26 February 2012

GADIS MELAYU IKUT LELAKI PAKISTAN KERANA TERKENA ILMU PENGASIH.

GADIS MELAYU IKUT LELAKI PAKISTAN KERANA TERKENA ILMU PENGASIH.


SAMER KHAN lelaki Pakistan yang didakwa membawa lari Nurul Zakiah pada 14 Februari lalu. Mungkin dia ni sepupu Salman Khan kot!

Dari gambar lelaki Pakistan ini, mungkin Mat Paki ini hanya pakai ayat power sahaja untuk memikat gadis Melayu. Memanglah kebanyakan Mat Karpet atau Mat Paki yang ada kat Malaysia berbanding lelaki Melayu lebih handsome dan kacak-kacak belaka. Tak perlu memikat gadis Melayu guna ilmu Pengasih. Hanya perlu hembus dengan ayat-ayat cinta yang power, maka cairlah iman gadis-gadis Melayu yang lemah iman.

Wanita tempatan ada yang tergila sanggup bercerai kerana nak bersuamikan lelaki kacak Pakistani. Kat tempat captain, ada seorang isteri sanggup bercerai dan kahwin dengan Mat Paki. Sekarang Mat Paki ini dah jadi taukeh karpet. Nasibnya sudah berubah kerana isteri Melayu ini sanggup berkorban apa sahaja. Tinggalkan suami, tinggalkan anak-anak kerana Mat Paki.

Keseronokan dan kegembiraan itu hanya sementara sahaja sebelum tembelang lelaki asing ini dapat dihidu oleh mangsa. Ada yang habis wang simpanan dan ada yang terpaksa menanggung hutang bank kerana membuat pinjaman untuk kekasih mereka kononnya nak buka kedai karpet. Ada yang sanggup menyerahkan tubuh untuk membuktikan cinta mereka kepada lelaki asing ini.

Disini ada pantun untuk wanita Melayu yang tergila-gila sangat lelaki asing"lelaki Pakistan berhidung mancung, lelaki Melayu berhidung kepet, baik lagi lelaki Melayu".

Jom baca DISINI.

Sumber: kosmo.

Kepada yang menghantar email kepada captain harap bersabar kerana komputer masih diperbaiki...

No comments: