26 February 2012

DOA UNTUK MEMECAH KEBUNTUAN.

DOA UNTUK MEMECAH KEBUNTUAN.


REAKTIF bermaksud tindak balas terhadap sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang berlaku menyebabkan manusia terusik dan melakukan tindakbalas. Tindak balas yang berlaku selalunya bersifat spontan tanpa pemikiran dan kajian yang mendalam. Sikap reaktif selalunya berkait rapat dengan keadaan emosi seseorang.

Sekiranya emosi seseorang tidak stabil, tindak balas akan menjadikan keadaan atau sesuatu itu tidak stabil. Kalau emosinya resah dan kacau jalan berfikirnya penuh dengan kekacauan. Faktanya mungkin tidak lengkap. Analisisnya tidak tepat. Kesimpulan yang diambil juga tidak membayangkan adanya pemikiran yang mendalam terhadap sesuatu isu atau perkara.

Berfikir reaktif boleh membawa kepada kegopohan. Berfikir dalam suasana gopoh boleh menyebabkan kesilapan berlaku. Orang yang berfikir reaktif cepat membuat kesimpulan. Kadang-kadang mengambil pendekatan menghukum lebih daripada pendekatan memahami mengapa ia berlaku, bagaimana mengatasinya dan faktor-faktor apa yang boleh memberikan alternatif terhadap isu atau masalah yang berbangkit.

Berfikir reaktif menjadikan sesuatu keputusan yang dibuat dalam keadaan tidak masak atau separuh masak. Ia kadang-kadang membudaya pada diri seseorang. Bila menghadapi sesuatu masalah, mendepani sesuatu isu, mengalami sesuatu kebuntuan, ia tidak berfikir secara kritikal, strategik ataupun kreatif sebaliknya melakukan sesuatu berasaskan apa yang terlintas pada minda dan emosi dan kadang-kadang ledakan minda dan emosi menyebabkan keadaan menjadi lebih bercelaru.....ingin membaca terus klik sumber dibawah.


Salam Pembaca yang budiman,

Di atas adalah sebahagian penerangan dari masalah kebuntuan yang diterangkan oleh Dr. Sidek Baba seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.

Kebuntuan acapkali berlaku kepada semua orang samada berat atau ringan. Captain kadang-kadang juga buntu dibuatnya jika menghadapi masalah yang berat, insyaAllah ia dapat diatasi kemudiannya kerana sesuatu masalah yang dihadapi berat ataupun ringan, ingatkan Allah SWT itu sedang menguji kita. Kerana Allah SWT itu sayang hambaNya yang penyabar. Jadi setiap tindakan selepas itu dipermudahkan oleh Allah SWT. Allah SWT membuka jalan bagi hamba-hamba yang soleh.

Allah s.w.t berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 214 yang bermaksud:-
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”
Inilah jawapan dari Allah SWT mengapa kita diuji. Muhasabah kembali diri. Kita belum lagi sampai tahap ujian seperti para sahabat nabi yang mulia. Mengapa?

BACA DOA INI BILA ANDA KEBUNTUAN YANG AMAT SANGAT.




Maksudnya:

21. Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. 22.Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 23. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. 24. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

Wasallam.

Sumber: Doa ini die


Sumber: Doa ini diemail dari Sheikh Musa Sheikh Jusuh (Anak saudara dari Mekah).

No comments: