09 February 2012

Proton Saga FLX 1.6 SE CVT

Proton Saga FLX 1.6 SE CVT Dilancarkan. Harga Macam Biasa, Ini Yang Proton Mampu Tawarkan, RM49,899 OTR!

by STAFF BERITA SEMASA on NOVEMBER 25, 2011

in BERITA DUNIA

Proton Saga FLX SE 1.6L Proton Saga FLX 1.6 SE CVT Dilancarkan. Harga Macam Biasa, Ini Yang Proton Mampu Tawarkan, RM49,899 OTR!

Biasanya inilah taktik dan strategi Proton daripada dahulu lagi. Akan merahsiakan dahulu kemunculan model-model terbaru mereka termasuklah berita mengenai Proton Saga FLX 1.6 SE ini. Walaubagaimanapun, hari demi hari beberapa gambar telah tersebar sebelum daripada tarikh pelancaran rasmi Proton Saga FLX 1.6 SE ini.

Kalau model kereta luar negara, beberapa bulan sebelum model kereta mereka dilancarkan mereka telah tunjukkan model tersebut kepada umum. Sekurang-kurangnya mereka mendapat review dan feedback awal daripada bakal pembeli & pengguna bagi memastikan model mereka berjaya memuaskan hati bakal pembeli mereka sebelum tarikh pelancaran.

Tetapi itulah, berlainan dengan pendekatan yang digunakan oleh Proton yang sehingga ke hari ini lebih suka mendiamkan diri. Tak tahu apa sebab musababnya. Hanya pihak Proton yang lebih mengetahuinya.

Proton Saga FLX SE 1.6L 2 Proton Saga FLX 1.6 SE CVT Dilancarkan. Harga Macam Biasa, Ini Yang Proton Mampu Tawarkan, RM49,899 OTR!

Gambar Proton Saga FLX 1.6 SE di atas, seperti yang dilaporkan oleh laman It’s From The News menunjukkan Proton Saga FLX 1.6 SE telah diangkut menggunakan treler, besar kemungkinan dalam perjalanan ke bilik pameran Proton.Cuma daripada gambar ini dilihat sedikit janggal, kenapa bodykit pada Proton Saga FLX 1.6 SE tidak dicat sama warna dengan warna body kereta?

proton saga flx 1.6 se 8 Proton Saga FLX 1.6 SE CVT Dilancarkan. Harga Macam Biasa, Ini Yang Proton Mampu Tawarkan, RM49,899 OTR!

Klik pada gambar brochure di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas (right click) :

proton saga flx 1.6 se7 300x222 Proton Saga FLX 1.6 SE CVT Dilancarkan. Harga Macam Biasa, Ini Yang Proton Mampu Tawarkan, RM49,899 OTR!

proton saga flx 1.6 se 7 300x225 Proton Saga FLX 1.6 SE CVT Dilancarkan. Harga Macam Biasa, Ini Yang Proton Mampu Tawarkan, RM49,899 OTR!

Apa persamaan antara Proton Saga FLX 1.6 dengan Proton Saga FLX 1.6 SE?

  • Dual SRS Airbags
  • Tali pinggang keledar dengan pre-tensioners
  • Anti Lock Braking System (ABS)
  • Electronic brakeforce distribution 9EBD)
  • Mempunyai CD dengan pemain MP3 dan USB dan AUX
  • Kawalan audio pada streng kereta

Bagimana dengan perbezaan antara Proton Saga FLX 1.6 dengan Proton Saga FLX 1.6 SE?

Proton Saga FLX 1.6 SE mempunyai :
  • kapasiti enjin yang lebih besar menggunakan enjinCampro IAFM 1.6L yang mampu untuk menghasilkan 108hp pada 5,750 rpm dan tork maksimum, 150Nm pada 4000rpm dengan sistem transmisi boleh laras berterusan (CVT). Pastinya kalau anda pandu model ini anda boleh rasai sendiri kelancarannya
  • tempat duduk kulit
  • stereng dibalut kulit
  • bodykit penuh
  • lampu kabus depan dan dibelakangnya pula lampu rear combi jenis LED
  • Rim aloi telah telah ditukar kepada aloi rim 15 inci supaya nampak lebih sport

Dikhabarkan Proton Saga FLX 1.6 SE akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Disember 2011 iaitu bersamaan hari Khamis minggu hadapan. Berapalah agaknya harga Proton Saga FLX 1.6 SE ini?

UPDATE 30 November 2011!!

Proton Saga FLX SE 1.6 telah pun dilancarkan. Harga Proton Saga FLX SE 1.6 macam biasa seperti model-model kereta Nasional yang lain, jangan diletakkan harapan yang tinggi sangat. Paling kurang 7 dan 9 tahun pinjaman kereta yang anda perlukan.

Senarai harga kereta proton Saga FLX 1.6 SE :

  • RM49, 899 OTR (red fire metalik)
  • RM49, 449 OTR (solid white)

Koleksi gambar Proton Saga FLX .6 SE (8 keping gambar – sumber Paultan)

proton saga Saga FLX SE Proton Saga FLX 1.6 SE CVT Dilancarkan. Harga Macam Biasa, Ini Yang Proton Mampu Tawarkan, RM49,899 OTR!

proton saga Saga FLX SE 3 Proton Saga FLX 1.6 SE CVT Dilancarkan. Harga Macam Biasa, Ini Yang Proton Mampu Tawarkan, RM49,899 OTR!

proton saga Saga FLX SE 2 Proton Saga FLX 1.6 SE CVT Dilancarkan. Harga Macam Biasa, Ini Yang Proton Mampu Tawarkan, RM49,899 OTR!proton saga Saga FLX SE 4 Proton Saga FLX 1.6 SE CVT Dilancarkan. Harga Macam Biasa, Ini Yang Proton Mampu Tawarkan, RM49,899 OTR!

proton saga Saga FLX SE 5 Proton Saga FLX 1.6 SE CVT Dilancarkan. Harga Macam Biasa, Ini Yang Proton Mampu Tawarkan, RM49,899 OTR!proton saga Saga FLX SE 6 Proton Saga FLX 1.6 SE CVT Dilancarkan. Harga Macam Biasa, Ini Yang Proton Mampu Tawarkan, RM49,899 OTR!

proton saga Saga FLX SE 7 Proton Saga FLX 1.6 SE CVT Dilancarkan. Harga Macam Biasa, Ini Yang Proton Mampu Tawarkan, RM49,899 OTR!

proton saga Saga FLX SE 8 Proton Saga FLX 1.6 SE CVT Dilancarkan. Harga Macam Biasa, Ini Yang Proton Mampu Tawarkan, RM49,899 OTR!

P/S : Ada yang berminat dengan Proton Saga FLX 1.6 SE? Apa pendapat anda dengan model Proton Saga FLX 1.6 SE setakat ini?


{ 88 Komen Bernas… Telah Dikongsikan Setakat ini. Pandangan Anda Pula? }

1Proton Waja November 25, 2011 at 11:34 am
2fasha sandha insaf November 25, 2011 at 4:10 pm

memang cantik…
fasha sandha insaf Berita Terkini….perkara yang perlu dilakukan jika terlanjurMy Profile

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

3aloha November 25, 2011 at 11:57 am

mahal dan x berbaloi….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

4Anonymous November 29, 2011 at 7:09 pm

jika nk dibandingkan dgn lg best?

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

5cikgubahasa November 25, 2011 at 12:08 pm

utk kereta saya tidak akan membeli buatan malaysia…menunggu sehingga cukai kenderaan import dihapuskan…kualitit jauh lebih baik…
cikgubahasa Berita Terkini….Pengalaman Aku Berjiran Dengan MELAYU, Berbeza Berjiran Dengan CINA!My Profile

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

6css November 25, 2011 at 3:23 pm
7Anti Kapitalis November 25, 2011 at 6:47 pm

hang nak tunggu cukai turun
kalau hang harapkan BN dok buat benda tu
jgn mimpilah
sampai ketualah hang dok menunggu
cikgu bahasa ooiii

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

8Din November 29, 2011 at 1:58 pm

Klu PR memerintah sekali pun, xdenye turun cukai 2…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

9Anonymous November 29, 2011 at 7:12 pm

xyah tunggu cukai turun. baik perbaiki sistem pengangkutan awam supaya lebih efisien dan mesra pengguna. kalau kete murah abis laa oi… lg jem laa sume nk beli kete. sekarang ni pun dgn harga kete mahal pun dh jem.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

10ehehehe February 9, 2012 at 6:58 pm

boleh belah…….import konon bole belah……

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

11asparagus November 25, 2011 at 12:15 pm

proton, biase le… tp yg pasti lepas tu, timbullah mslh tingkap xleh bukak, stereng adjust boleh patah, dashboard bebunyi mcm skru longgar, kerusi xleh adjust dpn/blkg, radio xleh nk set. xtauklah, kereta nasional, buatan tempatan, harga dahlah mahal, beli mahal, jual murah betol. kalau yer pn nak kaut untung tu, pada2 lah sikit. xsemua rakyat malysia kaya… patut dpn naik keta nasional ni, dgn brg tempatan, kepakaran tempatan, bgilah harga munasabah. xyah nk mahal dlm negara je. lnlah nak jual kat luar negeri…ok gak.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

12amin November 25, 2011 at 3:23 pm

tak semuanya mcm tu kot
kereta proton aku pakai ok je
sekurang2nya org cm kita nila yang mesti
sokong produk kereta nasional
sekurangnya dengan sokongan daripada kita semua
Proton dapat semangat untuk buat lebih baik
nak bina kereta nasional bukan mudah bro
belanja penyelidikan je dah makan berjuta-juta

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

13ICrony November 25, 2011 at 4:02 pm

Kau tak tahu apa satu pasal kereta. Itu pasal lah kereta kau tiada masalah. Kalau tayar tercabut sekalipun kau kata itu masalah jalanraya atau Jabatan Kerja Raya. Maaflah aduhai si tolol!

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

14Din November 29, 2011 at 2:06 pm

X perlu la kot nak pertikaikan keupayaan org laen. Jgn anggap dr 2 hebat sgt. Respect la ckt pandangan org…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

15din December 7, 2011 at 4:00 pm

Biase le keta nasional kurang kualiti tp harga mahal jugak. klu kat oversea student blh pakai keta harga br RM 20k – 30k. Sbb 2 la ramai pakai keta import walaupn 2nd kualiti terjaga. Keta nasional nak eksport depa jaga kualiti ckit takut x laku pulak nnti.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

16exora_white December 14, 2011 at 11:17 am

ni mesti tak naik..tak baca manual nie…..
smpai radio pun xleh adjust…..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

17man November 25, 2011 at 2:06 pm

smart tpi mhal la…..negara sndiri pn nak memilih ka..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

18Anonymous November 29, 2011 at 7:14 pm

nk murah? belilah tata nano. simple, kecik n cute. 10k je

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

19boy 121 November 25, 2011 at 2:08 pm

ok kn 2 proton…tpi bgi murah la…er…plz

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

20jay taiko....ne November 25, 2011 at 2:11 pm

tolong bha kasi murah ar,,,,,kmi org susah ne,,,,,,,,,,kmi tdk ada kereta ….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

21Anonymous November 29, 2011 at 6:59 pm

x payah pakai kete lg senang kn? kata susah xde duit

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

22seekers2 November 25, 2011 at 2:20 pm

proton saga flx lama tune enjin skit pastu masukkan bodykit,side mirror dan pemegang pintu serupa mcm persona elgance.

Wala.. terus dpt title SE

try tgk harge die nnt..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

23zali November 26, 2011 at 7:53 pm

alah… same je la ngan perodua & keta2 lain. tukar itu sikit, ini sikit… dpt title SE gak…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

24Anonymous November 29, 2011 at 7:16 pm

p2 laa lg best, lg kecik dan lg mahal…. kualiti sama je.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

25Anti Kapitalis November 25, 2011 at 6:46 pm

inilah bisnes paling senang utk proton tipu penggunanya
buat duit mudah
kenapa kerap sangat proton selalu buat kereta yang tak cukup sifat
pendek cerita kereta cacat
lepas tu terhegeh2 nak buat facelift pulak
ubah sikit2, kemudian buh harga tinggi sikit
harap jangan ada yang tertipu
dengan proton lps ni

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

26zali November 26, 2011 at 8:02 pm

semua pengeluar kereta kat dunia ni buat camni. jangan nak tuduh proton je yea…..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

27Anonymous November 29, 2011 at 7:17 pm

aku taktau nk ckp ape ngan ko ni…. idup zaman bile bro?

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

28aizatnaser November 25, 2011 at 7:50 pm

Toyota pun buat bende yg sama…toyota vios dugung 2 pun sgt buruk bentuknya…tp hanya cantik bila versi TRD…cuma org yg dah diracun & dipasak pemikirannya saje yg x perasan….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

29ntahapapantah November 27, 2011 at 11:09 pm

atleast kreta luar klu x cukai import mahal giler tak le mahal sangat dgn kuliti yg dimiliki kereta luar. kreta msia bukan tak cantik tp mahal, ngapa jual luar kat luar negara bleh murah , jual rakyat sndri mahal, cth new myvi fullspec kat uk jual cuma 7000 pound tukar dgn rm pun lbh kurang 45k bbnding harga msia 56k, apa ceta??????????

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

30Anonymous November 29, 2011 at 7:20 pm

fuhhh… terrer laa lu convert matawang. dh lama duk kt oversae ke?

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

31rozman November 25, 2011 at 7:56 pm

Bagus sangat ke? Kalau nak betul2 bagus buat kereta kualitinya macam model camry pastu jual harga sama macam saga flx se, confirm meletup proton seluruh dunia….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

32Anonymous November 29, 2011 at 7:21 pm

woih… meletup tuuuuu

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

33Jazlan November 25, 2011 at 8:12 pm

proton saga FLX se ini masa aku pergi borak dengan ada sorang salesman proton cakap FLX ni sepatutnya jimat minyak
tapi yg peliknya dia kata lagi kuat minyak dpd versi FL
betul ke jimat minyak??

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

34apacino November 26, 2011 at 5:17 pm

SAMPAH masyrakat ka SAMPAH sarap?? hahahahaha..perodua da menang pn title “People’s Choice” COTY 2011…Proton ble lg nk tnggu pe????nk tunggu bungkus dulu???..come on proton !!!!

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

35zali November 26, 2011 at 8:01 pm

ape la sangat ngan perodua tu. Apa R&D yg diorg buat? just tukar logo keta Daihatsu kepada perodua, tukar bumper… heheh. Proton ada gak R&D diorg… aku ada 2 buah kereta (proton & perodua), tp aku lebih selesa guna keta proton… berbangga la ngan produk Malaysia.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

36exora_white December 14, 2011 at 11:24 am

ooooo…nmpaknya org lebih suka myvi sambung2 jadi alza…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

37zali November 26, 2011 at 8:05 pm

negara lain nak kondemkan Malaysia, kita plak ikut sama nak kondemkan negara sendiri… aku sayangkan Malaysia.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

38abg cil December 14, 2011 at 11:32 am

zali ko ni macam babi la

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

39Jati Malaya November 26, 2011 at 9:25 pm

Apsal kalo Proton (Malaysia) buat apa benda pun korang kutuk? Bila masa plak kereta brand lain bg review model terbaru depa???? X pernah ada satu pun brand kete dalam dunia yang review dulu sebelum pelancaran??? bodo betulla.

Rakyat kata ni sekolah tinggi mana pun tapi otak masih dok dijajah orang luar. Cari seekor babi utan yang tahap tunggal tu, taruh logo honda ka, toyota ka, nissan ka. kompem orang kita beli……… Perodua buat kete bagus, walaupun kete yang dok masuk malaysia ni sisa2 dari jepun, tu pun baguih kata rakyat kita……..

tu la akau cakap, skolah la tinggi mana pun, tapi rakyat kita punya otak akan terus takuk tu ja…….BODOOOOO………….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

40NSMB November 27, 2011 at 12:41 am

“Cari seekor babi utan yang tahap tunggal tu, taruh logo honda ka, toyota ka, nissan ka. kompem orang kita beli…”

Orang kita takdak bodoh sangat sampai pi beli babi hutan bro :P

Yang hang emo sangat pasaipa? Hang salesman Proton ka?

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

41Prof anti kroni November 27, 2011 at 8:35 pm

npk sgt ko ni x pnh naik keta selain ko naik keta proton & produa…. apa ko x rasa bila kita naik keta dr luar ddk dalam keta x bunyi bising dari luar…. ttup pintu pon solid jer dgr…
kqlo keyta malaysia dah la bising dr luar blh dgr.. ttp pintu mcm bunyi tin saja dgr….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

42Anonymous November 29, 2011 at 8:56 pm

nk kasi sedap dgr bole… xnk kasi dgr pun bole… masalahnye org malaysia ni sanggup ke bayar lebih?

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

43Anonymous November 29, 2011 at 8:59 pm

senario biasa sgt dh.. maleh nk komen lebih2. standard org malaysia laa… nk semua spec yg hebat2 dan murah.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

44din December 7, 2011 at 4:09 pm

keta msia memang mahal. lps bayar loan sampai 9 thn keta dh bumbung brlubang…..sebelum proton versi melenium…cian pembeli rakyat msia..terkena sbb nak tolong produk msia…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

45yan November 26, 2011 at 10:55 pm

Tiada pun yang menarik saga FLX 1.6 SE, kenapa??? siapa yang sudah beli tidak kira FL kah atau model lama, tanya dorang lah, satu komen saya, FL saga, manual, cuba kamu panda dan on aircon, lepas tu cuba panda pelan pelan, nah…..rasalah kamu macam mana ia main injit injit semut. Apa apa pun pasti TOYOTA juga, biarpun model lama dan lebih 20 tahun, injinnya serta suspensinnya tetap konsisten. bukan mau kasih malu kerita sendiri di Malaysia, tapi bila kah Proton mau berubah, biar kerita kecil tapi yang penting badannya mesti tebal tinnya..adui….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

46akuhann9026 November 29, 2011 at 3:07 pm

den ada beli alphard v6 model 2008 awal tahun ni.. apa yg tak bestnya.. dah 3kali masuk bengkel pasal kerosakkan gearbox.. adoi.. wira den yg enjin 1.8.. tutup pintu elok je takda dengar mcm tin.. so far sudah guna dari masa study kat TOC sampai skrg takda masalah.. cuma…. POWER WINDOW SELALU ROSAK.. haha rasa den nk sambar SAGA FLX 1.6 SE ni lah utk future wife den.. thumb up beb! even FERRARI pun ada byk masalah dgn model2 dia.. kereta buatan manusia..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

47Anonymous November 29, 2011 at 9:03 pm

engkau ni banyak sangat tengok kungfu panda… tu yg ckp pn ntah apa2 aku nk faham pun susah mcm injit2 semut.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

48Al Bab Ahmad November 27, 2011 at 10:11 am

Aku duk tunggu kereta Proton & Perdua yg di jenamakan dgn 1 M’sia oleh BN Haji Najib atas nasihat Apco 1 Israel.. Baru la murah & berkualiti…..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

49are-fif November 27, 2011 at 10:50 am

walau apa2 pn berlaku
kita sebagai rakyat Malaysia kena sokong jenama Malaysia
jgn duk pandai kondem sana,kondem sini…
cakap boleh lah….kalau pandai sangat buatlah kereta citarasa sendiri….nanti baru ko tahu susah payah nk cipta satu2 produk….setiap manusia ada citarasa masing2…kalau ada 10 org xkan nak ikut 10 citarasa kut….fikir2 lah dengan akal yg waras ya Allah dh beri pada kita…sifat syukur kena ada pada diri setiap insan……tepuk dada tanyalah Iman…jgn duk asyik tanya nafsu je….tp itulah sifat manusia sekarang…ada akal letak kat kaki…..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

50Prof anti kroni November 27, 2011 at 8:43 pm

whai cek are-fif… kalo ko kata suruh sokong jenama malaysia.. ko x npk ka apa hyang jadi dgn MAS-AIR ASIAL……

aset negara sudah digadaikan kepada low cost,.. sbb nk tampung syarikat penerbangan yang bru saja tumbuh macam cendawan pas tu utang yang AIR ASIA ni buat MAS yang kne tanggung…

sama la jgk dgn proton n produa ni.. dah sah2 keta macam ape lagi buat apa nk beli… baru beli saja tigkap x blh buka.. seat rosak la.. n seangkatan dgn nya…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

51kunchi ari December 1, 2011 at 1:08 pm

kreta gua beli jenama import…pasang ka Jepun …wa cakap lu… sekali accident casis patah deh…wa beli mahal deh…sebenarnya, kita boleh menyokong produk tempatan. Produk yang berkualiti untuk membantu perkembangan ekonomi negara… tengok Jepun dan Korea Selatan.. pakai kereta dan produk buatan negara sendiri. Yang mana tak berkualiti mesti dipertingkatkan kualitinya melalui R&D. Wa pun dengar banyak la benda tak sedap dengar pasal kereta proton.. tapi wa tengok sama jer… harga jer tak sama dengan kereta import.. jalan jem sangkut gak, banjir pun sangkut gak, accident hancur gak…Tapi saya percaya pada satu perkara- jika kita menggunakan barangan yang dibeli dengan elok2… pasti jangka hayatnya tahan lama… wa dah pernah drive perodua, proton, toyota, mitsubishi…. wa ingat nak try Lamborghini la pula (kalau mampu-tk mampu wa be miniture pun jadik la)…enjin sangkut 68 kuda pun wa pernah try…Masa kampung datuk wa belum ada jalan..pakai jalan sungai..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

52rozman November 27, 2011 at 1:53 pm

Macam tak boleh tegur langsung Pro2 Proton yang tak mampu pakai kereta luar ni….Orang menegur untuk kebaikan bersama demi memartabatkan kereta nasional, Proton harus berubah mengikut trend terkini…Nak suruh orang sokong tapi jangan ingat orang semua buta…..Rakyat dah semakin cerdik untuk meluahkan pendapat, bukan rakyat dulu yang sentiasa dibelenggu perasaan takut dikenakan tindakan, tahanan semata2 menyatakan kebenaran…Masuk bab bersyukur ni, setahu saya kalau kita sesuatu dapat sesuatu barang yang dibeli dengan harga yang mahal tetapi kualitinya macam hampes, pak imam pun akan mengamuk2 kat SC ….Allah menyuruh kita berubah, Allah tidak aka mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu yang mengubahnya…maksudnya disini Allah menyuruk kita amanah, keluarkan model yang berkualiti dan harga yang berpatutan…bukan mencekik rakyat marhean dan fikir untung jer….nak suruh orang yang waras berfikir pulak, lepas ni kalau kereta tu aircond problem, brek tidak berfungsi, caj service giler, aligment lari, kipas radiator rosak, power window problem, marilah kita beramai2 bersyukur…waras ke orang yang fikir macam tu???nak guna agama tapi tak kena pada tempat…PIRAHHHH!!!

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

53Eleh November 27, 2011 at 3:33 pm

Nak buek camno…brek, kipas, powerwindow tu yang bueknyo Cino.

Allah suruh umatnya menuntut ilmu supaya dapat buat power window berkualiti tapi ramai yang pandai cakap agama ni tak reti pon nak buat. Tahu bagi hadis je.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

54hamid November 27, 2011 at 10:42 pm

adat org meniaga cam tu la.ada tapi, lau jual brg tau perkhidmatan yang mengerilukan tak tahu nak dikatakan pulak,pengalaman aku seorang peniaga , datang dalam nafsu pikiran kaut sebanyak tau rembat sebanyak keuntungan, namun dalam diri hati berkata adakah aku menaniayakan org tau diri ku sendiri.yng membuat pruduk kita yang mahal dan tidak berkualti disebabkan cukai yg tidak munasabah ,jual ja kereta baru ,kaut cukai rm…. sampai 1suku harga kereta…bila semua nak untung jadilah macam komen2 macam kat atas.kualiti no 2…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

55samirusang November 30, 2011 at 3:29 pm

tak siapa pun dipaksa untuk membeli kereta keluaran proton. buat penilaian sendiri.mampu,suka bolih beli.suka tapi tak mampu itu adalah alasan untuk memperlekehkan buatan tempatan.apa pun kita ni manusia biasa je.apa kurang nya orang lain dan apa pula kelebihan diri sendiri?

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

56shima101 December 1, 2011 at 12:59 pm

Betul.. saya setuju pendapat anda.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

57Rocky Kedah November 28, 2011 at 10:54 am

Apalah Proton,produa..Dah buat di malaysia jual lah murah sikit ..macam Jepun tu…Baru lah Rakyat di dahulukan..1 malaysia..Semua boleh pakai kereta baru.syok sikit mata tengok..Orang dok atas ada hun kut.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

58lensahitam November 28, 2011 at 7:03 pm

same gak la ngan motorsikal malaysia Kriss Modenas xde kualiti langsung,jauh sgt kualiti dgn suzuki dan yamaha..nk start enjin pun payah,tinggal skjap x bwk dua tiga da cpt kluar angin tayar..Yg tu je la aku x puas hati nk komen..hehee kete x mmpu beli lagi sbb duk Barang Naik jer..;p

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

59exora_white December 14, 2011 at 11:35 am

aikkkk…pelik-pelik…

moto aku kriss dah lebih 4 tahun ok sj…takdak masalah pun….

* pasal tayar angin kurang pun salahkan barangan buatan m’sia….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

60yo November 29, 2011 at 11:54 am

sebijik lagi kereta tin milo/sardin untuk dijual….rapat…rapat….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

61putra November 29, 2011 at 1:06 pm

saya pengguna proton saga FL bila order dulu tunggu hingga 4 bulan…lepas guna 3 bulan kereta tak boleh paking kat bukit sb klau tarik handbreak still boleh undur ke belakang…jangan tertipu…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

62akuhann9026 November 29, 2011 at 3:09 pm

wira den lama dah.. elok je parking kat bukit pun takda mengundur.. enjin pon sodap lagi.. cuma tu lah.. power window.. dah berkali2 tukar..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

63AG November 30, 2011 at 4:44 pm

Aku sendiri memiliki Proton Satria dan Wira Aeroback, Perodua Kancil (model baru lampu bulat) dan Harrier. Soo… masing2 kereta ni ada kelebihan dan kekurangan. semua dah abis bayar (slow) tinggal keta import jer. Bukan nak berlagak tapi aku beli kancil di tempat asal (Sarawak) untuk kegunaan bila aku balik sana. Di Labuan sebab aku keja Labuan dulu 5 tahun sekarang adik aku pakai Wira Aeroback tu. Elok lagi kalau tau jaga. Satria dan Harrier ada di KL. Satria (1995) aku cat baru. Tukar gearbox. Masih cantik dan sedap lagi nak bawak. Semuanya terpulang dengan bagaimana cara penjagaan. Kereta berkualiti pun kalau jaga tak rapi memang hancus jugak.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

64Diver82 December 1, 2011 at 12:01 pm

untuk makluman semua….sebenarnya semua kereta proton bukanlah di buat dimalaysia….100% di buat di jepun….cuma pemasangan je di buat di malaysia……tu yang mahal tue……..pengalaman aku la….waktu kije bawak kontena……time tue tgh sibuk2 pengeluaran inspira….berduyun2 kontena masuk ke proton……store ada lah di seksyen 31…..di bawah pengurusan Konsortium………….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

65kunchi ari December 1, 2011 at 12:57 pm

sama jer dgn yang biasa..mana lagi penting kegunaannya sebagai pengangkutan atau menyedapkan mata dan mengopek beg duit kita? Jalan jem pun tetap sangkut gak …kalau banjir pun sangkut gak… nak start enjin pun putar kunci gak… tak de la mcm kereta korea start enjin main tekan suis jer…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

66are-fif December 2, 2011 at 1:01 am

alah
payah2 ko orang buat kereta sendiri.
nk menegur biarlah dengan cara berhemah.
jgn duk jadi tin kosong je,habuk pun tarak.
ckp je kencang itu ini. klu hebat buat kereta sendiri.
pas 2 ko suruh org ln bawa.
cmform ko pn kena mcm ko wat skrg.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

67tak pro December 2, 2011 at 12:22 pm

korg ckp bnyk..ade duit beli,xde duit diam2 auda..lg bnyk bunyik..proton ngn produa same je..power window same je slalu rosk..tp proton terbaek bab aircond..dh 4-5 tahun br servis..cube tgk perodua..br 1-2 tahun pki, kejap je jd oven..tp tu smue xpntg..sbb tu mayb slh satu marketing strategy dorg..klu brg lmbt rosk,rugila dorg..sparepart2 sape nk beli?kete2 br yg dorg br launching mcm mane,kn..same jugk mcm kete import,toyota pn penah pggl blk la camry sbb ade problem..
same mcm honda jugk..
belum lg cite psl lamborghini terbakar..
smue kete pn ade kelebihan,kekurangn..tepuk dade,tanye selera..mane yg mmpu,beli..klu xmmpu,belila kete malaysia..bukn blh bwk msuk kubur pn kereta2 ni..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

68rozman December 4, 2011 at 12:18 pm

Kenape proton banyak masalah tapi tak panggil kereta dia?

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

69cinta malaysia December 14, 2011 at 1:28 am

tgok isu lar beb..hnda n toyota yg dpggil tu sbb ad isu kritikal..cthnyer hnda jazz tgh bwk tiba2 trbakar… toyota camry tgh bwk tiba2 brek x fungsi.. mknanyer kbykan ttg isu keselamatan yg kritikal…waja aku punyer (5thn) rosak power window g proton servis dh settle dh…bro…klu kite blanja ikut budget bro…klu skali maintenance perabis 200-1k tuh mmg kita kena terima sbb kreta bwk hari2..klu x nk rosk ape2 xyah bwk kreta g kerje..bwk motor jer…bwk kreta ble ujan dan jln jauh… sekian..maaf dan terima kasih…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

70pujangga December 8, 2011 at 12:42 pm

senang jek…suruh pak menteri semua guna kereta PROTON nie.
nengok camana dorang komen tentang kualiti PROTON.

