-anak gadis kami.
BUDIMAN :
Di manakah tempat kamu?
JIN :
Tempat kami ialah di tempat yang dikultus (dipuja) manusia, tempat yang ditakuti dan disenangi mereka seperti di tanah perkuburan, tempat-tempat seram, pokok-pokok besar, hulu-hulu sungai dan tempat persembahan mereka. Kami jua tinggal di rumah-rumah kosong atau yang telah lama ditinggalkan dan di situ kami akan hidup aman sentosa dan beranak pinak. Bagi jin beragama Islam, mereka gemar tinggal di kubah masjid, surau dan bumbung rumah orang islam.
BUDIMAN :
Benarkah kamu tidak suka tinggal di bandar?
JIN :
Benar, kerana di bandar terlalu bising dan tidak sesuai dengan kami. Di bandar terlalu terang. Kami suka dengan tempat sunyi dan gelap iaitu suasana yang ditakuti manusia. Lagipun bandar, orang sudah tidak percayakan kami.
BUDIMAN :
Saya minta Ustaz Jin periksa sesuatu untuk saya. Pergi ke Lawe Pangkat di Alas, Sumatera dan tempat itu juga dikenali dengan nama Kota Cane. Cuba Ustaz Jin pastikan siapa dan jin yang tinggal di situ serta apa namanya.
(Lantas Ustaz Jin itu meninggalkan dialog itu dan terus pergi ke tempat yang diminta. Kira-kira 3 minit kemudian jin itu kembali memasuki tubuh wanita itu.)
JIN :
Aku sudah periksa kesemuanya.
BUDIMAN :
Cepat engkau kembali?
JIN :
Kami seperti angin sebab itu boleh kembali dengan cepat. Aku telah pergi ke tempat yang kamu mahukan. Itu adalah tempat pembuangan jin yang telah melakukan kesalahan. Pada masa-masa tertentu kawasan itu mengalami bah besar yang akan melanda daru gunung ke muara. Ia akan berterusan dan tidak berhenti sehingga adanya korban nyawa. Ia dilakukan oleh jin-jin di rantau itu yang dibuang oleh panglima jin kerana melakukan kesalahan.
BUDIMAN :
Kenapa apabila orang Bunian bersahabat dengan manusia, manusia itu akan menjadi bomoh?
JIN :
Kerana kami orang kasar lebih banyak mengetahui khasiat-khasiat daun-daun kayu di hutan kerana hutan menjadi tempat tinggal kami berbanding kalian manusia orang halus ini. Lagipun, kami mempunyai kelebihan megetahui rahsia alam berbanding manusia.
BUDIMAN :
Mengapa kamu sifatkan kami orang halus dan kamu orang kasar sedangkan kami menganggap sebaliknya?
JIN :
Kerana kami mempunyai budi pekerti dan akhlak yang kasar berbanding kamu manusia yang baik budi pekertinya.
BUDIMAN :
Sekarang azan Subuh berkumandang maka sudah sampai waktu solat Subuh, Apakah Ustaz Jin mempunyai pesan kepada manusia supaya boleh menjadi garis panduan?
JIN :
Ada beberapa. Pertamanya kalau saudara membina rumah, jangan buat pintu depan dan belakangnya selari.
BUDIMAN :
Kenapa?
JIN :
Kerana ia akan menjadi pilihan sebagai laluan kami. Pasti timbul masalah kepada manusia yang menghuni rumah tersebut jika ia sudah menjadi laluan kami.
BUDIMAN :
Lagi?
JIN :
Kalau seseorang dirasuk oleh orang Bunian, lalu apa yang disuruh keluar ia meminta makan sebagai syarat, maka jangan ikut katanya kerana sekiranya ia diberi makan, dia akan datang lagi dan tidak akan pergi. Pada waktu senja pula, anak-anak janganlah keluar rumah kerana pada waktu itu adalah umpama masa cuti di kalangan jin. Jin banyak berkeliaran sekitar waktu itu. Manalah tahu kalau anak-anak manusia terusik atau terkencing? Jika ini berlaku menyebabkan kanak-kanak “Keteguran” dan sekiranya terkena “Keterguran”, ia susah untuk diubati. Selain daripada itu, bagi tuan-tuan yang mempunyai isteri yang cantik-cantik, berhati-hatilah menginggalkannya.
BUDIMAN :
Mengapa pula?
JIN :
Kerana orang-orang kami juga kadangkala bersimpati pada manusia. Bahkan turut bercinta dengan manusia.... Mahukah Ustaz Budiman jika saya ajarkan ayat Al-Quran untuk bertemu dengan raja jin?
BUDIMAN :
Saya tidak mahu.
JIN :
Kenapa?
BUDIMAN :
Kerana jin itu tidak setaraf dengan saya. Saya khuatir nanti tidak boleh menyelamatkan akidah saya kerana jin makhluk halus.
JIN :
Bagus, itulah sebaiknya kerana jin tidak boleh dipercayai. Kalau kalian percaya pada jin, kekuatannya akan bertambah. Jin akan lemah kalau manusia tetap percaya dan beriman kepada Allah. Terima kasih kerana sudi bercakap dengan saya.
BUDIMAN :
Assalamualaikum?
JIN :
Waalaikummusalam.
Meskipun dapat berdialog dengan jin, Ustaz Budiman yakin beberapa keterangan yang diberikan oleh jin itu tidak benar dan hanyalah tipu dayanya saja. Malah ia akui sendiri oleh Ustaz Jin yang berdialog dengan Ustaz Budiman. “Sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin, meskipun jin tersebut terdiri daripada jin Islam, kita tidak wajar mempercayainya kerana tindak tanduk jin penuh dengan tipu daya untuk menyesatkan manusia”, kata Ustaz Budiman lagii.
Paling jelas jin itu menipu ialah apabila ia mengatakan ia bukan keturunan jin sebaliknya adalah orang Bunian yang disumpah oleh Rasulullah s.a.w sedangkan perkara ini tidak terdapat dalam Al-Quran atau Hadis. “Bagiamanapun, tragedi banjir yang berlaku di Alas, Sumatera itu adalah benar setelah diselidiki manakala pesanan yang disampaikan jin itu boleh diterima akal tetapi kita tidak boleh mengikutinya”, tambah Ustaz Budiman.
🕋⛰🇲🇾💜❤❤💘💝❣🌍🌎💟💞💞💘❤💓💕💖💙💚💚🌏🌏🕌
No comments:
Post a Comment