Yang aku tau semua pak menteri guna kete import beb.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

71cinta malaysia December 14, 2011 at 1:14 am

45k dpt 1.6…sedan ader boot..ok lar tuh…
xkan lar nak jual hrga 20-30k pulak…keta toyota ka..honda ka..tolak cukai (cth harga kt lgkawi) pun x dpt hrga 40-50k bro..
agak2 bro…kat luar harga citer lain…sampai kt port diorg dh kena cukai pulak…bayar itu bayar ini…insurans lg…tlg lar pro skit…klu suka bezakn hrga kt oversea tuh p lar duk sana..jd warga sana…dan sekurg2nyer, rkyt m’sia diberi pilihan…xmmpu bli toyota…bli ler proton…dan proton yg pahm bnda ni cuba jaya lar kualiti serta standard produk dorg… sekian terima kasih…

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

72abg cil December 14, 2011 at 11:40 am

hahhah lawak la korang ni…..bangga ngat ngan kereta buatan malaysia terutama proton…..wpun kereta perodua guna platform daihatsu dan toyota, dalam ertikata lain klon daihatsu dan toyota…namun kualiti ada lah jika dibanding debgan proton yang dianggap kereta yang dibuat dengan kaki…….taw x kaki????? malaysia x layak lagi buat kereta…dalam bahasa lainnya…orang nak buat kereta lu pun nak buat kereta…….bodoh btolll macam mana lah aku leh dilahirkan kat negara ni…macam sial

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

73pikometer technology December 14, 2011 at 1:59 pm

Malaysia sangat malang kerana mempunyai wanita-wanita yang melahirkan orang bodoh macam saudara “Abg Cil”. Sebab itulah kerajaan amat susah nak maju kerana ramai sangat rakyatnya yang bodoh macam “Abg Cil”. Ajar Matematik dan Fizik tak faham-faham sebab otaknya terlalu bodoh. Kesian Malaysia.

Tapi ada juga rakyat Malaysia yang dilahirkan sempurna, mempunyai pengetahuan dalam sains dan matematik, dan mempunyai kesungguhan untuk menggunakan ilmu yang dipelajari demi memajukan negara. Alahamdulillah.

Semoga Allah mempermudahkan usaha saudara “Abg Cil” untuk berpindah ke negara lain yang dia boleh banggakan. Amin.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

74peace February 6, 2012 at 3:18 pm

wei…klu ko x suke ko bleh berambus la.pegi indon atau bangla tu..da lahir kat negara yg aman bersungut lagi.x kenang budi.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

75sue January 5, 2012 at 3:27 pm

sokong pikometer technology…sbnarnye mls nk komen sgt…tp Abg Cil tu melampau..hantar ko pegi iraq ke br ko tau bsyukur kot duk kt negara ni..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

76pojie January 8, 2012 at 1:18 am

bro2 yg pakar kreta…ak skg dlm proses pemikiran samada nk beli proton saga flx SE ni atau alza jek..pendapat korang….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

77knight January 24, 2012 at 6:29 pm

Harga hyundai K5 termasuk cukai adalah dalam rm70,000 je. Tetapi dealer jual dengan harga RM 143, 888. So Harga keta mahal bukan sebab cukai tetapi disebabkan dealer yang nk untung lebih. Harga kereta proton pun kena cukai.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

78knight January 24, 2012 at 6:42 pm

boleh rujuk, ambil masa study struktur cukai di Malaysia.

Lepas ni baru tahu kita dah tertipu dengan dealer-dealer Jenama HOnda, Totota, Nissan dsbgnya.

Peugeot 308 yang mengikut harga yang sebenarnya.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

79Murano January 25, 2012 at 4:22 pm

org xde duit mmg ckp mcm2…ada duit pegi bli, xpuas hti jual then bli kete lain, pe masalah…yg byk bnyi ni bese kes yg xde duit tpi ada hati nk pkai kete gmpak2, org wt kete bwh 50k pn loan smpai 9tahun, sedar2 la diri ye…”anjing kurap jalanan je yg akn mnyalak lebih”

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

80zack January 25, 2012 at 4:33 pm

betol2…xde duit mmg byk bunyi…bese la manusia bang, xleh tgk org lebih :p

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

81Abu January 25, 2012 at 6:57 pm

Xmau cukai p dok negara lain! Bn perintah mslh cukai?!
Awat pkr perintah xda cukai?! Xda la sebulan! Pastu ada la cukai!
Klu da taik jubur tu kata apa pn xblh dah.
Mcm haram!
Besaq tuah celik mata dkt malaysia. Kena celik mata dkt afganistan baru hg tau! Hg pegang senapang bkn pegang stereng!
Da la bodo! Bodo piang plk!
keta proton, produa, jenama lain smua ada pro and con!
Klu setakat mmpu pkai kancil hutang xpyh la bising pasal kualiti!
Klu ada duit lebih buat cara duit lebih!!
Bodoh!!!

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

82Abu January 26, 2012 at 6:45 am

Lg satu famili aku pkai proton dan perodua pn ada. Byk model ada.
Tingkap, power window x penah rosak pn!
Kadang kita x sedar duit kita tu berkat ke x. Klu da beli guna duit haram mmg cepat rosak!
Pastu kena plk yg pkai keta satu haram xtau pasal keta. Yg tau bwk boh mnyk komplen!
Sampai soh tkr mnyk hitam x tkar tp dok top up mnyk hitam!
Ada org jahil lg zaman skrg!
Pastu rosak salah keta bkn salah diri sendiri.
Lg satu klu kita beli guna duit cara berkat tahan la dia. Mcm kereta. Nasib dpt elok, dpt yg x elok smua tu ada kaitan dgn life msg2.
Jd jgn dok ckp pandai sgt.. Tau nk jd pembangkang saja!
Ok.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

83Murano January 26, 2012 at 4:10 pm

keyboard warrior, in reality………..malaysian always be malaysian, proton is da bez, produa is da bez, even my nissan is da bez. yg pndai condemn tu wt la brand sndiri, nama bapak korang..huk huk

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

84amykurylenko January 30, 2012 at 11:14 am

alah,name pn krete mlaysia (proton)..mmg mhl la..ubah sket je nek hrge bribu-ribu..kualiti xde jgk..tgk cm Gen 2 tu,pnjgkn sket body dh tkr name Persona,ape bnde 2? mne g engineer mlaysia? dh xde design len ke?kalo nk pkai krete import cukai mhal so rakyat tpkse la bli krete tin milo ni..jual kt luar negara murah,ble kt dlm negara sndri MAHAL nk mmpos..bkn sume org mlaysia kaye..ade skali 2 org JEPUN dtg mlawat kt ofis aku kt Putrajaya die siap ckp malaysian car so expensive..aku pn ckp mmg mhl la..alangkah bestnye kalo malaysia ni cm jepun..kete murah 2 br btol utk rakyat..ni nk cekik rakyat..abg aku pkai Proton Wira SE xsmpai sbulan aircond dh rosak..cmtu nk jual hrge mhl..abg aku pn SUGGEST JANGAN PAKAI PROTON KUALITI XDE!!! aku pn xkn bli krete proton sbb aku xmnt lgsg ngn proton..aku lg sggup amek krete len drpd proton..aku plg geli tgk Proton Inspira tu,dh xde modal ke nk wt design len?aduyai,kne tipu jela kalo bli krete proton..

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

85Abu January 31, 2012 at 9:40 pm

Skrg pkai keta pa? Viva hutang 9 tahun? Ka honda 2nd?
Malaysia xkn jd jepun. Rasa jepun ok p dok jepun.
Xpyh dok menapak sini lg.
X pn p dok negara mana rasa cukai xda, petrol murah, keta murah, mknn murah, kos hidup rendah..
Bg 1 negara. Aku pn nk tinjau!

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

86kms February 1, 2012 at 2:24 am

bro, sebelum ko komen kasi malu diri sendiri, baik ko search dulu psl inspira. inspira ni rebadge lancer, mitsubishi nak barter trade dgn proton, so mitsubishi amik exora & ape ntah lagi satu, proton amik lancer. proton buat facelift, tuning bagai, jd inspira. ko ingat design kereta ni mcm budak2 darjah 1 dalam kelas pendidikan seni? senang2 je lukis pastu hantar kat cikgu? modal kena ada bro, makan duit jugak nak buat design, kang kereta jd mahal, org mcm ko jugak yg melatah. kalo ko boleh design lg hebat, buat la! bila org lain komen design ko buruk, baru ko rasa. & org2 yg dah beli inspira, kata mereka lebih sedap handling banding lancer. harga jauh lg murah. bersyukur la ko duduk malaysia, harga naik sikit nak komplen. apa kau ingat kos sara hidup kat jepun tu rendah ke? aku penah duduk jepun la bro.. trust me, there’s no place like home. bersyukur la duduk malaysia.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

87justmythought February 4, 2012 at 10:15 pm

Kepada yang banyak duit, gaji setiap bulan sampai RM5k++ nak pakai Toyota, Honda, BMW, Mercedes ke pakailah. Sebab korang mampu nak bayar.

Kepada yang gaji dianggap gaji moderate, kena fikir lah kan, nak bayar duit kereta tiap-tiap bulan tolak separuh daripada gaji atau beli kereta yang boleh digunakan tanpa mengikat perut tiap bulan semata-mata nak bayar duit kereta.

Tu, tak termasuk nak bayar road tax dengan insurans tiap tahun, dengan service lagi. Kereta mahal, service pun mesti mahal. Barang-barang mesti original. Takkan kereta dah mahal nak pakai barang cap ayam kan?

Kepada yang asik cakap negara luar lebih baik daripada Malaysia, why don’t u just apply another citizenship from the country u like? Who else will support Malaysia other than Malaysians??

Akhir kata, Ukur Baju di Badan Sendiri, sebelum nak berkata kerajaan tak tolong korang, sila lihat dulu apa yang kerajaan dah bagi kat korang dan apa pulak sumbangan korang kat kerajaan Malaysia ni.

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

88Sekupang Dua February 5, 2012 at 6:30 am

Kesian ibu yg melahirkan abg cil…hidup anaknya penuh KESIALAN di negara kelahiran….

RESPON ANDA BAGI PENDAPAT INI?

No comments: